Klik Jommm

Monday, November 19, 2012

Persediaan Solid Food Aish

Anak dah 7 bulan, baru hegeh-hegeh nak buat entry ni, dah lama nak buat, tapi asyik bertangguh je, so hari ni kena buat jugak. Tak banyak nak cerita, gambar je yang banyak, tengoklah korang ye, acik malas nak taip perkataan banyak-banyak ini hari. Kalau gambar gelap pun korang pandai-pandailah telek sendiri ye, acik malas nak edit ini hari, semua acik malas buat hari ni, acik nak duduk saje tak buat ape-ape..ewahhh bukan ko kat office ke ni, kalau nak duduk melangut, sila balik!



Semua orang sibuk beli blender canggih-canggih, acik beli blender jug je kat Tesco dan pakai blender hadiah kahwin yang dah sedia ada di rumah sebab matlamat acik asalkan ia mampu memblend secara halus puree anakanda sudah cukup, tak kosa memenuhkan rumah dengan perkakas2 yang tidak perlu, sebab kalau dah tak pakai nanti, tak tau mana acik nak lantingkan aka acik kedekut..ahahahahahaha



Ini kisah benar, ke hulu ke hilir cari ice cube yang silicone, boleh picit-picit tu, tapi tak jumpa, pergi Giant terjumpa ice cube ni, tarammmmmmmm, lepas tu stress sendiri sebab kemain susah nak keluarkan cube puree dari ice cube ni, tergeliat tangan keding aku ni, rasa nak lantingkan je ke dinding..stress aku.



Beras perang Bird of Paradise, suami cakap kita makan Bird of Paradise, anak pun kena makan ni jugak. Ye, Baiklah! Beras ni ditanam secara organik.



 Set mangkuk Anakku, set ni aku tinggalkan kat rumah babysitter



Hadiah dari kawan En. Syg, aku cuma guna mangkuk dan sudunya je, yang lain tak pakai lagi



 Tommee Tippee Training Cup, ini kesayangan Aish



 Setiap kali Aish makan, letak olive oil..wangi je.




Kismis organik



Panaskan dalam warmer, bangun pukul 5.30 pagi terus pergi dapur, keluarkan 4 ketul kiub dan panaskan, sambil bersiap, kiub pun cair.



Carrot



Bubur+carrot



 Labu



Bayam



Bubur + brokoli 



Puree broccoli, En. Syg asyik cakap "kesian Aish kena makan brokoli, tak sedap" tapi ok je aku tengok Aish makan, cuma lately dia macam dah bosan makan benda yang sama, tu pasal aku beli kismis dan blend dalam bubur dia, berselera dia makan sebab manis.



 Bubur + kismis + ayam + serbuk ikan bilis + olive oil

Ok, dah siap entry hari ni, nak sambung kemalasan pulak ni..bye



6 comments:

  1. ice cube : patah dua sbb jenuh mama naila nak keluarkan puree dari ice cube tu. hahaha. ganas gila. dah la pestime guna. sobs!

    brokoli : nak steamkan brokoli ni plg menyampah. busuk. wahahaha. pastu malas nak buat lg. :p

    skang buat bubur naila tak blend halus macam dulu, blend sekejap je. bg die main kunyah2 pulak. hihihi.

    ReplyDelete
  2. sedap ar brocolli!hehehehe. me pon rasa susah nyer nak keluarkan cube dari ice cube tu. hubby ajar trick, sebelum nak keluarkan, gosok2 dulu bahagian bawah tray tu bagi panas cket. then, senang cket nak keluarkan.hehe

    ReplyDelete
  3. Blender: i pun mls nk beli yg canggih2.asal bleh blend halus,ok jer.hehe

    Ice cube:kite pn beli y ni...alamak.nmpaknya kene cari gak la yg silicone tu....hehehe

    Xsabar tunggu baby kite 6bln next week..ngegeeeee

    ReplyDelete
  4. Nyummm! Bubur last nampak sedap..tu mommy dia pun ley join sekaki. Hehee

    Samelah kita, guna blender yg ada sajok..xyah bazir2 pun kan :)

    ReplyDelete
  5. training cup eh name dia.. ciknaa baru teringat nak beli, sbb nye si razin tu nak minum air ngan cawan..dgn sudu, mmg tak puas ler dia tu,,

    ReplyDelete