Klik Jommm

Monday, December 31, 2012

2012

Kemain semua orang update pasal pencapaian tahun 2012 dan azam yang dah tercapai dan tak tercapai. Frankly speaking, azam aku setiap tahun takde yang terlalu specific, azam aku general, nak jadi lebih baik dari tahun lepas in every way, itu sahaja. Senang bebenor kan azam aku. Mungkin azam hujung tahun depan lebih specific..ehem.  

Pencapaian paling bermakna untuk tahun 2012 dan yang paling bermakna sepanjang hidup aku adalah melahirkan Aish Yusuf. Lebih bermakna dari pengalaman jatuh cinta or bertunang or berkahwin. Seriusly, sebab aku ni jenis tak tahan sakit, luka kena pisau pun aku boleh menangis tersedu-sedu sebab ngeri, inikan pulak melahirkan anak. Jadi melahirkan anak adalah perkara yang tak pernah aku terfikir aku mampu lakukan..hahaha. But i did it! and membesarkan anak sendiri yang baru berusia 8 bulan tu pun satu kejayaan jugak untuk aku, alhamdulillah diberikan kesihatan untuk membesarkan Aish Yusuf sampai 7.6kg..hahaha. Semoga Aish Yusuf jadi anak yang baik, soleh, terang hati, murah rezeki, panjang umur dan dilindungi rahmat Allah selalu. Itu doa aku selalu untuk Aish, panjang lagi sebenarnya, doa tu kan senjata orang mukmin, nak pulak doa seorang ibu. 

Eh, macam itu je pencapaian aku tahun ni..kesian betul. Ada a few yang aku keep to myself, adalah yang kecik-kecik tu, yang tak perlulah aku nak mention, sebab macam alahaii, itu je..haha. Bila dah ada anak, cepat betul masa berlalu, bila dah ada anak nothing else matter. Semoga 2013 menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk aku sekeluarga.



 2012 - Proud wife to Asrul Sani and a proud mommy to Aish Yusuf..love you both

Semalam suruh En. Syg tidurkan Aish while aku mengemas dapur, duduk dalam bilik pasang aircond sebab Aish berpeluh-peluh. First time aku masuk bilik, tengok suami tengah tepuk-tepuk punggung Aish sebab Aish still taknak tidur, second time aku masuk bilik tengok dua-dua dah tido ternganga tak sedar diri..OMG i'm so in love :)

Love you more daddy, semoga cinta makin bertambah dan semoga anak pun akan bertambah-tambah nanti but 2014 can wait right (unless kalau terbabas..whoaaa)..haha

 

Thursday, December 27, 2012

Check Up 8 bulan Aish

Stress..stress aku ni stress. Berat Aish 7.6kg je. Padahal sebulan lepas aku timbang dekat private 7.6kg, 2 minggu lepas timbang dekat private lagi dah jadi 7.8kg, tiba-tiba pergi KK jadi 7.6kg, tak ke ko bengang. Suami aku dan-dan tak percaya, terus dia suruh nurse timbang semula, tetap 7.6kg jugak. Aish punya growth chart dah jadi merah. 

Aish Yusuf aku tu kuat makan tau, even babysitter pun cakap dia kuat makan. Dulu aku bagi 4 kiub nasi, 1 kiub ayam dengan 1 kiub sayur. Aku up jadi 6 kiub nasi (untuk sekali makan) dah sekarang, habis licin dia makan. 2 kali makan kat rumah babysitter, sekali makan aku bagi lepas balik kerja. Kalau ko suap dia makan, letak dia dalam walker, ko tunggu je depan dia sambil pegang sudu, dia ngap, sambil telan sambil main mainan dekat walker dia, kang mulut dia dah mengagau cari sudu semula, dia senang sangat makan dan tak cerewet langsung. Ko bagilah apa saja, semua pun dia makan setakat ni. Macam-macam aku masak, bagi ayam, bagi ikan, bagi sayur, puri semua dia makan, tak cerewet dan tak pernah alergik lagi. Bila suami cakap berat dia 7.6kg, aku stress gile, aku ni kekadang berjaga sampai pukul 12 malam, tak mandi, dengan busuk masam buat bekal Aish, nak bagi dia makan sedap punya pasal, berat dia 7.6kg je..hoiii stress. Kalau ikut rekod dekat KK berat 6 bulan dia 6.9kg, so dalam masa 2 bulan dia cuma naik 700 gram je..sobsss. Siang kuat makan, malam kuat susu. Dia tidur pukul 9 lebih setiap hari, dan bangun 4 kali satu malam. Setiap kali bangun, dia akan minum 5oz. So setiap malam dia minum 20oz, tak ke banyak tu.

Takpe lah, mungkin dia ikut aku kot sebab masa baby aku kurus, suami pun kurus masa baby. Takpelah, lepas ni aku berazam test resepi lagi banyak untuk Aish, bagi dia makan sedap, takpelah kalau berat tak naik banyak pun asalkan dia sihat..sobbss. Takpelah (eiii kecewa benor bunyinya) Memang kecewa pun sebenarnya. Takpelah, ke lepas ni kena mandi dulu sebelum buat bekal Aish? Hahaha..oklah, aku tengah pening ni sebab semalam tidur lewat test resepi baru. Nanti dah bagi Aish makan resepi baru hari ni aku update eh, tapi aku dah rasa dulu semalam..sedappppp. Aku tiru resepi blogger..ehehehehe. Terima kasihlah sebab baca keluh kesah Kak Esah aku ni..ahahaha..serabut je korang kan.




Tak pe kan dik?

Tak pe mommy


Monday, December 24, 2012

Hari Ini


Kesayangan

Hari ni check up 8 bulan Aish, berdebor-debor aku nak tau berat dia, berjaya ke tidak aku menaikkan berat dia 500gram hari ni. 3 kali bubur aku bagi dia makan sehari, semata-mata nak bagi berat dia naik sampai 8kg..haha. Timbang last 2 weeks baru 7.8kg. Hopefully 8kg ++ lah, kalau kurus sangat tak comel nanti.

Aku tak cuti, daddy half day, bawak dia pergi checkup. Tak boleh bayangkan daddy kelek anak depan nurse sambil jawab pertanyaan nurse nanti "anak dah pandai apa?" "awak bagi anak makan apa?"..hehe mak-mak sangat sayang aku tu nanti, tu pun berkoyan2 aku pesan apa nak jawab bila nurse tanya. Aku nak cuti, tapi En. Syg tak bagi, beria-ia tak bagi sebab cuti aku dah habis, padahal boss aku bukan kisah pun kalau aku nak cuti, boss aku apa yang tak boleh? Semua pun boleh. Heaven benor aku kerja kat sini. Tu pasal nak kerja kat sini sampai pencen..wuahaha

Good luck ye daddy :), barulah daddy mithali namanya.


Thursday, December 20, 2012

Walker

Aish ada 2 walker, walker yang first aku nak brand Little Bean, ala yang boleh pusing 360 tu, teringin sangat sampai mengigau-ngigau. Dah cakap dengan suami nak walker tu jugak! Tak kira (amboiii). Suami ok saje, kebetulan anak buah aku pun pakai walker yang sama, adik aku cakap dia beli dekat ToysRus.



Walker idaman..hikkss, macamkan aku yang nak naik


Balik dari Serendah, mengagau kitaorang pergi ToysRus Empire Subang, takdo pun brand Little Bean, brand yang ada Sweet Cherry je, kecewa gila aku. Hari dah malam, suami pulak bagi 2 pilihan, beli aje apa yang ada or else balik. Sebab sebelum tu dah pergi Jusco and kedai baby dekat Rawang, balik tangan kosong sebab tak jumpa walker Little Bean, takmo walker lain, suami aku pulak tak suka survey-survey ni, kalau tak jumpa apa ko nak, ko kena beli je apa yang ada, kalau takde jugak, mari kita pulang, jangan nak ajak abang survey-survey lagi, abang tak suka..sobsss nyampah

Otw ke lif dengan langkah yang longlai, En. Syg terjumpa Mamours, kedai jual barang baby. Ada walker Little Bean tapi takde model yang aku nak, malas dah nak fikir plus tak larat tengok muncung panjang suami, taram saja walaupun aku tau harga model yang dia jual tu mahal RM20.00 dari harga online, aku diam je tak bagitau suami sebab sebelum pergi aku dah survey semua model Little Bean online, so aku dah tahu harganya. Tapi kalau aku bagitau pun takde effect, bior jelah, dia pun yang bayor.



 Nampak tak? Jeng jeng jeng, suruh Mamours assemble kan terus



Walker ni tak boleh fold, tegak begitu saje, lepas pasang, bayar, terus mintak tolong salesman tu hantarkan sampai kereta, sebab malu nak kendong walker berdua. Ada dua warna, yang Aish punya ni Biru Hijau, satu lagi Pink Merah. En. Syg nak Pink Merah sebab dia kata cantik kalernya, tapi aku tak kasi, takut Aish celaru gender. Lagipun aku dah niatkan, semua barang Aish ni akan diturunkan sampai anak yang bongsu..hahaha, warna ni unisex, jimat aku, aku kan penjimat.



 Abg Salesman: Jap ye dik, abang nak putar skru dulu

Aish buat muka bersabar, walhal dalam hati berdebar-debar tak sabor



Haaa..kannn, baru letak, dia terjah terus




Gembira habis...hahaha. Ok ni baru cerita walker pertama, sekarang walker kedua pulak. Lepas beli walker ni, babysitter mintak sebab dia jaga 2 baby, kat rumah dia ada satu walker je, so bila dia tau aku dah beli walker, cepat2 dia mintak aku bawak walker ke rumah dia, aku tak kisah, tapi En. Syg kisah, sebab dia sayang walker ni, sebab walker ni mahal. Takdelah mahal mana, but still mahal untuk diletak dirumah babysitter, kang datang budak besar, main sampai longgar button music, or patahkan ikan Aish, menangis daddy, eh sampai menangis kau..ahahaha, nampak benor cheapskate laki aku ni. Sanggup dia ambik halfday, beli walker lain untuk gantikan kat rumah babysitter. Sempatlah walker Little Bean tu duduk kat rumah babysitter sehari, tu pun daddy asyik tanya aku "Agak-agak, patah tak ikan tu nanti?" pffttt





Second walker, masa En. Syg beli ni, My Dear warehouse baru habis sehari sebelum tu..menyesal tauuuuuu, menyesal, sebab beli kat kedai baby, harga walker ni RM150++, kalau kat warehouse mesti dapat lagi murah. Aku ingat kalau Aish dah berjalan nanti, aku nak let go walker ni, ada ke orang nak beli eh?



Ini gambar pagi buta, pukul 5.00am dia dah bangun..sobsss

 

Nahh, muka SinChan buat mommy



 Ada sesapa nak chop dulu tak..ahahaha, nanti aku tanya suami, dia setuju tak nak let go nanti.

Babai :D


Tuesday, December 18, 2012

Sama Tak?

Malas gile nak taip ayat, so up gambar je lah ye



Masa Aish 6 months..holoh-holoh bobotnya pipi dia, sekarang dah kurus sikit





Sama ke tidok? 

Atuk cakap kalau pipi kurus sikit mesti sama. Atuk (bapa mertuaku) pergi bercuti kat Bukit Merah Laketown n bawak balik gambar ni. Atuk rindu sangat la tu, sebab almost sebulan kitaorang tak balik Serendah, minggu lepas baru balik. Cucu sorang..rindu-rinduan, cucu dah banyak sok..pening-peningan la pulak..haha



 Kot-kot kalau rindu, lalu je tepi peti, terus hilang rindu.

Bye!



Wednesday, December 12, 2012

Aish @ 7 months



Sekejap betul masa berlalu, dah 8 bulan Aish Yusufku, memang every month dia dah habis satu bulan, baru aku update, sebab nak tunggu betul-betul habis satu bulan, barulah boleh update skill dia untuk that month, since sekarang dia dah 8 bulan, baru aku update skill 7 bulan dia. Apa aku cakap? bila baca balik, aku pun pening, tapi korang yang bijak ni fahamkan?

Aish pandai meniarap umur 4 bulan, bergolek 5 bulan, dah 7 bulan barulah pandai menyusur, sekarang kalau aku hilang sekejap, dia menangis sambil cari aku, makin lama, makin dekat aku dengar suara dia, nanti tengok dia tengah nak turun bendul dapur dah, padahal aku kat bilik..nasib baik cepat, kalau tak dah tersembam anak teruna aku.

Makan pun banyak, dia umur 7 bulan, aku bagi dia makan bubur nasi campur ayam dan ikan bilis. Belum introduce ikan lagi, aku nak dia biasa dengan ayam dulu, 8 bulan baru aku nak introduce ikan. Sayur pulak aku bagi bayam, sawi, carrot, brokoli, labu, kentang, sweetcorn. Aku tak pernah bagi dia puri epal, sebab setiap kali beli epal, tak pernahnya aku dapat epal yang manis, asyiklah yang manis-manis masam sikit, bermacam jenis epal aku beli, semua pun macam tu. Pear pun tak pernah, aku tak reti nak beli, pear dengan lai tu same ke? Aku tengok buah lai tapi kat label dia tulis Chinese Pear, eh fening aku. Tak reti acik, kang aku beli kang, aku pun tak sure, takkan nak bagi anak makan pulak



Kalau dalam walker kemain laju lagi dia weng sana, weng sini, aku pulak yang takut, sekejapan je dia terkedek2 dari hujung sana ke hujung sini dah sampai kat aku..wahaha..comel betul. Kalau dulu suap makan kat high chair, sekarang dah taknak, kena suap makan dalam walker, makan sambil main. Kalau dalam high chair, confirm tak habis makan, kalau dalam walker, confirm habis.

Mulut pun dah banyak bunyi sikit, dulu senyap sunyi je, senyum je dia tau. Kalau nampak training cup, tapi aku tak bagi dia minum, boleh mendatangkan marah, sekarang suka menangis sambil lentik-lentik badan ke belakang. Amboiiii ko punya protes ye dik kemain lagi.

Pagi-pagi duduk dalam carseat senyum je, kalau tak tidur or minum susu, dia main sorang-sorang, waktu balik je dia tantrum, tapi sekejap je lah, dapat botol, hisap, tidur..settle.



Dah sampai parking rumah pun tidur lagi, sedap tidur dalam kereta, goyang-goyang macam buai.



Mommy n Aish di waktu pagi. Kemain lagi jerawat naik kat dahi..sobss


Friday, December 7, 2012

Termos Makanan Baby

4 juta kali aku fikir nak letak tajuk apa, last-last gasaklah, asalkan korang paham. Ni aku nak share cara aku bekalkan makanan untuk Aish kat rumah babysitter. Sebelum ni masa mula-mula Aish makan, pagi-pagi lepas panaskan makanan frozen dalam warmer, aku letak dalam tupperware kecik, tunggu sejuk baru tutup, sebab takut basi kalau tutup panas-panas. Kan ke dah satu hal nak tunggu sejuk pulak, dah lambat 10 minit pergi kerja..haha. 

Aku tak rasa babysitter panaskan makanan Aish sebelum Aish makan, yelah Aish makan 4 ketul kiub je, kalau panaskan, letak air, kang dah cair bubur anak aku, or kalau tak letak air, kang kering pulak bubur, tinggal sesudu je bagi Aish makan. Eiii complicated betul pemikiran aku ni, tapi betullah tu kan. Lagipun babysitter jaga 3 baby, aku pun taknak lah susahkan dia, duk pesan suruh panaskan makanan anak aku. Suami pulak asyik cakap "tak kesian ke bagi Aish makan makanan sejuk?"

So aku decide nak beli termos makanan, aku nak yang besar, kebanyakan yang aku tengok butik baby online semua jual paling besar 500ml. Nanti kalau Aish dah besar, dia nak makan banyak, muat ke 500ml tu? Lepas tu aku nak yang bertingkat, boleh letak 2-3 jenis makanan, untuk breakfast, lunch, snek..etc. Takkan nak beli 2-3 ketul termos kot. Masa pergi Giant Sek. 13, aku terjumpa termos yang heibat ini..hahaha..mentanglah aku yang beli dan-dan nak cakap termos ni heibat.

TADAAAAAAAA



Hensem dok beliau? Ada macam gaban tak?

Stainless steel, banyak kaler ada warna merah dengan warna apetah, tapi aku ambik kaler hitam, smart sikit..beli termos pun nak smart-smart..apadaa




Lepas panaskan bubur, tapis dulu. Ni masa zaman jahiliyah, lepas blend, terus bekukan, tak tapis dulu. Aku letak kismis dalam bubur Aish, kalau blend, kismis susah nak hancur, mesti ada serdak-serdak. Sekarang, lepas blend, tapis dulu, baru bekukan dalam kiub. So dah jimat masa.



Banyak kan serdak dia, mau tersedak Aish Yusuf.



Lepas tu bancuh, letak olive oil dengan serbuk ikan bilis, kacau secukup rasa (sambil jerit kat Aish, "janganlah nangis dik, mommy tengah buat kerja ni, jap jap" sambung nyanyi lagu Tepuk Amai-Amai)




Termos ni 3 tingkat, tingkat pertama termos itself, tingkat kedua mangkuk yang dalam sikit, tingkat ketiga, mangkuk yang cetek sikit. Faham tak? Bubur aku letak dalam mangkuk yang dalam sikit.




Sambil bancuh bubur, aku panaskan breakfast. Ni jagung, sedap, kalau Aish tak habis, aku yang habiskan..rugi ko dik. 




Ni tingkat ketiga, mangkuk cetek sikit



Tutup begini, sebelum tutup dengan penutup stainless steel dia. Sedap je Aish makan suam-suam. Aku nak beli brand Thermos sebenarnya, tapi aku tak jumpa yang memenuhi ciri-ciri yang aku nak. Lepas tu kat Giant or Tesco (tempat shopping wajib setiap minggu) aku tak jumpa brand Thermos, lepas tu aku dah tak sabar nak beli, nak gi cari kang lambat, so aku beli je mana yang aku jumpa. Kat OBW brand Thermos cenonet je.



Dulu letak dalam tupperware kecik ni je, sekarang tidak lagi (duck face sambil lambai-lambai Miss Universe)

Harga termos: RM59.90
Takdak brand..haha

Selamat Hari Jumaat, bye :p

 


Tuesday, December 4, 2012

Rutin Harian Seorang Emak II

Cewaaahhh ada sambungan tu..haha. Sebelum ni aku cerita pasal rutin harian aku masa duduk kat rumah mertua, sekarang dah pindah balik rumah sendiri, mestilah lagi hectic dan penat, serius tunggang terbalik aku rasa. Baru 3 bulan pindah rumah sendiri semula, aku rasa setiap bulan pun aku tak sihat, sebab aku memang tak cukup rehat, manja sangat kononnya badan ni, semalam pun aku MC jugak. Dulu setahun sekali nak MC pun susah, sekarang setiap bulan pun nak MC.

Being a working mother is not easy. Serius kalau ko bekerja dan ko menguruskan anak sendiri, menguruskan rumah, menguruskan suami, ko pun dah tak terurus..aku la tuu. Pergi kerja rambut ngerbang-ngerbang macam ponti, muka gelap semacam tak sempat pakai masker dah berbulan-bulan, badan asyik letih je. Dah telan segelen suppliments, tetap begitu, tu cara makan suppliment, cer kalau tak makan, camne lah agaknya ye. Eh, pagi tadi masa pergi kerja aku ternampak tuala baby tersangkut depan lif, aku rasa tu tuala Aish, tapi aku tak berani ambik, sebab semalam hujan aku dukung Aish, tutup tuala kat kepala dia sambil berpayung, aku pun tak perasan bila masa tuala dia cicir, sebab tangan aku penuh, dah rupa pokok krismas aku ni, sangkut handbag dengan beg Aish bahu kanan, dukung Aish belah kiri, tangan pegang payung, kang nak pegang barang yang aku baru beli, mulut lagi nak tegur jiran, manalah nak perasan tuala anak cicir, nasib baik Aish Yusuf tak tercicir, kalau dukung sekarang badan melentik-lentik mintak lepas, kang aku lepaskan kang, terdampar ko kat lantai..mau?? haha garang sangat mak ko ni Aish.

Amboi mukadimah panjang lebar, mana rutin hariannya Mak Temah oiii

Ye, ye baiklah sekarang jugak Mak Temah taipkan

5.30am

Aku dengan En. Syg dah bangun, suami bangun terus ke bathroom, aku bangun terus ke dapur, panaskan puree Aish.

Mandi, iron baju, solat, bersiap. In the middle aku ulang alik ke dapur tengok puree, sebab ada 2 jenis puree kena panaskan, satu untuk breakfast dan satu lagi untuk lunch. Siap panaskan satu puree, terus masuk dalam termos, lepas tu panaskan puree satu lagi pulak (warmer adalah lembss)

Kalau nasib tak baik, Aish akan bangun dan menangis sambil ikut aku ke hulu ke hilir (walker). Rumah aku pulak setiap bahagian ada bendul, semua bilik tinggi beberapa inci dari ruang tamu, dapur rendah beberapa inci dari ruang tamu, so setiap kali aku masuk bilik, aku kena tunggu Aish dan angkatkan walker dia, kang kalau aku nak pergi dapur check puree, aku kena tunggu Aish dan tolong angkatkan walker turun dari bendul untuk ke dapur, boleh je aku nak biar dia turun sendiri tapi dia tu main meluncur je, kang terbalik pulak anak kesayangan. Kalau tinggalkan dia kang, dia punya menangis..pergghhh sengsara sangat bunyinya. Dia kalau boleh nak bertebenggg tepi kaki, aku rasa mungkin sebab kaki emak dia ni cantik dan wangi kot..PANGG..haha

By 6.30, En. Syg dah gerak pergi kerja, sebab nak kejar parking kat LRT, tinggallah aku berdua dengan Aish, ko menangis di sana, aku menjerit di sini.

Aish suka projek poopoo diwaktu pagi, kalau aku terlambat 10 minit je gerak dari rumah, maka dia akan sempat buat projek poopoo, aku yang sudah cantik dan wangi ini, kenalah basuh projek dulu. Dan setiap kali itulah jugak, poopoo dia akan terkena lengan baju aku, atau kain aku dan sudahnya kena iron baju lain dan stress berleluasa di mana-mana, ko nak iron baju, dia sibuk nak tarik iron board T_T

7.00 am

Kemas dapur sikit, tukar pampers Aish, cuci muka dia (tak suka hantar Aish rumah babysitter dengan tahi mata selambak) letak termos dalam beg, siapkan bekal susu, sangkut semua beg kat dahan pokok krismas bahu, dukung budak masam dan off we go.

Biasanya waktu pagi Aish memang tak menangis duduk dalam carseat, dia akan minum susu or tidur, lega lah sikit aku nak layan jem masuk simpang Giant Sek 13 tu. Rumah babysitter kat Seksyen 4 (dekat roundabout masjid Shah Alam), dekat setengah jam jugaklah dari rumah aku.

7.30 am

Gerak dari Seksyen 4 ke Subang Jaya, breakfast dan bekerjalah kite sekuetnyo.

5.30 pm

Tengok jam 5.30 je, kemain laju kemas barang, ambik phone, sumbat, ambik purse, sumbat, kutip tu kutip ni sumbat dalam beg, laju-laju turun tangga, punch, lari masuk kereta, lepas tu tunggu 5 minit orang alihkan kereta..pfftttt, asyiklah nak block kereta aku, hari-hari tauuuuu, berbulus je mak minah. Dahlah nak kejar ambik Aish, sebab babysitter sampai pukul 6pm je, lambat 5-10 minit dia tak kisah pun, tapi seganlah aku sebab dia memang tak charge OT. Lepas tu Subang Jaya ni manjanglah jem nye, even keluar 5.30 sharp pun aku akan sampai rumah babysitter around 6.10 ++

6.10 pm

Tengah berusaha menyumbat Aish dalam carseat, sebab dia meronta-ronta, so everytime nak balik aku akan mintak babysitter prepare susu dia sebotol, dia menangis macam mana pun aku drive jugak sambil menyanyi, sambil bagi dia hisap botol, tak sempat sampai roundabout dia dah senyum besar dah..hmmmm dah tau dah aku sifir Aish ni, dah hafal sangat.

Kalau mood dia tak baik, dia akan menangis jugak, so aku akan stop kat Laman Seri (shoplot) situ jelah pitstop aku, bagi dia main stereng kejap, letak balik dalam carseat, oklah dia.

6.50 pm

Sampai rumah, letak semua hiasan pokok krismas aku tadi, letak Aish depan tv, dia melalak, tapi aku tahan telinga je, pergi dapur, panaskan puree for dinner, keluarkan bahan nak masak jap lagi, masak air barulah bagi Aish nenen. Nenen tu wajib bagi dia, selagi tak dapat nenen, mood tarak baik, dapat saja nenen, dah puas nanti dia punya sonyummmmm, meleret bukan main.

Lepas dapat nenen, dia akan main, masa tu mencicit aku lari pergi sediakan air mandi dia, ambik baju tidur dan bakul barang dia. Sepanjang aku berdesup macam superman tu dia akan menangisssssssssss je..hadoi laa. Kalau nak mengadap dia je, memang satu kerja pun tak jadi, terpaksa la aku biar dia menangis kejap. 

Kalau Aish berpeluh, aku akan mandikan dia semula, tapi sekarang kan musim hujan, so aku just lap dia dengan air suam, sebab babysitter dah mandikan dia pukul 4.30pm everyday. Tukar baju tidur, sapu losyen, bedak, minyak panas, vicks, bagi dia main kejap baru bagi makan, siap bagi makan, barulah aku baring sambil biar dia duduk dalam walker, masa ni lah aku blogwalking..hehe..sempat. Aish tak kisah pun kalau aku biar dia main sorang-sorang as long as aku ada depan mata, kalau aku hilang je terus uwaaaaaaaa. Kadang dia tak perasan aku pergi dapur, nanti aku intai tengok dia tengah melalak sambil terkedek-kedek dalam walker cari aku kat bilik dan menangis depan pintu bilik..wahaha..comel sangat. Tak pun masa nilah aku ajar dia dengan flash card.

8.00 pm

Bila dia dah nangis-nangis, aku tidurkan, tapi nak dapat tune tidur dekat sejam, golek kiri, golek kanan, main botol jap, pusing-pusing sekatil, nenen seround, golek lagi, kadang sampai En. Syg balik pun dia belum tidur lagi. Terpaksalah suruh En. Syg masak..wahaha. Tapi most of the time memang suami aku yang masak dan basuh pinggan, dah jarang sangat aku masak since ada Aish, kalau Aish tidur awal and En. Syg belum balik je baru aku masak. Suami aku setiap hari pun sampai rumah pukul 8.30, berkeriuk keriak perut aku ni..sobss.

Aish tidur je, aku terus prepare botol, FM, air panas dan air sejuk letak dalam bilik. Rendam baju, mandi, prepare beg Aish untuk esoknya, basuh termos makanan dia, makan, angkat baju, basuh baju Aish. Aku basuh baju Aish hari-hari, kalau malas sangat 2 hari sekali, tak suka biar baju dia lama-lama tak berbasuh sebab budak kecik ni kang tumpah susu lah, tumpah makanan lah atas baju, kalau biar lama-lama takut bertahi lalat pulak. Lepas basuh tangan aku spin, sebab musim hujan ni baju cepat masam. Siap semua sidai baju pulak.

10.30 pm

Biasanya setiap hari sebelum balik kerja aku akan setkan apa kerja yang aku nak buat bila dah balik rumah instead of kerja rutin harian aku it's either, mop lantai, sapu satu rumah, basuh bilik air or lipat baju selambak. Memang setiap hari aku dah set, sebab setiap minggu aku akan balik Serendah, so there is no weekend untuk aku settlekan hal rumah, semuanya aku settle on weekday, memang penat nak mati, kadang rasa nak baring je dan buat-buat tak nampak, tapi tak tahan lah pulak. 

Hari ni aku nak lipat baju yang dah nak penuh sebakul. So selalunya after siap je semua rutin aku, Aish dan En. Syg dah tidur, duduklah aku sorang-sorang melipat baju sambil mata terkatup-katup. Siap lipat baju kang nak check dapur lagi, sebab En. Syg kalau basuh pinggan, tak pernahnya nak lap sink, lap kabinet, sapu sampah, tutup tingkap, akulah yang buat tu nanti, lepas tu kutip sampah satu rumah, so pagi esok En. Syg boleh terus buang. Kang lalu dekat hall, kutip mainan Aish pulak, sapu sikit takut berhabuk, lap meja makan, tengok semua dah tersusun cantik, baru boleh tidur dengan tenang, kalau tak, jap jap kang aku bangun, macam semalam baru nak lena, terdengar lagu mesin basuh aku bunyi, kain dah siap basuh, bangunlah pulak dalam kegelapan nak sidai baju.

11.45 pm

Baru boleh tidur, kalau masuk bilik tengok suami tengah tidur..fuhh nasib baik. Tapi kalau masuk bilik suami belum tidur..fuhh...fuhhh..fuhh

Setiap malam Aish akan bangun paling kurang 3 kali, pukul 1.30, 3.30, 5.10 dan by 6.00 terus bangun dan melakukan kerja amal (mengikut mak dia ke hulu ke hilir). Kalau dia tidur awal, 5.00 pagi dia dah bangun dan poopoo, berdarah hidung aku..waaaa.

Weekend

Kat rumah mertua, takkanlah aku nak duduk bersenang lenang pulak kan, of courselah kena tolong apa yang patut, balik rumah sendiri hari Ahad, sampai je rumah busy mengemas sambil masak makanan Aish untuk stok seminggu.


Dah lama tak tengok tv, kalau korang duk cerita Adam Hawa, aku tau tajuk je lah, pernah tengok sekali dua je, nasib baik pernah baca novel dia, so taulah sikit-sikit. Tak pernah dah sekarang duduk depan tv sampai 10 minit tak bergerak, ada je benda nak buat

Penat kan jadi mak-mak ni. Semalam MC aku tidur je, sebab nak rehat punya pasal, tersedar pukul 4.30 petang mencicit aku mop lantai dengan basuh satu bathroom sebelum ambik Aish dari rumah babysitter, kan dah jimat tenaga aku hari ni, kurang dah kerja sikit.

Bye korang :D




Mommy's angel