Salam, ok mari sambung posting tergendala semalam. Hari ni kita kasi habis terus. Lepas balik dari massage tu kitaorang terus gerak balik ke Jelutong, singgah untuk mandi dan bersiap for lunch. Kitaorang ambik oil massage, so badan pun berminyak la sikit, boleh je kalau ko terus nak gerak pergi lunch, tapi dah katanya anniversary setahun sekali, pakai la molek sikit ye dak, kasi selesa, wangi, barulah feeling dating.
Pening jugaklah fikir nak lunch kat mana, sebab kan jerebu still teruk lagi hari Selasa tu, memang tak boleh makan kat open area, sebenarnya aku nak ajak En. syg makan kat tempat yang K.Mimy suggest, kat Subak, tapi dia open area la, ke ada closed area?? Fikir punya fikir, aku bagi idea baik punya kat En. Syg, sebab kitaorang plan lepas lunch terus nak tengok movie, so memang kena cari shopping mall la jawabnya.
So kemana kita???
Ke sinilah saje..hahaha
In love
Sooo in love (terbelahak masyarakat tengok gambar pegang tangan ni..hahaha..gasaklah)
Setiap kali aku keluarkan phone nak capture gambar, En. Syg bising sebab dia buat rule, no phone on anniversary, errrkkkk sebab setiap kali aku keluar phone, dia ingat aku nak baca blog..cisss, padahal aku nak capture gambar. Lepas tu mestilah nak reply whatsapp teman sekerja yang bertanya tentang kerja kan.
So makan di mana kita??
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Ye, di sinilah saje, sebab kat sini je yang aku rasa macam romantik sikit, takkan nak makan kat Sushi King pulak, tak romantik langsung, walaupun tekak mengidam sushi
Husband
Wife
Menyesal ok tak basuh rambut, sebab dekat rambut pun dia letak oil, En. Syg tak kasi basuh sebab takut lambat, akibatnya rambut ku keleperan sebab berminyak..sobsss
Pilih menu, disebabkan ni anniversary so kena makan complete meal, kena ada appetizer, main menu and dessert, baru ngam. Actually ni jugak first time kitaorang makan kat Full House, saje nak try test :)
Appetizer
Grilled salmon dengan mango yang di grilled jugak, ada salad sejomput. Tajuk sebenar makanan ni tidak ku ingat.
Main Course (his)
Lamb Shank with Ratatouille (sedap!)
Main Course (her)
Serius tak ingat tajuk dia tapi ada steak dalam roti tu (kureng!)
Dessert
Yang paling kanan, ya allah sedapnya oiiiii, tajuk dia Black Forest Chocolate blaaa..blaaa (tak ingat..haha)
Nak beli dessert ni satu-satu pun boleh, tapi kitaorang gabung tiga jadi lebih murah RM29.90. Kalau beli asing, yang paling kanan tu RM13.90, next time nak pergi makan dessert ni lagi..sobssss. Terharu sebab sedap sangat.
Mari tengok si tukang makan sedang memakan
Ni En. Syg punya, aku minum Coke je, sebab nak makan banyak takut muak
Gambar aku tengah makan aku takmo letak, sebab tak sanggup tengok muka sendiri time makan, ada sedih ada gembira ada rakus, aku pun tak paham..hahaha
Kitaorang siap makan around 3.15 camtu, terus pergi tengok tiket movie, paling awal movie start pukul 3.30, yang aku ni duk kira-kira, kalau movie tu 2 jam kira ngam2 habis pukul 5.30 lepas tu boleh pecut balik ambik Aish pukul 6ptg, tapi walaupun movie 2 jam, bukannya ko masuk movie tu dia start terus, wajiblah trailer sana sini dulu, confirm habis pukul 6 jugak, babysitter Aish pulak by 6 memang kita kena ambik anak, dia takmo OT. So tak jadi tengok movie, kitaorang just jalan-jalan je dalam SCM tu cuci mata dannnn cuci poket.
Movie, ku tengok mu dari kejauhan je la ye.
En. Syg nak beli present anniversary untuk aku, something yang dah lama aku aim, tapi aku tak bagi, aku nak buat kajian dulu, sebenarnya perlu ke tak. Kebetulan kasut flat aku semua dah rosak dan selamat aku buang, flat terakhir putus masa pergi BBQ rumah kawan En. Syg, so sempena anniversary ini, mari belanja saya kasut flat ye bang, aku beli murah je, Vincci je pun, sebab aku nak banyak, kalau beli yang mahal dapat seketul je, rugi
Aku kira ni hadiah anniversary je la, untuk En. Syg aku tak belikan apa apa pun...hahahaha..dasar. Flat paling kanan tu aku ingat nak jual sebab sempit yang amat, padahal saiz yang biasa aku pakai, saiz 5, maybe sebab jari aku panjang, dan bentuk depan kasut tu bulat, tak sesuai dengan kaki aku, kalau jual ada ke orang mau eh? Baru pakai sekali, tak sanggup dah, sempit!
Malam tu buat dinner special sikit, takdelah special mana, tapi tetap dikira special sebab jarang boleh masak macam ni bila aku berdua je dengan Aish, mau dia bergayut tepi dapur.
Hmmm...boleh la
Happy Anniversary Sayang, thanks for everything. Mommy sayang Daddy, Daddy cinta Mommy tak?? auuuwwww dussyummmm
Sekian entry anniversary untuk tahun ini, kita bertemu lagi tahun depan dalam edisi ke-3 pulak..hahaha. Korang kalau anniversary tu ambik la cuti, tak payah gi mana pun takpe, at least spend time berdua dengan hubby, agak-agak kalau poket kempis, pergi makan tempat biasa pun dah ok, lepas tu jalan-jalan berdua, tak pun golek-golek berdua kat rumah, mana tau untung-untung dapat baby baru, baby anniversary..haaa kan syok..hahaha. Oklah bye!