Klik Jommm

Thursday, December 30, 2010

Si Tamak and Her Wedding Dress

ahahaha...ahahahaha...ahahaha...gelak si gadis yang rambang mata. Mata menjadi rambang-mambang melihat dress-dress yang super cantik dengan warna-warna yang menggiurkan. Stok bila tengok, air liur meleleh tanpa disedari. Dress pink serius cantik, sebab kain chiffon yang kembang beralun-alun. But unfortunately, design tu hanya pink colour sahaja, kaler lain tadek. Takmo pink..takmo..takmo (mentera yang dibaca untuk diri sendiri) walau dalam kepala membayangkan kain yang beralun-alun ditiup angin ketika sesi outdoor di kebun bapa sendiri..Temerloh, kat mane la nk buat outdoor?

Cuba dress tu, cuba dress ni..semua pun cantik. Dan akhirnya, theme colour pun bertukar..nyammmssss ;p. I'm gonna wear a dark blue dress ;)

Mari bermula semula..owhhh suka


 Confirm dah, lepas ni tak tukar lagi


Since dark blue is too dark, kite gabung dengan putih ;)




owhhh

*Images from Google*

Monday, December 27, 2010

OP and Wedding Dress

sobsss..dah 2 minggu tak update. Tidur malam tidak lagi selena dulu. Hari siang tidak lagi seceria dan seindah dulu. Hati menjadi rawan sejak akhir-akhir ini. Busy dengan kerja di opis, busy dengan adik yang menelepon suruh bayarkan bil astro, dengan alasan terlalu busy sampai tak perasan bil sudah t'tunggak 2 bulan, busy dengan adik ke-4 yang ajak menemankan pendaftaran di UiTM nanti, duduk dirumah bujang aku, suka makan pulak tu, busy Cik Bedah ni mengecah-gecahkan dapur. Takde kerja lain kena masak je, walhal adik sudah besar panjang tahu masak nasi dan makan je..sobsss..tapi yang paling busy! busy menguruskan kecerewetan sendiri. Asyik lah nak cari OP hebat-hebat, tapi budget ciput..benci. Sampai takleh tido malam duk pikir, nak amik yang mane satu. Kesayangan pesan jangan cerewet sangat, ambik je mana-mana. Pastu mula emo-emo dengan Sayang, pastu merajuk nak hentam je photographer mana-mana, pastu bile b'fikiran waras, kembali menjadi cerewet. Haissshhh, rasa nak tangan-tangankan diri sendiri. Degil ko yeh. Dah banyak dapat quote dari OP, tapi setiap quote akan berakhir begini:

"HARGA TERSEBUT VALID SEHINGGA 31/12/10 SAHAJA, JIKA BOOK SELEPAS TARIKH TERSEBUT, HARGA BARU UNTUK 2011 AKAN DIGUNAKAN"

Tekanan ok, nak decide dalam masa seminggu ni, tekanan. Lepas tu hari ni baru teringat nak cari OP dari Pahang je, jimat cost aku. Hahaha..tapi penemuan terbaru ni taleh diceritakan kat kesayangan, nanti kena marah sebab last week dia dah suruh book je OP yang aku suka, tapi diam-diam aku tak book lagi..heheh. Ok, cukup pasal OP. Mari cerita tentang our wedding dress pulak.

owwhhh...day dreaming kejap. Standard semua budak pompuan bile dah umur 7 tahun, feeling-feeling nak kawen, walaupun belum tahu, bile dah kawen nanti kena masak, kena beranak keluar kat situ. Pastu masa belajar Sains Form 3, terus macam takut, keluar kat tempat lain tak boleh ke. Sebab masa kecik Ma tak pernah bagitau beranak keluar kat situ, Ma asyik tipu cakap belah perut kasi keluar itu budak. Pastu ada budak lain cakap, eh, keluar kat situ laahh..Tak percaya ni sebab kalau keluar kat situ, mesti baby kurus dan leper, sebab situ kecik, lepas tu imaginasi budak darjah satu, agaknya lepas keluar, tiup-tiup baby macam belon, lepastu dia ngembang. Walau takut dan bergigi rongak (2 gigi depan patah) sebab Along tolak kita jatuh dari kerusi masa kita sibuk-sibuk nak tolong dia sidai kain sebab kita memang rajin dari kecik dan Along adalah orang yang bertanggungjawab terhadap 2 batang gigi kapak kita ni, tetap nak feeling-feeling pasal future wedding dress. Kalau tak, takdelah main kawen-kawen masa tadika dulu kan, kan, kannnnnn.

Disebabkan aku ni kurus kering, dengan berat 45kg sahaja, awal-awal dah takmo pakai kebaya, nanti nampak lurus je, takde curve. Kalau korang body banyak curve, dada ada curve, pinggang curve, bon curve, kaki curve, kepala curve, elok sangat la pakai kebaya, baru cantik jelita pengantin. Alien je kalau kepala pun ada curve..haha


Kalau pakai kebaya labuh, nampak pendek la pulak. Dah la aku ni pendek..tsskkk..



Kurung moden takmo, sebab nak pakai masa nikah nanti


Jadi, aku akan pakai dress..sebab feeling-feeling kain kembang, tak nampak la kurus kering..bukan strapless, ni wedding dress versi muslimah, gile nak pakai strapless kat kampung, kena hambat nanti.  Memang simple gile, plain je..tapi sukaa..ahahaha, esok half day, nak pergi decide design mana satu yang cantik di badan dan menyumbang kepada kejelitaan adalah hak milik setiap insan si pemakai...auwwww tak sabar!


Pose wajib depan pelamin bawah khemah ni..ngehehe (pitam org kampung tgk)


 Credit: Arma Wedding Couture

*Images above from Google saje*

Wednesday, December 15, 2010

Dina Halim Bridal Boutique Online Contest - 'Dari Mata Jatuh Ke Hati'



Cinta tidak pernah mudah buat saya. Tidak pernah. Cinta yang saya harap-harapkan berakhir dengan bahagia, tidak berakhir seperti yang saya mahu. Dua kali dan saya hampir putus asa. Selalu terfikir, mungkin takdir saya, satu hari nanti saya tidak akan berkahwin atau mungkin berkahwin tetapi dengan lelaki yang tidak saya cintai. Lelaki yang mahukan saya dan bukan sebaliknya.

Kuasa Allah, saya tidak mampu menghalangnya. Allah itu Maha Adil. Mungkin saya cukup bertuah untuk menyintai dan dicintai buat kali ketiga.

Kami berkenalan melalui satu laman sosial, dia yang add saya dulu dan menghantar mesej. Saya balas dan sejak itu, kami saling berbalas mesej. Dari mesej di laman sosial, kami berchatting, dan akhirnya dia minta nombor saya. Saya mengelak, tapi dia tidak pernah putus asa. Akhirnya saya mengalah.

Dia call saya hampir setiap malam. Dia ajak saya jumpa, tapi saya mengelak dengan memberi pelbagai alasan, kerana saya baru putus cinta dan masih belum bersedia. Dalam mengelak, kebetulan saya berjumpa dengan 4 orang teman baik di satu Kopitiam dekat dengan rumah si dia. Bila saya bagitahu saya makan disitu, dia suruh saya tunggu, dan dia datang dengan teman serumah. Saya jadi takut bila dia bagitahu dia nak datang, saya beri pelbagai alasan untuk pulang awal. Tapi dia berkeras suruh saya tunggu. Saya duduk di meja belakang sekali, dan malam tu memang ramai orang. Kebetulan, saya baru perm rambut, jadi dia cari saya sampai jumpa with one clue (saya berambut mop..hehe), lucky he found me based on that clue. Sebab dia cuma pernah tengok gambar saya berambut lurus. Kalau tak, saya dah nak balik diam-diam.

He's like a miracle to me. Dia kelakar, ramah dan banyak mulut. He can talk about anything and everything sampai buat saya terdiam dan asyik tengok dia je. Dan dia boleh sesuaikan diri dengan 4 orang teman baik saya. Dia bagaikan cinta pandang pertama. Sejak malam tu, tiada lagi saya yang asyik menangis setiap malam mengenang cinta yang tak kesampaian, no more sleepless night. Saya asyik senyum dan ketawa. Hati saya berbunga-bunga. Saya jatuh hati tanpa saya sedari. Dia bagaikan jawapan untuk setiap doa saya. Sejak malam tu, kami menjadi semakin rapat sehinggalah akhirnya dia berterus terang yang dia sayangkan saya. That is how we start.



Sehingga kini sudah 1 tahun 7 bulan kami bersama. Setahun 7 bulan yang penuh dengan cinta, ketawa dan airmata, dan saya tak sabar untuk menghabiskan lebih banyak tahun bersamanya. Masih baru dan masih jauh lagi perjalanan di hadapan kami, masih banyak lagi dugaan dan lebih besar lagi ujian yang menanti. Moga kami akan terus teguh berdiri walau apapun yang terjadi dan saya cukup bahagia saat bergelar tunangannya. Sekurang-kurangnya saya tahu dia cukup ikhlas menyintai saya dan sekurang-kurangnya saya tahu cinta sejati itu masih wujud. Terima kasih Tuhan untuk peluang ketiga, dan terima kasih Tuhan untuk dia.

Dia cinta yang tak pernah saya sangka akan hadirnya. Dia lelaki yang mencuri hati saya, menggembirakan saya, melengkapi saya dan lelaki yang menyintai saya seadanya saya. Dia lelaki yang mahu sehidup semati dengan saya, menghabiskan seluruh usia menyintai, menjaga dan memimpin saya hingga ke syurga. Insyaallah. Lelaki yang mahu bersama saya hingga ke akhirnya. Doa saya biarlah dia yang terakhir buat saya dan doa saya moga inilah cinta yang sentiasa mencari redha Allah. Mungkin dia cinta yang ketiga tapi jauh di sudut hati, dialah cinta saya yang pertama. Sentiasa dan selalu.

15th of May 2009, the day I make you mine. Kami tidak sempurna, tidak pernah dan tidak akan jadi sempurna. Tapi masih, dia buat saya rasa sempurna. Moga rasa itu hingga hujung nyawa dan moga bahagia itu milik kami berdua akhirnya. Asrul Sani, saya cinta kamu!



Ini pelamin yang paling saya suka dari DINA HALIM. Saya suka bunga, lebih banyak bunga lebih cantik. Macam perkahwinan di dalam taman. Bagi saya pelamin ini moden dan fresh. Tiang Roman itu buat pelamin ini cukup moden. Kerusi rendah juga dapat memperlihatkan keindahan pelamin  itu sendiri, tidaklah tertutup oleh 'high back chair' yang tengah in sekarang. Such a brilliant idea from DINA HALIM. Pelamin yang indah untuk meraikan cinta yang juga indah dan pastinya meninggalkan kenangan yang paling indah untuk dikenang oleh pengantin.

Friday, December 10, 2010

Ahad (entry boring gedik)



Ahad lepas akhirnya berjaya pergi membuat lawatan sambil belajar di Empire Shopping Gallery, nama saje duduk di Subang, tapi tak pernah pergi Empire. Kadang-kadang bila orang bercerita pasal Empire, rasa mahu sorok saje muka yang tak comel ni, sebab malu. Padahal, jarak rumah dengan Empire tu 10 minit pun tak sampai. Kadang-kadang lebih rela singgah Subang Parade yang sememangnya takde ape-ape dari pergi Empire yang jaraknya di depan mata. Dah dalam kereta baru kesayangan cakap nak ajak pergi Empire, nasib baik berbaju sederhana selekeh, tidak la malu sangat. Sampai kat sana, terpesona dengan Christmas Decoration yang nampak 'sejuk' dan gelongsor panjang dari tingkat atas. Kemudian, bertepek di dinding kaca menunggu seseorang keluar dari gelongsor sambil bertanya sesama sendiri "mana dia, mana dia? takde pun orang turun". Malu je, itu pun nak kagum T_T. Kesian makcik cleaner kena lap hasil tinggalan minyak muka sepasang kekasih kat dinding kaca tu nanti. 




Akibat hari-hari menonton Top Chef di Astro, hari-hari jugalah mengidam nak makan steak dan hari-hari juga meng'annoying' kan kesayangan cakap mengidam steak, terliur tengok Top Chef masak, bile sayang nak datang banje kite steak, kite teringin nak makan steak, sayang dah tak sayang kite sebab tak bawak kite makan steak, kite terliur hari-hari tengok steak, kite nak lunch steak, tapi tak seronok kalau tak makan steak ngan sayang, kalau sayang ade, kite nganga je, sayang suapkan steak. Sayang bile kite nak makan steak?. Sebab annoying sangat, kesayangan banje Chili's, nah makan steak portion besar sampai muntah, nah ambil saya punye sekali ;p Seronok je, kenyang sampai skip dinner.


Jakun sebab dah lama tak naik LRT, gambar stesen pun nak amik

 
Dah petang sayang ajak pergi KLCC pulak, alaaaaaaaaa..orang selekeh ni. Tapi sebab takut lain kali dah jarang jumpa kesayangan, terpaksa ambil kesempatan waktu dia free ni untuk dating. Ikut saja, k'orang naik LRT dari kelana jaya seteraiiiiitttttttttttttttt sampai KLCC. Before maghrib balik rumah sebab dah tak tahan berjalan dengan heels sepanjang hari, rasa nak tercabut buku lali and i was crying like hell masa tengok kesayangan balik Shah Alam. En. Sayang cakap macam budak kena hantar balik asrama dek parents. Gedikssss betul, sedih sebab nanti dah jarang jumpa balik, nanti kita asyik rindu camane?. Macam tu la Ahad kite.  

Wednesday, December 8, 2010

Hantaran Hunting 1

Tak pernah sekalipun teringin nak tengok Harry Porter, sebab tak suka cerita merepek meraban dan tak real di alam nyata. Tapi kalau bercinta, kau nak pulak feeling-feeling fairytale kannnnn. Tapi sebab tunang tercinta memang peminat tegar, terpaksa ikut bersama. Alah bercinta, i jump u jump. Kena lah ikut je kan. Lepas keluar dari wayang, baru tunang cakap

"Eh, awak tak suka Harry Porter kan?"

ces, ces, ces..baru nak ingat!, semalam masa call berjanji manis ajak tengok Harry Porter tak ingat la pulak kan. Tapi sebab hari tu nak set date kawen, oklah bagi dia can. Jenuh memaksa hati menonton Harry Porter..tssskkk tssskkk. Tapi cerita dia boleh tahan lah.

Lepas tengok Harry Porter, makan laksa dekat Sek. 7, yang tepi jalan dekat dengan Mo'men, sedap betul!! 



Kesayangan membeli laksa dengan bergaya ;p



Laksa yang sedap dan bergaya ;p (sambil lap-lap air liur)

Lepas kenyang dan decide tarikh kawin, kesayangan ajak pergi Jusco Bukit Tinggi dan akhirnya terbeli hantaran sekali. Terbeli ok, nangis aku tak buat budget betul-betul. Lepas belikan dia jam yang harganya boleh buat mak pitam, terus dia ajak beli cincin pulak. Dulu sebelum bertunang, dah set dalam kepala ni, kawen nanti nak cincin jugak, nak cert. diamond. Ma cakap, belilah gelang, untung sebab bertunang dah dapat 2 cincin. Tapi aku kan degil, nak jugaaaakkkk cincin tak kira sebab rasa macam tak kawin kalau takde cincin.




Nasib baik di petang Sabtu yang indah nian tu boleh berfikir dengan waras sambil tepuk-tepuk perut buncit sebab kenyang makan nasi ayam and akhirnya dapatlah seutas charm bracelet begemerlapan. Sebenarnya ade 3 cincin, semua pun berbatu, dah rupa Kak Nam Bedah kalau semua pun nak pakai sekali, tak pakai cincin ini kang, orang tu kecik hati, tak pakai cincin itu kang, orang ni kecik hati. Bila pakai cincin pemberian bakal mertua sahaja, nanti kesayangan cakap:
 
"Awak tak pakai pun cincin saya" 

Charm bracelet yang bergaya tapi bergaya lagi charm bracelet saya ;p


Jadi pakai semuanya, kasi semua berbesar hati. Kalau kawen amik cincin lagi, kan ke dah ade 4 cincin, nak sarung kat mane lagi. Pasrah saja dengan charm bracelet. Sekarang, sambil duduk sorang-sorang dalam bilik, sibuk nak pakai gelang and feeling-feeling kawen..*malu*. Beli hari Sabtu, Isnin baru perasan Habib buat SALE. Tapi buat-buat tak nampak, geram je sebab tak survey dulu, pegi 2 kedai, terus beli. Sayang la punya pasal ni asyik paksa suruh beli jugak, sebab takut dah takde masa ceh, tetiba nak salahkan orang lain pulak. Tapi saya cinta sama saya punya charm bracelet..comel dan bergaya sungguh (taktik memujuk hati)..ahaha.. walaupun kadang-kadang datang perasaan nak cincinnnnnnnnnn.. tapi berjaya ditangani dek charm bracelet yang begemerlapan di tangan kanan lebih-lebih lagi bila dipakai diwaktu malam disinari cahaya lampu kalimantang di depan cermin besar di sebelah tv. Begitu. Bahagia :) 

Pembelian tidak dirancang sebelum balik, set perfume. Brand sama, harga pun sama..adil. Malam tak leh tidur sebab asyik kira-kira balik berapa dah habis..sroott srooott. Lepas ni kena plan betul-betul. Dan sekarang jugak nak buat claim. Ok dah..bai

Monday, December 6, 2010

The Date

omaigod, omaigod..hoho..entry dimulakan secara gedikssss nak kasi korang teruja sikit. Teruja tak? Teruja tak? Teruja tak?. Kitaorang berdua telah mendecidekan tarikhnya without our parents. Ok tak, En. Syg yang letak tarikh tu, aku iyakan je. Nak tau macamane, lepas tengok movie Harry Porter dekat Bukit Raja, pegi Kopitiam, order Cham ais satu and Honey Lemon suam satu, minum seteguk dua, En.Syg pegang buku nota aku, keluar pen dari poket, tengok aku n tanya

En. Syg: Ready?
Aku: Ready! ;p
En. Syg: Kita bertunang bila eh?

Itu memang pertanyaan yang selalu membakar jiwaku. Selalu. Tarikh yang dia ingat cuma birthday aku n birthday dia je. Tarikh lain dia tak ingat. Nasib baik tarikh couple ingat, tu pun sebab aku selalu buat revision kat dia masa mula-mula couple dulu. Tetiap bulan tanya "Bulan ni dah berapa lama kita couple eh?". Annoying betul tetiap bulan pun nak tanya.

Aku: 3rd July
En. Syg: Kita janji setahun kan. Awak nak kahwin hari Sabtu ke Ahad?
Aku: Sabtu la, nikah hari Jumaat
En. Syg: Ok dah!
Aku: Haaaa..tak sempat Cik Erin mahu berkata-kata.
En. Syg: Ok tak?
Aku: Hmmm..oklah

Both of our parents dah tau tarikhnya, tinggal nak mengadap parents memasing secara formal pulak. So, date tu belum betul-betul confirm lagi. Tapi setakat ni, semua pun cakap YES. Tolongla cakap OK, tak sabar nak jadik Wedding Planner. Tak sabar nak berpinar macam korang semua. Dan yang paling tak sabar, tak sabar nak kawinnnnn!!  ehekk ehekk (gelak pompuan gatai) Bukan ai yang gelak tu, pompuan lain..tak baik tuduh ai tau malu nak ngaku sendiri gatai..podahh.

Wednesday, December 1, 2010

Design Bilik

Eh, macam seronok je kan citer kawen-kawen ni..haha. Kalau dulu 6-7 bulan lepas masa tengah hangat prepare untuk engagement, blog B2B la yang selalu di serang. Asyik tengok sana, intai sini. Lepas bertunang, dah hilang minat nak tengok blog orang kawen, sebab belum ada tarikh dan tak tau nak prepare apa lagi.

Tapi sekarang tidak lagi! (sambil buat muka serius macam abg badan ketak2 iklan shieldtox membunuh nyamuk)

Lepas theme colour diluluskan pihak atasan, terus meroyan menerjah semua blog B2B semata nak dapat idea or kembangkan lagi idea yang ada dan yang dah sedia kembang. Bukan kembang lagi dah, dah siap merepek merabankan idea tu lagi. Sampai satu tahap, tetiba nak tukar kaler pulak dah. Oh tidak..tidak, saya berjanji pada diri sendiri yang saya akan menetapkan hati sesungguh2nya. Hati menjadi melting sungguh bila tengok baju nikah Elyana tu..tsskk tssskk..oh biruuuuuuuuuuuuuuuuuu, tergoda imanku. Ok tidak! saya takkan berubah hati. Ye! saya boleh! Gile annoying oh..

Pencarian bakal design bilik pengantin diteruskan (ayat cam bagus-bagus..nyampah) Yang pasti, mahu hias sendiri, tanpa bantuan butik pengantin, jimat. Aku nak yang praktikal, yang semuanya boleh dipakai semula selepas kawin nanti, bukannya letak bunga rimbun-rimbun dalam bilik lepas kawen simpan dalam plastik sampah hitam, letak atas almari dalam bilik adik, lepas 2-3 tahun, agak-agak buruk, buang. Berjimat cermat amalan mulia, jadi dengan ini, aku akan merecycle balik pelamin tunang hari tu. Ingat lagi tak pelamin tunang ai yang ai buat sendiri tu..alaaaa yang kaler pink putih tu..alaaaa yang senget sikit tu, yang aku amik botol ubat Ma buat menahan pelamin dari condong. Auwww, sebab suka dengan pelamin sendiri, nah tengok lagi buat kali ke 8 juta




Walaupun tak sehebat mana dan senget benget, tetap terasa pelamin ini sungguh manis sebab dibuat dengan penuh rasa cinta didada (eh, nak bertunang, smbil panjat kerusi sangkut bunga kat atas tu pun asyik menyengih je)

Bantal, kristal dan bunga tu semua akan direcycle. Kan dah jimat, kristal tu akan di deco macam Eric Leong buat. Itulah gunanya menonton Deko bersama Eric setiap pagi, walau lambat pergi kerja dan terkocoh2 melintas jalan takut lambat sampai opis dan ditangkap Director, tetap ada pelajaran yang berguna dari Eric Leong. Terima kasih Eric (tiba2). Untuk lebih banyak design, mari google dan kalau mahu lagi best tengok saja website Deko Bersama Eric. Aku tak letak link untuk kemudahan kita bersama, cari je di google. Kalau mahu jimat kena rajin, kata dah nak kawen, takmo malas, takmo takmo. Ok mari menonton puluhan design bilik yang menggiurkan, ceduk sini sikit, ceduk sana sikit, wallah. Kita kan B2B yang hebat-hebat belaka, bukan begitu? Mari berpinar bersama.


Bilik aku sempit macam bilik ni, tapi disebabkan bilik tu je yang ada bathroom, sempit pun sempit la






























Eric cakap kalau ruang sempit pakai wallpaper as feature wall, baru nampak dramatic sikit instead of cat biasa je, tapi kalau bilik ko sempit macam bilik aku tadi, pakai la wallpaper yang tanah dia kaler cerah.
































Sebab bilik ini dan outfit Elyana lah buat aku sibuk nak tukar kaler tema, sweet habis. Btw, korang tau tak mana nak dapat cermin besar-besar gabak camni eh? Takmo IKEA, tempat lain around Selangor. Korang baik kan, kan kan..bagitau la.

**Pix from Google images and Deko Bersama Eric's website

Ministry of Moment: Just LIKE Contest

STICKY POST


Kali pertama mahu masuk contest ni. Walau sedikit malu dan rendah diri mengenangkan nasib yang selalu tak menyebelahi. Seumur hidup tak pernah menang cabutan bertuah..wuwu T_T. Kalau dinner masa study dulu jangan kata menang cabutan bertuah sebuah seterika, kalau organizer kata, SEMUA ORANG akan dapat sebiji mug, SEMUA ORANG itu tidak termasuk aku, nombor aku tetap tertinggal. Aku ingat orang memang suka sabotaj aku lah (ape ko ingat ko artis..haha). Ok cukup, back to the contest.


Bismillahirahmanirrahim


Korang ingat lagi tak PERASAAN jatuh cinta kali pertama? Ingat? Ingat senyum koya-koya korang setiap kali jumpa si dia. Ingat si dia pakai baju apa pertama kali dating. Ingat pandangan si dia yang paling menusuk kalbu. Ingat betapa berdebar-debarnya setiap kali bertentang mata sampai nak jatuh jantung-atas-jalan-tar-pastu kena-lari-lari-kutip-balik-jantung-takut-jatuh-dalam-longkang. Ingat tak setiap kali si dia tengok, korang rasa nak cair macam aiskrim meleleh-leleh pastu balik rumah tersenyum-senyum macam orang gila dan kadang-kadang tengok cerita sedih pun korang nak senyum jugak. Angau, aku paham.

Agak-agak kalau aku feeling-feeling cerita zaman angau aku kat En.Sayang dulu korang teruja tak? Boleh rasa tak apa yang aku rasa? Boleh korang rasa betapa dalamnya cinta aku kat En.Sayang? Boleh? Kalau aku feeling-feeling cerita tak letak gambar, korang mesti tak feeling kan? Dah la tak kenal aku, tiba-tiba cerita feeling, x umpphh langsung. Jadi nak kasi korang feeling aku letak gambar yang tak pernah aku tontonkan dimana-mana, eksklusif kat entry ni je. Nah amik




"Picture speaks a thousand words"

Sebab, tak payah aku cerita betapa "comelnye" lelaki kesayangan aku kali pertama bertemu ewahhh. Betapa besarnya gigi kapak aku pun korang dah boleh nampak, tak payah aku penat-penat explain ambik pembaris-ukur-berapa-inci. Selekeh gile. Dah ade feeling sikit kan sekarang, tapi disebabkan gambar di ambil sendiri tanpa melibatkan apa-apa seni, takde la korang feeling lebih-lebih kan. Cuba aku letak satu gambar dari Ministry of Moment:



"Picture speaks uncountable words"

CAN YOU FEEL IT, CAN YOU FEEL IT?

Perlu tak pengantin ni buat satu entry betapa bahagia dan dalamnya cinta d'org. Tak perlu kan. Korang tengok gambar pun dah boleh rasa. Photographer yang baik bukan sahaja tahu angle yang baik tapi juga mampu menzahirkan emosi melalui gambar sahaja. Bagi aku, photography adalah seni menzahirkan emosi. I  am so into candid picture, emosinya jujur dan bersahaja. MOM does a really good job, mengabadikan kenangan dan emosi. Bila pengantin ni dah ada anak 5 sekalipun, walau body tidak se fit ini lagi, walau suami dah tak sibuk nak dukung-dukung lagi sebab bz nak dukung anak2 pulak, tapi setiap kali tengok gambar ni, mesti dia ingat apa yang dia rasa waktu ini, 'otomatis' teringat perasaan itu, disaat gambar ini diambil, perasaan didukung suami buat pertama kali BAHAGIA DAN MENDEBARKAN (eleh..jiwang la aku ni). Aku tengok pun dah feeling-feeling sendiri gataiii no. Korang tengok pun teruja kan. Terus senyum-senyum. Tengok, betapa hebatnya kuasa photographer yang baik, 1 gambar sahaja boleh buat semua orang berkongsi rasa yang sama, tumpang seronok dan bahagia. 

Apaaaa? Korang tak pernah dengar pasal Ministry Of Moment? MOM ni ditubuhkan oleh En. Shafiq Akmal aka Sapex yang sebelum ni bekerja dengan CandidSyndrome. Setahu aku dia memang takde apa-apa kelulusan dalam bidang photography tak tau la pulak kalau dia dah pegi menuntut diam2. Sebab sebelum ni dia amik course komputer dan lulus cemerlang. Di CandidSyndrome la dia belajar menjadi seorang photographer dan dia memang terel bab edit-mengedit ni (mengedit ye bukan mengedik). Dah cukup modal dia buat syarikat sendiri starting on 2009 secara seriusnya. Nak kasi korang lagi teruja, MOM merupakan official wedding photographer untuk Datin Paduka Umie Aida. Kalau aku menang, boleh la feeling-feeling Datin Paduka Erin pulak nanti..wahaha (malas En. Sapex nak layan) 

Kepada anda yang membaca ni, ye anda. Silalah komen, tak kira lah korang pembaca senyap ke pembaca bising ke, aku nak ko komen jugak, cakap hai pun takpe gile desperate ko. Tapi jangan buat komen ala-ala terkejut "eh, besarnye gigi kapak u" aku tangankan kang. Pastu tengok blog aku hari-hari kasi traffic jem. Sehari buka 5 kali macam waktu makan. Okeh sayang :D eleh, tetiba nak sayang2 apehal. Doakan mak menang motor..eh. Ok la, mak nak feeling Datin Paduka jap. Bai

Thursday, November 25, 2010

Theme Colour

Tarikh belum ada lagi, tapi disebabkan mahu sibuk-sibuk mengecat bilik, membeli cadar, membeli kain langsir bilik, membeli kristal, membeli carpet, membeli cermin besar, membeli baju ahli keluarga, membeli scallop khemah pengantin, membeli bunga telur, tuala good morning, kain batik, pelekat segala dan semua DIY berkaitan, menentukan warna tema adalah satu kemestian, tarikh lambat sikit takpe. Yang penting mengejar SALE dulu, jimat duit beta.

En. Syg yang sibuk tidak boleh diganggu selalu, jadi kena pandai-pandai cari masa yang paling sesuai dan paling tenang untuk membuat usul dan berharap dia mengatakan YA dengan gembiranya. Malam kelmarin, makan sushi bersama, waktu makan sushi adalah waktu paling gembira dan tenang untuk En. Kesayangan, macam budak dapat belon..begitu . Jadi aku siap-siap bawak buku nota besar, dengan pen sekali, senyum-senyum manja, pakai heel, mekap lebih sikit, suap sushi kat mulut sendiri sekali, suap kat mulut dia 3 kali, suap kat mulut sendiri sekali, suap kat mulut dia 6 kali. Lepas tu tarik nafas panjang-panjang, sekali nafas, sebut laju-laju macam baca nikah.

"Sayang, saya nak kawen kaler purple boleh?"
Sambil kunyah-kunyah sushi "Awak dah jumpa baju kaler purple eh?"
"Taklah"
"Sebab apa nak kaler purple? Banyak-banyak warna, kenapa awak pilih purple"
"Sebab suka"
Diam jap "OK"
"Eh, betul ke ni?"
"Betul lah, saya tak kisah, kaler grey ke, hitam ke, merah ke, putih ke, tak kisah, ikut awak je, jangan tiba-tiba dah halfway cakap tak cantik pulak"
"Mestilah tak, olooooo sayang sayang nih, tapi deep purple tau" sengih2 kambing
"OK sayang"

ngehehe..lega cik bedah. Biasa la, strategi baik punya. Lepas tu, terus meroyan google bilik pengantin, dah siap lukis design, kat mana nak buat feature wall, langsir material apa, nak carpet bulat ke lonjong. Asyik pergi kerja lambat sebab nak tengok Deko Bersama Eric pukul 8-8.30am. Excited tiba-tiba.









Kalau bergambar takmo kalah, nak jugak feeling model, pandang tempat lain..nyampah..eh, dah kurus kan dia..huahuahua..dulu muka bulat, perut comel..sekarang tidak lagi..ngahahaha


Lepas tu lelaki ini berkata: "Awak kaler purple, belah saya nanti nak buat kaler pelangilah, boleh?"


T_T..baiklah sayang, baiklah! srotttttt







Monday, November 22, 2010

Saya Seorang Pemarah

Anda?..nak jugak suruh korang mengaku..tehehe. Lately asyik nak marah je, stress mungkin. Kalau tengah drive laju-laju, tiba-tiba kereta lane sebelah kasi signal nak masuk lane aku, lagi laju aku tekan minyak takmo dia masuk sbb marah. Sibuk je tau, aku tengah syok tekan minyak ni, masuk belakang boleh tak?.

Lepas tu aku dah overload la. Kerja dah tak terkejar, banyak gila! Setiap kali Purchase baru masuk, aku rasa nak marah semua orang lam office ni, aku geram nak koyak-koyakkan, buang dalam tong sampah, lepas tu call customer marah2. "dah, jangan beli dari company aku, g beli tempat lain" kalau nak merasa peyepak director, boleh la buat cenggitu..tssskk tssskk. Banyak gile ko, aku tension thp gaban ni. Nak mintak naik gajilah..*tiba-tiba*.

Tengok hp sendiri pun tension, dah terkopak sana sini. Bila tengok duit kahwin lam bank, geram je nak beli Iphone 4 sebijik..eh, geram la. Tapi fikir nak kahwin punya pasal, redha je la dengan membayangkan sebuah kehidupan rumahtangga yang bahagia, kalau kahwin, invest sekali je, lepas tu En. Syg akan 'membiak' secara percuma, lepas 3,4 tahun dah ade 2 orang budak kecik. Eh, eh, bukankah seronok. Kalau beli hp, lepas setahun dua, dah kena beli baru lagi. Tak relevan langsung alasan aku. Takpe la asal hati terpujuk.

Tabiat paling buruk aku, tak boleh menunggu orang. Kalau orang tunggu aku takpe. Berkat doa setiap kali sembahyang lepas putus cinta dulu "Kalau tak dapat orang yang lebih baik dari aku, dapat orang yang sama dengan aku pun aku redha" Tinggg...Allah kurniakan En. Syg, yang perangainya lebih kurang aku, tak boleh lambat, nak angin je..sepadan la tu kan, padan muka aku..haha.

Kenapa aku tiba-tiba LOSER mengaku diri sendiri pemarah ni? 

Sebab pagi tadi aku balik dari Shah Alam, dari rumah adik aku (rumah sewa dia ada lagi, sebab tak angkat barang ke Penang lagi), dah siap parking kereta cantik2, dah angkat semua beg keluar dari kereta, sekali budak rumah selak pintu, aku ketuk macam nak roboh, takde sorang pun bukak, aku call sana sini, 2 org x dpt, sorang tak pickup, sorang banyak pulak bunyinya. Dah mencangkung depan pintu rumah ni. sikit lagi nak pakai alternatif langgar pintu rumah ngan kereta aku terus. Kasi 2-2 pecah, puas hati..ganas gila kau

Tengah hot temper sambil mencangkung, datang sorang kakak bilik bawah bukak pintu sebab dia kata, dia terdengar suara aku on da phone. Aku pun dapat masuk je, terus hempas grill ngan pintu kasi bergegar satu rumah. Campak kunci kat lantai, campak semua barang ke lantai sekali (lepas tu bila dah sejuk, cepat2 cari balik beg mekap, takut perfume kesayangan pecah, nasib baik tak..ehehehe) Skang dah pukul 6 lebih, macamana nak balik rumah ni..ai malu..sbb marah orang tadi..huuuuuuuuuuuuuu. Nak call kakak tu ke, nak SMS dia ke, nak cakap depan2 ke, nak buat tak tahu je? Owhh bersalah

Nasib baik jugak Tuhan kurniakan aku En. Syg yang perangainya lepas marah, cepat betul rasa bersalah, lepas tu said sorry berkali2, pastu terus jadi mithali, nak ngendeng-ngendeng cam kucen, terus jadi penyayang serta merta, pastu tiba-tiba caring tak bertempat punya lah nk mintak simpati, konon, mase marah lupa diri! Eh, rasa nak ketuk kepala sendiri sekarang.

Friday, November 12, 2010

Bercuti bersama Kak Erin

Eleh..akak la pulak kan. Biasalah, semenjak 2 menjak corak pendatingan tidak lagi seperti dulu, yang Sabtu Ahad asyik lah berdating, sekarang Sabtu Ahad sangap sorang-sorang di rumah. Berdating bukan lagi agenda utama, tidak seperti zaman bercinta dan diawal-awal pertunangan dahulu..elelele. Ni nak nyanyi lagu Janji Manismu ni.. T_T. Takpe sayang saya rela menjadi tempat kedua di hati awak selepas kebun kesayangan awak tu..tsskk tssskk. Jadi sebelum hari cuti tiba, kepala dah siap-siap set apakah aktiviti yang sesuai minggu ini.

1) Aku ni pantang sikit kalau kuku panjang, asyiklah nak menggaru, tak gatal pun nak garu jugak, sebab cambest je. Tapi sekarang, kuku dibiarkan panjang (panjang sesedap rasa ye, idaklah sampai macam kuku PontiAnakRemaja) sebab aku mengambil masa yang lama untuk memotong kuku semata-mata untuk pastikan kuku itu dibentuk separa bulat dengan sekata dan saksama, lepas potong, 'garu' pulak kuku kasi tumpul, hampir 1 jam jugaklah. Jadi aktiviti memotong kuku dihari cuti dapat membuang banyak masa. Takdelah rasa sangap sangat.

2) Baju seminggu dikumpul dalam bakul, lepas tu tukar cadar dan towel b'kali-kali dalam seminggu. Hari cuti berperap la aku dalam bathroom memberus baju sampai kecut jari-jari. Sebab tak semua baju aku basuh pakai mesin, ada certain-certain yang sensitif tu basuh tangan.

3) Aku bergolek-golek tengok tv, jap tukar Ria, jap tukar AXN, jap tukar TV3 sampai boring dan akhirnya tertidur (alaaa..sian pulokkkk)

4) Aku roger gadis TM siap-siap sebelum dia dibook orang lain. Make sure buat janji manis contohnya "Eh, minggu ni gi IKEA nak?" atau "Minggu ni kita cari baju murah dan comel nak?" Sebab gadis TM ni adalah kaki jalan. Jadi kalau janji ada manis, dia ON aje. Eleh, kalau ajak g Mydin pun ON jugak. Yang penting strategi. Begitu.

5) Aku belajar make-up dari YouTube, tapi sebab fedup broadband lembab nak mam..aku belajar make-up sendiri je, senang. Ingat lagi masa mula-mula belajar pakai eyeliner. Zaman study dulu, setiap kali cuti, aku balik rumah Along. Parents aku duduk kat Sabah masa tu. Along cuma ada satu je eyeliner kaler biru cap AVON, setiap kali Along ajak pergi kedai dekat rumah naik motor, gigih kau aku lari-lari masuk bilik, pakai eyeliner kaler biru tu, dah la senget benget, budak baru belajar katanye. Along dah jerit-jerit dari bawah dengan ayat biasa dia "hoi, nak g kedai je la, tak payah mekap!". Tapi aku kan degil, sambil jawab "jap, jap" aku tenyeh jugak, mengalir-ngalir air mata. Pastu naik motor sambil perasan cantik, padahal mata dah biru cam kena penumbuk..haha.

6)  Tido, makan, tido, makan, tido, makan, tengok tv sampai naik pening kepala.

7) Aku kepam kereta sampai comot seminggu, lepas tu bangun pagi-pagi basuh kereta. Tak payah hantar kedai, jimat. Lepas tu drive sorang-sorang gi isi angin, pastu g singgah Mydin jap beli barang dapur sorang-sorang. Pastu belajar memasak dan makan sorang-sorang, feeling-feeling sedap. Lulus je, cari buku tulis resepi, takut minggu depan dah lupa cara memasaknya dan malas nk google lagi. 

8) Dulu masa adik lelaki aku ngan isteri dia duduk kat Shah Alam, aku gi lepak umah dia, makan tido baring dulu, agak-agak boring baru balik Subang. Skang dia dah takde, dah pindah Penang start 01st Nov aritu. Ohh sadiss, hilang satu aktiviti. Nak gi Penang sorang-sorang jauh la pulak. Gile ko baik aku balik Pahang je.

9) Aku ingat, aku nak beli barang kawin senyap-senyap la sbb tarikh tak tetap lagi. Ye lah aku sangap gile duduk kat rumah, baik keluar dan beli barang sikit-sikit, lagipun hujung-hujung tahun ni kan banyak sale, at least dah dekat-dekat tarikh nanti takde la aku stress sangat. Ohhh seronok2, dah dapat aktiviti baru la.

10) Ajak gadis TM melepak sampai pagi, so that, esoknya aku bangun lambat dan aku penat dan aku takde mood nak gi memana dan aku seronok melepek tengok tv sahaja. Heaven.

10 cukup, malas nak fikir dah. Dulu janji ngan diri sendiri, nak hilangkan boring dengan update blog setiap kali cuti, tapi hampeh, malas gile. Baru2 ni pulak adik aku tak bayar broadband, 2x hampeh sebab minggu ni aku akan keboringan gile. Nasib baik esok aku ada exam PTD, so aktiviti hari Sabtu dah full. Ahad nak buat apa eh..huuuuuuuuuuu

Friday, November 5, 2010

Gundah gulana

Fuh..stress aku baca blog korang, especially yang plan kawen tahun depan sama cam aku. Dah buat survey and booking siap2. Aku tarikh pun takde lagi. Ma dah siap bagitahu suruh beli cat nak cat bilik, tapi nak cat kaler ape? Theme kaler pun takde lagi. Ok tipu, aku dah ade themenye, tapi belum mintak kelulusan pihak "atasan" lagi. Kang buatnya theme idaman hati aku ni dia tak berkenan, bersanding la aku sorang2. Pink awal2 dah tolak tepi. Ikut hati aku, aku nak buat semua awal2, tapi biasalah dapat tunang yang bznye mengalahkan menteri, nak jugak tunggu hujung tahun tak pun awal tahun depan baru nak decide.

OP pun aku dah survey2, tapi masalahnye, yang aku berkenan dah macam fully book je, haih la, takut gile aku memikirkan aku kena assign "photographer kedai pengantin". Pastu kena pose klasik: aku duduk atas kerusi, en.syg berdiri sebelah, sebelah tangan pegang kerusi aku, sebelah lagi pegang keris kat sampin, takpun kena posing melepek kat dada en.syg..eh, gelilah.

Pastu orang tengok video nikah aku juling sebab video b'gegar2 amik dek adik lelaki aku yang tangannye tak leh nak duduk diam. Nak je aku zikirkan kat telinga en.syg hari-hari suruh tetap tarikh cepat-cepat. Aku nak booking OP ngan OV awal2 tu je. Kot nye la dapat harga promo hujung tahun. Kang aku letak tarikh sendiri-sendiri baru tau. Dah la, malas nak baca blog korang hari ni....hmmm..esok aku baca balik.

Thursday, October 28, 2010

Penghilang Stress

Selasa petang, taip kat status FB perkataan ini "mahu cuti dan berdating sepanjang hari". Cepat sahaja bakal adik ipar tekan 'suka'. Kamu tahu suka? Like..like tahu? Ok semua orang tahu. Nak bagitahu satu rahsia, aku takde Twitter, kalau ada, dah lama aku tweet. Gile pathetic. Ok, sambung..mungkin En. Sayang perasan status aku atau tidak, aku pun tak tahu. TAPI!!! jeng.jenng.jennnnnngggg. Gile saspen, tiba2 sahaja petang Selasa itu En. Sayang mengadu macam nak demam dan batuk2. Dan pagi Rabu beliau menelepon bagitahu, beliau amek EL, sebab nak berehat.

Pagi Rabu pergi kerja macam biasa, tapi hati mengelidat-ngelidat nak balik, nak amek cuti, nak pegi dating, nak makan sama-sama, nak jalan pimpin tangan, nak pegi window shopping, nak tengok movie, nak bercantik-cantik, dan nak tengok muka dia sambil senyum koya-koya sebab bahagia. Pengelidatan berterusan sampai buat kerja pun tak boleh fokus. Asyik nak balik saje. Akhirnya nekad, berbekalkan cuti yang tinggal lagi 2 hari.. T_T, terus isi borang, taip semua kerja laju-laju, hulur borang laju-laju, bagi alasan tipu-tipu, lulus dan balik ke rumah laju-laju juga (aku pergi kerja jalan kaki saja, rumah dengan opis 5 minit jalan kaki). Itu akibatnya dah lama tak berdating dengan tunang. Nasib baik dalam tak sihat pun tunang masih sudi melayan..tsskkk..maafkan tunanganmu ini.

Mula-mula ingat nak pergi lunch sama-sama je, tapi kesayangan ajak menonton wayang sekali. Seronok. Akhirnya menonton ini:


Merah dalam Bahasa tapi short form for Retire Extremely Dangerous. Kelakar, aku tak sangka. Aku pikirkan serious, tapi eh, eh, hilang stress rasanya. Tolong pergi tengok, TOLONGLAH!! (sambil buat muka Jaafar Onn dalam lagu tema Cili Padi) Lately selalu stress, keje stress, tak jumpa En. Sayang pun boleh bikin stress, nak memasak stress, basuh baju stress, tengok kereta stress, nak paksa diri taip post dalam blog hari-hari stress, lintas jalan nak pergi/balik kerja yang telah dibuat selama hampir 3 tahun pun jadi stress. Sebab stresslah, period bulan lepas lambat selama beberapa hari. Dah hampir jumpa doktor dan bersedia dengan pertanyaan

"awak mengandung agaknya, dah kawen?"

Jadi harapnya bulan ini, period kembali maintain. Stress hilang dan berat naik 2kg lagi. *Finger cross* 

Tuesday, October 26, 2010

Berkebun bersama bakal mertua

2 hari bercuti, kerja aku takde lain, melainkan mandi, tido dan makan.

Pagi Sabtu bermula di rumah sendiri, b'fast dengan En. Syg dan terus bertolak ke Rawang, ke kebun bakal mertua, balik dari kebun pukul 2 petang, mandi, makan dan tido. Maghrib bangun, mandi, makan malam dan tido kembali. Ahad pagi bangun, breakfast, pergi kebun. Balik dari kebun pukul 2 petang, mandi, makan dan tido, Maghrib bangun, mandi, makan, balik Subang dan tido lagi. 2 hari langsung tak terasa, aktiviti full.

Pagi Sabtu bakal ibu mertua bawa bekal Nasi Lemak, berita baik untuk orang yang paling sikit buat kerja, tapi makan paling banyak..(ehem..ai la tu) Buat kerja sikit, berhenti makan nasi, buat sikit lagi, makan nasi lagi. Pantang berhenti, sibuk nak mengunyah Nasi Lemak. Orang makan sekali, aku makan 2 kali. Orang lain minum air banyak, keluar peluh pun banyak. Tapi orang itu, minum air banyak, nak ke toilet lagi banyak..sebab peluh lain yang nak keluar. Nampak sangat asyik mengelat.

Berdating dalam kebun lain sikit perasaannya. Bila penat, sama-sama bertenggek di batang pokok, lepas tu sambil-sambil menghilangkan penat, kami saling b'tatapan, BERTATAPAN??..aisshh gelitis betul. Bertatapan 10 saat, jeling bakal mertua 2 saat, b'tatapan lagi 10 saat, jeling lagi bakal mertua 2 saat. Mana tahu tiba2 je muncul kat belakang pegang cangkul. Kan ke naya. Tercalar imej sebagai bakal menantu paling sopan..uicehh. Aktiviti paling indah meniup bara api bersama sebab batang kayu basah ditimpa hujan, dah penat nyalakan asyik terpadam je. Bile tiup bersama, lighter tolak tepi, mungkin disebabkan kehangatan cinta yang membara selepas bertatapan tadi, akhirnya berjaya menghidupkan kembali api yang telah padam (ape ko merepek ni labuuuu). Eh betul la, memang api tu menyala balik, k'org pun tak sangka..hahaha. Sekali tiup secara berduet saja terus menyala.


Nah, tengok gambar sudah..malas nak merepek, bakal menambah kebencian anda terhadap kegelitisan kami berdua sahaja




En. Sayang sibuk nak mencakar batas. Bakal ibu mertua kata "amboi, tak payah la bersih sangat, ini kebun bukan laman rumah"


Cis, gambar ai menanam kacang tanah bersama bakal ibu mertua hilang. Baru nak tunjuk skill menanam kacang kat korang. Sampai sakit-sakit pinggang. Bakal ibu mertua memang hebat. Peluh menitik-nitik pun boleh mencangkul lagi, aku peluh jangan kata nak menitik, belum keluar lagipun dah penat dulu. 3 bulan lagi aku tepek kat blog cara membuat kacang rebus..ahaha, dari mula menanam sehinggalah masuk ke dalam mulut En. Syg. Itu pun kalau pokok tidak disondol Kak B. Eh, Kak B makan ke kacang tanah ke monyet ke abangla sebelah kebun?