Salam,
Semua orang dah cerita pasal raya eh, mood raya aku belum mai lagi, sebab baju raya belum settle..hahaha, aku memang suka beli last minit, time orang dah balik kampung tu kang baru ku ambik cuti dan shopping baju raya, aman damai je rasa sebab orang pun dah tak ramai sangat.
Ok cerita raya nanti-nantilah ye, sekarang nak cerita pasal bf journey aku buat kali kedua. Alhamdulillah rezeki bf kali ni lebih murah dari Aish dulu. Masa dapat anak pertama kemain aim high aje ko kan, tapi tak berjaya fully bfkan Aish sebab susu ku merosot lepas habis pantang, makanya Aish start campur susu masa umur 2 bulan lebih, dan aku just direct feed dia je bila dia dengan aku, dah tak boleh pam, sebab yang keluar setitik dua aje, tu pun lepas direct feed memang wajib kena top up fm jugak sebab susu aku memang tak banyak sangat pun, tak boleh buat dia kenyang, tapi Aish direct feed sampai umur dia 2 tahun 5 bulan.
Kali kedua ni, aku dah tak aim high macam masa Aish dulu dah, aku lebih suka follow the flow, taknak stresskan diri sangat walaupun kadang-kadang stress jugak...haha biasalah bf ni kan banyak dugaan dan liku-liku nya, mana ada smooth dan susu ko banyak semedang, ada masa banyak ada masa sikit, ada masa risau tak cukup ada masa macam amboiii banyaknya..gitu, hanya orang yang bf saje mengerti kestressan ku ini.
Masa tau gender baby Alana, wahhh happy aku ni sebab orang selalu cakap baby girl tak minum banyak sangat, tak bergayut and baby girl senang sangat nak handle dia, bermakna lepas susu baby akan behave dan tidur dan ko ada banyak masa untuk mengepam, ngepam dan ngepam sampai penuh peti ibumu di kampung, sampai ibumu nak beli ayam pun tak boleh sebab peti beliau penuh dengan susumu..kahkah dongeng sangat ni.
Eh tapi betullah, beza sangat Aish dan Alana, Aish dulu bergayut aje, sampai aku tak sempat pam pun, tidur siang pun tidak T_T, Alana pulak jenis tak bergayut, habis minum tidur, kang bangun minum dan tidur lagi, senang sangat handle dia masa dalam pantang, tapi lepas sebulan lebih Alana dah taknak direct feed. Dia akan menangis, menangis dan menangis..tapi bila aku nak bf dia refuse, lepas tu dia tidur, bangun tidur kang dia nangis lagi sampailah berjam-jam tak minum susu. Mula-mula dulu otak aku ni macam tak register yang sebenarnya dia nursing strike, aku biar je dia nangis dan tidur dan nangis dan tidur sampailah dia penat dan dia direct feed sebab maybe dah lapar sangat.
Sampailah bila aku dah start kerja dan dia dah mula minum botol, barulah otak aku ni tau sebenarnya dia nursing strike, amboiii cuti bersalin 2 bulan je kot sampai otak pun naik beku takleh pikir yang sebenarnya anak aku tu nursing strike, over sangat ni, patutlah senang gile nak ajar dia minum botol, hulur je, terus dia hisap sampai kering kontang, Aish dulu punyalah susah nak ajar berbotol, berpuluh-puluh puting aku beli nak ajar dia hisap botol punya pasal, nampak tak kecintaan Aish terhadap miss B begitu mendalam, tak macam adik dia T_T
Bila dah tau dia nursing strike, aku ajak En. Syg balik Jelutong, aku berkurung dalam bilik dengan dia sebab nak buat skin to skin, aku buat sehari je tapi tak berjaya or maybe aku yang tak cukup kuat, aku jadi tak sampai hati tengok dia nangis berjam-jam tahap keras badan dan hilang suara bila aku paksa dia direct feed, berjam-jam dia tak minum susu, penant nangis dia tidur, serius aku tak sampai hati walaupun sebenarnya hatiku retak seribu bila dia taknak direct feed dah, rasa macam jauh je dengan anak sendiri, rasa macam tak penting, bila aku bagi je botol habis dia minum semua, nampak sangat dia lapar.
So since then EP mom la aku, dah almost 2 bulan dah ni, alhamdulillh setakat ni susu masih ok, cumanya sekarang aku dah tak boleh supply ikut demand dia. Sehari aku boleh dapat dalam 20oz++ while Alana minum 40oz setiap hari, stok susu dalam pantang yang aku pam dulu semua dah habis. Alana akan minum susu aku sampai habis semua stok barulah mak mertua aku top up fm, kira aku pam hari ni untuk esok, macam tu lah hari-hari.
Dulu masa mula2 jadi EP mom memang sedih dan stress jugaklah, tapi bila ada kawan-kawan support rasa lega sikit, takpelah tak fully bf pun, asalkan anak aku tak lapar, takpelah EP mom sekalipun asalkan aku dah buat yang terbaik untuk anak aku, bagi dia susu aku walaupun tak direct feed, hari-hari ajar diri sendiri bersyukur walau berapa oz pun aku dapat, barulah tak stress kan. Aku akan pam dan bagi Alana susu aku selagi ada, insyaallah, cumanya sekarang ni aku tak bangun pukul 3 4 pagi untuk pam, sebaiknya bangun pagi-pagi macam tu untuk pam tapi aku tak mampu sebab sekarang aku berulang dari Rawang, penat dan mengantuknya tuhan je yang tau, aku drive sendiri, pergi balik kerja aku akan singgah R & R atau Petronas untuk tidur. Tapi dah tekad ni, balik Jelutong sok nak start bangun pukul 3 4 pagi untuk pam susu, fuhhh moga berjayalah hendaknya, manalah tau boleh fully bf balik Alana tu sebab stok aku cukup untuk dia kan..hehe.
Lepas tu yang paling seronok ada member yang ada anak kecik macam aku jugak dan mengepam, kadang-kadang pm sesama sendiri tanya berapa ko dapat hari ni..hahaha rasa semangat tau, dan rasa jeles jugak kekadang, tapi jeles yang positif la. Tq morenians ku sayang, semangat aku nak bf anak aku tau sebab tengok korang pun bersemangat ;p barulah rasa i'm not alone gituuu.
Abang Aish masa 8 bulan, happy gile lepas direct feed..haha