Hai, alasan biasa la, tengah bz ni, tapi boss baru keluar, so tinggal sorang-sorang, terpaksa update..ngahahaha, tapi update kena cepat sebab nak buat something jap lagi, lepas tu terus nak zass balik menjemput anak dari rumah babysitter, rindu sangat la hari ni kat good good boy yang sempat biyak pagi tadi masa mommy dah mekap cecantik, lepas tu peepee kan kain baju kurung mommy n mommy stress kena iron baju lain lalu mommy capai je baju yang tak payah iron dan mommy kelihatan seperti orang nak keluar jenjalan instead of orang yang nak pergi bekerja.
Ini suami saya (tetiba tadi cerita pasal anak terus masuk cerita suami, sungguh keluar tajuk)
Ini gambar candid tapi kelihatan seperti dia cuba pose macam artis korea dan sungguh menggelikan..hahaha.
Ini suami yang kuat mengusik, malam tadi dia tangkap saya lalu geletek kaki, saya jerit kuat-kuat sampai anak terjaga, sape suruh geletek kaki, len kali...ok cukup..cukup, kang ke lain pulak peginya.
Dia juga suami yang garang kadang-kadang, tapi bila dia garang, saya garang (manja-manja) balik, so sweetttt saya ni.
Dia suami yang agak rajin, sila take note ayat "agak" tu which means, sedang-sedang, tak malas sangat dan tak rajin sangat. Dia rajin jaga anak, rajin basuh pinggan, rajin masak dan... eh 3 je rupanya, tak boleh jadi ni, balik ni kena tambah kerja rumah dia..hahaha
Tapi yang paling aku suka bila dia rajin masak, since ada anak aku dah tak sempat nak buat dinner, dia balik kerja pukul 8.30, tanggal stokin, kemeja dan terus masuk dapur sambil aku berperang tidurkan Aish Yusuf. Aish nak bergayut bila tidur, habis takkan nak masak sambil anak bergayut, labuh aset ai nanti..haha. Kadang-kadang je aku masak dan dia jaga Aish but most of the time memang dialah yang masak, hari cuti je aku, tu pun kadang-kadang jugak..heeee, tak baik kan. Sebab nak cepat, letak gambar jelah ye, ni semua suami yang masak, ada satu je aku buat, ehhhhh aku selalu jugak masak tapi jarang nak ambik gambar..malasss.
Jenahak steam kicap..sedap..serius
Desert, ni aku yang buat, nak jugak nyelit
Grilled chicken, bagai nak runtuh dapur aku bila dia masak menu ni, sebab dia ketuk ayam tu sampai leper macam ayam penyet before grilled. Sedap T_T (nangis)
.
Penne
Lamb chop
Steamboat, kuah macam Johny's, daddy yang buat, mommy tolong makan
Lamb chop lagi, suami sangat suka western, kalau hari-hari makan western pun takpe, aku je yang taknak, biasalah orang kampung, kalau hari-hari western muak pulak.
Siakap steam
Bawal 3 rasa
Disebabkan suami suka buat western, beratur rempah macam ni dalam almari, tiap kali pergi Tesco dia top up collection. Takpelah, asal suami bahagia, amboi kata bz, tapi entry kemain panjang. TQ sayang sebab selalu tolong saya masak, i love you lah.