Klik Jommm

Wednesday, November 14, 2012

Pecah Tabung

Suami jenis suka menyimpan duit dalam tabung, aku tak sebab kalau ada tabung, aku asyik nak korekkkkk je manjang, rasa cam best je, asal takde duit pecah je, korek tabung, camnelah tabung nak penuh, simpan sikit, korek je yang banyak. Suami ada banyak tabung, tabung 50sen, tabung 20sen dan tabung 10sen, ada 3 tabung yang dia kumpul dari dia bujang dan kesunyian semasa ketiadaan girlfriend dulu. Setiap kali kalau cerita zaman kegelapan dia (read: masa single takde gf dan tak laku..huhu) aku mesti cakap

"Kesiaaaaaaaannnnnnnnn awak kan, nasib baik ada bidadari yang cantik ni menyelamatkan awak, kalau tak sampai sekarang tak laku" 

Ayat macamkan ko laku sangat, tapi lepas tu dia jawab, menjawab ok, ingat dia nak diam je, ingat mithali sangat suamiku itu.

"Nasib baik saya nak kat awak, kalau tak andartu la jawabnya" 

Fineeeeeeeeee

Masa bujang dia duduk di Seksyen 7, Shah Alam, lepas kawen dia usung 3 tabung tu berpindah ke rumah sewa kitaorang di USJ. Tapi lepas kawen jugak, dia bagi tabung 20sen dan 10sen kat aku, aku punya semuanya, sebab parking kat office kena bayar pakai syiling, setiap kali pergi kerja aku cekau segengam syiling masuk dalam beg buat bayar parking, sekarang tabung 20sen dan 10sen tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan..hahaha. Yang tinggal hanyalah tabung 50sen yang aku pun tolong topup kan duitnya jugak, asal jumpa 50sen je aku kutip dan masuk dalam tabung. Masa kitaorang nak pindah dari rumah sewa di USJ ke rumah yang En. Syg beli sekarang ni, aku dah suruh dia pecahkan tabung dan masukkan dalam bank saje, sebab buat berat je nak bawak pindah sekali, tapi dia taknak, dia nak kasi tabung penuh dulu, baru pecahkan. 

Sekarang dah setahun setengah kahwin, anak pun dah setengah tahun, barulah tabung penuh dan semalam di pagi Deepavali yang syahdu, kitaorang pecahkan tabung.





Tabung ni macam tin susu, takde lubang yang boleh dibuka, kena pecahkan, kalau ada lubang yang boleh dibuka, kang ada je (aku la tu) yang mengorek tabung memalam..eiii macam toyol je bunyinya.















 Aish buat muka tamak..hahaha




Dapatlah dalam 300++, En. Syg ambik 100, upah untuk diri sendiri, 200++ lagi Aish yang punya. Eh, mana aku punya portion, takkan takde kot..cisss. Takpelah aku mengalah, bagi anak jelah. Duit seringgit yang dalam tabung tu semuanya bentuk burung, zaman bujang dan gelap dulu, asal ada duit seringgit je En. Syg lipat buat burung, kumpul banyak-banyak atas meja office, dah banyak, dia cekau masuk dalam beg, bawak balik rumah bujang dan masukkan dalam tabung satu persatu sambil mengenang nasib, gila kesian bunyinya. Bila dah ada makwe (akulah tu..wuuuu) dah tak sempat lagi nak buat burung sebab bz buat kerja, nak kumpul duit nak kawen dengan makwe yang jelita. Nak kumpul duit nak bawak makwe tengok movie, nak kumpul duit nak bawak makwe makan k-ep-si (gila murahan, makan KFC je..wakaka). 

Bercinta zaman sekarang banyak pakai duit tau, semua pun duit. Nak kawin duit jugak, dah kahwin ada anak, lagi kena banyak duit, anak dah sekolah nak membesar..duiiiittttttt saje. Sebab tu dari sekarang kena plan untuk anak, En. Syg buat Education Fund untuk Aish through Prudential, sekarang pun dah simpan untuk SSPN, jangan besar sok anak aku malas belajar sudah, dari dalam hari lagi dah ada Education Fund. Mak bapak kau ni dulu pinjam PTPTN je..sobss...berdarah hidung nak bayar pinjaman yang menimbun tu.

"Syg kita kena simpan duit untuk kenduri Aish nak kahwin nanti, sok dia nak kawin dah senang, takdelah macam kita dulu" 

Eiii tak kuasa aku, kalau dia pandai berkenan kat anak dara orang sok, pandailah cari duit hantaran sendiri, jangan nak mengharap aku pulak..amboiii banyak cantik. Kalau hantaran zaman tu 10K takpe lagi, buatnya dah 100K, pitam mak kau. Pandai-pandailah menabung ye Aish kalau nak kawin dengan gadis idaman macamana daddy menabung masa dia nak kawin dengan gadis idaman dia yang jelita, hot, meletop, sopan santun, berbudi pekerti, lemah lembut, menghormati orang tua, bersangka baik dengan jiran tetangga, penyayang, berfikiran luas, berdikari, gemar membaca, ..bla..bla..blaaaaaa..blaa.

Amacam, nak muntah tak..ahahaha

Monday, November 12, 2012

Homemade Steamboat


Sedap huihhh, last week hari Sabtu, lepas tu ulang buat hari Jumaat minggu lepas, nak habiskan stok fishball, and kejadah-kejadah yang sesuai dimakan sebagai steamboat saja. Idea nak buat masa shopping kat Tesco teringat MultiCooker hadiah kahwin yang tak pernah dipakai, dah setahun setengah ni kahwin, kang rosak pulak MultiCooker tu. Suami ikut saja, aku google kuah cicah Johny's steamboat, suami masak dan olah sikit, serius sipi-sipi nak macam kuah Johny's tu, jimat duit lepas ni makan steamboat kat rumah sendiri je..huahuahua



Sementara tunggu steamboat masak, suap Aish makan dulu, baru boleh makan steamboat dengan nikmat.



 Kuah Johny's..wuwuuu, lebihan kuah masih tersimpan dalam peti, minggu ni boleh buat lagi



Selamat Hari Deepaavali. Bye!


Friday, November 9, 2012

Disaster

Aku demam semalam, MC tapi bukannya rehat, tapi duk sibuk mengemas rumah, menyapu, mengemop, basuh baju berus tangan tau, baju Aish still basuh tangan lagi, baju kerja suami pun basuh tangan jugak (nak tercabut tangan ni rasanya) basuh 2 bathrooms dan sudahnya hari ni tak demam, tapi sakit badan, satu badan sakit, rumah bersih berkilat, gila kembang hidung tengok rumah sendiri tapi bila mengadu dengan suami yang aku sakit satu badan, dia marah, sebab dia kata aku sepatutnya rehat tapi sibuk duk kemas rumah "Dah, jangan nak mengadu lagi!". Ok takpe sampai hatimu sayang buat I cenggini..ooo takpe..ooo takpe (sambil jeling atas bawah, mulut kumat-kamit macam sinetron Indonesia)

Ok tu mukadimah je, sekarang baru nak huraikan tajuk diatas. Selasa malam Aish takmo tidur, asyik merengek je..kitaorang berdua bangun tidur bangun tidur bangun tidur berkali-kali tau, naik pening kepala ni. Tak tau dia nak apa, merengek sepanjang malam. Pukul 6 pagi suami bangun dengan mata kecik sambil tanya aku

Awak ambik cutilah hari ni, awak larat ke nak pergi kerja, saya pun nak cuti jugak ni

Saya nak pergi kerjalah, kerja saya banyak

Larat ke?

Larat je.

Camtu saya nak pergi kerja jugaklah.

Maka pergi bekerjalah kami berdua, tapi kereta asing-asing, dan selalunya En. Syg keluar rumah pukul 6.30 pagi, tapi disebabkan pagi tu kitaorang bangun pukul 6 pagi, En. Syg lambat 10 minit, tak dapat parking dekat LRT KJ dan terpaksa parking tepi-tepi jalan je (Dia memang pergi kerja naik LRT sebab office dekat KLCC, kalau nak bawak kereta alamatnya pukul 10 malamlah baru sampai rumah). Tapi haritu En. Syg ambik half day sebab risaukan kereta dia, tengahari masa nak ambik kereta. Naaaaahhhhhh kena saman sebab parking tepi jalan..goooddd sangat. Malam tadi anak tak tidur, badan penat dan kena saman, kombinasi sungguh. 

Aku pulak, tak cukup tidur malam sebelumnya, petang tu dah mula sakit badan rasa nak demam, ambik Aish dari babysitter tengok dahi dia benjol sebab jatuh. Sakit hati aku tengok dahi anak benjol macamtu, besar ko tau, siap ada kesan tikar lagi. Elok aku masuk rumah babysitter dia tengah dukung anak aku sambil cakap

Anak awak jatuh, tak sempat makcik nak sambut tadi

Aku diam, tengok dahi anak dan tanya

Jatuh dari walker ke?

Taklah, jatuh masa dia tengah bergolek

Bergolek?? sampai benjol besar tu?? Anak aku tu merangkak pun belum, angkat badan pun tidak lagi, menyusur pun belum, kalau setakat baring meniarap, baring meniarap tak mungkin boleh benjol besar tu melainkan dia hentak kepala dia sekuat-kuatnya. Benjol dia macam jatuh dari tempat tinggi, siap ada kesan tikar ko tau, bergaris panjang, dia jatuh hari Rabu, hari ni garis tu ada lagi, merah lagi. Pastu dia cakap sambut, tak bunyi macam tinggi ke? Tapi takkan lah aku nak marah makcik tu pulak kan, aku diam jelah, terus call suami yang kena saman tadi tu, dan kitaorang pergi klinik, sekali check dengan aku. Aku ingatkan aku belum demam lagi, check suhu, doktor kata suhu aku tinggi, terus doktor bagi MC hari Khamis. 




Tengok gambar macam tak serius je kan, tapi kalau tengok real, bertelur dahi tu, siap merah purple. Sakitnya hati aku Tuhan je yang tau, aku hantar Aish kat makcik ni pun sebab dia bestfriend mak sedara En. Syg, so aku percayalah sikit, dari hantar dekat orang yang totally stranger tu kan. Tapi sikit jelah aku percaya, aku ni memang cerewet bab anak, kalau dengan Ma aku, semua aku larang, tak boleh tu, tak boleh ni, jangan tu, jangan ni, sampai Ma cakap aku ni cerewet sangat cuma dengan MIL je lah aku tak cerewet sangat, cerewet sikit-sikit je..haha. Segan pulak kalau nak larang sebab bukan parents sendiri. Maunya aku tak cerewet, bergadai nyawa tu nak dapat. Sampai sekarang terbayang-bayang sakit beranak tu..huuuu




Itu cerita minggu ni, ini nak cerita disaster yang berlaku beberapa minggu lepas. Aku bangun lewat pagi tu, berkejar nak iron baju sambil sekali sekala tengok Aish atas katil, takut dia jatuh sebab dia dah bangun. By 6.30am tinggallah aku berdua dengan Aish, maunya tak kelam kabut, setiap seminit pergi tengok dia. Dah siap cantik-cantik dengan make up, aku nak tukar diaper Aish. Memang every morning sebelum hantar rumah babysitter aku akan tukar diaper dia dulu, buka je diaper dengan syahdunya dia pancutkan mak dia yang sudah cantik ini tau, habis basah baju dengan seluar aku. Dah satu hal nak kena iron baju lain pulak, masa tu dah tukarkan dia diaper baru, berkejar lagi aku sambil iron sambil tengok anak, aku iron kat bilik lain. Dah siap pakai baju semua, masa tu dah lewat, aku pun nak pergi dukung anak kesayangan, tengok-tengok dia sudah poo poo dengan banyak tahap bocor sampai habis seluar baju dengan tilam, cadar aku..wuuuu. Udah kena basuh punggung dulu, tukar diaper, tukar baju, cabut cadar, rendam semuanya baru boleh pergi kerja. Nampak gambar kat atas tu? matahari sudah naik baru aku nak gerak dari rumah..sobsss dan akhirnya sampai office pukul 10 pagi. Tu je nak cerita, bye!


Ooooo dah poopoo dan menyiramkan ibumu, sedap pulak tidur ye..biasa dia tu!



Wednesday, November 7, 2012

Review: Food Feeder

Hai, hari ni nak review pasal FF sebab excited..haha. Sebelum ni cuma tahu FF brand Munchkin je, aku adalah jugak tengok FF Munchkin tu kat OBW, tapi tak beli pun sebab masa tu Aish belum start makan. Berkira-kira nak beli, aku duduklah belek jaring dia tu lembut ke tidak, lepas tu jaring tu kan berkaler, risau pulak nak bagi anak hisap, kang terhisap dengan kaler dia sekali cane (mak exaggerate) . So tak beli, tak lama lepas tu barulah tau pasal FF Kidsme, takde pulak rasa nak beli, tengok through internet je sampailah Wawa start jual, barulah teringat balik. Terus macam..eh eh, sungguh berjodoh dengan FF Kidsme, terus rasa macam "ini satu keperluan!". Asyiklah tengok page Mum Naila Collection tu, dah aim ni kalau beli nanti nak warna biru kuning sebab sangatlah comel kaler dia, tapi tak jugak terbeli-beli, aku peratiiiii je (haha macam Johan pulak)

Sampailah sehari sebelum Gojes bloggermum gathering tu, masa Wawa cakap dia jadi join, terus macam TINGG!! nak beli FF laaaaaaaa. So aku PM dia cakap nak beli, masa tu aku nak beli FF sekali dengan chain holder, sebab baby besar Aish tu apa barang yang dia tak campak? semua pun nak campak, stress mak dia ni asyiklah tolong kutipkan, nak marah kang kecik lagi, sabor jelah. So kalau beli sekali dengan holder takdelah buah dalam FF tu kotor kena lantai, dan takdelah mak dia ni asyik nak kena kutip je setiap 2 saat. Tapi package FF dengan holder ada kaler oren hijau je, gasaklah asalkan dapat murah, kalau beli asing mahal sikit. Esoknya hari Sabtu Wawa PM cakap stok tu dah habis pulak, sampai hati mu Wawa mempermainkan dan memperkotak-katikkan perasaan ini, FF single je yang ada, so chain holder kena beli asing, nak tunggu next restock, tak mungkinlah, so dapatlah aku beli single FF warna idaman and chain holder, mahal sikit je pun, takpe sampai anak cucu aku pakai nanti.



                                Mommy, cer potong epal tu laju sikit, lama I tunggu ni, naik bosan dah
 

So sekarang setiap petang, sampai je rumah, sumbat Aish dalam walker, potong epal dan letak dalam FF, sila nyonyot anakku, ibumu mahu buat kerja lain.



Epal je yang ada kat rumah sekarang, sila ulang menu yang sama sampai seminggu ye Aish atau sampai diberitahu kelak..haha




        Wowww, lepas potong dadu, aku gelek sikit epal ni kasi berair, so senang Aish nak hisap







Nasib baik ada chain holder, selamat tenaga mak kau









Aku tak tau harga kat online shop lain, tak pernah survey pun, tapi kalau ko blogger dan kenal Wawa (walaupun kenal through blog dia je pun) marilah support kawan sendiri, beli banyak-banyak kat Wawa kasi dia kaya, lepas tu suruh dia buat BBQ kat rumah dia dan ajak kita..hahaha. Bye!



Tuesday, November 6, 2012

Gojes Bloggermum & Baby Gathering

Depan tv lepas dinner

Suami: Sayang, bile awak nak jumpa gojes
Aku: 4hb 11
Suami: Oooo, saya hantar awak je kan, tak payah ikut kan
Aku: Eh, kenalah ikut, semua orang pun bawak husband

Selang 2 hari, dalam kereta 

Suami: Awak jumpa gojes bile ye?
Aku: Ahad, 4hb
Suami: Saya kena ikut ke?
Aku: Kenalah
Suami: Lepas tu saya nak buat apa kat situ
Aku: Borak-boraklah dengan husband diaorang

Minggu berikutnya through Whatsapp

Suami: Awak jumpa gojes bila
Aku: 4 November, Ahad, kenapa sayang
Suami: Takde ape, saya kena ikut ke eh?
Aku: Eiiii kenalaahhhhhhhhhhhh, takkan saya nak terkulat sorang-sorang kat situ kot, kalau diaorang tak bawak husband pun awak kena ikut jugak
Suami: Saya nak buat apa kat situ
Aku: *malas nak jawab* (dulu masa bujang dah niat takmo kawin dengan orang banyak cakap, akhirnya jodoh dengan org banyak cakap, dan ramah, dahlah banyak cakap, banyak tanya pulak tu..eeeeeee..hai sayang yang membaca..lebiulah *mood kiss2* kenalah pujuk balik

Excited gile nak jumpa gojes, yelah sebelum ni asyik baca blog and komen je, bila jumpa barulah rasa dekattttttt je. Hari Sabtu pergi Tesco beli barang nak masak. Masak?? bunyi macam bersungguh je masaknya, padahal aku buat sandwich je, tapi tetaplah kena masak jugak sardin tu kan, takkan nak buat mentah pulak. Setiap orang kena bawak satu menu, ko nak beli ke nak masak sendiri ke, gasaklah, asalkan bawak.  Oh present pun kena bawak satu sorang, nak tukar-tukar.



Good morning Sunshine!, baru ingat nak golek-golek kejap di pagi Ahad, sunshine dah bangun, terpaksa mak sunshine bangun jugak. Tu longgok barang MIL, letak setempat, senang nak ambik, sorok-sorok kang lupa pulak nak bawak balik Rawang nanti.

Dah beranak kecik, buat sandwich kena stop-stop, kejap layan dia, kejap susukan dia, kejap kang mandikan dia, nasib baik adik perempuan aku ada kat rumah, mintak tolong dialah, kalau tak lagi lambatlah aku sampai kat tasik nun, tu pun hari tu aku sampai pukul 11 lebih, janji kemain lagi pukul 10, suami marah sebab lambat lalu drive selaju mungkin, oooohhh dia pantang bab masa ni. Udah nak jumpa gojes, kenalah aku pun mekap gojes-gojes, kalau natural beauty kan senang, sapu bedak, jalannnnnn. Ini tak berapa nak natural beauty, tepek bedak je dah sejam.

Padahal duduk Shah Alam je, lepas tu sesat barat pulak, tak jumpa dimana gojes berada, kesian Umie kena pergi tunggu di simpang..haha. Sorryyy. Sampai-sampai je..huiiii semua dah ada.


Aish dan Aqil, kalau korang jumpa Aqil confirm korang..hei..heii..heiiilahhhhhhhhhhh comel amat, gerrreeemmm-gerreeemmm..bobot sangat, geramnya. Nasib baik Ena ada dekat anak dia sentiasa, kalau tidak, habislah kamu Aqil.



 Mak-mak gojes, Aish takde mood, diam je, senyum pun tidak. Sombong ye kamu nak. Rupanya dia mengantuk, sebab dari pagi tak tidur, naik je kereta, aku baringkan atas seat terus tidur.



 Sesi melayan anak-anak, tu Bonda Daaliyaa tengah kipas anak dia dengan pinggan..haha, memang panas pun masa tu



Me and Ciknaa, Razin telan air liur tengok susu Aish, nampak tak gigi hitam aku?? haha, malu betul, aku makan sate sedap Umie bawak, kan ada kesan bakar kat sate tu, melekat pulak kat gigi, dah nak balik baru suami tegur..hoilah malu kemain aku, kemain confident bercakap n senyum, tak sedar gigi hitam..sobsss..jadi banyak gambar tak lulus untuk diupload, gambar gigi hitam simpan sendiri jelah. 



Mommies


Wawa tengah suap Naila makan, dah mengamuk mengantuk dan lapar.



Daddy Ammar, Daddy Airiell, Daddy Aqil, Daddy Annaila, Daddy Aish

Daddy Razin, Dhia and Daaliyaa takde, next time kita plan cantik punya, masa semua pun ada.



Muka menahan panas



Sebelum balik, dapat present Aqil kasi, tenkiu Aqil.

Seronok jumpa diaorang, hopefully boleh jumpa lagi and next time kita gather lagi ramai eh, mesti lagi seronok. Bye



Friday, November 2, 2012

Menu Semalam

Malas nak update pepanjang, tengok je lah menu dinner semalam. Dah 2 malam berturut-turut makan nasi, so malam semalam masak burger je, senang dan cepat. Nasib baik Aish tidur awal semalam, sempatlah aku yang masak, kalau tak suami yang masak selalunya, kesian dia.



Kalau masak burger aku suka hidang macam ni, buat sendiri bila nak makan, sebab suami adalah cerewet, dia tak makan burger dengan sos cili, lepas tu nak letak mustard, tu kang mayonis letaknya begini, yang itu letaknya begitu, eeeeiiii malas, nah buat sendiri.



 Aku punya, terasa sungguh masterchef kalau hidang begini..(stok senyum kembang hidung)
 



Tiba-tiba ada ketam goreng berlada, buat ratah. Aku makan sorang je 2 ekor, stok ketam last week, lambat masak kang, dah tak sedap. Suami malas makan sebab malas nak kopek. Bagus jugak boleh aku hadap sorang-sorang. Kenyang menggila semalam..alhamdulillah

Have a nice weeked everybody, tak sabar nak jumpa ibu-ibu yang gojes Ahad ni. Buat suami yang membaca, mahu masak apa malam ni kita?




Thursday, November 1, 2012

Random


 Dah tak mau mandi duduk, bersungguh maknya ni pergi Mydin USJ beli benda alah ni, aku umpan dengan floating toys terus mau duduk



 Cari perkataan tersembunyi..2 perkataan ye, En. Syg punya kerja, tapi panggilan kedua tu aku tak approve



Test drive



Senyum gataii



 Sabtu pagi




 Ahad pagi