Hai, dah lama sangat tak update, bz bercuti and bz buat kerja lepas masuk kerja balik which is semalam. Unplanned. Cerita majlis Aish kita update minggu depan mungkin. Hoh, esok dah Sabtu, maknanya dah seminggu majlis selesai, updatenye belum lagi. Nak cerita pasal rotavirus hari ni.
Rabu hari tu Aish baru keluar wad sebab rotavirus, sebelum ni tak pernah ambil kisah pun pasal penyakit ni. And seriously aku tak tau macam mana Aish boleh dapat this kind of virus, sebab masa majlis Sabtu tu, aku memang bz, anak aku tah sape-sape yang pegang, tah ape yang disuap, bersih ke tidak tangan diaorang, aku tak tau, sebab aku sibuk sangat ke hulu hilir, dengan majlis yang tunggang langgang. Eh, aku bukanlah nak tuduh orang, aku sendiri pun tak tau, maybe Aish dapat dari aku, tapi aku ni bab jaga anak sangatlah cerewet, botol susu Aish aku sterelize hari-hari, bukan botol susu je, botol air masak dia, mangkuk makanan dia pun sterelize jugak (tu daddy yang sterelize, habis meliut mangkuk tu jadinya..hahaha). Kita anggaplah benda dah nak jadi kan, elak camne pun jadi jugak, lagipun baby besar Aish memang senang kena rotavirus ni, sebab diaorang mengutip, masuk macam-macam dalam mulut kan tapi alhamdulillah Aish dah sihat. Dari apa yang aku baca, hampir semua kanak-kanak akan dapat rotavirus. Btw, kalau sesiapa tak tahu rotavirus ni ada vaksin dia, but its optional, kalau ko biasa bawak anak cucuk dekat government, memang takde, tapi ko boleh bawak dia pergi private to get this kind of vaksin. Aku tak ambik pun untuk Aish, sebab again tak ambil kisah, bad mommy!
Sabtu malam, lepas majlis Aish ok je, bukan main happy lagi buka present and main. Esoknya dengan rumah yang masih tunggang langgang, family aku ajak pergi IKEA sebab papa aku nak beli rak kasut selepas terpesona dengan rak kasut IKEA aku..hahaha. Masa kat IKEA, Aish merengek non stop, and badan dia pun panas, aku ni pulak dah jadi habit, pergi mana-mana mesti nak bawak termometer Aish, bila aku check suhu Aish 38, aku check pulak suhu diri sendiri, eh 38 jugak aku, tapi aku tak rasa demam pun, confuse kejap. 2-3 hari sebelum tu memang Aish demam, tapi hari Sabtu dia dah ok. Bila dia asyik merengek je, En. Syg lari kejap pergi beli paracetamol, lepas bagi dia makan ubat, still dia merengek.
Sampai rumah tidurkan dia dalam buai, lepas habis susu sebotol, dia muntah. Lepas pada tu setiap kali bagi susu or air masak, dia muntah, aku bf, dia muntah susu aku, aku bagi bubur, dia muntah bubur. Lepas maghrib kitaorang bawak dia pergi klinik, doktor just buat surat refer, incase kalau dia teruk terus bawak hospital. Balik dari klinik, dia tidur, dia bangun minum susu around pukul 12am, lepas minum susu dia menangis kuat, kitaorang dukung gilir-gilir, bagi dia susu coklat pulak takut mulut dia pahit sebab banyak sangat muntah, lepas minum sikit dia muntah habis atas carpet and En. Syg cakap "That's it, anak saya sakit ni, let's go to the hospital". Kitaorang pergi DEMC, keluar dari lif, Aish muntah berjujuran, habis baju En. Syg dengan lantai yang sudah berkilat itu (cleaner tengah kilatkan lantai masa tu). Jumpa doktor and doktor suggest untuk warded sebab takut baby dehydrate, tapi biasalah DEMC penuh manjang, so kitaorang pergi KPJ, nasib baik ada kosong lagi, Aish menangis je masa kat Emergency tu, rupanya dia lapar, aku bagi susu, habis sebotol, lepas tu dia tak muntah dah.
Hari Isnin dia cuma muntah 2 kali je, sekali lepas dinner, habis keluar bubur dia, and sekali lagi malam lepas minum air masak, sikit je dia muntah. Doktor tak cucuk air pun kat Aish sebab dia tak serius sangat, dia just muntah, tak cirit birit pun. Doktor just bagi ubat demam and ubat tahan muntah je and dia aktif macam biasa. Rotavirus takde ubat, dia akan baik sendiri lepas keluar melalui muntah dan cirit birit, and rotavirus takkan menyebabkan kematian, your baby will die because of dehydration. Sebab tu kalau your baby muntah or cirit birit berterusan, better bawak hospital, jangan tangguh lama-lama tau. Doktor detect rotavirus Aish melalui sampel najis. Menahan hidung aku ni mencedok poopoo Aish hari tu..hahaha, nasib baik Aish poopoo ketul2, aku cedok seketul..hahaha
Rotavirus ni boleh berjangkit tau, lepas Aish positif rotavirus, terus kitaorang kena tukar bilik, masuk isolation room. Kalau anak kawan ko kena rotavirus, janganlah ko pergi melawat, macam kakak sebelah katil aku hari tu, dia melawat anak kawan dia yang kena rotavirus kat SJMC, dia pergi sorang-sorang je and dia cakap dia tak pegang pun baby tu, just cium je lepas baby tu mandi. Tak lama lepas tu anak dia pulak kena rotavirus, even aku dengan En. Syg pun ada chances untuk berjangkit dengan Aish. Tapi immune system orang dewasa ni mestilah lebih kuat dari baby kan. Kesian sangat baby sebelah katil Aish tu, dia kena masuk air and antibiotik sebab 2 hari dia muntah and cirit birit non stop baru mak dia bawak pergi hospital, dah naik hitam dah mata dia mak dia cakap, memang melepek je. Setakat ni yang aku baca through web, once your baby dah pernah kena rotavirus, badan dia akan build immune system dari this kind of virus. Tapi sekali dah kena, doesn't mean dia takkan kena lagi, esok Aish ada follow up dengan Paed, nanti aku tanyakan samada Aish should get the vaksin or not.




Khusyuk tengok Upin Ipin
Ok, itu je aku nak share dari experience sendiri, aku pun tak tau sangat pasal rotavirus sebelum ni, bila dah kena, barulah nak kaji dengan lebih mendalam. Bye.
P/S: Pray for Aqil Hamzah, anak
Erina yang sekarang di ICU HKL, semoga cepat sembuh ye Aqil, mama tunggu Aqil tu.