Klik Jommm

Tuesday, February 5, 2013

SCM

Shortform Setia City Mall

Ni cerita 2 minggu lepas, picture ni je yg ada dalam laptop, so update yang ni dululah, lagi pun hari ni bz kemain ni, tapi tetap jugak nak update..muehehe

First time pergi SCM, jakun kemain, pukul 10am dah siap-siap nak pergi, nak pulak masa pergi ni aku belum introduce Aish to nestum, gigih aku masak bawak bekal, berpeluh ketiak, ku tinggalkan pinggan mangkuk penuh sinki, rumah tak bersapu, semata nak sampai awal kat SCM, takut parking penuh, suami ku itu, jalan jem tak boleh, parking penuh tak boleh..allergic katanya, kalau nak pergi tempat hotspot ni, lepas subuh jangan kau tidur, bersiap terus so that pagi-pagi boleh sampai mall, takde masaelah jem n parking..begitu, kalau jem or parking takde, mulalah gastrik menyerang, lepas tu melarat pening kepala lepas tu melarat mulut bergerak membebel, lepas tu melarat isteri diserang sakit hati. Dia selalu cakap "masa saya terlalu berharga untuk dibazirkan" fine lah fine.


 Sampai je terus serang MCD sebab lapar, isteri buat roti bakar je untuk breakfast, Aish lunch bubur nasi bekal





 Nampak tak muka gembira tu..nampak tak? nampak tak?. Kemain sejuk McD SCM, nasib bawak blanket Aish



 Changing room yang besar and selesa, aku suka, lepas ni tak pergi Pyramid dah, SCM jelah



Pergi Daiso dan beli ni, suami paksa sebab dia tak suka tengok aku bawak toiletries setiap kali balik kampung letak dalam beg plastik, selekeh katanya, eh, tapi best tau box ni dahlah murah, besar, aku sumbat selagi ada, nampak kemas je.

Lepas tu pergi H&M beli baju Aish, berpinar-pinar mata, rasa nak beli semua and sebelum balik beli baju aku kat Nichii, sebab baju perempuan kat H&M tak menepati selera kampungku, maybe next time ada yang aku berkenan, suami asyik cakap "belilah satu, belilah satu" nak beli apa, semua aku tak berkenan. Dah tu je, bz ni..bz. Suami pun satu, offer "belilah satu..belilah satu", cer offer "belilah 18, belilah 18", kan sedap telinga aku mendengornye. Tapi kat Nichii aku beli 2..hahaha. Bye, ini serius punya bye.


13 comments:

  1. i pun sekarang takmo pegi KL dh sebab nak kene ngadap jem lg. lgpn i dekat shah alam je better pegi SCM dari pg Pavi bagai huhu. besar kan SCM ni i tak habis pusing lg sebab hari tu dtg semata nak masuk H&M dgn beli kasut je mkn then terus balik :p

    ReplyDelete
  2. hahahaha..lawak la ko erin! belila 18, belila 18! ngehngehngeh..beriya bw termos bsr2 ye?terbaekkkk!

    ReplyDelete
  3. memang best gi SCM...jaoh dari gombak gi sana..heheh...aah mcd sana sejuk kn..nk mkn pn mengigil2..hehe.

    ReplyDelete
  4. eh eh eh eh..selalu lalu je depan itu..kena try neh..takdela jauh sgt dr rumah..eh kita suka p daiso..slalu p dkt ioi mall je

    ReplyDelete
  5. scm ni kat shah alam ke?napelah masa i kat shah alam dulu sume ni takde...

    ReplyDelete
  6. nak giii nak giiii

    erk..nak pindah trus sana

    ReplyDelete
  7. ta pernah g scm lagi..macam menarik tertarik je..

    ReplyDelete
  8. scm besar kan? krem kaki nak jalan semua.haha.tapi best!

    ReplyDelete
  9. waaaa
    gile besar changing room tu
    tak pernah gak p sana

    ReplyDelete
  10. erin klu pegi scm roger2 lah i.umah i dekat situ jee.hihi..kitrg pun sejak scm dah ade tak jejak dh kaki pegi sunway n dmnsara.hahaha.husband mls nk hadap jem.ke scm jeeee die ckp.ape nk sume ade.tapi zura plak dah busan.yelah klu dh smnggu 3-4 kali pegiii..hahaha.tapi best.xyah gi jauh2.haha

    ReplyDelete
  11. SCM tuh ape eh?? mahap..i lg kampung kot..uwaaa!! huhuhu

    ReplyDelete