Klik Jommm

Wednesday, January 29, 2014

Chinese New Year Dinner 2014

Salam,

Ni acara wajib company aku tetiap tahun, dan memang ini jelah satu-satunya dinner company dalam setahun, takde annual dinner lain. Maklumlah company kecik, aku berdua je Melayu dalam company ni, yang lain Chinese, tapi seronok tau kerja kat sini, dah almost 8 tahun aku kerja, boss sporting gile, umur pun baya-baya je, beza 4-5 tahun je umur kitaorang. CNY dinner tahun ni kitaorang bawak family and first time buat on weekend, sebelum ni memang buat weekdays, terkejar-kejar dengan baju kerja tu lah pergi dinner, company kecik mana ada dinner theme pun, ko pakai tshirt pun boleh, takde hal punya. Tahun lepas tak bawak family, baru tahun ni boss suruh bawak family sebab tu aku suggest buat on weekend, kalau weekdays berkejar la nak balik kutip anak suami, kang nak tempuh jammed lagi ke tempat dinner, takut tak sempat je.

Tahun ni kitaorang dinner kat Marriot, Putrajaya, kemain menggagau kitaorang cari, siap masuk kat tempat construction lagi, memang kena ikut situ eh? Kitaorang jarang sangat ke Putrajaya so tahap kebutaan jalan masih tinggi.



First Menu: wajib ni, Yeesang, nak lagi ong angkat tinggi-tinggi mencecah siling sambil sebut hajat..hahaha. Kesian En. Syg, first time dia baru merasa upacara Yeesang ni..kihkohkih, aku tetiap tahun pun merasa bang.




Seafood sup hmmm kot, tak ingat dah. Macam shark fin soup kan.





Ikan goreng..haha




Abalone and sea cucumber



Udang Mayonis..ngahaha, sedap



Kuih sedap, banyak lagi menunya, tapi aku tak ambik gambar, ni pun gambar cilok dari officemate



Officemate aku, semua pun dah start cuti, kemain bermaharajalela aku sorang-sorang kat atas ni



Sepanjang makan kena umpan Aish dengan hp, kalau tak habis satu hall tu dia nak jelajah, penat nak kejar, lepas tu kemain aku bawak bekal biskut, buku, spagheti untuk dia, takut dia takmo makan makanan kitaorang, sambil makan aku suap dia.


Amboi kemain menelaah ko ye..good..good



Ni lah officemate aku, tu pun dengan partner masing-masing, kalau idok, bape ketul je lah kitaorang ni, kitaorang ni baya-baya je, anak pun kecik-kecik lagi. Happy CNY guys, ok bye!


5 comments:

  1. ko mmg dh mcm cina dah erin....aah klu nak ke marriot skg kena lalu kwsan construction tu....hehe

    ReplyDelete
  2. company ain pn kecik je...ada 3 org je melayu...hehe...ain Annual Dinner Isnin lepas..mmg tiap2 tahun buat weekdays..hehe

    ReplyDelete
  3. adoiiiii..makanan tak hengat!ko x puasa ke rin mase ko up entry ni?haha!
    eh nak ckp jugak, aku nampak asrul cam gems aje :p

    ReplyDelete
  4. Wow..besh dpt mkn kt hotel kan..btul2 mkn besar..hehe

    ReplyDelete