Klik Jommm

Showing posts with label Mengecat. Show all posts
Showing posts with label Mengecat. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Mengecat: Kod Warna Cat Room/Playroom

Salam,

Hari tu kan ada janji nak share warna cat bilik Aish. Actually weekend baru ni kitaorang tak balik Rawang, pagi Sabtu lepas breakfast aku berkurung sorang-sorang dalam bilik Aish semata nak siapkan touch up stripes wall dia tu, ya rabbi rasa nak patah pinggang. En. Syg tolong touch up every colour, while aku touch up warna putih je. Kena masking tape balik setiap stripes tu and cat balik warna putih sebab banyak part yang terkopek..wuwuuwuuu. Dalam pukul 5 petang baru settle semua, serius puas hati.



Walaupun dah pakai masking tape, tetap tak lurus jugak stripes kitaorang, kena touch up balik




Yang putih-putih tu semua part yang terkopek lepas buka masking tape, mula-mula kitaorang just nak touch up yang terkopek tu je but turns out cat putih yang kitaorang beli lebih putih dari cat asal (cat asal rumah tu dah bertahun aku rasa, dah nak jadi kuning pun) kalau kitaorang tak touch up balik every stripes, maka bertompoklah ia, hodoh. Petak besar yang terkopek tu suami aku korek jadi bentuk empatsegi, kalau tak tahap keterkopekannya adalah di tahap kritikal, so kitaorang pecahkan yang terkopek, cat balik tompok-tompok gitu, lepas beberapa hari baru cat every white stripes..menangisi laaaa.


Aku cat sorang-sorang sambil membayangkan aku sedang melukis potret Monalisa, kalau tak aku stress..hahaha nak-nak pulak kalau stripes yang halus kena pakai berus lukisan. But seriously, tiba-tiba aku rasa enjoy sangat..huwahahaha.



Ko tengok rambut tu ko boleh bayangkan tak tahap stress tu camne?? Hantu Kak Limah pun tak stress macam ni tauuu..hahaha. Aku pun dah tak perasan rambut aku dah jadi gini. Tu belum cat yang terpalit kat muka, tangan, baju segala



Tapi bila tengok hasil lepas siap touch up, terus pekpek bahu sendiri "syabas beteh", terus aku nak announce diri aku wanita besi (tiba)..hahaha. Cantik ke idok?? 



Ok, mari share warna cat, so that korang boleh cat bilik anak korang macam bilik Aish ni, dan rasakan stress yang ku alami..mari-mari

Cat biru pekat: Pacific Coast (code: 18BG 47/282, 913B)
Cat Lime Green: Primavera (code: 90YY 69/419, 913B)

Kod warna cat biru cair aku dah share hari tu, kalau nak tau sila cari balik, malas nak link. Selesai cat bilik, lepas ni mari menghias. Mommy is super excited :)

Ehemssss, nampak tak watermark baru? Tu suami aku yang buat sebab tertanjat dengan kehodohan watermark aku yang first hari tu, hehe, TQ sayang, Ok, bye!!!


Monday, September 30, 2013

Mengecat: Feature Wall Room/Playroom

Salam,

Bertabah korang eh menunggu entry ni, gedik sangat nak buat banyak episod. Bukan takmo bubuh semua sekali, tapi aku ni bekerja, kerja mengecat cuma boleh dibuat time weekend je, nak pulak bila dah beranak kecik, tak boleh la nak 100% mengecat je, kenalah jugak melayan anak, bawa dia pergi jenjalan, bawa g pool, playground, so kerja mengecat yang sepatutnya boleh siap dalam seminggu, sampai sekarang dah drag hampir sebulan tau..sroootttttttt. Belum siap touch up lagi, sebab weekend baru ni balik Rawang, kesian pulak Atok Nenek dah lama tak jumpa Aish, minggu ni aku ingat nak pulun betul-betul sampai siap, stress tengok barang berlonggok dimana-mana.

Oklah back to the topic, banyak pulak bebelnya aku ni, kita buat entry pendek-pendek je, korang pun tak kose nak membaca banyak-banyak kan, code cat and warna aku share next entry la ye, boleh pulak aku lupa nak ambik gambar tin cat semalam, manalah tau, kot korang terbekenan dengan warna cat bilik Aish ni kan, sebab aku sendiri pun pening bila nak pilih cat hari tu, banyak sangat warna oii.



 Sebelum: nak imbas balik ingatan korang 


Ok, sekarang masukkan warna biru cerah dulu, ni cat yang sama dengan cat satu bilik ni.





Ok, biru gelap pulak



Last sekali baru lime green



Perasan tak, side kiri lebih banyak biru and side kanan lebih banyak hijau, macam tak balance la pulak, gasaklahhhh





Sebelum cat betul-betul kering, kena tanggalkan masking tape dengan penuh kasih sayang, jangan kasar sangat ye, kang tertanggal dengan cat sekali






Dah siap tanggal semua masking tape




Ok tak?? Oklah kan, tinggal nak touch up je lagi, takde gambar yang cerah la pulak, terpaksa korang hadap gambar yang kelabu asap ni, takpe, siap touch up nanti aku up gambar lawo sket, confirm muntah bertimpa-timpa korang asyik kena tengok bilik Aish je lepas ni..hahaha. Serius tak sabar nak start hias bilik ni, gigih mengumpul duit dalam tabung ayam..haha. Oklah bye!


Monday, September 23, 2013

Mengecat: Design Feature Wall Room/Playroom

Salam,

Happy Monday semua. Hari ni nak cerita pasal progress bilik Aish. Actually feature wall bilik ni kitaorang dah siap cat pun, tapi sekarang tengah proses touch up sebab bila dah siap, macam-macam pulak problemnya..pffttt sabor jelah. Kerja mengecat memang En. Syg yang buat 100%, bila dah siap and lari sikit dari apa yang dia expect, dia boleh merajuk ko, terus keluar dari bilik and makan nasi ayam yang aku masak sebelum tu..hahaha kelakar pun ada. Disebabkan buruhku merajuk, kerja touch up semula dia suruh aku yang buat..eiiii mengada sangat, aku picit kang tau laa. Bukan la teruk sangat pun, tapi dia cakap dia frust bila benda tu tak begitu jadi..so dia willing jaga Aish dan aku touch up semula feature wall. Nanti bila dah siap feature wall aku share dengan korang tips nak cat dengan cantik ok, so that tak jadi macam kitaorang ni, dah satu kerja pulak nak touch up semula, tapiiiii aku suka la kerja touch up, pakai berus lukisan tu, rasa macam pelukis hebat tetiba..wahahaha over.

Oklah hari ni nak reveal design feature wall aku, design senang je sebab kitaorang malas nak mengukur bagai. Mula-mula masa decide nak cat bilik Aish ni, aku berkenan gila dengan design diamond ni



Image: Google

Berkenan sangat, siap study kat youtube dah cara-cara nak buat design ni, tapi seriously memerlukan kesabaran yang tinggi, kena ukur, lukis dengan pensil dulu, baru boleh letak masking tape, memang banyak kerja, so En. Syg mempengaruhi aku untuk tukar design.



Lepas tu kitaorang nak buat design ni, ala- ala matahari, senang sebab ko tak payah nak ukur sangat, agak-agak je besar mana sinaran matahari tu ko nak buat. Tapi lama-lama aku tak berkenan pulak sebab design ni sama macam bendera jepun tu ha, tak suka, tak suka padahal suami aku dah excited nak tampal masking tape dah, nasib baik ku tahan jebat..hehehe aku kan jenis tak tetap hati. So google punya google, aku jumpa design kat bawah ni pulekkkk



Ceria sangat, ada 3 warna, tapi suamiku pulak tak suka design yang sama macam ni, dia nak buat besar kecik, lebar, sempit sesuka hati, so that dia tak payah ukur, nampak nor ko malas kan bang, baiklah saya ikut saja. Disebabkan gambar ni jugaklah aku buat 3 warna yang berbeza untuk feature wall, kasi nampak ceria sikit, tu memang last minute plan. Kitaorang buat warna biru pekat sikit, biru cair dan lime green sebab lepas aku tengok gambar ni, macam berkenan la pulak gabungan 3 warna tu. Ok tips, sebelum ko decide design and warna, sila google banyak-banyak and decide betul-betul, mengecat dengan anak kecik memang mencabar, dan jangan lupa pilih warna yang ceria untuk bilik anak, kalau ko salah gabung warna pun pelik jugak nanti, pandai-pandai la ye



Color combination bilik Aish

Ok moh kita tengok feature wall yang dah di masking tape kan













Kitaorang memang tak ukur, main taruk je sesuka hati, En. Syg tampal while aku tengok dari jauh to make sure line tape tu lurus, kalau ko tengok line tu memang tak begitu lurus pun tapi tegak la jugak, memang kitaorang tak expect masking tape tu lurus, asal tak tersasar jauh sudah, senget sikit barulah seni namanya dak..hehe. Masking tape tu lepas cabut akan jadi line warna putih, so yang lain tu kitaorang cat jadi biru gelap, biru cerah and lime green, selang seli, minggu depan lepas siap touch up aku up gambar feature wall yang dah siap ye, in a mean time..sabarlah menanti..wahhh over sangat macamkan orang nak tengok sangat, tapi geng whatsapp gojes dah tengok..haha, tak sabor nak tunjuk. Ok, bye!


Tuesday, September 17, 2013

Mengecat: Room/Playroom for Aish Yusuf

Salam,

Asyik ingat hari ni hari Isnin je, padahal dah Selasa kan. Semalam gerak dari Temerloh pukul 6 petang, jammed macam hape sepanjang jalan, dah macam cuti raya pulak, ya allah sakit pinggang aku ni ha. Sampai Serendah (singgah rumah mertua sekejap) pun dah hampir pukul 9, dinner, tolong kemas dapur, terus calo balik Jelutong, Guthrie pun jammed, sampai rumah almost pukul 11 malam, what a long journey, padahal balik Temerloh je weiii, yang kalau tak jammed 2 jam pun dah boleh sampai. Ok tak baik merungut, alhamdulillah selamat sampai walaupun penat.

Hari ni nak share progress bilik Aish, En. Syg tolong catkan ketiga-tiga dinding dengan pantas dan tuntas, mulanya aku yang suggest nak cat bilik ni, dia pulak macam acuh tak acuh je, kemain berdegil aku pergi beli tangga sorang-sorang kat Mydin, tak tunggu dia pun sebab kalau tunggu alamatnya tertangguh la projek aku ni, bila dah ada tangga, dia pulak excited ajak beli cat, dia yang cat, dan balik kerja malam-malam excited nak buat feature wall, ni projek sape sebenarnya bangg, kenapa tiba-tiba projek ini bertukar tangan..haha baiklah, aku nak jadi mandur je lepas ni, tak sangka aku dapat buruh free, dahlah buruh free, seksi pulak tu..ehhh terpuji suami sendiri, aku kalau tengok suami bungkus sampah pun dah seksi sangat aku rasa, cer ko rajin sikit bungkus sampah bang, hari-hari pun ko seksi dimataku, ko tengokkkkk,  senang gile kan nak ambik hati isteri, bungkus sampah tanpa disuruh terus upgrade jadi lelaki paling seksi di Bukit Jelutong tauuu.

Disebabkan campur tangan suami, feature wall yang asal dah bertukar..poning mak ni, dahlah aku ni memang fail kalau buat decision, sebab hati ni selalu sangat berbolak balik, kejap nak yang itu, kejap yang ini, kejap ye kejap tidak..suami pun pening sekali..hahaha, sabor jela perangai aku ni.

Oklah, cukup-cukuplah merepek, mari tengok hasilnya...



Nampak kan beza warna tu, feature wall tu putih, belum buat apa-apa lagi, masking tape tu kitaorang baru test-test je, belum decide design lagi.









Cat yang aku pakai Sky High Blue, 13BG 72/151

Next week aku update feature wall pulak ye.  Doakan hati aku tetap, jangan asyik nak tukar je. Oklah tu je, bye!