Klik Jommm

Showing posts with label Pasu. Show all posts
Showing posts with label Pasu. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Update: Living Hall (Frame dan Pasu II)

Salam,

Ingat lagi tak sebelum raya hari tu kemain aku menanam tebu di pinggir keyboard, berjanji manis nak update pasal frame dan pasu ni, tapi biasalah kadang-kadang kalau bz, janji pun ku dah lupa. Semalam baru ingat, so dalam kegelapan subuh ditemani lampu living hall yang kuning..grrrr aku ambik gambar frame dan pasu yang aku dah letak kat tempatnya..so gambar is tak cantik ok, stress mak tengok, tapi takpe nanti aku siap gantung aku up gambor lagi, walaupun korang tak sudi nak tengok..hahaha.



Ingat lagi frame, pasu dan tumbuhan pelsu ini?? Ingat??



Ingat lagi kabinet kasut ku ini?? Ingat dok??

Entry pasal kabinet kasut kat sini

Dulu, aku letak gambar Aish kat atas kabinet ni, tapi biasalah fomfuan, asal lalu je tepi kabinet kasut, otak berjalan mencari idea lain, sekali TINGGGG, baiklah kita wajib ke Ikea untuk merealisasikan ideaku itu..kesskesss. Maka ku belilah frame, pasu dan tumbuhan pelsu di atas untuk menggantikan frame yang asal ni. Frame Aish tu aku dah selamat letak dalam bilik dia, sila tatap mukamu sendiri ye Aish.


Ok tak? Gambar buruk sangat la, sebab kuning, jenuh aku adjust tadi



Home Sweet Home, kan kabinet kasut tu tepi pintu, so bila balik je dari kerja, nak simpan kasut nampak perkataan tu terus rasa macam syorgaa..kannnnn. Aku print macam gambar, mulanya plan nak print pakai kertas je, tapi takut lama-lama dia kuning, so aku hantar file ke kedai gambar, frame ni size 5R. Aku ingat kalau dah bosan nanti aku nak google and print design lain pulak :)



 Kenapa suamiku ambik gambar dari tepi ni?? Gasaklah, aku upload jugak..hahaha



Nanti frame tu aku nak gantung tinggi sikit, sekarang aku sandarkan je, sebab kalau letak dia betul-betul macam biasa kita letak frame tu, macam tak sajak dengan pasu, sebab size frame tu gedabak sangat. Takpe malam ni aku suruh En. Syg gantungkan, esok lusa aku upload lagi..miahahaha.





Suka sangat! sama yang macam aku imaginekan.

Tu je, ok, bye!




Friday, October 11, 2013

Update: Living Hall (Frame dan Pasu Baru)

Salam Jumaat semua,

Hari ni nak update pendek je, sebab malas, boleh? Esok, insyaallah kitaorang nak balik Temerloh, Ahad ni ada kenduri Aqiqah untuk anak saudara aku. Sembelih seekor kerbau, makanya kenduri pun kenalah besar, bila kendurinya besar, nak pulak masak gotong royong dengan orang kampung makanya banyoklah kerja acik ni nanti..hahaha, last parents aku buat kenduri besar macam ni masa aku kahwin 2 tahun lepas, tapi pakai katering,  this time masak sendiri. Hopefully tak banyak kerja kena buat..haha harapan apakah itu, sah-sah la banyak kerja oiii. Hari ni nak update pasal frame dan pasu baru untuk living hall aku :)



Tumbuhan pelsu: RM12.90
Pasu: RM9.90
Frame: RM14.90

Semua pun dari IKEA. Sorry Aish, bilikmu dah jadi favourite spot mommy untuk ambik gambar, tumpang ye nak..kihkih.

Nanti dah siap aku show off ok, hari ni gambar baru siap, so minggu depan la aku gebangkan.  Ok bye!