Klik Jommm

Tuesday, June 22, 2010

230610-surat buat kekasih



Last year celebration ;p


22 Jun 2010

Erin bt Jamaludin
bla bla bla bla bla bla
47620 UEP Subang Jaya

Sayang b Ahmad Shahrin
bla bla bla bla bla bla
Shah Alam

Sayang/Abang

PERKARA: SAMBUTAN HARI LAHIR SAYA

Merujuk perkara diatas, saya, Erin bt Jamaludin No. KP: XX0623-XX-XXXX, No. Surat Beranak: D770474 (eh, aku igt ;) dukacita memaklumkan bahawasanya saya tidak b'setuju dengan cadangan pihak tuan untuk m'gadakan sambutan hari lahir saya di Sushi King pada malam ini.

Sepertimana yang telah diketahui oleh pihak tuan, acara makan-makan, suap m'yuap pada setiap bulan antara kita berdua wajib diadakan di Sushi King atas permintaan desakan pihak tuan setiap kali tuan singgah ke Subang untuk b'dating-datingan dengan saya. Saya juga percaya, nescaya encik tukang-buat-sushi dan cik cashier di Sushi King Summit itu sudah boring dan jeluak melihat wajah kite setiap bulan. Bukan sekali sebulan, tapi kadang2 sehingga 2-3 kali. Bukan mereka sahaja yang jeluak, malah saya pn berasa begitu terhadap mereka. Tapi yang pasti saya tidak pernah jeluak terhadap anda (sbb anda cinta hati busyuk masyam ketiak hangit hancing pering saya).

Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk mencadangkan tempat yang lebih cambest untuk m'gadakan sambutan hari lahir saya iaitu di Full House. Sila mengasihani saya yang tidak pernah bercamwhoring secara b'jemaah di Full House yang cantik dan meletop kebabo akibat malas menekan pedal minyak secara solo dan m'gepam duit sndiri dari ATM yang telah surut dan tidak boleh dipam lagi akibat perbelanjaan majlis pertunangan kita berdua.

Walaubagaimanapun, saya hanya akan b'setuju untuk m'gadakan sambutan hari lahir saya di Sushi King pada malam ini jika tuan b'janji untuk menyambutnye sekali lagi di Full House pada weekend ini. Segala kerjasama dari pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih muah2. Sekian, terima kasih-muah2-i luv u.

Yang sebenar-benarnya

THIS LETTER IS COMPUTER GENERATED AND DOES NOT REQUIRE A SIGNATURE ;P 

Gadismu, erin ;p

Pssttt: Saya cinta kamu peringkat ke-8 juta (ayat bodek godek2)

No comments:

Post a Comment