Klik Jommm

Friday, September 23, 2011

Gambar Majlis Bertandang di Rawang

Salam semua, seperti yang anda sedia maklum, aku masih lagi begini, melayan pening setiap hari. Nak tau tak..ceeee cam kepochi je kan, kesan melecur semalam tu dah ada gelembung air..sedihnya hati tengok, aku takut sangat berparut, korang ada petua tak nak letak apa? Since aku dah janji minggu lepas lagi kan nak upload gambar bertandang, jom tengok, yang OP ada 2-3 ketul je, aku malas nak save dari cd, ni pun aku cilok dari FB OP aku. Yang lain gambar dari sepupu aku.



Ni cover album


 Yang sebelah kiri tu, kasut hantaran aku, dan selamat dirasmikan masa majlis bertandang, sekarang ni high heel kesayangan intan payung, mucuk macam. Hari Raya hari tu aku raya kat rumah mertua, theme pulak merah, so aku pakai la kasut ni masa ambik gambar kat studio, siap ambik gambar, pak mertua aku suruh pergi beli selipar..sobsss. Dia tak kasi pakai high heel lagi, hari tu pakai wedges pun dia tak kasi jugak. Nak buat macamana, menantu kesayangan, padahal aku sorang je pun menantu dia..haha statement perasan sendiri.



Kaedahnya kat Rawang ni, walaupun ni majlis bertandang, tapi pengantin perempuan tetaplah yang menunggu di rumah. Aku pun pelik mulanya, sebab mana-mana tempat yang pernah aku pergi, kalau majlis bertandang pengantin lelaki dan perempuan datang dengan rombongan pihak perempuan. Tapi kat sini, terbalik, En. Syg datang dengan family aku, aku tunggu di rumah, kiranya aku ni tuan rumah pulak..hehe. Yang makcik-makcik senyum kat belakang tu family En. Syg, diaorang berarak dengan aku. Unik kan, ke tempat korang ada macam tu jugak?



Lepas tu, diaorang akan pimpin sampai pelamin, pengapit boleh rilek je..haha



Kat sini themenya merah hitam



En. Syg tengah feeling retis


Ni baju pilihan En. Syg, dia memang pantang nampak merah, suka terus. Kasut aku adalah sangat adorable..huuuu



Akhirnya berjaya buat outdoor, kat Temerloh hari tu tak buat sebab En. Syg gastrik teruk

Dah tu je, nanti kalau rajin aku update bilik pengantin masa bertandang pulak. Tah bilalah kerajinan aku tu nak timbul. Btw, aku tak berapa suka OP ni, album dia tunggang langgang, first picture gambar kitaorang potong kek dengan muka sememeh, lepas tu ada gambar sape-sape ntah yang banyak, tetiba dah kat tengah baru gambar tengah mekap, tak tersusun, lepas tu asyik ulang gambar yang sama..come on lah. OP ni last minute En. syg yang cari, sebab aku memang tak involve apa2 untuk majlis bertandang ni, main call je, tak tengok pun album previous job dia, malas nak fikir, benda dah lepas, aku nak bebel pun tak guna. Takkan nak bergaduh pulak sebab album kan, walaupun aku memang tak puas hati, kang kecik pulak hati suami. Ok, c u next week.


Thursday, September 22, 2011

Bermandi air panas

Dah lama tak update blog, aku tak sihat la. Pening seperti selalu, takpe lagi 2 minggu genap 3 bulan, bertabahlah wahai hati. Sejak mengandung, aku sangat takut nak mandi, sebab sejuk tu boleh buat aku loya, dah lah rumah tinggi, sejuk sepanjang masa, tak bukak kipas pun boleh tidur berselimut lagi, asal balik rumah je aku loya. Kalau tengahari buta, sekali angin bertiup, sejuknya sampai ke tulang keting..huiii terus rasa takmo mandi. Ingat rumah je terus loya..jap nak cari plastik

Ok dah..so setiap kali mandi aku mesti masak air panas. Seperti biasa malam semalam aku nak mandi air panas lah, dah siap kemban-kemban dengan towel, aku pun rilek je angkat heater menuju ke bathroom lupa nak cabut plug, sekali bila wayar dia dah tegang, automatik cerek tu nak terlepas dari pegangan, lalu menyimbah ke badan aku. Air panas gileeeeeeeeeee, separuh masak dada aku rasa..huiii berdenyut-denyut, terus cabut towel, berlari-lari masuk bilik air cari air paip. Nasib baik towel aku tebal, kalau nipis, aku rasa lagi teruk aku melecur. En. Syg keluar semalam, so aku text dia, dia call dan soalan pertama...

En. Syg: Macammana boleh terkena tetek ni?

Fine syg, semua orang tau tetek isteri anda melecur, janganlah tanya kuat sangat..sobsss. Nasib baik tak melecur yang mengelembung tu, dada aku cuma ada kesan melepuh je, tapi sakit gila nak tidur semalam, berdenyut-denyut. Selamatlah ada parut dekat dada, dah tak seksi..huuuu

Monday, September 19, 2011

Update Baby

Mummy pening hari ni, so mari tengok baby je, sebab mummy tak larat nak update pepanjang



Baby @ 8 weeks 5 days

yang bentuk bean tu kantungnya, baby kat dasar kantung tu..haha explaination...malas gile nak kubulat-bulatkan. En. Syg excited gile masa tengah scan, siap tanya ada berapa orang baby. Sorang je eh, walaupun begitu, anda masih wajib berjaga malam bersama saya..haha. Bye

Thursday, September 15, 2011

Gambar Nikah Official

Salam semua, hari ni nak MC, asyik pening je ni. Tapi demi tidak mengabaikan blog, terpaksa memaksa diri mengupload gambar ni jugak. Jadi tengok gambar je lah eh, malas ahkak nak membebel.





Bilik aku simple je, dan nilah satu-satunya gambar bilik..sobsssssss lupa nak ambil, OP pun tak ambik jugak



 Gambar feeling..wajibbbbbbb


Inai yang panjang ceritanya








Aku terima nikahnya...


Wajah En. Asrul Sani yang bahagia dapat kahwin dengan saya..haha. Kwn En. Syg pun tengah feeling bahagia jugak..;p


Cer tengok tu, kemain bahagia lagi dia 


Sekian, minggu depan gambar bertandang pulak okeh. Bye nak balik dah ni.

Wednesday, September 14, 2011

Gambar Sanding di Temerloh

Album dah dapat..yeay.. Dah lama sebenarnya, dari awal puasa lagi. Tapi aku tak larat nak upload satu-satu. Hari ni aku upload pic baju biru dulu eh. Baju merah, nanti-nantilah bila rajin datang melanda.



Gambar first dalam album yang meruntun jiwa...sukeeeeeeeee



Pelamin yang simple gile..sukeeeeeee



Mama ku yang comel..dia tengah menahan sebak masa ni



My big sister, Along



Berangkat menuju ke meja makan..lapar gile




Family tak cukup korum, penat pulak kalau pengantin nak berteriak panggil sorang-sorang, jadi kubiarkan sahaja. Pengantin kena berlakon sopan..huuu



Habitat kesayangan..wuuuuuuu tahun depan aku tambah sorang lagi ahli habitat okeh



 Ok, tu je, rajin kalu esok akak kasi upload gambar nikah from OP pulak eh, ni pun bercinta nak upload satu-satu. Gambar kat meja makan, tah mana pulak perginya, baru nak tunjuk meja makan sponsor tu. Tata for now.





Friday, September 9, 2011

Update Terkini

Ceeewahhh..tajuk nak mencapub je. Kalau tak mencapub sapelah yang nak baca. Lama gila aku tinggalkan blog. Hari-hari balik kerja En. Syg tanya "hari ni ada update blog tak?". Sampai kadang-kadang aku pun naik musykil, dia bukan baca pun tapi dia nak aku update jugak..haha..tak paham. Reason aku tak update of courselah sebab kemabukan yang tak pernah hilang ni. Aku pening kepala sepanjang hari, meloya dengan semua bau, dan perut berangin-angin, sebu dan segala rasa yang tak sedaplah. Kadang-kadang aku termenangis jugak, sebab tak selesa, dah berminggu-minggu macam ni. Tapi lepas menangis selalu rasa bersalah dengan baby, bad mummy betul aku ni. Rumah aku tu dah naik lintang pukang, kadang aku paksa jugak diri basuh kain, kemas dapur walaupun tengah menahan pening yang tak pernah hilang. Sila take note aku basuh kain pakai tangan, mesin basuh still kat rumah lama, huiiii bilalah nak pindah, tak tahan dah. 

Aku consider aku ni teruk jugaklah mabuknya, pening sepanjang hari. Nak tidur salah, nak duduk salah, dipicit pun pening, tak picit lagi pening. Makan pun main sumbat-sumbat je, dulu laksa memang faveret aku, dan aku ada kebolehan yang maha dahsyat dimana, walau tak sedap macammana pun laksa tu aku still boleh makan, sebab aku memang la teramat memuja laksa. Tapi raya baru ni bila bau je kuah laksa, aku meloya sakan, kat rumah mertua hari tu boleh lagi makan sikit, balik je rumah mak aku, aku dah tak boleh langsung makan laksa Ma, aku loya sangat. Kalau kat kedai makan bau kuah laksa je, siaplah aku risau aku termuntah kat situ.

Lepas tu tahap kelaparan aku dahsyat betul sekarang, dah lama aku tak rasa kenyang, lepas makan nasi lemak, baru nak buang bungkusan nasi lemak tu lepas makan, aku lapar balik, aku makan pulak burger seketul, lapar lagiiiiiiiiiiiiii, aku buat pulak air milo, pun lapar jugakkkkkkkkk. Akhirnya aku tidur dalam kelaparan, sampaikan aku makan tahap nak muntah dan perut menjadi sebuncit-buncitnya..still lapar jugak. Aku pulak yang takut, pregnant memang macam ni ke? ke aku ni kena gastrik? Sampai mak mertua aku cakap "Aku tak pernah pulak jumpa orang mengandung asyik lapar je macam kau"..haha..comel lah mak. Dan kadang-kadang selalu tanya En. Syg "ada 3 orang kot dalam perut ni, asyik lapar je?". En. Syg dari mula pregnant asyik membuat spekulasi, tiap kali pegang perut aku mesti cakap "kembar niiiiiiii". Yakin je kan, lepas tu tak habis-habis cakap, ni baby lelaki ni lepas tu tiap kali pegang perut mesti panggil baby "Mulukkkkkkkkkk" fine, fine, saya taknak nama anak saya Muluk ok, tah dari mana tah dia dapat nama tu..haha..tinggi imaginasi sungguh suamiku. Eh, sebelum korang pulak buat spekulasi ni entry mengadu je bukan mengkomplen keadaan diri sendiri, still aku bernasib baik sebab tak muntah lagi. Walau penat, pening, nangis keluar hingus pun, di dalam hati ni Tuhan je tau hepinya pregnant. Oklah nak sambung pening balik. Bye