Klik Jommm

Friday, September 9, 2011

Update Terkini

Ceeewahhh..tajuk nak mencapub je. Kalau tak mencapub sapelah yang nak baca. Lama gila aku tinggalkan blog. Hari-hari balik kerja En. Syg tanya "hari ni ada update blog tak?". Sampai kadang-kadang aku pun naik musykil, dia bukan baca pun tapi dia nak aku update jugak..haha..tak paham. Reason aku tak update of courselah sebab kemabukan yang tak pernah hilang ni. Aku pening kepala sepanjang hari, meloya dengan semua bau, dan perut berangin-angin, sebu dan segala rasa yang tak sedaplah. Kadang-kadang aku termenangis jugak, sebab tak selesa, dah berminggu-minggu macam ni. Tapi lepas menangis selalu rasa bersalah dengan baby, bad mummy betul aku ni. Rumah aku tu dah naik lintang pukang, kadang aku paksa jugak diri basuh kain, kemas dapur walaupun tengah menahan pening yang tak pernah hilang. Sila take note aku basuh kain pakai tangan, mesin basuh still kat rumah lama, huiiii bilalah nak pindah, tak tahan dah. 

Aku consider aku ni teruk jugaklah mabuknya, pening sepanjang hari. Nak tidur salah, nak duduk salah, dipicit pun pening, tak picit lagi pening. Makan pun main sumbat-sumbat je, dulu laksa memang faveret aku, dan aku ada kebolehan yang maha dahsyat dimana, walau tak sedap macammana pun laksa tu aku still boleh makan, sebab aku memang la teramat memuja laksa. Tapi raya baru ni bila bau je kuah laksa, aku meloya sakan, kat rumah mertua hari tu boleh lagi makan sikit, balik je rumah mak aku, aku dah tak boleh langsung makan laksa Ma, aku loya sangat. Kalau kat kedai makan bau kuah laksa je, siaplah aku risau aku termuntah kat situ.

Lepas tu tahap kelaparan aku dahsyat betul sekarang, dah lama aku tak rasa kenyang, lepas makan nasi lemak, baru nak buang bungkusan nasi lemak tu lepas makan, aku lapar balik, aku makan pulak burger seketul, lapar lagiiiiiiiiiiiiii, aku buat pulak air milo, pun lapar jugakkkkkkkkk. Akhirnya aku tidur dalam kelaparan, sampaikan aku makan tahap nak muntah dan perut menjadi sebuncit-buncitnya..still lapar jugak. Aku pulak yang takut, pregnant memang macam ni ke? ke aku ni kena gastrik? Sampai mak mertua aku cakap "Aku tak pernah pulak jumpa orang mengandung asyik lapar je macam kau"..haha..comel lah mak. Dan kadang-kadang selalu tanya En. Syg "ada 3 orang kot dalam perut ni, asyik lapar je?". En. Syg dari mula pregnant asyik membuat spekulasi, tiap kali pegang perut aku mesti cakap "kembar niiiiiiii". Yakin je kan, lepas tu tak habis-habis cakap, ni baby lelaki ni lepas tu tiap kali pegang perut mesti panggil baby "Mulukkkkkkkkkk" fine, fine, saya taknak nama anak saya Muluk ok, tah dari mana tah dia dapat nama tu..haha..tinggi imaginasi sungguh suamiku. Eh, sebelum korang pulak buat spekulasi ni entry mengadu je bukan mengkomplen keadaan diri sendiri, still aku bernasib baik sebab tak muntah lagi. Walau penat, pening, nangis keluar hingus pun, di dalam hati ni Tuhan je tau hepinya pregnant. Oklah nak sambung pening balik. Bye


4 comments:

  1. usia baby kite sama. i am 9 weeks and 4days now. U're lucky, i dah mabuk muntah segala.. semoga sihat sentiasa ye :)

    ReplyDelete
  2. syuhaidah: thanks

    wawa: a'ah lebih kurang. tapi i pening hari2 tau

    cik fotogediks sangat mengada gigit ko kang: muluk tak comel lah..huuuuuuuuuuu

    ReplyDelete