Klik Jommm

Wednesday, October 12, 2011

Buku Pink, Tag Hijau..arrrrghhhh

Aku dah buat, isnin baru ni, masa baby genap 13 minggu. Syukur alhamdulillah dah 3 bulan, pening dah kurang sikit, sebu perut pun dah tinggal manja-manja je. Tapi tetaplah tak larat nak layan suami, suami, sila layan diri sendiri, sampai En. Syg merajuk dan asyik cakap dia rasa macam orang bujang dan dia nak carik gf lain..apaaaaaa..gf lain..ololololo meh sini meh, cakap camtu je, melebar senyum dia..gataiii..nade-nade je daddy ni kan nak attention jek.

Aku buat buku kat KK Serendah, malas aku nak mengharung jem ke KK Puchong, dahlah orangnya berbulus-bulus. Mak mertua aku temankan, comel gila, walaupun dia baru baik demam, nak jugak temankan, berebut-rebut dengan adik ipar nak temankan. En. Syg kerja sebab Jumaat sebelum tu dia dah cuti pergi Penang. Sambil-sambil tunggu giliran, mak mertua aku usha tempat checkup baby, dia cakap "Kita kena tengok ni rin, nanti time kita nanti dah senang" Amboi excited, maklumlah cucu pertama dia. Nasib baik mak mertua temankan, takdelah aku boring sangat.

Part paling takut ambik darah, aku memang fobia dengan darah, seumur hidup tak pernah ambik darah, derma darah jauh sekali sebab berat tak pernah cukup. Aku punya takut sampai naik darah tinggi 140/90. Terkejut jugak bila nurse cakap "darah tinggi awak ni, awak berdebar-debar ke"...a'ah aku takut gila sebab lepas tu nak kena ambik darah, so nurse tu suruh ambik darah dulu, nanti baru repeat semula ambik tekanan darah.

Tapi kan..kan kannnn, ambik darah ni tak sakit lah, at least tak sesakit yang aku bayangkan. Aku bayangkan jarum dia besar, lepas tu dia sedut darah banyak. Memang aku tak pandang langsung, dah siap baru aku tengok, ohhh kecik je jarum dia..hehe, tapi kalau ko suruh ambik darah sekali lagi, tetaplah aku takut, aku takut sampai menangis masa En. Syg call. Lepas tu malam sebelum tu aku tak boleh tidur sebab takut, aku rasa tu pun satu sebab jugak kenapa darah aku naik.

Siap ambik darah, repeat balik tekanan darah, dah normallah..huuuuuu 120/80. Tapi tetaplah nurse tu nak letak jugak tag hijau, and sekarang ni selang 2 hari aku kena ambik tekanan darah kat mana-mana klinik and suruh doktor catit, 2 minggu dari sekarang kena pergi KK Serendah semula doktor nak jumpa..baiklahhh. Terbantut hasrat nak pergi private terus. Government ni best sebab checkup dia detail and nurse dia baiklah, tapi bab menunggu tu, masyaallah aku ni kurang sabar sikit. Bila En. Syg tengok buku pink government dengan buku pink private yang aku dah buat masa 2 bulan haritu, terus dia suruh checkup dengan KK sebab detail, private ni cincai-cincai sikit..oh maiiiiiiiii, merataplah daku sambil menunggu nanti, takpelah demimu nak, demimu.



Borang blood pressure yang perlu dipenuhkan, semalam dah buat, normal. Tu pun doktor tu asyik cakap, awak fikir benda lain eh sambil ambik bp aku..sebab aku kepoh cerita yang bp haritu aku nervous masa nurse ambik.

1 comment:

  1. mcm mne leh bp tinggi ni erin...xpe..aku pn tag hijau gak..
    xcukup berat n hb low...dh dkt nk bersalin ni brulah hb aku ok..klu tak mmg memanjang low...

    ReplyDelete