Klik Jommm

Thursday, October 6, 2011

Goodie Bag

Ok, ok lepas ni tak update cerita kahwin dah, ni yang last ok. Semalam aku sihat, so rumah memang licin ku kerjakan, habis pinggan mangkuk aku basuh, baju semua aku susun cantik, sebelum ni En. Syg campak, aku campak, dia kubar aku pun kubar jugak, tunggang terbalik bilik, baju merata-rata, tak berlipat, lipat terbalik, yang lembab, baju tak basuh dimana-mana, tapi sebab semalam sihat and dah lama ku tahan mata ini, akhirnya bilik cantik meletup, bahagia rasa. Dah lama tak rasa sihat, alhamdulillah, sekarang dah makin ok sikit, walaupun weng-weng tu ada lagi.

Cerita goodie bag, akak aku suka, dia kata senang dan jimat, isi dalam di sponsor Ma aku. Bahulu, sumi dan 2 jenis kerepek kot, ntah aku rasalah. Pengantin tak tau sebab pengantin sibuk dengan handbouquet, baju pengantin, bilik pengantin, inai, bunga telur, pelamin dan segala-gala yang berkaitan dengan diri sendiri sahaja..haha selfish gila. Goodie bag, korang bungkus ai nak buat tak tau je, ai bz okeh. Gila bengang adik beradik aku..hoii ai pengantin, takkan semua ai nak buat, begitu kau. Aku dah buat siap-siap goodie bag ni, diaorang tinggal isi barang dan stapler kan je doily paper beriben biru dengan paper bag putih tu. Senang je kan.



Ni kepalanya, jenuh aku mengentel 500 riben and tampal dekat doily paper



Masuk barang, stapler, siap


Cop tu pun aku cop siap-siap

Selesai sudah cerita kahwin, lepas ni boleh cerita hal lepas kahwin pulak. Ok, bai.

6 comments:

  1. wah..lawanyer.....suka tang kepala dia tu....:D

    ReplyDelete
  2. comel.
    saya pun tengah DIY paper bag + doily paper jugak nih.
    tapi tak tau la rajin ke tak nak buat sampai beratus2. huhuu~

    ReplyDelete
  3. mana nak cari beg ni ea..pleasee..sy xjumpa T_T

    ReplyDelete
  4. cop tu tempah di mana yer...thankss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai aqilah, boleh tempah kat mana2 kedai yang buat cop, bagi je design dekat dia, mcam sy dulu, saya google design through internet, edit pakai word and bagi fail dalam word je dekat org yg buat cop tu. hope it help

      Delete