Klik Jommm

Friday, November 18, 2011

Ini entry masak memasak

Hai semua *bajet Sheila Rusly* aku memang tak pandai masak, dah kahwin ni baru hegeh-hegeh call Ma or mak mertua tanya resepi. Bukanlah tak pandai langsung, setakat goreng ikan, goreng sayur, tomyam, bihun sup, spagheti, masak senang-senang tu taulah, ni kalau masak complicated tu yang masalah sikit. So di suatu petang yang damai.......

En. Syg: (thru phone) Sayang, awak dah beli barang masak ke? hari ni saya teringiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnn sangat nak makan mee bandung, awak buatkan boleh?

Saya: Rin tak pandai la sayang

En. Syg: Ok, awak beli bla bla bla, mula-mula awak masukkan bla bla bla, lepas tu bla bla

Saya: *blur*

En. Syg: Takpelah awak sedia bahan, saya masak balik nanti.

Saya: OK

Dah beli barang, sampai rumah, tiba-tiba En. Syg call balik

En. Syg: Saya balik lambatlah hari ni, awak masaklah, nanti awak call mak tanya resepi eh

Saya: Nanti rin refer internet jelah

En. Syg: Tak boleh, awak kena call mak jugak

Saya: Baiklah suami



Mak cakap, mula-mula buat stok daging (saya buat stok daging dalam periuk Ikea yang dihadiahkan oleh bff saya, tengkiu sesayang ku, ada jugak gunanya periuk korang nih)



Lepas tu tumis bawang putih je, tapi menantu degil nak jugak letak bawang besar, nak jugak, nak jugak tak kira ;p (ni bawang cincang, rumah takde lesung batu..sobsss)



Lepas tu boleh masukkan cili giling, rumah ko ada cili tak?

Ada mak


Pehtu masukkan pulak taucu, ko lenyek-lenyek dulu taucu tu rin, nanti kalau tergigit tak sedap pulak "baik mak" (muka gigih lenyek taucu dengan sudu, taucu asyik lari je, ya allah kurniakanlah aku lesung batu..)



Mak, sos tomato tak payah masuk ke?

A'ah masukkan sekali, mak lupa nak bagitahu ko

Sos cili ngan sos tiram?

A'ah masuk jugak 

T_T 
(masa bercinta dulu aku pernah buat simbol ni kat En. Syg dalam email, lepas tu dia reply T T tu ape?? kahkahkah dari planet mana anda datang sayang??)



Udang ko ada beli rin?

Ada mak

Haa ko masukkan udang, lepas tu stok daging dengan dagingnya sekali, dah didih masuk tauhu, ko beli tak tauhu?

Iye ada mak

Dah didih nanti ko pecahkan telur dalam tu, bagi telur tu seketul-seketul, nak makan nanti baru ko masukkan sawi, ha dah siaplah tu

OK

Setengah jam kemudian, berbekalkan memori otak sendiri tentang susun atur resepi mertua



Eh dah jadilah, hehehehe, otw balik suami call

En. Syg: dah siap masak? sedap tak?

Saya: Sedap sebab saya yang masak

Sampai rumah suami makan sambil mengeluh "sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa, macam mak punya, tq sayang"

Saya: hnssfff hnsssfff hnsssffff (hidung kembang kempis secara berkala)


6 comments:

  1. pujian tu yg dinantikan erin...rs terbls kan ble suami puji kte msk :-)

    ReplyDelete
  2. mcm senang je resepi nih..bole cube juge nih..thanks for sharing dear... :)

    ReplyDelete
  3. mia-ina: a'ah berbaloi-baloi rasenye..hehe

    misslaily: :)

    malynd: a'ah senang, nanti jgn lupa letak tepung sikit kasi pekat

    ReplyDelete
  4. memasak dgn kasih syg..itu perisa yg plg sedap!

    ReplyDelete