Klik Jommm

Friday, November 25, 2011

Tengok bola

Huiiii bz gilaklah minggu ni. Ni pun tengah bz, tapi sempat lagi taip-taip blog..hehe. Ni cerita hari Isnin lepas masa tengok Malaysia lawan Indon for Sukan Sea, eh, dah dekat seminggu baru hegeh-hegeh nak update, orang lain update sepantas kilat kan, aku update macam semut.

Petang Isnin tu, tengah sibuk fikir-fikir nak masak apa for dinner, En. Syg call bagitau member sekolah dia ajak makan di rumah. Wooo weee, tak payah masak, seronok. Lepas balik kerja, En. Syg terus ambik aku kat rumah.



Tuan rumah baju biru yang berdiri, yang lain tu semua member sekolah En. Syg, semua datang bawak isteri masing-masing, anak-anak je belum ada lagi, semua pun pengantin baru..ewahhh, aku sorang je yang dah pregnant. Kesian tengok isteri tuan rumah, kitaorang tengok bola, dia asyik berulang alik ke dapur je, balik kerja terus masak.



Tuan rumah masak lamb dengan mint sauce, sedapppppppppp, teringat-ingat. Lepas tu masing-masing bawak pizza ngan sate, En. Syg bawak jajan je. Aku?? bawak perut..hehe.

Orang lain tengok bola sungguh2, En.Syg asyik suruh aku pejam mata, takut aku stress, dia kata nanti baby pun stress..haha..tak kira nak tengok jugak, walaupun kekadang stress sampai tarik-tarik rambut suami..hehe, En. Syg menahan je.



Aku makan tak sudah-sudah, masa balik tu pun tak puas lagi makan, tapi seganlah pulak, orang lain tengok bola, aku dok ulang alik ambik makanan depan diaorang, pipi aku tak cembong macam tu, tu sebab En. syg nak ambik gambar, aku simpan sate kat pipi, owhhh berat dah 52.5, tak pernah seumur hidup berat naik cecah 50kg..rasa syok pulak tengok badan berisi je, dulu kurus kering.

Apepun, tahniah Harimau Muda, mak vangga ngan uolsss *tetiba*. Para suami menjerit sampai kena sound dengan orang sebelah rumah..huuu. Nasib baik tak kalah, kalau kalah aku stress seminggu, sebab tu aku tak suka tengok Malaysia lawan ni, kalau kalah seminggu aku kuciwa, teringat-ingat, terkenang-kenang, termimpi-mimpi..dahsyat aku ni, emo sangat.


3 comments:

  1. tahniah ek 20 minggu mesti dh rasa baby gerak2 kan...mesti best kan..:)

    ReplyDelete
  2. puan, ko dah berisi okkkkkkkkkkkkkk!!!! teruja iols. :D

    ReplyDelete
  3. cik ogy: tenkiu..a'ah dh gerak sikit dia

    sira chan: tu baru tengok gambar, cer ko tengok live betapa raksasanya aku..haha, kalah korang semua

    ReplyDelete