Klik Jommm

Friday, December 16, 2011

Movie

Dah lama tak tengok movie, last sekali 2 bulan lepas kot. So bila ibu mertua ajak tengok Ombak Rindu ramai-ramai, laju je nak pergi, tapi bapa mertua tak kuasa nak bertangis-tangisan dengan anak-anak perempuan dia ni, so dia nak tengok cerita lain, menjadi satu-satunya anak lelaki, En. Syg kena teman bapa mertua, isteri en. syg yang mithali pun membuat keputusan untuk menemani suaminya. So 3 anak perempuan dan seorang ibu tengok Ombak Rindu, seorang anak lelaki, menantu dan seorang bapa tengok Puss in Boot..off we go.

Ombak Rindu pukul 9.15pm, Puss in Boot pukul 9.10pm, tapi diaorang masuk dulu..pelik, ok takpe kita tunggu. Tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu, tak jugak boleh masuk, so bapa mertua mintak tiket dari menantu nak check, lepas check tanya kat menantu, hari ni berapa hb, menantu dengan sekali lafaz jawab 11hb ayah. Tiket ni 13hb, sambil tunjuk kat menantu. Terus halilintar guruh berdentum, hujan turun dengan lebat..ok ok exaggerate. Suami dengan muka panik, terus beratur beli tiket lain. Haihlahhh, nasib baik pak mertua aku check, kalau tak sampai esok pagi pun tak masuk lagi. Tiket tu En. Syg beli online, haih la sayang, cuai betul.

Habis cerita, jom tengok gambar:


Popcorn habis dulu sebelum masuk panggung, dah kena tunggu almost 1 hour, so apa lagi yang aku boleh buat selain senaman mulut ;p






Anak beranak
Pak mertua cakap: aku tanak masuk blog

Haha

Puss in boot besttttt

2 comments:

  1. nk try ajak mertua tgk wayang gak la mcm ni hehe

    ReplyDelete