Klik Jommm

Monday, April 8, 2013

Misteri Lion Fisher Price

Baca tajuk ada rasa serem-serem tak? hehehe. Eh, takdelah aku bukan nak takutkan korang, just nak share experience sendiri or maybe sebab ni first time untuk aku so aku excited nak cerita..hahaha boleh ke excited nak cerita cerita seram kat orang?

Hari Jumaat lepas, Aish demam lagi, tiba-tiba je demam balik padahal baru seminggu dua kot keluar wad. Aku ambik half day, hubby ambik full day sebab dia tak sampai hati nak hantar anak ke rumah babysitter, first time dia jaga anak sendiri, sebelum pergi kerja aku dah pesan, anak tidur je, sila buat bubur anak secepat mungkin, sebab kalau dia jaga, memang dia nak berkepit je nanti sebab dia tak sihat. Aku balik tengahari tu, Aish demam sampai 40.2, heiii takut gila aku, nasib baik hubby ambik full day.

Eh, cerita seram ni takde kaitan pun dengan demam Aish tau. Ok sambung, disebabkan kitaorang cuti, so hubby ajak balik Serendah malam tu jugak, lepas balik dari klinik, aku pun kemas semua barang, biasanya kalau balik kampung aku akan bawak balik walker Aish, but lately Aish tak suka duduk dalam walker, so aku pun bawaklah balik Lion dia tu.

Dalam kereta, aku dengan Aish duduk belakang, so hubby letak Lion dekat seat depan dalam kedudukan menegak, bontot lion cecah tempat letak kaki seat penumpang depan, n muka lion mengadap ke atas, paham dok?? kalau tak paham sila baca dengan berhati-hati dan lukis atas kertas..hahaha, over tau, lepas tu atas carseat Aish hubby letak beg baju Aish, haaa lukis beg baju cepat, warna putih tau beg tu. Nasib baik warna putih kan, kalau tak jenuh nak kalerkan beg tu.

Ok, faham setakat tu ye anak-anak? So bergerak baliklah kitaorang ke kampung dengan gumbira, kitaorang ikut Guthrie, sampai je RnR, hubby nak pergi beli sate Kajang sebab kitaorang belum dinner, masa ni pukul 8 malam ++, dekat pukul 9 dah kot. Aku dengan Aish tunggu dalam kereta dan hubby park kereta depan kedai sate Kajang tu je, cuma depan tu penuh pokok lah kan, lanskap pokok pagar tu, so aku boleh nampak hubby samar-samar je dari kejauhan, gituu ko, tempat tu pulak memang gelap tapi banyaklah kereta park sebab malam masih muda, cuma kereta kiri kanan aku takde oranglah, aku je kot yang jadi penunggu dalam kereta.

Punyalah lama mamat tu beli sate, beli sate ke bakar sate gamaknya, so aku pun layan Aish main, masa ni dia dah ok sikit sebab makan ubat, galak duk memanjat seat belakang tengok car. Tiba-tiba..jeng..jeng..jeng, bodolah handphone ni tetiba berbunyi sebab ada email masuk, terkejut den, dahlah aku sorang-sorang kat office ni..hahaha..ok sambung. Tiba-tiba, lion tu berbunyi uolllsssssssss, siap lampu liplap liplap lagi hidung dia, aku ni duk pelik lah kan, kebetulan aku duduk belakang seat penumpang depan, betul-betul belakang tu, so aku intai lion tersebut, kenapakah ko berbunyi secara tiba-tiba, adakah kerana beg baju Aish telah menimpa hidung purplemu, tapi aku tengok beg tu elok je duduk atas carseat Aish, memang takde apa pun yang timpa hidung dia melainkan ditimpa benda lain, benda apakah itu..hahaha adoilah, memang takde apa pun yang timpa, kalau nak kata angin kuat sangat sampai dia tertekan sendiri, aku tak buka tingkap. Ok untuk sesapa yang tak tau, lion tu ada 2 muzik, ko tekan hidung purple dia, dia akan keluar lampu liplap liplap dan muzik bunyi lion...rooaarrrrr gitu.  Dan muzik hanya berbunyi bila ditekan, tak de de dia berbunyi sendiri melainkan ada yang menekan.

So dah habis lagu pertama tu, aku tak takut pun, biasa je, sebab awal lagi kan, cuma aku pelik je lah, kenapa berbunyi tiba-tiba pulak, dahlah aku set muzik bunyi paling kuat, tak bergema kereta aku tu. Tengah berfikir-fikir secara kreatis tu, tiba-tiba dia berbunyi pulak muzik kedua, haaaa sape yang tekan tu? puihhh betul, masa tu tak sampai 2 saat lagu pertama habis, aku dah rasa lain macam, so aku call hubby, 2 kali tak diangkatnya. Bila lagu kedua dah habis, lion pun diam, so aku stay jelah dalam kereta. Masa tu pun aku dah start takut sikit, but still pelik, kenapa ko ni lion, tiba-tiba je, boleh tak tahap blur camtu. Sekali tak sampai seminit, dia tekan lagi, masa tu bukan takut sikit dah, aku terus dukung anak aku dan terus keluar, nak off enjin kereta pun aku takut-takut sambil jeling lion yang tengah liplap tu, berlari kejar hubby kat kedai sate.

Hubby nampak aku terus cakap "eh, saya baru nak call awak, tadi tak perasan"

"Awak tau tak lion tu berbunyi, banyak kali, 3 kali tau, saya takut saya terus keluar"

masa tu barulah aku terketar-ketar kaki, aku bagi Aish kat hubby sebab kaki aku dah terketar-ketar, sungguh kongasam ko lion. Boleh tak aku tak terfikir nak baca apa-apa, sebab aku sibuk dok memikir kenapa lion tu berbunyi sendiri.

"Awak check tak sape owner dia sebelum ni" hubby aku cakap sambil ketawakan aku, oooo aku doakan dia pulak kena nanti, boleh ejek-ejek aku cakap cerita aku kelakar and dia cakap maybe sebab kedudukan lion tu menegak so electronic dalam tu tertekan sendiri.

Serius, memanglah aku beli lion tu preloved, tapi since beli, tak pernah sekalipun dia berbunyi sendiri. Plus kereta aku tengah park masa tu, tak bergerak, camne dia boleh tertekan sendiri, and kalau sebab kedudukan dia menegak, kenapa dia tak berbunyi sepanjang jalan kitaorang dari rumah ke RnR Guthrie tu. Lepas beli sate, aku macam seram-seram nak masuk kereta semula, and sepanjang jalan, elok je lion tu diam. Konon hubby aku tu macam herolah kan, tapi bila cerita semula dengan adik dia

"Tulah, abang bila kak erin cerita, bila nak masuk semula kereta, duduk sebelah lion macam seram-seram pulak" Ek eleh kannnn and sampai hari ni, lion tu elok je, diam je dia, berbunyi bila Aish tekan je, sungguh misteri, kalau singgah RnR Guthrie lagi lepas ni, confirm aku ikut bontot hubby, takmo duk dalam kereta dah, aku takut kang "dia" tu nampak aku "ehh, nii  lah kakak yang bawak lion minggu lepas tu kann" pehhh memang taklah..wakaka, main-main pulak aku ni ye. And confirm lepas ni kalau aku bawak lion lagi, aku offkan button muzik tu, kalau berbunyi jugak, memang aku tinggalkan ko lion tepi Guthrie je. Ok sekarang nak tanya, seram ke kelakar? Seram ok. Bye



Hai kakak


15 comments:

  1. klu kite jadik rin, tak yah nk tunggu smpai berbunyoi 2,3 kali..kali pertama berbunyi tu, aku dah cabutttt...hahahhaha..lawokk lawokkk...

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...lwk la erin....ada yg tumpang men tu.die pun tingin gak lion gitu...huhu

    ReplyDelete
  3. "Awak check tak sape owner dia sebelum ni" part ni terus jd seram.huhu...

    ReplyDelete
  4. Hish seram la plak..
    Dhla yaya pn ada lion jmbul yellow mustard nie, huhu

    Hish mmg misteri plus seram gak cite nie..
    Eh mmg tauslh tul ngn hidung lion tu ms kitirg br beli pn pnyala tkejut leh bnyk sdri rupanya telanggar idung pastu button off ke on..

    Pucat lesi tau..tp kisah erin ni mmg agk misteri la..
    .

    ReplyDelete
  5. haaa? agak menakutkan jgak la erin.. takut plak kalo memalam dia buat hal.. haha..

    ReplyDelete
  6. hahaha..x takut langsung.penat saya gelak.hahaha!

    ReplyDelete
  7. Oh mennnn!! Seram gilaaaa...huhuhu..tapi bila nengok muka lion tu nak tergelak pulak. Hahaha. Ish..pk yg baik2 je la eh

    ReplyDelete
  8. hishh...bole tahan seram la..hihi

    ReplyDelete
  9. adoyai...kalau saya yang kena..mau keluar terus tak teringat dah enjin kereta on ke tak...huhu...

    ReplyDelete
  10. seram la jugak. ni kes yg sama dengan ulat lamaze saif la ni. tengah2 malam dia berlagu sendiri. nadt ni da la tak ble bunyi bising, pi hempas hempuk ulat tu pun dia berbunyi gak. sudahnya nadt buat apa tau. nadt rendam ulat tu dalam baldi air. tu pun dia bunyi jugak!! ambik gayung tutup make sure ulat tu betul2 tenggelam dalam air. hubby balik je pelik "apasal ulat ni dalam baldi ni?" selamba nadt jawab "bising sangat, padan muka bagi lemas." hahaha..lepas tu da tak bunyi da. da rosak kot sounb system dia.

    haa..bab lion aish tu maybe sebab tu ownernya jual kot.hahaha..saje takutkan. eh, jangan jangkit kat bakal lion saif sudah.

    ReplyDelete
  11. dulu permainan nephew pun selalu bunyi sendiri. malas nak layan. biar je la kalau dia bunyi tu.

    ReplyDelete
  12. Hihi lucu lah erin...mlm2 kena sorok lion tuh jauh2....kang dia berbunyi cabuttttttttttttt :P

    ReplyDelete
  13. haha..klakar ade seram pun ade..hannah baru beli semalam..janganlah berbunyi sendirik jugak macam tuh..hahaha

    ReplyDelete
  14. misteri nusantara...sapa pemilik nya eh...seram la pulak

    ReplyDelete
  15. sape nak letgo lion or pe2 push walker murah2..gtau saya ye..tgh cr utk anak..
    dah stat nk belaja jalan
    ryumaira@yahoo.com
    011-11208077

    ReplyDelete