Klik Jommm

Monday, May 13, 2013

Majlis Naik Rumah, Aqiqah dan Birthday Party Aish

Maafkan saya kerana berani menanam tebu di pinggir bibir minggu lepas, kemain berjanji nak update on Friday, sekali tak sempat, ada emergency. Tapi takpe, hari ni kan ku update jua walaupun tanpa kehadiran gambar yang melambak-lambak, serius tak sempat nak copy gambar dari semua orang, masa majlis, tuan rumah memang tak sempat langsung nak capture gambar, sempat posing je. Tuan rumah takde budget nak ambik OP, budget yang ada cukup nak buat majlis je..hahaha.

Aku dah duduk rumah sendiri dari Dec 2011, tapi langsung tak sempat nak buat majlis naik rumah. So alang-alang nak buat majlis untuk Aish, kita sekali harungkan terus. Mak mertua aku ajak group marhaban dia datang untuk buat bacaan surah Al-Baqarah.

Plan asal, bacaan surah untuk majlis naik rumah akan bermula pukul 3 petang, so aku dok budget-budget around pukul 4 kira settle la kan, kira pukul 4 tu barulah start aqiqah and birthday party Aish kat bawah (aku duduk rumah tinggi, so majlis makan-makan dibuat di poolside). Memang itulah plan asal aku dengan mak mertua, so aku yang lurus bendul ni memang tak buat plan B la.

Tapi kita hanya merancang, Allah jua menentukan..gituu. Tiba-tiba bila group marhaban sampai around pukul 3, mak mertua aku tukar plan nak ajak diaorang makan dulu, mau tak gelabah, meja buffet baru siap pasang masa tu, makanan pun baru sampai. Oh lupa nak bagitahu, majlis ni, semua makanan dimasak oleh sedara mara En. Syg, mak mertua buat mee goreng mamak, agar-agar, rendang ayam, mak sedara 1 buat pulut kuning, mak sedara 2 buat bihun sup, sepupu 1 buat laksa, sepupu dua bawak kuih muih, sepupu 3 buat kek coklat. Semua pun pakai sedara mara sahaja kecuali kambing aqiqah. Untuk kambing aqiqah aku ambik set BBQ (ada coleslow, salad, roti and 2 jenis sos) Walaupun sedara mara masak, kitaorang tetap bayar, tapi ada certain yang bagi FOC je, kira sedekah..alhamdulillah kira rezeki Aish la tu.

Bila mak mertua aku dah tukar plan, kelam kelibut la sedara mara, duk menghidang atas meja buffet, nasib baik aku tuan rumah, so aku just naik atas dan gundah gulana dalam hati je..hahaha. Serius aku risau, sebab aku dah bagitahu kawan-kawan aku majlis makan-makan start pukul 4, masa group marhaban start pukul 4.30 petang, kawan aku dah datang dah, tapi aku tak boleh la turun sebab siapa nak tunggu rumah. En. Syg pulak kelam kabut kat bawah sebab tak jumpa cawan la, pinggan la, padahal ada je duk dalam beg tepi dewan tu, aku lupa nak assign orang lain. Haihhh satu kerja pulak En. Syg pergi beli cawan lain untuk guest. Air mineral pun lupa nak letak atas meja. Rasa nak tepuk kepala sendiri sebab kelam kabut dan lupa nak assign adik or kakak aku untuk handle semua tu. Tapi takpelah kira pengalaman la tu.

Walaupun aku tuan rumah, aku tetap mengaji sekali dengan group marhaban mak, sebab rasa macam tak proper pulak aku duk tercongok je kan, tapi sempat baca 2-3 pages je sebelum En. Syg naik dan suruh aku turun sebab ada kawan aku yang dah nak balik.


Gambar joyah (yg sempat melarikan diri kejap) dengan bff, gambar dalam rumah tak sempat aku ambik, semua dalam kamera mertua aku

Lepas menjoyah kat bawah kejap, aku naik balik sampai bacaan surah selesai around 5.30, lepas tu baru aku tukar baju dan turun. Sampai bawah je, terus potong kek Aish, lepas tu sambung jumpa kawan-kawan balik sampailah diaorang balik.

Ok, habis cerita majlis, pada yang datang hari tu, aku appreciate sangat, tq korang, pada yang tak dapat datang, it's OK, next time kite jumpa ye. Untuk majlis ni saja kitaorang habis around RM4K++ la jugak, plan asal 3K je. Alhamdulillah murah rezeki Aish, sebab memang dah plan majlis ni dari Aish kecik lagi, sebab masa Aish 4 bulan kitaorang just aqiqahkan seekor kambing je, so untuk majlis ni kitaorang aqiqahkan seekor lagi. Settle, lega sangat walaupun majlis ku cincai boncai, yang penting aqiqah Aish tu.



Nah, nilah kambing yang korang makan hari tu, tunggangan Aish, gemok kan.



Happy Birthday Sayang


Blogger, pic dengan Nadt and Erina dalam DSLR, tak copy lagi (alfatihah untuk Aqil, sampai sekarang still teringat-ingat Aqil lagi). 2 orang baby girl mengamuk nak terjun pool..hehe


TQ Kak Mimy, tetap datang walaupun lambat, tq sangat. Gambar dari hp aku, memang blurlah










Ini BFF


View dari rumah aku

Ok, bye, dah ada gambar proper nanti aku update lagi eh.


8 comments:

  1. cantiknya view rumah... rasa macam nak terjun plak.. =)

    ReplyDelete
  2. Cantek sgt!! Rase mcm nk pindah sane jugak...hahaha

    ReplyDelete
  3. Cantiknya view umah u erin!jeles i! Hehe

    ReplyDelete
  4. cantiknye view rumah

    sory hr tue xde rezeki nak dtg besday aish
    ekin nie memg slalu ketinggalan skit
    sbb jarang bukak fb
    huhuhu

    ReplyDelete
  5. amboi kak betty!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. ari2 rasa nak p swimming pool aje tau

    ReplyDelete
  7. canteknye view rumah erin!
    gambar umah xdak? hehe..
    tuan rumah mmg xmenang tgn la ni..hihih

    ReplyDelete