Bekas Ikea Hijau, dah lah murooohhh, dapat banyak pulak tu.
Dulu sebelum kahwin aku adalah berkobar-kobar nak kumpul set Tupperware lepas kahwin nanti. So kebanyakan Tupperware yang aku ada sekarang aku beli sebelum kahwin. Kumpul sikit-sikit, walaupun duit habis nak buat belanja kahwin, tetaplah jugak ku korek duit lain buat beli Tupperware. Sekarang ni ada la beberapa ketul barang Tupperware kat rumah aku. Lepas tu bila dah kahwin berkobar-kobar pulak nak beli set Tupperware yang khas untuk fridge tu, mahal oooo, lepas tu buat masuk fridge, sayanglah.
Nasib baik tak sempat beli, sebab akhirnya terjumpa bekas Ikea yang awesome ni. Memang bekas ni jelah yang memenuhi fridgeku, atas bawah, memenuhi kabinet dapurku buat letak rempah segala. Aku rasa kat rumah kitaorang dah ada 4 ke 5 set dah kot, pantang pergi Ikea, En. Syg nak beli jee, sampai aku tahan, sebab ada lagi yang tak berpakai.
Kemas kan, tapi malangnya ini bukan fridge aku..hahaha
Gambar: Sumber website IKEA
Ini kabinet aku, see through, tak payah pakai label, tengok je dah tau isi, kalau rajin buat label, lagi cantik kot, aku malas..hahaha
Letak sambal kicap
Letak bihun
Ikan bilis, malam ni nak dera suamiku kopek ikan bilis ni, kalau tak, sampai bila-bila pun tak termakan
Lebihan tofu Aish
Plastik putih tu organ dalaman kambing akikah Aish, asyiklah lupa nak bawak balik kampung and tanam, haihhh dah dekat 3 bulan dalam freezer.
Dalam fridge aku semua aku pakai bekas Ikea ni, segala benda aku sumbat, sayur pun aku letak dalam bekas ni, lepas ni kena beli lagi sebab masih tak cukup, nak buat cecantik macam fridge kat atas tu.
Cheesekut pun aku buat dalam bekas ni, tapi ni bekas baru, tak pernah pakai, kang bau ikan ayam cheesekut aku. So niat nak beli set Tupperware letak dalam fridge tu memang dah dihapuskan, baik pakai bekas ni lagi jimat, rosak kalu, kasi buang saja. Tapi yang tak best bekas ni penutup dia tak rapat sangat, ko tak boleh letak biskut, nanti lemau. Kalau nak letak benda lain ok. Ok la, salam Jumaat and selamat berbuka, esok nak balik Pahang, nak jumpa Leenda Asyura nak ngap cheesekut dia..hahaha. Bye!







































