Salam,
I is malas nak letak watermark, nak update cepat ni, malas nak godek2, esoklah buh watermark yeh. Hahaha berapa kali esok daaa. In a mean time..hayatilah gambar di bawah, btw maafkan kebersepahan dapurku, baru lepas beli barang, tengah sibuk kemas dapur, masuk kan semua barang dalam kabinet, tetiba suami suruh ambik pic Aish makan tembikai, terbantut kerja mengemasku.
Memang sengaja bogelkan Aish, sebab mak dia tak larat nak sental baju dia kuat-kuat, habis tenaga nanti. Seperti biasa apa saja aktiviti Aish kat rumah, En. Syg confirm akan update kat Whatsapp family dia. Balik baru ni Pak Mertua ku pulak pergi beli tembikai dan potong besar macam ni (actually kecik sikit dari yang ni) nak bagi Aish makan, comel dok pak mertuaku?? hehe, ate cucu sorang gitu lah, sayang mau lebih maaa, maybe d'orang nak tengok sendiri depan mata reaksi Aish kot, tak puas tengok dalam gambar or video, tu pasal aku tak sampai hati kalau lama tak balik Rawang, sebab Atok Nenek dia confirm rindu, kalau tak balik Rawang, Pak Mertua ku memang akan video call selalu, sehari 2-3 kali, haiiihhh runtun hati menantu ni kalau tak balik rumah mertua, serba salah jadinya bila tengok mertua rindu anak aku. Oklah, bye!


















































