Klik Jommm

Showing posts with label Room/Playroom. Show all posts
Showing posts with label Room/Playroom. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Room/Playroom: Carpet

Salam,

Buat apa tewwww?? Lama tak cerita pasal playroom Aish kan, sebab memang takde progress pun selain stok lori dan kereta yang bertambah, dan kain-kain baju yang menimbun tak berlipat masa mak dia ni mabuk kepayang hari tu, ehemmm tapi once hilang mabuk dah clear dah semua kain-kain tu..hihi. Berbulan jugak la playroom Aish jadi mangsa kain menimbun, pastu nak gi keje, mommy daddy cakar-cakar kain cari baju kerja memasing..miahahah buruk sangat perangai, sian playroom anak jadi mangsa tempat mencakar kain baju.

Gambar latest sangat tu takde la, sebab sekarang pun playroom Aish tu aku buat bilik stor kejap sementara daddy mengecat bilik ketiga, weekend hari tu dah dapat cat separuh dinding, takpe, kita buat slow2 yang penting daddy nak buat..kiukiukiu, ku cakap banyak kali kat dia, tolong cat bilik tu sebab lepas ni aku nak beli almari, kena siap jugak sebelum baby lahir, sebab nak alihkan barang-barang yang tak perlu dalam playroom Aish tu ke bilik ketiga, sebab playroom Aish nanti kena la kongsi dengan adik kan, so aku nak load barang adik pulak kat situ.

Eh lupa nak cerita pasal carpet, dah lama aku nak beli sebenarnya tapi aku nak kaler hijau, sebab theme bilik Aish tu kan biru hijau, tapi nak cari carpet hijau yang menepati piawaian orang cerewet cam aku ni memang payah la kan, aku nak bulu lembut-lembut, gebu-gebas, pastu murah within budget, tengokk memang payah la nak dapat, pastu aku nak plain or kalau ada corak pun corak comel-comel, amboiii mengada sangat ko kan, carpet pun nak cerewet sangat.






Pastu aku jumpa kat IKEA carpet ni, hoiii suka, 2-3 kali pergi IKEA mesti aku pegang je carpet ni, belinya idok jugok..kahkah sebab bulu dia kasar dan kurang sesuai untuk baby-baby, penat mak hincik fikir nak beli ke tak, dah la aku ni jenis tak tahan habuk, bulu dia pulak panjang benor, kang jadi perangkap habuk pulak, so aku biar dulu, ingat nak cari kat kedai biasa je, kotla jumpa yang berkenan, tapi setelah setahun lebih buat bilik Aish, tak jugak aku beli, so balik-balik aku akan tenungggggg jugok carpet ni kat website IKEA sambil fikir nak beli ke idok, nak beli ke idok. Hadoiii beli carpet je pun ko ni, masalah donia sangat kononya.


Sampailah aku pergi IKEA dengan parents aku hari tu, tak boleh jadi aku musti jugak beli carpet untuk bilik Aish, musti!! musti!!. Pastu aku pejam mata dan aku beli je, malas dah nak fikir, ahhh lantokla



Ni carpet yang dah lama aku tak berkenan, ye tak berkenan, tapi bila fikir-fikir, carpet ni kecik sesuai la nak letak dalam bilik Aish sebab lantai kat bilik tu lantai kayu, tak payah la aku beli besar-besar sangat, kalau lantai mozek logik la jugak nak beli carpet besar takut sejuk bontot anak aku kan, pastu bulu dia pendek pastu dia murah dan pastu dia warna hijau macam yang aku nak, dah settle, lepas ni nak aim langsir pulak, nak hijau jugak :), mana nak carik ni eh  -__-"





Hi Abang Aish, bestkan carpet mommy beli ni, lembut je ;p


Ok, bye!!



Friday, November 21, 2014

Moh ke IKEA

Salam,

Dah lama sebenarnya aku pergi Ikea ni, seingat aku bulan September hari tu, masa tengah hebat mabuk kepayang, tapi Ikea punya pasal, dan-dan terus sihat..mihihi. Kebetulan family aku dari Pahang datang sebab adik ipar aku nak buka butik kat Temerloh dan dia nak beli semua barang Ikea untuk butik dia. Diaorang nak pergi hari kerja, maka aku pun ambik cutilah kan sebab ko ingat senang ke nak ke Ikea dan jalan lama-lama sampai sakit kaki?? kalau pergi dengan Aish paling lama pun 2 jam je pastu dah penat mengejar anak kesayangan aku tu, terus rasa nak balik ko..kihkih. So kalau pergi hari kerja, anak boleh la aku tinggalkan kat rumah babysitter, boleh aku jalan sampai sakit kaki dan lupa mabuk, nampak tak agenda aku, padahal bukan nak beli apa pun, biasalah perempuan dapat window shopping pun dah cukup buat hati gembira kannnn.




Sebelum menghabiskan duit, kita makan dulu, berebut-rebut makan sebab semua pun dah kelaparan..miahahah

Perut dah kenyang baru kita mulakan sesi mencuci mata, errr aku lah tu, orang lain memang nak shopping, aku niat nak cuci mata je




Tengah discuss, patut ke idok kita beli sofa ni dan letak kat butik, gituu, setiap barang yang nak dibeli pun duk berdiscuss, banyak jugaklah barang yang diaorang beli, sampai kena balik naik bas, sebab kereta dah penuh dengan barang sesaja.









Pa aku nak beli rak kat dinding sama cam bilik Aish







Dari taknak beli apa-apa, aku beli la jugak carpet untuk letak dalam bilik Aish, sebab dah lama sangat aku aim nak beli carpet dalam bilik dia, tapi kan, bila dah tengok banyak-banyak carpet gini, terus jadi confuse tak tau nak beli yang mana satu..pffttt. Serius duk mengulang 3-4 kali aku ni tak tau nak beli yang mana, last-last sebelum balik sambar je lah, malas nak fikir banyak, nanti aku tunjuk ye, boleh korang tengok bilik Aish sekarang..hahaha T_T. 

Sekarang bilik Aish jadi store room kejap, sebab aku dah alihkan semua barang dari bilik ketiga ke bilik dia, sebab nak cat bilik ketiga tu sebelum bersalin, bukan aku cat, suami yang cat, aku mandur je, sebab pregnant tak di galakkan mengecat ye, not good for you and baby. Aku cuma cari design, lepas tu aku kemas bilik tu minggu lepas kasi clear. Minggu ni or minggu depan dah boleh start cat. Kali ni aku cari design simple je tak macam bilik Aish hari tu pun, pakai 2 warna je, nantilah kalau dah mula cat nanti aku show off.







Dari tengahari membawak ke maghrib kat Ikea, ni je aku beli..miumiumiu, mulanya ingat nak beli bathroom set yang letak sabun and berus gigi tu, boleh pulak dah habis stok, so aku beli berus sinki, penyangkut kat pintu dengan carpet untuk bilik Aish je la. Walau tak shopping banyak tetap lah ku balik dengan senang hati dan senyum lebor..hahahahaha sakit kaki pun sakit kaki la yang penting happy dok.

Oklah, bye!!


Thursday, May 22, 2014

Wordless Thursday

Salam,






 Penat dah larang, DVD jugak dia nak main



Daiso, RM5.00 



 Sorok kat sini



Mihihihi, macam buku, so Aish tak perasan :p

Bye!

Friday, April 25, 2014

Update: Room/Playroom (Almari)

Salam,

Dah lama buat Playroom Aish tapi takde almari kekdahnya..boleh?? Baju Aish sejak dari lahir sampai lah beberapa minggu lepas aku letak dalam plastic box je, naik kesian dengan anak sendiri, so sempena birthday Aish yang kedua ni aku belikan dia almari, tu kira birthday present dari Mommy dan Daddy.

Aku ni sebelum beli apa-apa perabut aku akan ambik ukuran barang yang aku nak beli dan ukur siap-siap dekat tempat yang bakal aku letak, tak nak lah kalau terbesar or tergabak..dah menyesal tak sudah ye dak, nak pakai lama, biarlah sempurna dan sedap mata tengok.



Dalam hati nak beli ini, sebab besar, boleh ku tumpang sumbat barang lain jugak selain barang Aish. Rumah aku takde stor maka pada almarilah aku bergantung harap..hahahaha. Aku pulak memang plan nak beli perabot putih dalam bilik Aish, harga DOMBAS ni pun dalam bajet RM399.00, apa lagi ko nak, murah besar dan warna putih..ok on


BRIMNES ni pulak pilihan kedua, sebab sebelum pergi IKEA hari tu, aku tengok stok DOMBAS tu macam dah tak banyak, macam ada harapan je nak habis, kalau tak dapat DOMBAS, aku ambik ini je lah, harga BRIMNES RM699.00, terlebih bajet sikit, tapi takpe ada orang nak tolong tambah..mehehehe.

Bila dah sampai IKEA, belek itu belek ini, hati jadi berbelah bagi, sebab DOMBAS tu kayu dia macam murahan sangat la pulak, aku kalau beli perabot kalau boleh nak buat pakai sampai 10 tahun baru aku nak tukar lain, barulah alah membeli menang memakai ye dok, dalam was-was tu kitaorang jalan pulak ke tempat kanak-kanak, tengok almari kanak-kanak pulak, En. Syg cucuk baik punya, suruh aku beli je almari kanak-kanak, cantik, kayu tebal, colourful lagi, dan akhirnya aku terpengaruh..




Terpengaruh lepas tengok yang ni, STUVA ni almari dia mix and match tau, pepandai la ko mix and match camana rupa yang ko nak, aku malas nak pening, so aku tiru je almari yang ni, sebab aku rasa perfect sangat, ada tempat gantung baju, drawer jaring tu belah atas aku nak letak baju siang, belah bawah baju malam, storage kecik belah atas tu boleh letak stok toilettries Aish, jangan risau, kalau ko malas nak design sendiri macam aku ni, ko tengok je design mana yang ko berkenan lepas tu ko ambik je note yang IKEA sediakan tepi design almari yang ko berkenan, dekat kertas tu memang dia dah tunjuk satu-satu kat row mana dan rak mana barang untuk setiap badan almari ni, jangan ko salah ambik sudah, sebab barang dia banyak, semuanya kat rak yang berlainan, so sila tengok kod bebetul ye.

Dah decide almari, aku nak beli drawer pulak, aku beli warna hijau sebab konsep bilik Aish aku buat, hijau putih dan biru, sama macam feature wall bilik dia tu



Yang ni murah, RM199 je, besar, macam-macam ko boleh sumbat, tapi aku tak bekenan sebab dia lebar dan makan space sikit, dan dia rendah so possibility untuk Aish memanjat dan terjun adalah sangat tinggi, manalah aku ada masa nak mengadap anak bujang 24jam, aku takut masa aku tak nampak tulah dia memanjat, so aku ambik design drawer lain. So duit pun kenalah keluar lebih sikit sebab drawer yang aku ambik tu harga 200 lebih sikit

Oh lupa, bilik Aish kecik je, so seboleh mungkin aku nak minimizekan perabot yang ada, aku lebih suka almari yang meninggi, instead of yang melebar dan panjang, sebab akan makan space, biar meninggi ke atas dari melebar dan memanjang di bawah, gitu konsepnya..hahaha. Yelah dah namanya playroom, kalau dah sempit..mana ko nak main nak??



Aku nak susun begini :)

Kebetulan kitaorang ada beli barang lain jugak, tu yang alang-alang beli almari bilik Aish sekali, sebab nak share kos penghantaran, untuk Klang Valley RM75.00 sekali hantar, tak kira berapa banyak barang ko, asal penuh dapat satu lori, maka bayolah RM75.00 sekali trip ye. Hari ni beli, esok dah boleh sampai...errr tu kalau rumah aku lah, kalau luar Klang Valley aku tak sure pulak.



Hadiah birthday Aish, errr cermin tu mommy tumpang sekejap, cacat bilik anak aku tetiba aku letak cermin aku dalam ni, sebab Aish kan tidur dalam bilik aku, so pagi-pagi kalau nak bersiap pergi kerja takkan aku nak buka lampu, kang terjaga si kecik tu, so kena tumpang bilik Aish nak mekap2 sementara nak siapkan bilik ketiga, once bilik ketiga siap, aku buat kawasan jajahan aku pulak kat situ nanti..muahahaha. Suamiku membebel sebelum gantungkan cermin ni..abis takkan nak bersiap dalam toilet, kembang kaki I ni nanti abang. :p



 Syok je tengok, sebab dah lama sangat baju Aish duduk dalam almari kain dan plastic box..ngahahaha



Drawer ni RM255.00



Almari yang tinggi ni RM450.00, tapi aku ada ubah sikit, design asal ada satu para dia pendek, aku takmo pendek so aku tukar para yang panjang macam dalam gambar ni so jadi RM 455.00 err aku rasalah, dah tak ingatlah..hahaha, kronik betul ingatan, padahal baru beli 2 minggu lepas. Acaner?? ok tak?? Aku suka, sebab kayu elok dan disebabkan ni almari untuk budak cara pintu tu ditutup pun slow je bukan gedegang macam almari kita, so kemungkinan untuk anak tersepit jari tu kurang sikit.

Syukur jugak sebab Aish tak usik pun almari ni, aku selalu takut kalau dia buka dan hamburkan semua baju dia, menangis la aku jawabnya. Esok-esok kalau ada baby baru aku plan nak beli almari satu lagi letak je atas drawer sebelah tu, nak jadikan sama tinggi dengan almari sedia ada ni..hehehe

Oklah tu je, bye!!



Tuesday, March 4, 2014

Mengasing Baju Anak Bujang

Salam,

Dah lama sangat aku tahan diri dari menyimpan baju-baju lama Aish, bukan tak nak kemas, tapi asyiklah takde masa, berkurun kot baju lama dia duduk dalam almari, bercampur-campur saiz, esok kalau ada adik, jenuh aku nak kumbar sambil bawa perut, so baiklah sementara perut masih kempis..(ehemmm kempiss kewww) aku kemas baju Aish ni cepat-cepat. 

Projek haruslah dijalankan masa anak bujang tidur, kalau idak, ko lipat sini, dia kumbar sinun, takpun dia baring atas baju yang dah dilipat, mau histeria mak ko ni dik, nak pulak aku buat dalam playroom dia, dah hujung-hujung tu dia bangun dari tidur, situlah jugak dia nak main, terpaksa la ku layankan, dah memang aku pun menyibuk dalam bilik dia kan.

Aku asingkan baju Aish ikut saiz 0-6 months satu plastik, 6-12 months satu plastik. Sebelum mengemas tu dah tekad dalam hati, kalau ada baju lusuh memang aku nak tong sampahkan je, tapi bila dah lipat dan belek satu-satu..alaaa sayangnya, rasa macam setiap baju tu ada kenangan, takpelah, esok masa nak cuci semula baju tu untuk adik, mungkin masa tu aku tabah sikit nak buang baju yang dah lusuh, ate takkan nak kasi adik pakai baju buruk ye dak, siannn dia.



Sarung tangan dan stokin Aish masa baby, banyak jugak yang dah lusuh dan berbulu, tapi kasih sayang aku terhadap stokin-stokin itu mengatasi segalanya..puihh..sayang nak buang, takpelah simpan dulu..kekekeke, rasa macam boleh bau lagi bau syurga Aish kat stokin-stokin tu, sekarang bau yang ada cuma masam saje, same ngan daddy..ehh



Tengok, ada orang dah hamburkan mainan dia atas baju..amboi-amboi sangat dia tuuuuuu. Kasut pun aku sayang jugak, nak kasi kat sepupu, belah En. Syg, Aish masih satu-satunya cucu, belah aku Aish satu-satunya cucu lelaki..abis guane


Baju jalan Aish pun ada yang baru pakai 2-3 kali dah tak muat, kita simpan dulu



Nak tau aku letak dalam apa? Aku letak dalam plastik sampah yang besar tu, lepas tu aku labelkan. Panjat tangga, ku bubuh segala khazanah dalam almari bilik aku, aku letak kat belah atas, lapang sikit bilik Aish, kalau tidak, ya rabbi. Ok lepas ni boleh tambah baju baru ye dik, baju body builder semua mommy dah simpan. Oklah tu je, bye!


Monday, February 24, 2014

Room/Playroom: AISH

Salam,

Dah lama gila tertangguh nak update pasal ni



Tah-tah korang pun dah lupa kan, aku buat teaser on Dec last year..amboii dah lama tu, nak tau apa aku beli kat Typo? Aku beli ini....

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*




Beli 1, RM15/unit, Beli 3 dan ke atas RM10/unit. Aku beli 4, so dapat RM40 jelah.



Sebenarnya aku suka huruf kayu yang warna putih tu, tapi takde penyangkut dan huruf tu agak berat sikit, kalau aku nak tampal kat dinding pakai selotape khas untuk dinding, aku takut tak kuat, kang jatuh tertimpa kepala anak aku, naya je. So takpelah aku korbankan kehendak demi keselamatan gitteww.



Belakang dia macam ni, ada penyangkut and ringan je, agak-agak kalau jatuh atas kepala, takdelah retak kepalamu..kahkah



Dah siap, jenuh daddy mengukur nak kasi lurus



Jam aku duk pukul 2.24 je kan..haha tak letak bateri lagi, asyik lupa nak beli bateri, nanti kalau Aish ada adik, aku tambah je huruf tu susun macam teka silangkata



Port lepak Aish sambil tengok DVD, nasib baik dia tak addict sangat tengok DVD, kalau tak jenuh.

Oklah tu je, bye!




Thursday, January 30, 2014

Update: Room/Playroom (Jam Dinding)

Salam,

Dah lama niat nak beli jam dinding dan letak dalam bilik Aish, so nanti boleh ajar dia tengok jam, dan kalau boleh aku nak jam yang ada nombor yang terang dan jelas. Tapi biasalah, asyik tak sempat je nak mencari jam idaman, Kaison pun belum pergi lagi tau, dari hari tu niat nak pergi Kaison cari jam, idoklah sempat jugok. Kebetulan hari tu pergi IKEA, aku pun main sambar je jam murah, RM2.50 je, sebenarnya beli jam ni sebab nak gantung projek bawah jam tu, kalau takde jam, macamana nak agak tinggi mana kita nak gantung projek tu ye dak, so jam murah pun murahlah, ada masa sok kita cari jam lain, jam yang ni nanti kita gantung kat dapur je.



Daddy sibuk, dia pun nak sibuk jugak



Masa aku beli jam ni, ada sorang abang tu cakap kat wife dia

"Eh murahnya jam ni, RM2.50 je, beli la banyak-banyak, boleh gantung kat setiap bilik, dapur satu, ruang tamu satu, baru berapa ringgit"

Haha comel betul ko bang.






Dah siap gantung, kemain kosong dinding ni, sebelum gantung jam memang kitorang dah ukur siap-siap bagi center. Oklah tu je, bye! Happy holiday korang, minggu ni aku balik Temerloh..huuu


Thursday, January 23, 2014

Update: Room/Playroom (Alphabet, Number and Hijaiyah)

Salam,

Dah selamat pun gantung..hehe, punyalah lama terbiar, sabor jelah dengan mak ko ni Aish, kerja asyik nak menangguh je..haihh sebenarnya kitaorang ni yang tak sempat ke IKEA, beli satu lagi frame untuk Hijaiyah tu, tu pasal lambat digantung. Sebelum ni aku cuma siapkan Alphabet and Numbers je, baru-baru ni pergi IKEA barulah sempat beli frame untuk Hijaiyah and hadiah GA untuk korang tu. 

Ingat lagi Alphabet and Number yang aku buat ni? Berkurun lama ku peram..haha



Hijaiyah ni baru lagi, panas lagi, mestilah korang ingat ye dok



Bilik Aish memang aku nak buat tema Hijau dan Biru, ikut warna dinding dia tu, kalau ko tanya bila nak siap bila ni, aku pun tak tau, banyak lagi kot yang belum siap, takpe pelan-pelan kayuh ye dak. Biar lambat asal siap..gitu

So disebabkan tema Hijau dan Biru, frame pun kena ikut tema la jugak, setelah ku pikir dan ku kaji, aku gantung kat sini



Betul-betul bawah wall shelves, sebab kat sini je tempat yang luas and masih available, dinding lain kitaorang dah plan nak letak benda lain, tu lain hari ku cerita dan tu semua kena ikut bajet la jugak kan.





Boleh aku feeling-feeling headmistress, berdiri depan frame, ambik pembaris panjang while Aish duduk kat depan, ini apa??!!! A B C..hahaha. Sekarang Aish kena dongak kalau nak tengok frame ni, kalau dia duduk jauh sket baru ok. Ok tak?? Tak ok pun aku nak cakap ok jugak..huhu. Oklah tu je nak share, bye! Ohh ohhh lupa pulak hari tu janji nak show off apa yang aku beli kat Typo kan? Minggu depan aku show off yeh..haha over gile nak show off tapi aku rasa korang pun dah dapat agak kan..kan..kan, oklah bye!

Like Page aku yeh Gobok Mommy and Baby :)

 

Thursday, January 16, 2014

Update: Room/Playroom (Hijaiyah)

Salam,

Hari tu aku dah tunjuk Alphabet and Numbers yang aku buat dan framekan untuk letak dalam bilik Aish kan, baru-baru ni aku buat huruf Hijaiyah pulak. Buatnya dah lama, tapi baru minggu lepas aku print..errr errr biasalah suka menangguh. 

Tapi tak secantik yang aku bayangkan bila dah siap print, sebab huruf dia ciput je, kecik. Jenuh aku adjust, aku buat saiz A3, boleh buat 5 baris je, nak masuk bismillah pun tak muat, takpelah asal Aish nampak dan boleh belajar pun jadilah dok. Buat huruf jawi ni agak pening jugaklah aku nak arrange, sebab tak macam huruf biasa, kalau aku tekan enter, ke lain perginya..gahahaha, jenuh copy paste dan susun balik, biasalah amatur.





Memang aku pilih huruf yang straighforward dan tak fancy sangat, takut Aish tak faham or confuse pulak nanti. Dah siap gantung pun, ABC, hijaiyah dan Numbers dalam bilik Aish, nanti aku show off ye. Siapa nak alphabet macam aku buatkan untuk Aish tu jangan lupa join First GA aku yeh, goodluck everybodehhh. 

Ok, bye!



Monday, December 30, 2013

Update: Room/Playroom (Memanfaatkan Ruang)

Salam,

Selamat Hari Isnin, lemau ke semua? Takmo lemau-lemau tau, kena cargas, ewahh padahal aku tengah lemau sebab tu update blog kejap, ala kejap je, taip sikit-sikit..mihihi.

Sejak ada Aish beg aku tetiba jadi banyak ko, hadiah masa dia newborn banyak dapat beg, sampai aku bagi pulak beg tu pada anak sedara aku, ate baby aku sorang je, beg banyak-banyak nak buat apa dok. So bila dah banyak, aku longgok je dalam almari, time nak pakai, peluh tiak mencari, tension mak. Ye lah beg dia kan kecik, aku letak belah tepi-tepi, kadang terselit bawah timbunan baju Aish yang dah tak muat. Setiap kali nak keluar pun aku tension cari beg kecik dia. Haihhh

So aku aim ini



Ikea, RM9.90

RM9.90, dah murah sangat dah ni aku rasa. Nak tau dah berapa lama aku aim, lama gile ye, habis takkan la nak pergi Ikea semata nak beli benda ni seketul je ye dak, so aku tunda la dulu keinginan tu. Sambil tu cari-cari jugak kat tempat lain. Minggu lepas pergi Mr. DIY kat Space U8 jumpa la benda sangkut belakang pintu ni..miahaha, RM3.50 je, ape lagi pantas bertindak, malas nak tunggu gi Ikea dah

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*
 



Haaa kan senang kerja aku lepas ni, selain menyenangkan kerja aku, beg animal ni dah boleh buat deco bilik la jugak, sebab comel. Zebra tu aku beli, yang Bee tu ada orang hadiahkan, mekasih ye :), beg yang besar-besar dan jarang guna je aku letak dalam almari, beg kecik ni aku letak je belakang pintu. Setiap kali nak keluar aku capai je beg ni, dah ada 2-3 keping pampers and napkin dalam tu aku letak siap-siap. Kalau setakat nak keluar sekejap je memang aku pakai beg ni je, contoh macam pergi beli barang dapur



Semalam di Giant Shah Alam



Lepas ni mesti ada orang tanya "eh, ko beli kat mana beg ni, nak jugak laaa". So sebelum ko tanya aku jawab siap-siap. Ko gi beli kat Ctmah Corner yeh, harga dia paling murah pernah aku jumpa, serius, paling murah aku rasa, kot kalau yang ada jual lagi murah aku tak taulah. Tapi aku tak pernah jumpa orang lain jual semurah dia, tak sampai RM20.00 pun. Beg ni kecik je, so janganlah ko tertipu dengan gambar aku pulak, tapi muatlah nak letak bekalan baju anak, pampers, botol susu, stok keluar setengah hari. Beg ni dengan Aish elok-elok je dia galas, tak nampak besar sangat, besar sikit je, kira sesuai la dengan badan dia.



Amacam? Ok tak aku gantung belakang pintu macam ni? Tak ok pun, aku kira oklah, sebab menyenangkan kerja aku. Tapi daddy cakap tak ok, dia takut pintu rumah dia calar..eii ngada, mommy tak kira, nak gantung jugak, derhaka ko ye..hahahaha. Ok, bye!