Klik Jommm

Thursday, May 15, 2014

Cerita Cameron Highlands

Salam,

Hai semua, ni cerita bulan 4 hari tu..hehe, kitaorang pergi Cameron dengan family aku, semua pergi kecuali adik lelaki aku yang ke 5 tu. Kitaorang pergi on 19-20 April, memang dah lama rancang sebab Ma aku yang teringin sangat nak pergi Cameron ramai-ramai, so wajiblah di tunaikan. 

Hari ni entry bergambar semata, aku malas nak explain panjang-panjang. Pagi 19 April tu masing-masing bertolak dari rumah masing-masing je. Aku dari Shah Alam, adik laki aku dari Penang, Parents and Kakak aku dari Pahang dan janji nak jumpa kat Cameron Valley Tea House, tapi biasalah bila dah ramai-r
amai ni, orang ni lambat, orang tu sesat, orang ni tak jumpa jalan, orang tu nak pergi tempat lain dulu, memang kacau bilau jugak la holiday kitaorang ni, takpelah yang penting enjoy sebab dapat bercuti satu family ye dok.

Kitaorang dulu yang sampai kat Cameron Valley Tea House tu, so kita makan dulu sementara tunggu orang Pahang dan Penang sampai









Teh tarik dan Marble Cheese, ternyata Marble Cheese SR tidak mampu ditandingi..muehehehe




Sejuk-sejuk minum teh tarik..fuhhh



Scone, kemain En. Syg dengan adik aku makan scone, siap 2 kali order, sedap bebenor katanya, tapi aku rasa biasa-biasa je, terus d'orang kategorikan aku orang kampung..cehhh, memang orang kampung pun..so?? hahahaha



Aish Yusuf mengamuk taknak duduk setempat








Ok lepas settle kat Cameron Valley Tea House, kitaorang terus pergi lunch dan lepas tu check in apartment. Petang tu lewat jugak la kitaorang keluar semula sebab hujan lebat dan biasalah bila dah jumpa ramai-ramai..ehhhh panjang pulok boraknya sampai terlepak lama kat apartment.

Petang tu kitaorang pergi makan Strawberry Ice cream kat Al-Mashoor























Along, suami dan anak dia



Pa, Ma dan adik bongsu aku



Iollss ;p
 




Aish ni kan, dia jenis budak yang tersangat teramatlah aktif, dia memang tak boleh duduk diam, dia akan berlari ke sana sini setiap minit dan saat T_T, kalau kat luar kalau mood dia baik, kitaorang boleh makan serentak selalunya kena umpan dia dengan hp la, kalau mood dia tarak baik, dia mau lari saja so kitaorang kena makan gilir-gilir, dan selalunya kalau kitaorang keluar memang tak boleh lama-lama sebab tak larat acik nak kejar dia. Mommy syukur nak, awak sihat dan aktif :)

Lepas makan aiskrim, dan shopping jam strawberi, kitaorang terus gerak pergi pasar malam pulak, jem tak payah ceritalah, masa ni lah kitaorang terpisah dengan adik lelaki aku, dia terlajak sampai nak turun ke highway balik dah..ko pun banggggg, pukul 10 malam baru kitaorang jumpa dia semula tau tak T_T, almost 4 jam dia mengadap jem.

Masa kat pasar aku dengan En. Syg tak berjalan sangat pun, kitaorang just beli apa yang nak dibeli je, lepas tu beli bubble dan duduk belakang pasar main dengan Aish, sebab Aish tak mau di dukung, kalau lepas dia berlari merata-rata, yang tak tahan asyik nak berlari ke jalan besar je pulak tu..maka pasrahlah aku duk belakang pasar je sambil tunggu family aku siap shopping kat pasar.
 






Belikan dia kereta dan traktor so dia leka, kalau tak sempuittt napas mak tiup bubblessss manjang..kahkah

Balik dari pasar, kitaorang dinner dan lepas tu balik apartment, malam tu sempat celebrate april babies. Along aku belikan kek sesiap dari Temerloh



Birthday Aish 9 April, Anniversarry Parents aku 12 April, Birthday Along pun 12 April, Birthday En. Syg 16 April, dan birthday anak sedara aku Sara 21 April. Belah in law aku pun ramai April jugak, MIL FIL aku pun April babies.

Ok, ni cerita pagi Ahad pulak, kitaorang pergi pasar pagi, tempat yang sama dengan pasar malam Sabtu tu





Aish first time tengok durian live





Daddy pergi beli sayur kat pasar while aku duduk belakang pasar lagi melayan Aish main bubbles, this time kitaorang beli yang pistol terus..idok lenguh mulut acik meniup bubbles. Aish main non stop sampai habis la air sabun tu.

Balik dari pasar pagi kitaorang terus pergi early lunch makan steamboat, aku yang insist nak makan steamboat jugokkk tak kiraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!! sebab malam sebelum tu kitaorang kan terpisah anak beranak, maka kitaorang dinner asing-asing, sedih betul, lepas ni kalau nk pergi Cameron lagi memang kena ambik cuti, tak boleh pergi time weekend, jem tahap hazabullahhhh. 












Pewiittttttttttttt





En. Syg takde, dia tunggu Aish yang tidur dalam kereta lepas penat menekan pistol bubbles dia, baru ko tau kan nak, tu baru tekan dengan jari, belum lagi tiup dengan mulut macam mommy daddy buat, mau tido sepanjang hari kepenatan.


I love my family

Adik beradik aku 6 orang, cucu parents aku 4 orang, 3 menantu..gahaha



Alamak terliur la pulak













Parents saya

Lepas steamboat, masing-masing gerak balik, seronok sangat lepas ni kita plan Pulau Pangkor pulak ye :)
 





Sempat singgah tempat kaktus kejap



Gambar sayur pun aku lupa nak ambik, gambar sayur yang dah masak kira aci la ye, aku suka kimchan...sedappp

Oklah tu je, bye


Friday, May 9, 2014

Salam Jumaat

Salam,

Amboih sopan ni, hari Jumaat kate ko, update ringkas je la hari ni yeh



Dinner semalam, salad dengan grill chicken breast

En. Syg cakap tak payah masak sungguh-sungguh, aku paling suka kalau dia cakap gitu..kekeke, berlari gi Mydin beli barang nak buat salad, lagipun aku sekarang kena mendietkan suamiku yang dah mula nak mengembang tu, jadi dengan aku-aku pun terdiet sekali la ni, tapi takpe, aku kalau lapo lepas makan salad, aku makan benda lain pulak kan, sebab aku tak diet, aku join diet kejap je masa dinner, lepas dinner aku back to normal, ate gane nak diet ahkak ni dah kurus terlampo..tulang je ni hah..sobss sobsss nak la badan solid sket ye dak.

Errrmmm nak cerita apa lagi eh, haaa Aish dah 2 tahun kan, alhamdulillah sekarang dah kenal warna dengan huruf, cakap tu tak petah lagi la, baru sebutir-sebutir keluar..haha, boleh la kan untuk budak 2 tahun, nak kata risau sangat tu takdelah, sebab aku rasa kebanyakan budak 2 tahun pun memang baru nak cakap, maksudnya belum lancar lagi. Tapi setiap kali dalam kereta memang bercakap je lah aku ni dengan dia, nampak lori aku suruh dia sebut warna lori tu, kadang aku tunjuk tree, sky, cloud, macam tu jelah aku ajar dia pun, jarang sangat aku duduk betul-betul dan ajar dia kecuali masa bacakan dia buku cerita. Aku banyak ajar Aish dari apa yang dia nampak di sekeliling dia. Kagum jugakla bila aku tengok orang yang bekerja macam aku ni masih mampu duduk dan hadap anak dia ajar for certain hours, aku belum sempat lagi nak buat setiap hari, waktu kerja rumah kurang, boleh la nak buat, bila kerja banyak memang tak tercapai dek akalku, balik rumah je, beratur hah kerja rumah..masak, basuh pinggan, kemas dapur, berus baju, basuh baju, mengemas rumah, menyapu sampah..eh merungut ke apa ko ni..huhu. Aku tak merungut tau aku bercerita je ni, nasib baik jugak la dapat suami jenis rajin jugak menolong kat dapur, lega sangat dah aku rasa, TQ Abam (tetiba la pulak abam kan) Pastu bertuah betul aku dapat mak mertua yang rajin, asal datang rumah aku je habis kain dia tolong lipatkan T_T bahahaha, mak ni rajin benor, pastu mak caj RM2.00 sekilo..kekekeke, kalau aku tak bagi mesti mak jawab "habis takkan aku nak duduk saje kat umah ko ni" kuakakaka. Tak dapek den nak halang dah, padahal mak mertua aku datang beberapa jam je kat rumah aku, habis jugak kain dia lipatkan, tapi mak mertua aku memang jenis rajin, tak duduk diam, aku ni menantu yang rajin jugok, rajin duduk diam..wahahaha.

Oklah, bye, sian korang aku tinggalkan terkontang kanting, next week pulak yeh :)


Thursday, May 8, 2014

Majlis Kahwin BFF

Salam,

Majlis ni dah agak lama jugaklah, 5 April hari tu, akhirnya kahwin jugak kawan ku nan seorang ni, alhamdulillah, kitaorang happy tau Betty, happy for you.

Aku kenal Betty sebab dulu dia satu office dengan aku, kat office la aku mula kenal dia, lepas tu duduk serumah dekat USJ6 sampai la dia dapat kerja kat KL baru dia pindah, padahal kitaorang ni dulu sama course kat UiTM, aku senior beberapa tahun je dari dia, tapi disebabkan dia tak glamer, aku tak kenal dia..kakakakaka matik laaa, ni nak cakap aku glamer dan dikenali ramai ke apa ni..bahah!!



Ahhhh cantik gila baju kahwin dia, sama kaler ngan baju kawen aku dulu



Friend 4eva..dah almost 9 tahun kenal d'orang, love you guyss, kitaorang semua satu office dulu, sekarang walaupun dah kerja tempat lain still kawan sampai sekarang



Buah hati





 Cantik gila pelamin dia, mak sokaaaaa



Tengok apa anak aku buat..ishhh isshhh isshhh, kan tengah bergambar ni dik





Dia kahwin kat Perak, nasib baik senang jugak nak cari rumah dia, kalau tidak sebagai ratu dan raja sesat, confirm kitaorang dah sesat barat..huhuhu

Happy jugakla dapat jumpa semua, dah lama kot tak jumpa, tak macam zaman bujang dulu, pantang free, berjumpa sesaja, sekarang ekor dah panjang tak macam dulu..kikiki, tu pun kejap je aku stay lepas makan sebab Aish dah nak tidur. Takpelah lepas ni kita buat gathering ye korang, potluck rumah aku lagi pun takpe..haha

Untuk Betty, moga panjang jodoh ko, moga murah rezeki ko selalu, dan moga bahagia sampai bila-bila, I love you :)

Ok, bye!!




Wednesday, May 7, 2014

Homemade

Salam,

Entry pantas buat tatapan korang, sebab mood malas melabel gambar sudah mari..gambar cameron, gambar birthday Aish, gambar wedding bff, gambar Aish main belon air, gambar ehhhh macam2 gambar la..pinor mata, esok kita sambung cerita yeh.





Lamb chop versi pantas dan tuntas

Ku rebus sayur, suamiku marinate dan bakar kambing..settle boleh ngap.

Ok, bye!!

Eh, hari ni last order untuk barang Autumnz ye, sape lambat next month boleh order lagi..hehe

Jangan lupa like page aku Gobok Mommy & Baby

Macam-macam ada :) dengan harga murah dari pasaran


Tuesday, May 6, 2014

Happy Belated Birthday Husband!

Salam,

Errr dah almost sebulan kot birthday suamiku..bahahaha..barulah terkemut-kemut nak update pasal birthday dia. Suami saya lahir pada 16 April 1983, cer kira umur dia berapa, ye, sekarang kitaorang sebaya, sebelum June menjelma dan menambahkan lagi angka kepada umur saya..ye jugak, saya tua dari suami, errr 10 bulan tua je kot, tapi disebabkan tahun yang berbeza, tetiba jadi aku ni tua setahun, ini tidak adil!!

Kalau birthday orang lelaki ni, yang paling payah sekali adalah memikirkan hadiah apa yang sesuai nak bagi dia, kalau perempuan, senang aje, memacam ko boleh beli, barang orang lelaki ni terhad sikit. Tapi nasib baik jugak beberapa bulan sebelum birthday, En. Syg dah mintak nak shaver, ok senang la gitu, tak payah mak pening nak pikior, bila time nak beli, ehhhh taknak pulak, dia cakap nak kasut kerja pulak, ok kasut kerja it is, sekali ajak beli, ehhhh taknak apa-apalah, simpan je lah duit awak. Dah guane ko ni bang, jap nak, jap taknak. Jenuh aku pikir nak belikan apa ye, di sebabkan lately dia begitu suka bersukan so mari beli sesuatu yang memang dia perlu sekarang. Bila aku cakap nak beli kemain dia tolak, tapi bila dah sampai kedai, eh senyum2 dari kejauhan I nampak..hohohoho




 Ok, seriusly aku tak faham, apa keheyyy nya gambo ni tak boleh rotate, eii aku sebat ko kang tau la

Dahlah, malas nak fikir, ohh ohhh lupa pulak masa 16 April tu hari Rabu, so aku pun ajaklah suami makan kat luar sebab aku nak belanja, dalam kepala dah set nak ajak makan steamboat, tapi suamiku taknak sebab dia cakap dia penat dan taknak pergi jauh-jauh, dan akhirnya ke Secret Recipe dekat rumah je la..and end up suami ku yang belanja..kihhhkohhhkihhh, siapa suruh taknak makan steamboat ye dok, kalau tak dapat makan free.



 Hi sayang mokmok, i love you lah!



Hi Aish Yusuf, Mommy love u too













Marble Cheese, my fav

Happy birthday sayang, next month kita tambah present lagi, macam tak cukup la yang tu :) gahahaha..matikla, birthday je pun siap nak buat 2 episod..pffttt

Oklah bye, dah la acik puasa hari ni, tengok makanan semua menggiurkan..haihhh "-_-