Eleh..akak la pulak kan. Biasalah, semenjak 2 menjak corak pendatingan tidak lagi seperti dulu, yang Sabtu Ahad asyik lah berdating, sekarang Sabtu Ahad sangap sorang-sorang di rumah. Berdating bukan lagi agenda utama, tidak seperti zaman bercinta dan diawal-awal pertunangan dahulu..elelele. Ni nak nyanyi lagu Janji Manismu ni.. T_T. Takpe sayang saya rela menjadi tempat kedua di hati awak selepas kebun kesayangan awak tu..tsskk tssskk. Jadi sebelum hari cuti tiba, kepala dah siap-siap set apakah aktiviti yang sesuai minggu ini.
1) Aku ni pantang sikit kalau kuku panjang, asyiklah nak menggaru, tak gatal pun nak garu jugak, sebab cambest je. Tapi sekarang, kuku dibiarkan panjang (panjang sesedap rasa ye, idaklah sampai macam kuku PontiAnakRemaja) sebab aku mengambil masa yang lama untuk memotong kuku semata-mata untuk pastikan kuku itu dibentuk separa bulat dengan sekata dan saksama, lepas potong, 'garu' pulak kuku kasi tumpul, hampir 1 jam jugaklah. Jadi aktiviti memotong kuku dihari cuti dapat membuang banyak masa. Takdelah rasa sangap sangat.
2) Baju seminggu dikumpul dalam bakul, lepas tu tukar cadar dan towel b'kali-kali dalam seminggu. Hari cuti berperap la aku dalam bathroom memberus baju sampai kecut jari-jari. Sebab tak semua baju aku basuh pakai mesin, ada certain-certain yang sensitif tu basuh tangan.
3) Aku bergolek-golek tengok tv, jap tukar Ria, jap tukar AXN, jap tukar TV3 sampai boring dan akhirnya tertidur (alaaa..sian pulokkkk)
4) Aku roger gadis TM siap-siap sebelum dia dibook orang lain. Make sure buat janji manis contohnya "Eh, minggu ni gi IKEA nak?" atau "Minggu ni kita cari baju murah dan comel nak?" Sebab gadis TM ni adalah kaki jalan. Jadi kalau janji ada manis, dia ON aje. Eleh, kalau ajak g Mydin pun ON jugak. Yang penting strategi. Begitu.
5) Aku belajar make-up dari YouTube, tapi sebab fedup broadband lembab nak mam..aku belajar make-up sendiri je, senang. Ingat lagi masa mula-mula belajar pakai eyeliner. Zaman study dulu, setiap kali cuti, aku balik rumah Along. Parents aku duduk kat Sabah masa tu. Along cuma ada satu je eyeliner kaler biru cap AVON, setiap kali Along ajak pergi kedai dekat rumah naik motor, gigih kau aku lari-lari masuk bilik, pakai eyeliner kaler biru tu, dah la senget benget, budak baru belajar katanye. Along dah jerit-jerit dari bawah dengan ayat biasa dia "hoi, nak g kedai je la, tak payah mekap!". Tapi aku kan degil, sambil jawab "jap, jap" aku tenyeh jugak, mengalir-ngalir air mata. Pastu naik motor sambil perasan cantik, padahal mata dah biru cam kena penumbuk..haha.
6) Tido, makan, tido, makan, tido, makan, tengok tv sampai naik pening kepala.
7) Aku kepam kereta sampai comot seminggu, lepas tu bangun pagi-pagi basuh kereta. Tak payah hantar kedai, jimat. Lepas tu drive sorang-sorang gi isi angin, pastu g singgah Mydin jap beli barang dapur sorang-sorang. Pastu belajar memasak dan makan sorang-sorang, feeling-feeling sedap. Lulus je, cari buku tulis resepi, takut minggu depan dah lupa cara memasaknya dan malas nk google lagi.
8) Dulu masa adik lelaki aku ngan isteri dia duduk kat Shah Alam, aku gi lepak umah dia, makan tido baring dulu, agak-agak boring baru balik Subang. Skang dia dah takde, dah pindah Penang start 01st Nov aritu. Ohh sadiss, hilang satu aktiviti. Nak gi Penang sorang-sorang jauh la pulak. Gile ko baik aku balik Pahang je.
9) Aku ingat, aku nak beli barang kawin senyap-senyap la sbb tarikh tak tetap lagi. Ye lah aku sangap gile duduk kat rumah, baik keluar dan beli barang sikit-sikit, lagipun hujung-hujung tahun ni kan banyak sale, at least dah dekat-dekat tarikh nanti takde la aku stress sangat. Ohhh seronok2, dah dapat aktiviti baru la.
10) Ajak gadis TM melepak sampai pagi, so that, esoknya aku bangun lambat dan aku penat dan aku takde mood nak gi memana dan aku seronok melepek tengok tv sahaja. Heaven.
10 cukup, malas nak fikir dah. Dulu janji ngan diri sendiri, nak hilangkan boring dengan update blog setiap kali cuti, tapi hampeh, malas gile. Baru2 ni pulak adik aku tak bayar broadband, 2x hampeh sebab minggu ni aku akan keboringan gile. Nasib baik esok aku ada exam PTD, so aktiviti hari Sabtu dah full. Ahad nak buat apa eh..huuuuuuuuuuu
gadis TM tu sape??naper aku ketinggalan???
ReplyDeleteYES tu bnyak di persekitaran gue..marila..marila..
beb, nanti ai dtg menerjah keyy ell..terjah kamu skali..hoi, komen la MOM contest aku tu..bantu membantu amalan mulia ;p
ReplyDelete