Klik Jommm

Showing posts with label me. Show all posts
Showing posts with label me. Show all posts

Tuesday, August 11, 2015

Salam Aidilfitri

Salam,

Selamat Hari Raya, hahahaha nampak tak raya dah nak habis baru hegeh-hegeh nak update ;p. Raya tahun ni giliran family En. Syg, maka di Rawanglah kitaorang beraya tahun ni.

Sama macam tahun lepas jugak, minggu last raya tulah baru aku ambik cuti dan shopping baju raya anak beranak, tahun lepas pergi dengan adik, tahun ni pergi berdua dengan mertua, zass ke Jakel Shah Alam beli baju siap je untuk En. Syg and Aish, baju kurung Alana aku beli online je, baju aku tengah-tengah bulan puasa baru ku tempah, aku kan baru bersalin bulan March hari tu, so paham-pahamlah sekarang size agak gajah sikit, tak berani beli baju lain maka sepasang je lah baju raya aku tahun ni, tapi lepas bulan puasa hari tu dah turun 2kg lagi la..huahhh suka!! Aku aim 48kg je, sebelum pregnant berat aku 45kg tapi terlalu kurus la, so nak maintain 48kg je lepas ni, sekarang dah 50kg..mihihihihi. 

mmmm apa lagi eh nak cerita..haaa tetiap tahun pun kitaorang akan balik 2 2 kampung, Rawang dan Temerloh, sebab tu aku tak kisah sangat raya kat mana, sama aje, sebab tetap akan jumpa 2 2 family jugak time raya.

Raya Pertama hari tu, bangun je pagi lepas breakfast terus aku berus kain sebesen..bahahaha sempat lagi, dalam pukul 12 macam tu baru bersiap pakai baju raya dan terus ke rumah Tok En. Syg kat Sg. Buaya yang jaraknya dari rumah mertua aku dalam 15 minit je pun. Habis je kaum lelaki sembahyang Jumaat dan makan-makan kejap kat rumah Tok terus balik Serendah semula, tunggu adik beradik pak mertua aku datang pulak, malam tu kitaorang bergambar family dan salam raya, settle raya pertama. Nampak tak sempoinya raya kat belah Rawang ni, sebab family mertua memang jarang ke mana-mana time raya tunggu orang datang rumah je. 

Raya Kedua, kitaorang ke rumah makcik En. Syg lepas tu terus zass ke Setia City Mall celebrate birthday anak buah En. Syg, habis cerita raya kedua

Raya Ketiga, petang tu balik Temerloh, settle raya ketiga..kakakakaka, nampak tak aku tak kemana-mana pun time raya..mihihihi

Raya Keempat kat Pahang, tak ke mana pun aku, memang duduk rumah je mengadap adik beradik

Raya Kelima dah gerak balik Rawang semula, otw balik kitaorang singgah rumah pakcik aku kat Bandar Jengka, macam tulah cerita raya aku tahun ni

Ok jom tengok gambar pulak


Aish kan duklah mengamuk taknak pakai baju melayu, so nak tak nak terpaksa umpan dia dengan tab, dia jarang dapat tab tau, aku memang sorok and just bagi dia on certain ocassion je, budak bila dapat benda yang jarang dapat, makanya mata dia tak habis-habis merenung tab, bergambar pun tab ada sekali, kalau ko ambik mau perang besar tu, sabo jelah mak ko ni Aish oiii, tu pun songkok dengan sampin dia tak pakai. En. Sayang balik je dari masjid terus aku ajak bergambar, sebab aku takut kejap lagi anak bujang ngamuk nak buka baju.



Boria..hehe, baju ni adik ipar aku belikan kat Indon, so tahun ni ajak adik beradik perempuan ramai-ramai pakai baju sama. Tu jelah satu-satunya baju raya aku, nasib baik tahun ni tak berjalan raya sangat, kalau tak mana aku nak korek baju pulak sebab semua baju kurung aku dah tak muat, ye semua dah tak muat akibat berat degil nak turun, dulu kan 45kg aje, sekarang 50, nak zip kain pun tak boleh dah..kahkah kronik sangat ni, ku ingat minggu depan nak cuti beli baju baru..kikikiki sebab dah kurang baju yang boleh dipakai sekarang. Eh ni entry pasal raya ke entry pasal berat badan kau?? confuse readers..auww ada ke readers blog bersawang ni?? miahahaha.




Raya kedua; celebrate birthday anak buah En. Syg kat Delicious Setia City Mall



Raya ketiga; balik Temerloh



Alana dan cousin (anak kakak aku) Adelia. Rezeki akak aku pregnant sekali dengan aku tahun lepas padahal dia dah pasrah kalau ditakdirkan anak dia tunggal, sebab dia dah cuba 3 tahun baru dapat Adelia ni, so sekarang anak dia 2 sama macam aku. Adelia lahir 1 March, Alana 11 March, ohhh hari ni Alana dah 5 bulan.



Pa aku aka Atok Jamal ;p


Aish tidur lepas sepahkan umah atok, hahahaha teknik penyamaran ke apa ni.

Gitulah raya saya tahun ni, sambung raya tahun depan pulak ye. Selamat Hari Raya semua, maafkan saya zahir dan batin ye, kotlah ada entry yang mengguris hati korang..kihkih. Bye!!





Friday, June 26, 2015

4 Tahun



25 Jun 2011 - 25 Jun 2015

Alhamdulillah dah 4 tahun kitaorang kahwin, dan alhamdulillah dah berempat pun. Moga berpanjangan jodoh kitaorang dan berjaya membesarkan anak-anak menjadi orang yang cemerlang di dunia dan akhirat.

Happy Anniversary Sayang, lepas raya kita dating berdua ye :)

Bye!!


Wednesday, February 20, 2013

Update laju-laju

Ketahuilah olehmu bahawasanya dahku sangat bz, tapi bz pun sempat tengok fb..ngehehe, update blog je yang tak sempat. Last week aku weng habis, sebab Aish tidur malam tapi merengek, mata pejam, mulut merengek, nak ape tak taulah. Dah bagi botol, dah bagi tek, sapu ubat kat perut takut kembung, tukar diaper, pokpok buntut sambil selawat, baca surah, pasang yasin, habis ikhtiar dah, tetap dia merengek setiap 10 minit. Kalau buat tak tau, dia akan menangis tahap jerit dengan mata pejam, last-last kitaorang kejutkan terus, bila terjaga elok pulak senyum, bila tidur jadi balik macam tu, 3 malam mak tidur ayam je, weng gila, bergelen-gelen nescafe aku minum kat office sebab takut tertidur. Hari ke-4 kitaorang bawak pergi klinik, doktor buat detail checkup. Demam tak, selesema pun tak, tengok telinga ok, mulut ok takde tonsil ke ulser ke, elok pulak lepas tu balik klinik tidur lena sampai ke hari ni. Misteri betul, sabor jelah, ke adik rindu kat doktor? haha.

Eh, serius aku tengah bz ni, berputar-putar kepala ni arrange kerja, lepas ni nak buat ni, lepas buat tu nak buat ni pulak, aku replace colleague on maternity leave, berbulan-bulan carik replacement dia tapi tak dapat, so akulah yang mendapat..hehe. Tapi ok je, sebab customer dia baik2, lemah lembut je cakap, sejuk hati ai, customer tu baru call masa aku tengah taip ni mintak something, tapi rilek je aku lepas letak phone sambung taip balik ni..hahaha, tunggulah ye, ai tengah bz update blog ni.

Banyak nak update sebenarnya, Aish dah 10 bulan, aku tengok semua mak-mak yang anak dia baya-baya Aish dah sibuk buat birthday preparation, aku?? ada jugak buat tapi nak diam-diam dulu, buatnya tak jadi, malu cik temah nanti. Sebenarnya jadi tapi tetap nak cakap tak confirm lagi, takutlah tiba-tiba tak jadi pulak. Padahal buku birthday Aish dah penuh dengan To Do List, Guest List, Menu, DIY list etc..etc.. Kalau jadi saya jemput ye, kalau tak jadi ku diam-diamkan saja..haha. Insyaallah jadi, daddy dah excited gile tu, date je yang tak dapat lagi. Confirm berebut date ni dengan Gojes Mommy nanti sebab ramai baby kat Gojes tu lahir on April. Lepas tu tengah pening-pening nak buat akikah on his birthday ke tak, seekor kambing kitaorang dah akikahkan masa Aish 4 bulan siap pelamin berendoi, kalau buat masa birthday tak payahlah berendoi bagai, roboh buai haih, so tinggal hutang seekor kambing je lagi. Aku cakap dengan suami, settle akikah anak, baru boleh tambah baby baru pulak..ahahaha iyolah tu. Lepas tu mak mertua cakap buatlah kenduri naik rumah sekali, naik rumah pagi, birthday party petang, ayoooo mampu ke aku nak uruskan ni. Since duduk rumah tu, tak pernah buat kenduri naik rumah lagi, MIL cakap baca surah al-baqarah kat rumah baru elok. Aku ok je, aku cuma takut aku tak mampu nak uruskan nanti, aku ajak suami buat hari lain-lain, tapi suami asyik cakap "awak boleh manage, jangan risau" sobsss. Padahal baru plan je, aku dah risau semacam, ok cool down dan mari sambung kerja. Bye.



Tak ingat pernah share ke tak gambar berendoi ni, ni pelamin DIY je, Along aku yang buat, aku melenggang balik rumah bawak anak je. Kenduri ni buat kat Temerloh.



The day itself, last minit sangat nak buat akikah ni, lagipun Aish kecik sangat kalau aku nak pakaikan baju melayu, so pakai romper baru jelah.

Esok sambung cerita ok.


Thursday, January 26, 2012

CNY dinner

Subhanallah, malas gila kot nak update, dari semalam setiap kali click New Post, terus jari lembik nak menaip..padahal kat office cuma ada 5 ketul manusia sahaja, kerja pun tak banyak, memang bolehlah sangat kalau nak buat 15 entry pun. 

Office aku takde annual dinner, kalau ada pun setiap tahun hanyalah CNY dinner, itu dinner wajib. This year punya dinner boleh bawak spouse memasing, nak tau company aku ada berapa orang, hanya 7 orang sahaja, kecik gila kan. So kemana kita dinner ini tahun?



Cinnamon Cafe di One World Hotel, Bandar Utama

Itu muka baru balik kerja, kalau dah ada 7 ketul je colleague, tak payahlah kau beria balik rumah, pakai dress, mekap cecantik, membazir ye anak-anak, sebab kaedahnya semua orang gerak dari office terus terjah tempat dinner.

Kitaorang sampai agak lewat, sebab En. Syg pick up aku kat office pun lewat sikit


Sampai je, diaorang dah start makan, siapalah yang nak tunggu kitaorang yang lambat ni, tu pun banyak kali diaorang call tanya kat mana. Cinnamon Cafe ni ada bermacam-macam jenis food, ada Japanese, Asian, Mamak, Chinese, Teppayanki, Indian and Malay. So ada banyak station, pergi je station mana ko nak singgah.



The deco




Dambaan ku selalu..hehe


Suamiku


Ni my colleague, the only chinese girl in the office. Malay pun 2 orang je, aku dengan sorang lagi budak account, yang lain semua chinese guy. My review, oklah kot Cinnamon Cafe ni, aku dengan En. Syg makan sampai se'eh (kenyang bahasa orang pantai timur) Yang paling geram, aku kan suka makan sushi/sashimi, tapi boleh tengok je tak boleh makan..sobsss, dah niat dalam hati, habis je confinement nanti nak pergi makan Sushi King, dah lama gila "puasa" ni.

P/S: Wahhh berjaya jugak update hari ni..bye!


Wednesday, December 21, 2011

Pakar Sambal

Dah lama sangat tak update blog, Isnin bz, semalam cuti pergi check up n minum air gula, berharap sangat nurse kat KK tak call aku, takut ok kalau ada diabetes. Sekarang Sabtu Ahad bz berpindah, nak patah pinggang aku mencuci rumah, En. Syg pulak demam selesema. Olololo, masa nak pindah ni lah dia nak demam, maka nak tercabut pinggang ibu mengandung ni menyapu sawang, menyapu sampah, mengelap lantai, mengemas dapur. Dia adalah jugak tolong, tolong mop 3 bilik, lepas tu angkat barang berat, sambil sesekali menyedut hingus..yikesss. Ok, cerita pindah lain hari eh, panjang ceritanya, penat tapi happy dah boleh duduk rumah sendiri.

Hari tu En. Syg ajak member dia main golf di Serendah, so secara tak langsung, lunch kenalah buat, awal-awal lagi member dah pesan nak makan kat rumah mertua. Family mertua aku ni memang excited meraikan tetamu, kalau ada tetamu datang, dia punya bersungguh masak tu memang tak boleh lawan. Aku ni pulak segan sikit nak masak kat rumah mertua, yelah tak sampai hati nak bagi pak mertua makan masakan aku, kang kalau tak sedap, cane? So selalunya aku tolong sikit-sikit je, this time kena buat 3 jenis sambal, ohhh aku suke sebab boleh duduk bersila, tak payah ke hulu ke hilir.



Sambal kuini, faveret satu rumah, kalau dapat sambal ni makan nasi seperiuk pun tak perasan..sedapppp



Sambal tempoyak, aku tak suka



Sambal belacan in progress, lepas dah siap lupa nak ambik gambar



Workstation, 3 sambal kenalah ada workstation ye tak..haha, menumbuk sambal sambil hadang muka pakai tutup mangkuk kaca, takut sambal masuk mata.



Dah terhidang

P/S: hoiii bila lah nak dapat lesung batu sendiri..asyik lupa je nak cari, skang bz cari barang rumah, lepas settle barang rumah, bz nak cari barang baby pulak, sape nak tolong carikkan lesung batu?? En. Syg takmo lesung yang kaler putih tu, sebab dia takut sambal tercampur dengan debu batu. Jenuh dah aku cari kat Subang ni, taktau lah kat mana ada jual lesung macam mak-mak kita tu.

Friday, July 29, 2011

Salam Ramadhan

Hai Semua (lambai laju-laju)

Fuhhh..dah hari Jumaat pun, cepat betul masa sekarang ni kan. Sekarang aku tengah gigih mengfollow balik follower baru. Tenkiu, aku akan baca setiap update kalau sempat aku komen, kalau tak, sori sangat, sebab perempuan miskin ini mengupdate blog dan blogwalking di office sahaja. Office ko tau la kan, nak komen pun kena block..grrrr. Lunch time je boleh komen, kasihanilah perempuan kurus ni, kalau komen time lunchtime, abis tak makan la jawabnya. Dah la kurus makin kurus lak nanti. Takpe bulan puasa nanti kita boleh komen mengomen, tu pun kalau tak tidur waktu lunch time la. 

Asyik update pasal majlis je kan, tak update lagi pasal kehidupan yang dilalui sekarang. Kitaorang berdua menyewa dekat Subang, so En. Syg terpaksa rela berpindah ke Subang untuk tinggal bersama isterinya ini. Rumah kitaorang sekarang macam rumah orang bujanglah, tak berharta lagi. So bulan puasa ni terpaksa la si isteri gigih mengunci jam pukul 4pagi sebab kena sahur kat luar, dapur pun takde..sobsss, dapur kecik ada tapi En. Syg tak bagi pakai. Alah dapur yang pakai gas kecik besar shieldtox tu, ada je dia menakut-nakutkan aku cakap nanti meletuplah, terpaksa aku buat-buat takut..haha..dasar pemalas. Oh, kitaorang tak beli barang ada sebab. Nanti-nantilah cerita sebabnya, bila semua dah settle nanti. Dan terpaksa juga balik awal untuk berhimpit-himpitan, cekau-cekauan di bazar ramadhan demi suami ku yang gastrik itu. 

Nak bagitahu satu cerita mengujakan, sebelum kahwin puas aku makan banyak-banyak nak kasi naik berat, tetaplah jugak 45kg. Aku kahwin tak sampai sebulan hari tu aku timbang dah 46kg ko tau. Wahhhhhh, kemain senang naik sekarang, En. Syg dah risau-risau tengok perut buncit aku, haaaa baru ko tau, dulu sebelum kahwin asyik membebel suruh naikkan berat, sekarang sibuk suruh wall climbing lah, jogging lah, swimminglah..haha. Gasak dialah dapat isteri perut buncit.

Btw, aku nak minta maaf kalau ada update aku yang terkasar bahasa, menyinggung hati korang ke, or buat korang kecik hati ke. Isnin ni insyaallah kita semua akan berpuasa. Semoga puasa tahun ni lebih berkat buat kita semua, especially yang baru pertama kali berpuasa bersama suami. Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Credit to Google Image

Puasa pertama kami sebagai suami isteri, insyaallah akan bermula di Temerloh. Kitaorang ambik cuti balik kampung, dah lama tak balik Temerloh since kahwin hari tu. Tengok kaler hijau tu teringat pulak kuih buah melaka..sedapnya makan time buka puasa kan. Next week cerita kahwin balik ok. Bye..eh Assalamualaikum.

Friday, April 15, 2011

Birthday present best tapi murah

Apa ye? Aku kebuntuan, tak beli kang, macam tak kena pulak. Nak beli kang, duit sekarang mengalir lagi laju dari air, nak kawin, beli tu sikit, ini sikit, dah habis beribu-ribu, bila tengok wedding budget..huiii takut, padahal wedding aku tu dah simple habis aku buat, tetap jugak. Asal jumpa calculator je, aku tup tap, tuk tek, kira budget. Berbalik kepada tajuk di atas, esok birthday lelaki kesayangan hamba. Kalau nak beli barang-barang biasa macam jam, kasut, perfume, tu semua dah masuk dalam hantaran, tu pesal aku pecah kepala apakah hadiah yang best dibawah RM200, wahhh kedekut gila aku. Ohhh nak kahwin ni kena belajar jadi kedekut. Sebab kalau main tabur je, nak kawin nanti duit tak cukup, nak korek celah mana? Dah lah adik beradik aku 3 orang belajar lagi, Pa aku pencen tahun ni, tengah nak buat rumah lagi. Aku tak sampai hati nak mintak parents sponsor..takpelah asal kawin sudah. Itu pun Ma aku marah bila aku cakap aku kesian nak suruh Pa keluarkan duit tuk kenduri aku nanti, Ma cakap adatlah tu, nak kawin, takkan  la parents nak bersenang lenang pulak. Itu pun aku dah bersyukur sangat bila adik aku sponsor baju untuk whole family, Ma and Along sponsor hiasan meja pengantin and doorgift makcik marhaban. Bersederhana lagi baik, lagipun aku selesa kawin sederhana je, tak payah lepas kahwin pening kepala, aku nak hidup dengan tenang lepas kahwin nanti. Kahwin dengan kemampuan aku sendiri. Ewahh apesal aku emosi tetiba ni..haha. Aku bukan perempuan miskin lah, cukup makannya ni haa, mampu lagi bayar bil itu ini, tidaklah merempat, boleh lagi beli baju sikit-sikit, makan sedap-sedap, cuma mengingatkan diri sendiri supaya berjimat cermat 2 kali ganda, beli benda yang penting je, tak lama dah ni 2 bulan ++ je lagi, ha lepas tu aku tabur semua duit aku (statement macam duit berkepuk). Menyasarrrr je cerita aku ni kan, so nak beli apa yeh? Hmmmmm.. 


Mucuk, tahun ni saya hadiahkan kasih sayang yang tak berbelah bahagi je boleh??

*bertuah sangat kalau dia kata boleh..haha*

Wednesday, March 30, 2011

Rabu yang kurang berkata-kata

Kenapa semua orang buat wordless wednesday? kenapa? Baik, aku nak buat jugak wordless wednesday aku yang pertama hari ni. Hari ni lapar gileee ko, malam semalam makan roti je, sebab dah muak nak makan nasi masakan sendiri, sebab tak sedap ptuiiihh, dah tau tak sedap belajor la masok, pemalasss!!

Pagi-pagi lagi perut dah berkerok-krek, huiii pukul 10am lebih aku dah ajak officemate gi lunch pukul 12 (office aku lunch pukul 12.30). Bila lapar aku nak makan sedap, qada' balik segala meal yang tertinggal dari dinner semalam, makan sedap = makanan yang lebih mahal dari hari biasa. Ok, semua wording kat atas ni bukan wordless wednesday. Wordless wednesday aku baru nak bermula ni dengan tajuk

KATA KURANG RABU



Chicken Maryland @ Murni Restaurant

Suka hati aku je kan

Friday, March 25, 2011

Baju Raya Pengantin Baru

Ya rabbi, aku malas gila nak update, ni pun aku dah cubit-cubit jari jemari kurus kelengking ni bagi dia rajin sikit. Biasa dia ni!, asyik malassss je. Siapa cakap baju raya tak penting, persiapan lepas kahwin pun penting jugak. Nak-nak aku yang kahwin 2 bulan sebelum raya, by that time, nak beli baju raya pun kena berkira, atee baru menikah, duit pun semputttt je. Sebelum semput datang, aku beli 5 pasang kain, raya pertama jadi isteri, jap nak gi umah Mak Long, sat gi nak gi umah mak menakan, pak menakan, tok long, tok chik, ketua kampung, bendahari balairaya, bilal surau, segala umah nak pergi tayang isteri baru..haha. Yang isteri nya pulak, asyik pakai baju lusuh je, tak pun asyik ulang baju yang sama, terjejas imej i, jadi sebelum semua itu berlaku, aku buat baju raya sampai 5 pasang, ke tak cukup lagi tu?? Kira cukup la ye, tapi yang menjadi kerisauan, aku takut je semua baju aku siap sebelum raya, ada jugak aku pakai dulu. Tapi pakai dulu pun apa salahnya, En. Sayang je tau, orang kampung tak tau kannn.

Minggu ni aku balik kampung, nak settle hal pelamin, haih la, kakak pelamin aku bz benorr, jap henpon hilang, jap bz buat pelamin, asyik tak available je, aku takut je kang, time aku jumpa sekali tarikh aku dah penuh, ada jugak aku amik daun kelapa buat background pelamin sendiri. Disebabkan aku malas, entry adalah pendek, nah aku tayang bakal baju raya tahun ni.




Bila tengok balik, apesal semua pun pink-pink je? Habislah kena bahan ngan En. Sayang ni, dia selalu cakap aku fanatik pink. Tak ok, nak kata suka tak, benci pun tak, neutral je. Macam Siti Nurhaliza la, ada orang fanatik gila dengan dia, ada orang benci gila, aku biasa je, dia ada kat tv, aku tengok, dia takde, takdelah pulak aku rindu, biasa je..neutral aka tak berperasaan. Eh, kenapa sampai cerita Siti pulak terkeluar ni?

Wednesday, March 23, 2011

Ucapan bajet popular with love..urrghh

Korang ada tengok berita tak? Hari tu aku terbaca dekat MHI, alaa kan sekarang dia ada update kat bawah-bawah tu yang kecik-kecik tu, ada Exco Selangor dan Kedah reply pasal akad nikah di masjid tu. Diaorang cakap akad nikah di masjid tak salah, lebih-lebih lagi kalau melibatkan ramai pengantin, so akad nikah di masjid senang la sikit, tak payah lah tok kadi tu ke hulu ke hilir pergi nikahkan orang. Boleh nikah di satu tempat je. Ok, relevan jugak apa yang diaorang cakap tu. Personally aku rasa tak salah jugak nikah di masjid, dengan syarat hormatilah kesucian masjid tu, tutuplah aurat, janganlah ko sibuk nak berpelamin bagai kat situ, bawak hantaran gah-gah dengan niat nak menunjuk-nunjuk. Tapi yelah, macam aku cakap hari tu, aku ni cetek agama, kalau cakap lebih-lebih pun aku tak berani, kang menyimpang pulak, waallahualam.

Ok, sekarang mari kita kupas tajuk diatas, terus menuju ke isi utama..huuiiisshhh. Takut la pulak, eh, takde, takde cuma nak bagitahu je shoutbox aku adalah bungekss dimana, setiap kali aku nak reply korang yang shout kat sana, aku dah taip pepanjang, takmo deh dia upload ke atas tu. Hanginnnnn je aku, jadi janganlah cakap aku sombong kalau tak reply di shout box eh, siapa yang bw, siapa yang link, siapa yang follow, terima kasihhh, nanti slowly aku link and follow balik. Maklumlah "kompiter" 60an, lembab memanjang. Nak send comment pun sempat aku tidur selelap dua, baru dia jalan. Eh, tensi ok tensi. Saya tak sombong, tak percaya meh add saya kat FB (airin2306@ yahoo.com) masa nak add bagitau la ko ni kawan blog, sebab aku takut nak add sembarangan, ada peristiwa pahit di situ. Owhh pahit ke?? haha. Ehh ada ke orang nak add aku..gagaga. Kalau takde nanti aku nak paksa Cik Fotogedik or Chrysalis Gurl (yang dirindui selalu di dalam diam-diam ku mencintai..bluewekkk..hye betty cayang mucuk bambam tampor kang) add aku sekali lagi, supaya tidaklah i terasa syiook sendiri..tsssk. Kalau diaorang berdua pun tanak add i sekali lagi, takpelah, biarlah i berlalu pergi dengan tenang dari blog ini, membawa hati yang terluka..sobbsss. Dah tu je nak bagitau. Babai luv. 

Wednesday, March 9, 2011

Kemalasan Melanda

Lately, aku malas nak update blog. Well, macamni lah kalau orang yang hidup dalam kebosanan, takde apa pun nak update. Sebab semua hari sama sahaja, takde pun yang berbeza. Kadang-kadang kesian dengan diri sendiri. Kalau ada pun nak cerita, benda-benda kecik, tak perlulah kot. Orang nak baca pun bosan..haha. Tapi start minggu ni mungkin membizi sikit, nak speed up pasal doorgift, Ya Rabbi, dah March baru hegeh-hegeh nak settle doorgift. Hantaran pun belum fikir lagi. Semalam call Ma, tiba-tiba je dia cakap

"Eh, awak nak nikah lagi 3 bulan ni, dah kena siap-siap dah, family nak pakai baju kaler apa eh"

Laaa..aku ingat Ma lupa yang aku dah nak kawin, rupanya dia kira berapa bulan lagi..super comelsss.  Pa lagilah comel, lepas aku set date kahwin secara berduet dengan En. Syg, aku tanya Pa

"Pa, pa tau tak kita dah nak kahwin?"
"Tak tau"
"Kita kawin 2nd Julai tau"
"OK"

Pastu secara senyap dia gegas-gegas cari tukang buat rumah, nak kahwinkan aku kat Kg. Peragap. Gila durhaka, set tarikh kahwin tanpa pengetahuan ibubapa.

Ahad lepas, masa aku tengah sedap melanding tidur (tak tahu kenapa aku suka sangat tidur awal dan bangun lambat sekarang..dasar pemalas) atau adakah itu tanda aku nak membesar? Tiba-tiba pukul 8.30 pagi tipon berbunyi..ada ibu mertua dalam bahaya..ada ibu mertua dalam bahaya..eh. Rupa-rupanya bakal ibu mertua call, maklumlah baru bangun tidur, berdehem2 dulu untuk pastikan suara bangun tidur tidak begitu kedengaran.

"Hello, assalamualaikum"
"Waalaikumussalam"
"Erin, busy tak hari ni?"
"Taklah makcik, kenapa?"
"Datang Rawang boleh tak? K'orang nak buat surprise untuk Is (bakal adik ipar) dia baru lulus exam, nak buat makan-makan sikit, makcik nak masak ni, nak mintak tolong sebab makcik dah jemput adik-beradik datang"
"Oh ye ke..boleh-boleh jap lagi rin sampai"

Wah, berdesup chef emergency ni datang, terjun katil, mandi, kemas beg, terus balik Rawang sorang-sorang(make up pun tak sempat, En. Syg takde dia ada futsal tournament kat Kota Damansara) Tapi jalan kat Rawang tu, tau je lah jemnya masya allah. Kereta banyak, aku asyik baca doa menaiki kenderaan tak henti-henti, seram tengok bas laju kat selekoh, seram tengok motor banyak, bangla lintas jalan sesuka hati. Dah lah line tengah jalan tu dah pudar-pudar, aku takut je aku termasuk lane bertentangan, kang tak sampai Rawang, aku sampai tempat lain pulak. Boleh sakit jantung dibuatnya, sampai Rawang, tugas pertama chef emergency ialah buat air oren je (alah makcik, bagi la tugas yang mencabar sikit..haha konon, padahal buat air oren pun terkial-kial)

Gambar takde, maklumlah, chef jemputan sibuk memenuhi permintaan tetamu (sambil mengadap 2 mangkuk laksa), and congrats untuk Dr. Istiana. Dah jadi doktor pun..alhamdulillah.

Tuesday, March 1, 2011

of everything

Hari ni mood kat office adalah sangat bersemangat. Terasa nak settlekan semua kerja hari ni sampai hujung tahun, hari ni jugak! lepas tu duduk melopong..teheee. Sebab utama adalah kerana, aku baru dapat MP3 lagu feveret yang selalu dinyanyikan dalam bilik air menggunakan lirik sendiri, tah betul tah tidak..tibai je. Yang penting melodinya betul. Ye, lagu Anuar Zain itulah, sedetik lebih. Feveret sampai dah berangan nak buat video nikah pakai lagu tu wehh ape loser sangat ko ni, sebab hakikat yang sebenar, aku takde videographer. Aku nak videographer tapi bila En. Sayang cakap

"Itu tidak perlu sayang"

Sambil mengetap bibir menahan diri untuk melawan aku berkata
"Baiklah" sambil berlalu dengan tenang. Eceh, tenang la sangat. See, saya dah bertukar menjadi tunang mithali, Asrul Sani sila berbangga dengan saya!

Tabiat annoying aku, bila dapat lagu feveret, maka aku cuma akan pasang lagu yang sama sebanyak 800 kali dalam sehari selama seminggu, atau mungkin 2 minggu, atau sampai aku bosan, bergantung pada budi bicara aku. So officemate dah tau sangat, terpaksa la korang dengar lagu yang sama sampai bernanah telinga selama berminggu-minggu.

Btw, ada satu lagi tabiat yang paling annoying, kalau dalam kereta, ada lagu feveret, bernanah la telinga En. Syg, bila aku nyanyi pun nak ikut cara penyanyi tu, kalau dia tarik halus, halus la jugak aku tarik, kalau dia tarik aaaaaaaaaa dia tu mengalun-ngalun, beralun la jugak gegendang telinga En. Syg busyuk tu. Yang mana kalau dia annoying sangat dia akan cakap "Eh, suara awak macam itik lah" sambil gelak-gelak. "Terima kasih sayang, tapi saya nak nyanyi jugak" pastu aku sambung nyanyi lagi. Haha..sayang, awak sangat comel sebab walaupun awak tahu awak akan dengar suara itik ini for the rest of ur life, awak masih nak kahwin ngan saya..hahaha.

Tengok, aku suka merepek cerita lain. Haisshhh..ok just nak bagitau, lately aku tak sihat sangat. Mood nak update blog kurang, adik lelaki aku (ayah si demok dibawah ini) baru lepas operation batu karang, doktor tebuk 3 lubang di buah pinggang (dia special case, muda-muda dah ada batu karang, doktor pun musykil, dia apatah lagi, bukan 2-3 ketul batu karang dia, dah serupa pokok dalam buah pinggang tu, naik bulu roma aku setiap kali tengok X-Ray dia) lepas operation, darah masuk dalam paru-paru, so doktor tebuk 4 lubang di paru-paru pulak nak keluarkan darah, yang membuatkan dia sakit nak bernafas sebab 2-3 minit, tiub tu pam darah dia keluar dari paru-paru. Ngeri, sampai aku tak lena tidur malam sebab terlalu risau. Adik aku yang kulit gelap tu dah jadi putih sebab pucat sangat, tak boleh bercakap sebab terlalu sakit, dah lah kena mengiring je all the time, sebab tiub kat buah pinggang still pasang lagi. Hopefully dia cepat-cepat recover.

Owhh..satu barang untuk VIP kenduri nanti dah beli. Sakit pinggang mengangkat dari kereta ke dalam rumah, rasa macam nak tercabut semua tulang si kurus keding ini. Ada lega sikit, sebab esok, 2nd March, genap tinggal lagi 4 bulan sebelum majlis, kenapakah panik masih belum menyerang?? Yang menyerang hanya perasaan tak sabar untuk berkahwin..haha gataiii nooo. Persiapan untuk kenduri tak difikirkan sangat, sebab yang lebih difikirkan persiapan selepas kahwin seperti baju yang sesuai untuk wanita berkahwin, yang mana patut didahulukan, baju tidurkah, baju kerjakah, atau baju jalankah (maklum lah lepas kahwin, duit kurang, nak beli baju pun kena agih2 dana, sudahlah semua baju dah buruk ladun) dan mekap yang sesuai dipakai untuk menyambut suami pulang dari tempat kerja (ok nak beli gincu merah menyala satu..auww). Ok sebelum mengakhiri entry hari ini, ini tribute untuk gadis TM yang rajin meneman kemana sahaja kaki ku melangkah, membeli doorgift, membeli wrapper, membeli riben, membeli sticker, membeli bedsheet, senang kata semualah, gadis TM ini sentiasa disisi. Terima kasih TM..eh.



Ya allah! mata panda dan kenapa saya kelihatan sunburn disini dan gelap dan tidak comel dan serabai dan busuk dan owhh lupa ini tribute untuk gadis TM, haruslah dia mencuri semua limelight saya..muntohh!!

babai sayang..;p

Tuesday, February 22, 2011

Tentang Saya

Aku tension ni, seminggu skip breakfast, berat turun menjunam terus, dah hilang 0.6kg..tsskk..tssskk... Lemakkkkk, jangan kau pergi, tinggalkan aku sendiri (sambil feeling Sheila Majid..duhh). Penat tahu berbulan-bulan (since lepas raya hari tu) paksa diri ini makan makanan berat setiap pagi, tengahari, malam dari 41kg naik sampai 45kg sahaja. Baru seminggu breakfast makanan ringan sikit, terus turun, walhal tengahari dengan malam tak pernah skip makan nasi. Sobb..sobbb..nak paksa diri makan banyak susah tau, merana aku paksa diri suap makanan, dahlah aku masak sendiri, makan sendiri, tak sedap langsung, naik macam semut, turun macam kilat. Geramnyeeee, lemakkkk mari datang kepadaku dan melekat dengan tegar sekali..meh sayang meh banyak ruang nak diisi dalam badan ni. Baru ai nak feeling-feeling jelita, badan solid molid, dah turun balik.

BAIKLAHHHH!!!! (sambil hidung kembang kempis..hnnssfffff...hnsssfff...hnnnsssffff)



Betty aku cilok dari page ko, sebab aku terlalu malas nak google sendiri, takut bakal menghilangkan lemak tepu aku sebanyak 0.6kg lagi..Image by Google, kan betty??

Nak challenge diri sendiri, naikkan balik berat aku jadi 45, 46, 47  dan akhirnya 48..mampu ke? Cepat nyatakan sokongan anda di comment box saya. Pangggg!!! Apa ko ingat ni pertandingan menaikkan berat badan?? Ada sesapa macam aku tak? nak join tak challenge diri sendiri..Z'da jomm!!!, ke ko dah solid molid skang Z'da?

LEMAKKKK KU SAYANG...KE MARI KAMUUU (sambil membayangkan lemak datang bertalu-talu, jangan terlebih lemak sudah..haha..lemak baik saja ok, selulit nehiiii)

Monday, February 7, 2011

Tagged by IDA

1. Apakah status anda

Single but engaged and truly, madly, deeply in luv.
 
2. Ceritakan tentang diri anda

'Kasar' dalam blog tapi lembut di luar (macam coklat la)..serius..haha, tak caya tanya HABITAT..huhu..kan Syeira kan Betty kannnnn...Z'da kannnnnn

3. Ceritakan tentang blog anda

Blog ni kebanyakkannya pasal diri sendiri, aku tak reti nak recommend vendor ni pelamin dia cantik, kalau DIY macam ni meletopppsss kebabo, kalau nak beli kain kat sini bawak designer boleh dapat murah..eh tak retilah. Aku blog sesuka hati pasal diri sendiri dan ditujukan buat diri sendiri juga. Sebab tu ayat aku macam aku bercakap kat diri sendiri je, kasar..;p. But..but aku appreciate sangat sebab korang sudi follow, baca n komen entry aku..mak terharu..sobsss sobss

4. Apakah pendapat anda tentang dunia blog

Ok lah, kalau boring, baca blog korang-korang boleh buat aku ketawa or t'feeling sama. Aku baca update korang tetiap hari, tapi aku tak komen sebab PC dan laptop yang maha lembab, nak komen boleh buat aku sakit hati. Balik Temerloh hari tu, nak update satu entry 3 jam kamu tahu..serius hangen. Jadi kalau aku tak komen, jangan la ingat aku tak baca, aku baca...i follow u all tauuuu.
 
5. Nasihat kepada kawan-kawan yang baru nak buat blog

Ermmm..takde, cam bagus-bagus je kalau aku nak nasihatkan orang, macamlah aku blogger handalan sangat..ngahaha. Tapi tetap nak nasihat buat kawan2 ni...buat Cik Fotogedik dan Z'da..hoiii pesal update korang lambat..cepat update aku nak baca..hahahahaha

6. Nyatakan keunikan blog anda

Blog ini adalah satu-satunya blog aku, takde blog lain, semua cerita sumbat dalam blog ni..unik tak..unik tak??

7. Sampai bila nak menulis blog & impian anda dalam dunia blog

Sampai sifat rajin ku berakhir. Impian??..mmm berjaya update hari-hari w'out fail..impian ke tu??

8. Tag 5 orang yang anda nak kenal

3 orang je boleh tak, gila banyak kerja kat opis ni..secara pantas aku tagged anda ber'3

1) Cik Fotogedik
2) Chrysalis Journey
3) Zaida
 
Buat Cik Fotogedik n Z'da takde alasan tak update hari ni, tu aku dah tagged, cepat update!!
 
Thanks iDa comel..meh tagged lagi nanti..haha

Wednesday, February 2, 2011

Sorry

Sorry sebab dah lama tak update..amboi cara aku cakap tu macamkan ramai sangat yg baca blog aku or tertunggu-tunggu update aku..ngahaha. Lately, aku takde masa nak update blog or..ok, aku ada masa but i just can't find the best time to update. For the last 2 weeks, nenek aku tak berapa sihat, so sebagai satu-satunya anak perempuan terhebat Pa, akulah gadis yang terpilih untuk menekan pedal minyak membelah kepekatan malam menuju ke Temerloh Pahang (sambil Pa tidur disebelah) after Mak Itam aku call bagitau nenek aku nazak. Pa anak bongsu manja busyuk Wan aku. So bila tau je Wan nazak, terus dia tak boleh drive, lepas tu mungkin nervous, masa Pa datang umah aku nak tinggalkan kereta dia so that kami boleh naik kereta aku je, molek pulak dia pergi langgar pasu bunga besar jiran aku sampai pecah...sobbbssss..anak perempuan terhebat Pa ini jugak lah yang pergi membayar ganti rugi jiran tersebut yang RM2 pun dia suruh bayar jugak. Siap call aku sebut "u bayar RM42 aaaa". Baiklah!!!!.

But alhamdulillah,  Wan ok balik lepas tu and kami berdua balik dengan tenang ke KL. Last Sunday, masa aku dah bersiap nak pergi kenduri di rumah kawan En. Syg, tinggal nak pakai heel saja lagi. Along call bagitau Wan meninggal di Hospital Temerloh. Dengan mekap tebal dan baju kurung pahang kesayangan itulah aku terus balik ke Pahang dengan Kak Cik. Sadly, bila sampai je rumah Pak Cik aku, arwah Wan dah otw ke kubur, aku memang tak sempat tengok dia langsung, nak pulak hujan yang terlalu lebat, macamanalah aku nak kubur pulak. Mulanya aku ingat, subuh Isnin nak terus balik ke Subang, nak pergi kerja, akhirnya sampai hari Rabu aku di Pahang Darul Makmur lagi dengan hati yang tidak begitu aman dan makmur. Tolak 3 hari cuti, tinggallah 7 hari cuti je untuk kahwin nanti. Pasrah je lah, lepas tu kena unpaid leave.

2 hari mengulit Amani yang baru pandai meniarap dan melayan Sara yang pantang jumpa tangga, nampak tangga je nak naik, nampak tangga je nak turun..eh..penatlah. Hari ini, Rabu, free sebab parents d'org berdua dah balik, dapatlah aku me'update blog, maklumlah gadis miskin macam aku ni yg hanya mengharap ehsan laptop Kak Cik dengan broadband yang masyaallah menduga keimanan di dada..lembabnyaa Ya Rabbi. Lepas kedua-dua cucu dah balik, Pa aku pun ajak anak-anak perempuan terhebat beliau ke kebun membuat longkang. Boleh tak, aku anak gadis terhebat ini yang mencangkul buat longkang sedalam 2 kaki, nak putus lengan ni rasanya. Sebab tu aku rasa aku ni memang anak terhebat Pa, ada ayah korang suruh korang buat longkang? ada?? takde kan?? sebab anak hebat macam aku je yang boleh buat, ko bayangkan aku yang kurus, 45kg ni tolong mencangkul sekali dengan 3 orang lelaki.. Ma aku siap nak ambil gambar hantar kat Asrul Sani. Of course Asrul Sani bangga gila ada tunang terhebat yang pandai buat longkang macam aku ni. Ada perempuan lain yang dia kenal sebelum ni yang pandai buat longkang?? ada?? ada sayang?? Eh, terpuji diri sendiri pulak. Ok lah nak gi mandi ni, dah pukul 3.15 petang tak mandi pagi lagi. Busyuukk masyam dah ni..kalau bau ni boleh di MMS macam gambar, dah lama aku hantar bau busyuk masyam aku ni kat Asrul Sani, kasi dia rindu lebih sikit..wakaka :D Bye darlingsssss

Thursday, January 27, 2011

Dinner Terhebat

Banyak-banyak CNY dinner yang pernah dihadiri di syarikat ini (amboi haii..skema betul) dinner malam semalam adalah yang paling hebat. JAPANESE BUFFET. Owhh..mentang-mentang itu makanan kegemaran sendiri, terus nak cakap itu dinner yang terhebat. Jadi tiada lagi upacara mengembur-gemburkan yee sang beramai-ramai, menahan kegelian melihat Geoduck buat pertama kali dekat satu kedai Seafood in PJ atau tidak berani bercakap sesama sendiri sebab boss besar sahaja yang "dibenarkan" bercakap. Semalam boss besar takde, jadi kami berlapan boleh makan secara riang gembira.

Btw, korang pernah tengok Geoduck? Aku tak pernah tau Geoduck ni wujud until CNY dinner last year, chinese suka makan, rupa dia memang mengerikan @ melucahkan @ entah la korang tengok la sendiri, kalau lepas ni kurang selera makan jangan salahkan aku. Google je Geoduck, aku tak mo letak kat sini, takut orang ingat aku tunjuk gambar kelucahan melampau pulak..ahaha.

Kami dinner di Tenji (Solaris Mont Kiara)
Katakan saja apa yang kau mahu. Semua ada, steamboat, teppayanki, sushi, oyster, japanese desert, kek, ais krim. Aiskrim yang ada cuma Baskin n Robin and Haagen Dazs, heaven. Asal lalu je tepi section ni, telan air liur, lalu section sana, telan air liur lagi. Sampai bangun pagi tadi pun tak terasa lapar, punya lah banyak aku makan semalam.








Ni apa yang aku makan dan sempat di capture, tengok gambar ni je pun, asyik menelan air liur je. Kalau aku duduk Jepun, confirm obes..percayalah.

Tuesday, January 18, 2011

Entry Kepam

Boring kan asyik cerita pasal wedding je, ape kata kita tukar mood pulak. Hari tu masa nak ambil gambar baju nikah dengan henpon cap rimau (untuk memastikan warna putih dan off white tidak punya perbezaan yang ketara), sekali memory dah full. Kena delete pic., telek punya telek, laaa patut la dah full, rupa-rupanya banyak gambar kaki. Sebab itu saya berazam membuat entry kepam ni hari ni jugak. 

Tinggal di rumah teres 2 tingkat, di kelilingi teman-teman serumah yang tiap-tiap minggu pun nak balik kampung, apa la sangat hiburan yang ada, selain scramble egg yang dimakan dengan sos sambil menonton siaran Astro berharga RM37.95 sebulan, salah tekan channel keluar amaran "This channel does not include in your subsription". Pusing balik, pusing balik..bosan. Nasib baik hari tu masuk Ministry of Moment contest dan berjaya menjadi first 14 contestants, jadi Puan Roe cantik dengan murah hatinya belanja Foot Patches yang hebat. Puan Roe cakap ada kawan dia yang suka pakai foot patches ni b'glowing-glowing wajahnya. Eh, nak glowing jugakssss so secara tidak langsung mahupun langsung foot patches dibuat main menjadi barang menghilangkan bosan. Bahan-bahannya:



Sepasang kaki wangi yang disental dengan sabun Dettol (gambar kaki kena gelap-gelap sikit kasi korang tak perasan kaki aku macam kaki indon..Pa cakap..cehh..motif cakap kaki anak sendiri macam kaki indon?? Yang tak paham tu, kaki ni sebijik macam kaki Pa...hmmmm)


Sepasang foot patches yang sedia berkhidmat


Tampal cenggini ye anak-anak


Begitu. Dah siap. Moh tidur, gambar selepas tak boleh la tunjuk, takut ada orang muntah..ngahaha

TERIMA KASIH ROE DARLING :) so sweet of u
saya tidak lagi bosan untuk seketika

Monday, November 22, 2010

Saya Seorang Pemarah

Anda?..nak jugak suruh korang mengaku..tehehe. Lately asyik nak marah je, stress mungkin. Kalau tengah drive laju-laju, tiba-tiba kereta lane sebelah kasi signal nak masuk lane aku, lagi laju aku tekan minyak takmo dia masuk sbb marah. Sibuk je tau, aku tengah syok tekan minyak ni, masuk belakang boleh tak?.

Lepas tu aku dah overload la. Kerja dah tak terkejar, banyak gila! Setiap kali Purchase baru masuk, aku rasa nak marah semua orang lam office ni, aku geram nak koyak-koyakkan, buang dalam tong sampah, lepas tu call customer marah2. "dah, jangan beli dari company aku, g beli tempat lain" kalau nak merasa peyepak director, boleh la buat cenggitu..tssskk tssskk. Banyak gile ko, aku tension thp gaban ni. Nak mintak naik gajilah..*tiba-tiba*.

Tengok hp sendiri pun tension, dah terkopak sana sini. Bila tengok duit kahwin lam bank, geram je nak beli Iphone 4 sebijik..eh, geram la. Tapi fikir nak kahwin punya pasal, redha je la dengan membayangkan sebuah kehidupan rumahtangga yang bahagia, kalau kahwin, invest sekali je, lepas tu En. Syg akan 'membiak' secara percuma, lepas 3,4 tahun dah ade 2 orang budak kecik. Eh, eh, bukankah seronok. Kalau beli hp, lepas setahun dua, dah kena beli baru lagi. Tak relevan langsung alasan aku. Takpe la asal hati terpujuk.

Tabiat paling buruk aku, tak boleh menunggu orang. Kalau orang tunggu aku takpe. Berkat doa setiap kali sembahyang lepas putus cinta dulu "Kalau tak dapat orang yang lebih baik dari aku, dapat orang yang sama dengan aku pun aku redha" Tinggg...Allah kurniakan En. Syg, yang perangainya lebih kurang aku, tak boleh lambat, nak angin je..sepadan la tu kan, padan muka aku..haha.

Kenapa aku tiba-tiba LOSER mengaku diri sendiri pemarah ni? 

Sebab pagi tadi aku balik dari Shah Alam, dari rumah adik aku (rumah sewa dia ada lagi, sebab tak angkat barang ke Penang lagi), dah siap parking kereta cantik2, dah angkat semua beg keluar dari kereta, sekali budak rumah selak pintu, aku ketuk macam nak roboh, takde sorang pun bukak, aku call sana sini, 2 org x dpt, sorang tak pickup, sorang banyak pulak bunyinya. Dah mencangkung depan pintu rumah ni. sikit lagi nak pakai alternatif langgar pintu rumah ngan kereta aku terus. Kasi 2-2 pecah, puas hati..ganas gila kau

Tengah hot temper sambil mencangkung, datang sorang kakak bilik bawah bukak pintu sebab dia kata, dia terdengar suara aku on da phone. Aku pun dapat masuk je, terus hempas grill ngan pintu kasi bergegar satu rumah. Campak kunci kat lantai, campak semua barang ke lantai sekali (lepas tu bila dah sejuk, cepat2 cari balik beg mekap, takut perfume kesayangan pecah, nasib baik tak..ehehehe) Skang dah pukul 6 lebih, macamana nak balik rumah ni..ai malu..sbb marah orang tadi..huuuuuuuuuuuuuu. Nak call kakak tu ke, nak SMS dia ke, nak cakap depan2 ke, nak buat tak tahu je? Owhh bersalah

Nasib baik jugak Tuhan kurniakan aku En. Syg yang perangainya lepas marah, cepat betul rasa bersalah, lepas tu said sorry berkali2, pastu terus jadi mithali, nak ngendeng-ngendeng cam kucen, terus jadi penyayang serta merta, pastu tiba-tiba caring tak bertempat punya lah nk mintak simpati, konon, mase marah lupa diri! Eh, rasa nak ketuk kepala sendiri sekarang.

Friday, November 12, 2010

Bercuti bersama Kak Erin

Eleh..akak la pulak kan. Biasalah, semenjak 2 menjak corak pendatingan tidak lagi seperti dulu, yang Sabtu Ahad asyik lah berdating, sekarang Sabtu Ahad sangap sorang-sorang di rumah. Berdating bukan lagi agenda utama, tidak seperti zaman bercinta dan diawal-awal pertunangan dahulu..elelele. Ni nak nyanyi lagu Janji Manismu ni.. T_T. Takpe sayang saya rela menjadi tempat kedua di hati awak selepas kebun kesayangan awak tu..tsskk tssskk. Jadi sebelum hari cuti tiba, kepala dah siap-siap set apakah aktiviti yang sesuai minggu ini.

1) Aku ni pantang sikit kalau kuku panjang, asyiklah nak menggaru, tak gatal pun nak garu jugak, sebab cambest je. Tapi sekarang, kuku dibiarkan panjang (panjang sesedap rasa ye, idaklah sampai macam kuku PontiAnakRemaja) sebab aku mengambil masa yang lama untuk memotong kuku semata-mata untuk pastikan kuku itu dibentuk separa bulat dengan sekata dan saksama, lepas potong, 'garu' pulak kuku kasi tumpul, hampir 1 jam jugaklah. Jadi aktiviti memotong kuku dihari cuti dapat membuang banyak masa. Takdelah rasa sangap sangat.

2) Baju seminggu dikumpul dalam bakul, lepas tu tukar cadar dan towel b'kali-kali dalam seminggu. Hari cuti berperap la aku dalam bathroom memberus baju sampai kecut jari-jari. Sebab tak semua baju aku basuh pakai mesin, ada certain-certain yang sensitif tu basuh tangan.

3) Aku bergolek-golek tengok tv, jap tukar Ria, jap tukar AXN, jap tukar TV3 sampai boring dan akhirnya tertidur (alaaa..sian pulokkkk)

4) Aku roger gadis TM siap-siap sebelum dia dibook orang lain. Make sure buat janji manis contohnya "Eh, minggu ni gi IKEA nak?" atau "Minggu ni kita cari baju murah dan comel nak?" Sebab gadis TM ni adalah kaki jalan. Jadi kalau janji ada manis, dia ON aje. Eleh, kalau ajak g Mydin pun ON jugak. Yang penting strategi. Begitu.

5) Aku belajar make-up dari YouTube, tapi sebab fedup broadband lembab nak mam..aku belajar make-up sendiri je, senang. Ingat lagi masa mula-mula belajar pakai eyeliner. Zaman study dulu, setiap kali cuti, aku balik rumah Along. Parents aku duduk kat Sabah masa tu. Along cuma ada satu je eyeliner kaler biru cap AVON, setiap kali Along ajak pergi kedai dekat rumah naik motor, gigih kau aku lari-lari masuk bilik, pakai eyeliner kaler biru tu, dah la senget benget, budak baru belajar katanye. Along dah jerit-jerit dari bawah dengan ayat biasa dia "hoi, nak g kedai je la, tak payah mekap!". Tapi aku kan degil, sambil jawab "jap, jap" aku tenyeh jugak, mengalir-ngalir air mata. Pastu naik motor sambil perasan cantik, padahal mata dah biru cam kena penumbuk..haha.

6)  Tido, makan, tido, makan, tido, makan, tengok tv sampai naik pening kepala.

7) Aku kepam kereta sampai comot seminggu, lepas tu bangun pagi-pagi basuh kereta. Tak payah hantar kedai, jimat. Lepas tu drive sorang-sorang gi isi angin, pastu g singgah Mydin jap beli barang dapur sorang-sorang. Pastu belajar memasak dan makan sorang-sorang, feeling-feeling sedap. Lulus je, cari buku tulis resepi, takut minggu depan dah lupa cara memasaknya dan malas nk google lagi. 

8) Dulu masa adik lelaki aku ngan isteri dia duduk kat Shah Alam, aku gi lepak umah dia, makan tido baring dulu, agak-agak boring baru balik Subang. Skang dia dah takde, dah pindah Penang start 01st Nov aritu. Ohh sadiss, hilang satu aktiviti. Nak gi Penang sorang-sorang jauh la pulak. Gile ko baik aku balik Pahang je.

9) Aku ingat, aku nak beli barang kawin senyap-senyap la sbb tarikh tak tetap lagi. Ye lah aku sangap gile duduk kat rumah, baik keluar dan beli barang sikit-sikit, lagipun hujung-hujung tahun ni kan banyak sale, at least dah dekat-dekat tarikh nanti takde la aku stress sangat. Ohhh seronok2, dah dapat aktiviti baru la.

10) Ajak gadis TM melepak sampai pagi, so that, esoknya aku bangun lambat dan aku penat dan aku takde mood nak gi memana dan aku seronok melepek tengok tv sahaja. Heaven.

10 cukup, malas nak fikir dah. Dulu janji ngan diri sendiri, nak hilangkan boring dengan update blog setiap kali cuti, tapi hampeh, malas gile. Baru2 ni pulak adik aku tak bayar broadband, 2x hampeh sebab minggu ni aku akan keboringan gile. Nasib baik esok aku ada exam PTD, so aktiviti hari Sabtu dah full. Ahad nak buat apa eh..huuuuuuuuuuu

Friday, November 5, 2010

Gundah gulana

Fuh..stress aku baca blog korang, especially yang plan kawen tahun depan sama cam aku. Dah buat survey and booking siap2. Aku tarikh pun takde lagi. Ma dah siap bagitahu suruh beli cat nak cat bilik, tapi nak cat kaler ape? Theme kaler pun takde lagi. Ok tipu, aku dah ade themenye, tapi belum mintak kelulusan pihak "atasan" lagi. Kang buatnya theme idaman hati aku ni dia tak berkenan, bersanding la aku sorang2. Pink awal2 dah tolak tepi. Ikut hati aku, aku nak buat semua awal2, tapi biasalah dapat tunang yang bznye mengalahkan menteri, nak jugak tunggu hujung tahun tak pun awal tahun depan baru nak decide.

OP pun aku dah survey2, tapi masalahnye, yang aku berkenan dah macam fully book je, haih la, takut gile aku memikirkan aku kena assign "photographer kedai pengantin". Pastu kena pose klasik: aku duduk atas kerusi, en.syg berdiri sebelah, sebelah tangan pegang kerusi aku, sebelah lagi pegang keris kat sampin, takpun kena posing melepek kat dada en.syg..eh, gelilah.

Pastu orang tengok video nikah aku juling sebab video b'gegar2 amik dek adik lelaki aku yang tangannye tak leh nak duduk diam. Nak je aku zikirkan kat telinga en.syg hari-hari suruh tetap tarikh cepat-cepat. Aku nak booking OP ngan OV awal2 tu je. Kot nye la dapat harga promo hujung tahun. Kang aku letak tarikh sendiri-sendiri baru tau. Dah la, malas nak baca blog korang hari ni....hmmm..esok aku baca balik.