Bercerita pasal hal kawen, kadang-kadang stress, eh bukan kadang-kadang dah, selalu sangat aku stress. Ni pun baru baik stress semalam pasal kad kawen. Ingat tak minggu lepas aku duk menunggu depan PC budak buat kad tu berjam-jam, semata-mata takmo berulang alik dah ke Shah Alam, elok pulak hari Isnin baru ni dia call bagitau kad tak boleh proceed lagi sebab ada lagi yang aku tak approve. Hari tu dia lupa nak kasi aku, so dia suruh aku datang lagi, aku dah berangin ribut taufan dah, aku suruh dia email je. Tengah malam 11.50pm, dia msg mintak email add aku, sebab tak taulah, aku rasa dia dh hilangkan email aku kot. Aku tengah tidur masa tu, dahlah msg aku sampai 3 kali, siap tanya "akak dah tido ke?". Dah aku tak reply tu aku tengah tidurlah sayangggggggggg. Hari Selasa aku check email ada, tapi dia hantar pakai program kejadah yang budak design je ade, cer ko bagitau camne aku ni nak bukak file ko, hari Rabu barulah boleh, barulah hegeh2 nak proceed. Saborrr jelah..subhanallah, subhanallah..mengumat-ngamit je aku sekarang nak tahan marah.
Eh, terpanjang pulak aku membebel pasal hal lain, ok sekarang nak cerita pasal Noodle Station, first time pergi, kesiannnnn aku. Tu pun En. Syg bawak sebab dia cakap mee sup dia sedapppp, aku memang penggila sup, bihun sup kalau ada bebola-bebola lagilah mari kegilaan aku, sebab aku suka kunyah benda-benda kenyal ni, rase seronok. Eh, betul ke perumpamaan aku seronok eh? ke geram? ke sedap? Gasaklah.
Jom tengok menu, memacam ada, harga oklah, tak mahal tak murah, sesuai untuk orang yang bakal berkahwin, nescaya tak mendatangkan stress ketika membuat bayaran (tu macam nak cakap kat diri sendiri je tu)
Tempat best, selesa, hilang stress pasal hal kahwin kejap (motiff??)
Air cokelat aku sampai dulu, air aku, tapi kenapa ada seorang lelaki menyedutnya sambil feeling2...oooo air awak sampai nanti saya nak sedut dulu
Ni air dia, apetah namanya, sunrise, sunshine, sunset, tapi sun sun lah. Tak ingatlah. Sedappppppppp. Kejap-kejap "sayang, meh saya nak sedut sikit" jap gi "meh air awk tu" jap gi "sedaplah air sayang meh nak nompang sedut". Huiii dia mana boleh kedekut dengan aku, beranilah kedekut, aku order 5 gelas air cokelat tu nanti suh ganti balik, menangis ko nak bayau...nganganga
Ni En. Syg punya, aku tatau ape nama dia
Ni aku punya pun aku tak ingat nama dia, aku suka sayur banyak2, cara nak makan mee sup dia ni ada 2, cara 1 dia terus letak kuah, cara 2 kuah diasingkan, nanti ko dapat 2 mangkuk, satu mangkuk mee, satu mangkuk kuah sahaja, sila tuang sendiri.
Bezanya dia cakap, kalau kuah diasingkan, diaorang akan letak kicap kat dasar mangkuk, dia kata lagi sedap. Aku pun tataulah apa beza letak kicap kat dasar dengan letak kicap bila kuah dah ada, bukankah rasa kicap sama sahaja. Tapi budak tu cakap "Lain kak, kalau letak kicap dulu lagiiii sedap". Aku pun ikut jelah, jangan tanya apa beza, aku pun tak paham. Tapi sedap jugaklah mee sup dia, letak cili jeruk potong sikit..habis hingga titisan terakhir aku hirup. Slurrrpppppp...air liur meleleh ni, dahlah lunch tadi makan popia 3 ketul je, lapor la pulak, nak-nak pulak tengah hujan nih.
alamak.. takde kat johor la pulak.
ReplyDeleteoshinz: hehe..meh dtg sini lah ;p
ReplyDelete