Hi sayanggggggggggggg, gila lama tak update, biasalah stress, aku kalau stress, nak update blog pun takde mood. Mood nak siapkan kerja kahwin yang tertangguh je yang banyaknya. Minggu lepas memang stress terlampau. Siang-siang hari, aku hangin dengan En. Syg, En. Syg hangin dengan aku, kejap call, marah, kejap call kena marah. Tapi bila dah malam sikit, memasing sibuk nak keluar ayat-ayat romantik, i love you very muchlah, can't live without u lah, cintaku setinggi banjaran himalayalah, sepanas-panasnya mentari, panas lagi cinta ku ini lah..haha (cam lagu dangdut je), pastu nangis sampai berhingus-hingus..aku lah tu, macam tak biasa dengan drama queen ni, over semedang.
Minggu lepas jugak baru rasa takut nak kahwin, aku rasa normal kan, semua orang rasa takut nak kahwin. Makin dekat aku makin takut, tetiba je rasa "eh, betul ke nak kahwin dah ni, takutnya". En. Syg cakap janganlah takut nanti dia pun takut..haha. Betullah tetiba rasa masih terlalu muda nak kahwin, haha PANGG ayat bajet macam umur 17 tahun, padahallll.
Minggu lepas jugak amik cuti half day sebab nak settlekan kad kahwin, aku dah pesan awal-awal dekat lelaki kesayangan, ajak dia buat kad awal-awal, tapi cakap mak ni manalah lakuuuuuuu, 2 posen pun tak lakuuuu. Akhirnya dah kena leter dengan parents dia barulah sibuk ajak aku amik cuti pergi buat kad kahwin. Lepas tu semalam bertebeng lah adinda ini seorang menunggu budak tu finalizekan kad kahwin, sebab En. Syg balik Rawang minggu ni. Dari petang membawak ke malam, saborrr je lah, kalau tak ingat nak kad kahwin tu cepat, tak kuasa nak duduk depan pc budak tu menunggu berjam-jam, suruh email kemain payah lagi, sorang-sorang takut nak bagi no hp, hp bossnya asyik tak berjawab. Kita nak cepat, pendek kata minggu lepas aku duk berulang-alik ke Shah Alam setiap hari nak pergi kedai tu, dah telefon takde sorang pun nak angkat, semua orang takut nak bagi no., menguji kesabaran betul.
Tu baru cerita kad kahwin belum cerita yang lain lagi. Wedding preparation memang stress, serius. Kadang-kadang datang rasa tak sabar nak kahwin sebab dah serabut nak fikir benda-benda remeh ni. Tapi sekarang aku dah ok, memotivasikan diri sendiri setiap hari and aku baca yassin setiap malam, so that aku rasa tenang je. Yang aku fikir sekarang aku nak kahwin and i'm doing it because of Allah, tarik nafas hembus..ok mari sambung preparation.
Addition: semalam aku letih tahap gaban sebab 2 hari kehulu ke hilir buat wedding preps, pukul 1 pagi lepas hantar Ma aku balik Klang baru lah boleh tidur, pukul 5 pagi tetiba housemate kejutkan aku
Mar: Erin, awak ada minyak panas tak?
Aku: (tengah mamai-mamai ni) takdelah, kenapa? pening ke?
Mar: tak, telinga masuk semut
Aku: hahaha (dalam hati sebab dah mamai sangat) masukkan air dalam telinga lah, kasi semut lemas, nanti dia keluar buat apa nak letak minyak panas
Pagi ni bila aku ingat balik aku cakap cenggitu kat dia, rasa nak ketawa, tapi petua aku berhasil, semut tu keluar (mungkin beliau mati lemas agaknya). Yakin je Mar pergi bilik air, takungkan air dalam telinga dia..haha
sama la..hu3..tgh stress juga. erm..mcm2 nk kena pikir...
ReplyDeletewedding bulan 12 tapi apa pun xsiap ag...
hik3...
ha.ha...lawak la awak ni..kesian kt kak mar..sib bek awak mamai dlm keadaan rasional..seb bek awak tak ckp..gi jer cucuh api dlm telinga nti semut mati la...ha.ha.aaa
ReplyDeletedrop by menabung .. klik klik..
ReplyDeleteagar hilang stress... hehehe
salam perkenalan ....
daa~
Nor Suhaiza: nak kawen mmg stress..stress persiapan, stress dgn org sekeliling, stress dengan tunang, stress dengan duit..semua pun nak stress, tapi jgn selalu, skali sekala ok..bulan 12 eh, dah boleh start tu, jgn tangguh dah, nnti klu dh dekat sgt, berganda stressnya
ReplyDeletebetty: haha, otak masih berjalan walau mamai..huhu
normaliza: tq..;p
HAIII. selamat pengantin baru ye x lama lg..
ReplyDeleteboleh x kalau nk g wedding erin? :))
bg la kad...