I am a married woman..
How fast time flies, no time really flies. 2 tahun bercinta dan hampir setahun bertunang, akhirnya pada 25 Jun 2011, aku menjadi isteri kepada lelaki yang paling aku cinta, sepenuh jiwa dan raga, segenap hati dan rasa..ok dah, dah, meluat orang nak baca kang. Rasa baru semalam kitaorang jumpa dekat Pak Li, Shah Alam dia datang berbaju pink dengan tersipu-sipu sambil aku dengan ganasnya main UNO ngan member aku (cubaan buat tak tahu sebenarnya tu, sebab malu kucing amat masa tu). Udahlah masa tu aku set rambut curly yang disaster (terasa diri ini seperti sebatang mop), tambah pulak sebijik jerawat masak ranum di tengah hidung (dah rupa badak sumbu..grrrr)
First time jumpa..amboi ramahnya, but honestly, lepas tu aku tak harap langsung yang dia nak jumpa aku lagi. Sebab aku rasa dia terlalu cute untuk aku, dengan bibir merah dia tu..haha, serius cute mamat ni. Tapi tu dululah, cuba ko tanya aku skang, of course aku kata biasa je, sebab lepas dah jadi bf, bila dah selalu sangat jumpa "eh biasa je dia ni, takdelah cute sangat pun"..haha..(matilah mengata suami sendiri). Kitaorang jumpa first time hari Jumaat, tup-tup hari Ahad dia call ajak keluar..auwww, sudi jugak rupanya berdating dengan badak sumbu ni. Tapi tulah jodoh kan, lepas setahun bercinta, kitaorang bertunang, hampir setahun bertunang, kitaorang kawin. Syukur alhamdulillah, tuhan mudahkan semuanya.
Eh, nanti aku story pasal wedding aku yang kelam kabut tu..haha, serius kelam kabut, tapi oklah, bila ingat balik, lucu la jugak. Fuhhh, 2-2 wedding dah settle, lega dia tak dapat digambarkan dengan kata-kata, rasa nak berguling-guling gumbira membayangkan baju baru, kasut baru, boleh makan sesedap, boleh save duit balik. Settle hal wedding, now we are back to reality :)
x sbr menanti cerita erin seterusnya :-) salam bahgia selalu utk erin & hubby
ReplyDeletecongratz deaaar... update cepat2 yea... ;)
ReplyDeleteNANTI CERITA SEMUA TAUUU.. SO SWEET.. :)
ReplyDeleteErin, congratulations on ur wedding!!:)
ReplyDeleteerin.. congrats!!
ReplyDeletebetul tu, tak semua majlis tu perfect. bila kenang2 balik, kelakar pun ada kan? yg penting sume dah selamat. congrats again! :)
mia-ina: tenkiu mia
ReplyDeleterenee: okeh..selaju mungkin..hehe
sayazakiah: wajib cerita semua neh..hehe
meeya: thanks meeya
sk: yerp, tak semua perfect kan..tenkiu ;p
Hahaha. X tahan mengata suami sendiri. Hahaha
ReplyDelete