Klik Jommm

Showing posts with label Our Wedding Day. Show all posts
Showing posts with label Our Wedding Day. Show all posts

Thursday, October 6, 2011

Goodie Bag

Ok, ok lepas ni tak update cerita kahwin dah, ni yang last ok. Semalam aku sihat, so rumah memang licin ku kerjakan, habis pinggan mangkuk aku basuh, baju semua aku susun cantik, sebelum ni En. Syg campak, aku campak, dia kubar aku pun kubar jugak, tunggang terbalik bilik, baju merata-rata, tak berlipat, lipat terbalik, yang lembab, baju tak basuh dimana-mana, tapi sebab semalam sihat and dah lama ku tahan mata ini, akhirnya bilik cantik meletup, bahagia rasa. Dah lama tak rasa sihat, alhamdulillah, sekarang dah makin ok sikit, walaupun weng-weng tu ada lagi.

Cerita goodie bag, akak aku suka, dia kata senang dan jimat, isi dalam di sponsor Ma aku. Bahulu, sumi dan 2 jenis kerepek kot, ntah aku rasalah. Pengantin tak tau sebab pengantin sibuk dengan handbouquet, baju pengantin, bilik pengantin, inai, bunga telur, pelamin dan segala-gala yang berkaitan dengan diri sendiri sahaja..haha selfish gila. Goodie bag, korang bungkus ai nak buat tak tau je, ai bz okeh. Gila bengang adik beradik aku..hoii ai pengantin, takkan semua ai nak buat, begitu kau. Aku dah buat siap-siap goodie bag ni, diaorang tinggal isi barang dan stapler kan je doily paper beriben biru dengan paper bag putih tu. Senang je kan.



Ni kepalanya, jenuh aku mengentel 500 riben and tampal dekat doily paper



Masuk barang, stapler, siap


Cop tu pun aku cop siap-siap

Selesai sudah cerita kahwin, lepas ni boleh cerita hal lepas kahwin pulak. Ok, bai.

Wednesday, October 5, 2011

Bilik Pengantin

Salam semua, dah lama gila tak update. Kesihatan tak mengizinkan, kalau aku ok, aku buat kerja laju-laju, kalau tak ok, aku melepek je kat office ni, so manalah ada masa nak update, tapi hari ni ok dan tengah tunggu system update, so boleh update blog jap. Dah dekat 4 bulan kawen, dah nak beranak pinak dah, entry kahwin tak habis-habis..haha, tapi tak kira nak update jugak. Kali ni nak tunjuk bilik pengantin kat rumah mertua je lah, sebab aku lupa ambik gambar bilik pengantin kat rumah sendiri. Actually En. Syg surprise kan aku, 2-3 hari lepas majlis kat Temerloh, kitaorang balik Rawang, tiba-tiba je tengok rumah dia dah extend, ada bilik baru buat..suka mak tauu.




Gile lambat nak upload gambar, so aku letak 2 ketul ni je lah eh, berbulu dah ni menunggu. Entry pendek je, esok kalau sihat aku update lagi so doakanlah aku sihat-sihat je. Btw baby dah 3 bulan, nak pergi buat buku pink kat government, aku nak ambik cuti buat buku pink kat Serendah, sebab kat Subang ni mana ada Klinik Kesihatan, kalau ada pun nun di Puchong, tak kuasa nak mengadap jam, dah lah orang pun berbulu-bulu kat situ, aku sejak azali memang takde kemahiran menunggu lama-lama, boleh membuatkan aku naik darah, so lepas dapat buku pink aku pergi check up kat private jelah, buku pink buat syarat, tapi sampai sekarang still confuse nak bersalin kat mana. En. Syg kata dia ikut je, private ok, government pun ok, tapi family mertua suruh government, nak pulak adik ipar aku doktor kat Hospital Selayang, dia pun suruh beranak government, aihhhh confuse.

Friday, September 23, 2011

Gambar Majlis Bertandang di Rawang

Salam semua, seperti yang anda sedia maklum, aku masih lagi begini, melayan pening setiap hari. Nak tau tak..ceeee cam kepochi je kan, kesan melecur semalam tu dah ada gelembung air..sedihnya hati tengok, aku takut sangat berparut, korang ada petua tak nak letak apa? Since aku dah janji minggu lepas lagi kan nak upload gambar bertandang, jom tengok, yang OP ada 2-3 ketul je, aku malas nak save dari cd, ni pun aku cilok dari FB OP aku. Yang lain gambar dari sepupu aku.



Ni cover album


 Yang sebelah kiri tu, kasut hantaran aku, dan selamat dirasmikan masa majlis bertandang, sekarang ni high heel kesayangan intan payung, mucuk macam. Hari Raya hari tu aku raya kat rumah mertua, theme pulak merah, so aku pakai la kasut ni masa ambik gambar kat studio, siap ambik gambar, pak mertua aku suruh pergi beli selipar..sobsss. Dia tak kasi pakai high heel lagi, hari tu pakai wedges pun dia tak kasi jugak. Nak buat macamana, menantu kesayangan, padahal aku sorang je pun menantu dia..haha statement perasan sendiri.



Kaedahnya kat Rawang ni, walaupun ni majlis bertandang, tapi pengantin perempuan tetaplah yang menunggu di rumah. Aku pun pelik mulanya, sebab mana-mana tempat yang pernah aku pergi, kalau majlis bertandang pengantin lelaki dan perempuan datang dengan rombongan pihak perempuan. Tapi kat sini, terbalik, En. Syg datang dengan family aku, aku tunggu di rumah, kiranya aku ni tuan rumah pulak..hehe. Yang makcik-makcik senyum kat belakang tu family En. Syg, diaorang berarak dengan aku. Unik kan, ke tempat korang ada macam tu jugak?



Lepas tu, diaorang akan pimpin sampai pelamin, pengapit boleh rilek je..haha



Kat sini themenya merah hitam



En. Syg tengah feeling retis


Ni baju pilihan En. Syg, dia memang pantang nampak merah, suka terus. Kasut aku adalah sangat adorable..huuuu



Akhirnya berjaya buat outdoor, kat Temerloh hari tu tak buat sebab En. Syg gastrik teruk

Dah tu je, nanti kalau rajin aku update bilik pengantin masa bertandang pulak. Tah bilalah kerajinan aku tu nak timbul. Btw, aku tak berapa suka OP ni, album dia tunggang langgang, first picture gambar kitaorang potong kek dengan muka sememeh, lepas tu ada gambar sape-sape ntah yang banyak, tetiba dah kat tengah baru gambar tengah mekap, tak tersusun, lepas tu asyik ulang gambar yang sama..come on lah. OP ni last minute En. syg yang cari, sebab aku memang tak involve apa2 untuk majlis bertandang ni, main call je, tak tengok pun album previous job dia, malas nak fikir, benda dah lepas, aku nak bebel pun tak guna. Takkan nak bergaduh pulak sebab album kan, walaupun aku memang tak puas hati, kang kecik pulak hati suami. Ok, c u next week.


Thursday, September 15, 2011

Gambar Nikah Official

Salam semua, hari ni nak MC, asyik pening je ni. Tapi demi tidak mengabaikan blog, terpaksa memaksa diri mengupload gambar ni jugak. Jadi tengok gambar je lah eh, malas ahkak nak membebel.





Bilik aku simple je, dan nilah satu-satunya gambar bilik..sobsssssss lupa nak ambil, OP pun tak ambik jugak



 Gambar feeling..wajibbbbbbb


Inai yang panjang ceritanya








Aku terima nikahnya...


Wajah En. Asrul Sani yang bahagia dapat kahwin dengan saya..haha. Kwn En. Syg pun tengah feeling bahagia jugak..;p


Cer tengok tu, kemain bahagia lagi dia 


Sekian, minggu depan gambar bertandang pulak okeh. Bye nak balik dah ni.

Wednesday, September 14, 2011

Gambar Sanding di Temerloh

Album dah dapat..yeay.. Dah lama sebenarnya, dari awal puasa lagi. Tapi aku tak larat nak upload satu-satu. Hari ni aku upload pic baju biru dulu eh. Baju merah, nanti-nantilah bila rajin datang melanda.



Gambar first dalam album yang meruntun jiwa...sukeeeeeeeee



Pelamin yang simple gile..sukeeeeeee



Mama ku yang comel..dia tengah menahan sebak masa ni



My big sister, Along



Berangkat menuju ke meja makan..lapar gile




Family tak cukup korum, penat pulak kalau pengantin nak berteriak panggil sorang-sorang, jadi kubiarkan sahaja. Pengantin kena berlakon sopan..huuu



Habitat kesayangan..wuuuuuuu tahun depan aku tambah sorang lagi ahli habitat okeh



 Ok, tu je, rajin kalu esok akak kasi upload gambar nikah from OP pulak eh, ni pun bercinta nak upload satu-satu. Gambar kat meja makan, tah mana pulak perginya, baru nak tunjuk meja makan sponsor tu. Tata for now.





Thursday, August 18, 2011

Handbouquet

Handbouquet majlis nikah dan sanding di Temerloh ada satu je. Aku buat sendiri, masa orang tengah tahlil malam Jumaat tulah, aku sibuk menggentel handbouquet dalam bilik. First time buat, aku tibai je, asal lekat but sadly bunga yang aku beli tak fresh sangat. Should be aku pergi order dulu 2 hari sebelum majlis, but since aku tak punya banyak masa, aku main terjah je, dan ambil stock yang ada, so bunga pun paham-pahamlah, sampai tengahari dah nak tercabut-cabut.



Pagi pun dah nak layu..huuuu



OP cakap: sila buat muka hodoh



Ni handbouquet masa bertandang, dibuat oleh adik iparku, ni bunga ape eh, lupa lah. Tahan lamaaaaaaaaa, berhari-hari pun tak layu

Dah tu je nak update, hari ni dilanda pening, mulut payau dan loya. Update pun terkemut-kemut dari pagi tadi, dah nak balik baru nak publish. Taip satu huruf, picit kepala sekali, satu huruf, picit lagi..heeee


Sunday, August 14, 2011

Hantaran

Dah dekat 2 bulan kahwin, cerita kahwin tak habis-habis lagi. Aku dah tekad nak buat marathon pasal cerita kahwin ni..haha, tengoklah nanti eh, berjaya ke tidak. Hari ni cerita pasal hantaran. Seperti biasa perempuan cheapskate ni wajiblah buat hantaran sendiri, pandai ke tak pandai belakang kira, dah sedia semua bahan, aku main tampal-tampal je. Asal melekat sudah..haha. Aku tak pakai fresh flower sebab aku nak tidur yang cukup sebelum hari kahwin. Takmo berjaga sampai 2-3 pagi semata nak buat hantaran, so kerja mudah pakai bunga plastik je, dan hasilnya.......

_

_

_

_

_

_

_


_

_
_

Ngade je kan nak scroll-scroll...tadaaaaaaaaaaaaaaa (fine, En. Syg kat sebelah ni cakap, "eh, tada tada bajet comel la tu"..biarlah kannnnnnn)



Aku punya warna biru, En. Syg warna silver hitam



 Hasil tampalan sesuka hati dan seindah mata sendiri je



Buku yang tak sampai sebulan kahwin, habis dibaca, lepas tu En. Syg asyik mintak hadiah buku lain pulak..eh, ngadenye dia tuuu. Siapa suruh baca laju-laju kan...kannn



Cincin En. Syg


High heel kesayangan, aku pakai masa belah bertandang



Perfume Set

Sikit je la eh, nak upload semua kang, tak mandi pulak aku ni..ehehehe, dah dekat pukul 2ptg ni. Mandi lepas tengok Nona la kan, sekarang ni musim hujan, sejukkkkkkk.


Friday, August 5, 2011

Pari-pari ku sayang

Ecewahhh..sebenarnya aku ni ada group, cam group bebudak sekolah, ala group pompuan-pompuan hot yang kalau dalam cite omputih yang group cheerleader tu. Tapi kitaorang tak hot, suam-suam je. Poyo nak mati kan dah tua bangka ada group lagi..haha. Eh, biarlah, i sayang ok pari-pariku semua. Gile psycho aku, sendiri mengata, sendiri jawab balik. Group ni dah almost 3-4 tahun, sebab kitaorang semua sama tempat kerja, single n masih muda remaja, so automatik boleh click. Pergi bercuti sama, pergi melepak tengok lelaki-lelaki bersama, sama-sama evaluate bakal bf masing-masing, semua benda-benda kurang bijak zaman muda kitaorang buat bersama..haha. Sekarang masing-masing dah tua bangka sibuk dengan family sendiri, dah kahwin, dah beranak kecik, dah jarang nak lepak macam dulu, masing-masing pun dah duduk jauh, tapi kalau salah seorang kahwin wajib semua datang siap pakai baju sedondon lagi. Masa aku kahwin hari tu diorang datang pakai baju putih sedondon sedondang. Wahhh..terharu mak tengok pari-pari ku ini datang dengan baju putih bersih.



Pari-pari paling hebat mestilah Shita yang bertongkat pun nak jugak datang Pahang nak tengok aku kahwin..Heart u la



 Teman waktu senang, mahupun susah menemankan aku touch up mekap kat rumah, yang ditinggalkan terkapai-kapai tanpa pengapit, nasib baik ada pari-pari penyelamat yang menyelamatkan ku dari kapaian..sobsss. Ni masa baru nak berangkat ke dewan, diorang je ade, orang lain semua dah serbu dewan.



 2 orang je yang dah kahwin, dan 2-2 dah ada baby, so aku yang ketiga, yang lain nak bercinta-cinta lagi. Mak-mak orang ngan pak-pak orang masuk terus jadi pari pari kalerful..haha



LUV YUH!!



dan hadiah paling besar pun diorang yang kasi. tenkiu sayanggggggggggggg..ceh dah bagi hadiah dan-dan panggil sayang kan

Dah tu je, baiiiiiiiiiii dan assalamualaikum (baca ala-ala dr. izi haji ali..;p)

Wednesday, August 3, 2011

Bersanding di Temerloh

Assalamualaikum semua..(ceh muslimah bunyinya)

Yours truly sedang demam hari yang ke2, tapi gigih berpuasa. Semalam dah kantoi sehari, tak larat nak puasa. Ok, cerita puasa rilek luuuu, minggu lepas dah janji manis nak update pasal majlis kahwin kan. So hari ni cerita pasal majlis bersanding di Temerloh, Pahang..pertama-tamanye mari lihat pengantin yang perasan jelita pada hari tersebut. Hari tersebut sahaja ye, hari ni, rambut adalah bersepah, muka sememeh dengan sweater..huduss tahap tertinggi, sebab demam tak kuasa nak bersolek bagai.



 Saya suka mekap saya..saya suka mekap saya..saya suka mekap saya (Kalau suka kena sebut banyak kali)



Berarak mendung kelabu..eh..berarak menuju ke pelaminan..cewahhhh










Harap maaf, gambar semuanya gelap belaka, ada senget, ada benget, maklumlah gambar belas ehsan saudara mara, sahabat handai. Gambar berbayar belum dapat lagi, dapat kalu, laju je aku upload ok. Badan makin panas, so dah larat nak upload bebanyak..see u tomorrow :D