Malas nak update pepanjang, tengok je lah menu dinner semalam. Dah 2 malam berturut-turut makan nasi, so malam semalam masak burger je, senang dan cepat. Nasib baik Aish tidur awal semalam, sempatlah aku yang masak, kalau tak suami yang masak selalunya, kesian dia.
Kalau masak burger aku suka hidang macam ni, buat sendiri bila nak makan, sebab suami adalah cerewet, dia tak makan burger dengan sos cili, lepas tu nak letak mustard, tu kang mayonis letaknya begini, yang itu letaknya begitu, eeeeiiii malas, nah buat sendiri.
Aku punya, terasa sungguh masterchef kalau hidang begini..(stok senyum kembang hidung)
Tiba-tiba ada ketam goreng berlada, buat ratah. Aku makan sorang je 2 ekor, stok ketam last week, lambat masak kang, dah tak sedap. Suami malas makan sebab malas nak kopek. Bagus jugak boleh aku hadap sorang-sorang. Kenyang menggila semalam..alhamdulillah
Have a nice weeked everybody, tak sabar nak jumpa ibu-ibu yang gojes Ahad ni. Buat suami yang membaca, mahu masak apa malam ni kita?
erin.. pandai yek masak ketam... :D
ReplyDeletelame tak makan ketam..eerrr...malas nak kopek..heheh..same ar ngan hubby u..;p
ReplyDelete