Klik Jommm

Wednesday, November 14, 2012

Pecah Tabung

Suami jenis suka menyimpan duit dalam tabung, aku tak sebab kalau ada tabung, aku asyik nak korekkkkk je manjang, rasa cam best je, asal takde duit pecah je, korek tabung, camnelah tabung nak penuh, simpan sikit, korek je yang banyak. Suami ada banyak tabung, tabung 50sen, tabung 20sen dan tabung 10sen, ada 3 tabung yang dia kumpul dari dia bujang dan kesunyian semasa ketiadaan girlfriend dulu. Setiap kali kalau cerita zaman kegelapan dia (read: masa single takde gf dan tak laku..huhu) aku mesti cakap

"Kesiaaaaaaaannnnnnnnn awak kan, nasib baik ada bidadari yang cantik ni menyelamatkan awak, kalau tak sampai sekarang tak laku" 

Ayat macamkan ko laku sangat, tapi lepas tu dia jawab, menjawab ok, ingat dia nak diam je, ingat mithali sangat suamiku itu.

"Nasib baik saya nak kat awak, kalau tak andartu la jawabnya" 

Fineeeeeeeeee

Masa bujang dia duduk di Seksyen 7, Shah Alam, lepas kawen dia usung 3 tabung tu berpindah ke rumah sewa kitaorang di USJ. Tapi lepas kawen jugak, dia bagi tabung 20sen dan 10sen kat aku, aku punya semuanya, sebab parking kat office kena bayar pakai syiling, setiap kali pergi kerja aku cekau segengam syiling masuk dalam beg buat bayar parking, sekarang tabung 20sen dan 10sen tu dah tinggal nyawa-nyawa ikan..hahaha. Yang tinggal hanyalah tabung 50sen yang aku pun tolong topup kan duitnya jugak, asal jumpa 50sen je aku kutip dan masuk dalam tabung. Masa kitaorang nak pindah dari rumah sewa di USJ ke rumah yang En. Syg beli sekarang ni, aku dah suruh dia pecahkan tabung dan masukkan dalam bank saje, sebab buat berat je nak bawak pindah sekali, tapi dia taknak, dia nak kasi tabung penuh dulu, baru pecahkan. 

Sekarang dah setahun setengah kahwin, anak pun dah setengah tahun, barulah tabung penuh dan semalam di pagi Deepavali yang syahdu, kitaorang pecahkan tabung.





Tabung ni macam tin susu, takde lubang yang boleh dibuka, kena pecahkan, kalau ada lubang yang boleh dibuka, kang ada je (aku la tu) yang mengorek tabung memalam..eiii macam toyol je bunyinya.















 Aish buat muka tamak..hahaha




Dapatlah dalam 300++, En. Syg ambik 100, upah untuk diri sendiri, 200++ lagi Aish yang punya. Eh, mana aku punya portion, takkan takde kot..cisss. Takpelah aku mengalah, bagi anak jelah. Duit seringgit yang dalam tabung tu semuanya bentuk burung, zaman bujang dan gelap dulu, asal ada duit seringgit je En. Syg lipat buat burung, kumpul banyak-banyak atas meja office, dah banyak, dia cekau masuk dalam beg, bawak balik rumah bujang dan masukkan dalam tabung satu persatu sambil mengenang nasib, gila kesian bunyinya. Bila dah ada makwe (akulah tu..wuuuu) dah tak sempat lagi nak buat burung sebab bz buat kerja, nak kumpul duit nak kawen dengan makwe yang jelita. Nak kumpul duit nak bawak makwe tengok movie, nak kumpul duit nak bawak makwe makan k-ep-si (gila murahan, makan KFC je..wakaka). 

Bercinta zaman sekarang banyak pakai duit tau, semua pun duit. Nak kawin duit jugak, dah kahwin ada anak, lagi kena banyak duit, anak dah sekolah nak membesar..duiiiittttttt saje. Sebab tu dari sekarang kena plan untuk anak, En. Syg buat Education Fund untuk Aish through Prudential, sekarang pun dah simpan untuk SSPN, jangan besar sok anak aku malas belajar sudah, dari dalam hari lagi dah ada Education Fund. Mak bapak kau ni dulu pinjam PTPTN je..sobss...berdarah hidung nak bayar pinjaman yang menimbun tu.

"Syg kita kena simpan duit untuk kenduri Aish nak kahwin nanti, sok dia nak kawin dah senang, takdelah macam kita dulu" 

Eiii tak kuasa aku, kalau dia pandai berkenan kat anak dara orang sok, pandailah cari duit hantaran sendiri, jangan nak mengharap aku pulak..amboiii banyak cantik. Kalau hantaran zaman tu 10K takpe lagi, buatnya dah 100K, pitam mak kau. Pandai-pandailah menabung ye Aish kalau nak kawin dengan gadis idaman macamana daddy menabung masa dia nak kawin dengan gadis idaman dia yang jelita, hot, meletop, sopan santun, berbudi pekerti, lemah lembut, menghormati orang tua, bersangka baik dengan jiran tetangga, penyayang, berfikiran luas, berdikari, gemar membaca, ..bla..bla..blaaaaaa..blaa.

Amacam, nak muntah tak..ahahaha

8 comments:

  1. hahaha..comel je aish buat muka tamak tu..kiki..tu la kena ajar anak berdikari simpan duit nak kawen sdri kann.. :D

    ReplyDelete
  2. hahaha ! aish omey je buat muka cenggitu :p

    ReplyDelete
  3. Hadoi..ayat last x tahan.hahahaha!!!

    ReplyDelete
  4. ayat tu mmg hot lagi meletop!!!
    hahahahaha!!!!

    ReplyDelete
  5. nak buat tabung cenggini jugak la..sebab asben i suka tabur syiling merata tempat..kaya sangat konon.huh! i la tolong kutip masuk purse i! kah3..pasni nak menabung la..menabung kn amalan mulia..hheh..

    ReplyDelete
  6. aish.. siap angkat kaki ala2 relax2 time gitu.. ewah! dpt 200 lagi yaw.. hehe. tp syok kan bl kira tgk dh banyak gitu..huiyo..

    ReplyDelete
  7. Hohoho..terserlah muka tamak Aish :D

    Sokong!! Simpan duit tuk study anak, tapi untuk kawen dia..biar dia carik sendiri.

    ReplyDelete
  8. wow... menabung ke erin... bgus nya... lin tak xde tabung pun. duit sepah2 letak merata.. :D klu teringat je baru masuk tabung... bgus kan cmni. nak buat gak la. 10 sen or 20 sen pun lama2 beratus gak kan... :D

    ReplyDelete