4 juta kali aku fikir nak letak tajuk apa, last-last gasaklah, asalkan korang paham. Ni aku nak share cara aku bekalkan makanan untuk Aish kat rumah babysitter. Sebelum ni masa mula-mula Aish makan, pagi-pagi lepas panaskan makanan frozen dalam warmer, aku letak dalam tupperware kecik, tunggu sejuk baru tutup, sebab takut basi kalau tutup panas-panas. Kan ke dah satu hal nak tunggu sejuk pulak, dah lambat 10 minit pergi kerja..haha.
Aku tak rasa babysitter panaskan makanan Aish sebelum Aish makan, yelah Aish makan 4 ketul kiub je, kalau panaskan, letak air, kang dah cair bubur anak aku, or kalau tak letak air, kang kering pulak bubur, tinggal sesudu je bagi Aish makan. Eiii complicated betul pemikiran aku ni, tapi betullah tu kan. Lagipun babysitter jaga 3 baby, aku pun taknak lah susahkan dia, duk pesan suruh panaskan makanan anak aku. Suami pulak asyik cakap "tak kesian ke bagi Aish makan makanan sejuk?"
So aku decide nak beli termos makanan, aku nak yang besar, kebanyakan yang aku tengok butik baby online semua jual paling besar 500ml. Nanti kalau Aish dah besar, dia nak makan banyak, muat ke 500ml tu? Lepas tu aku nak yang bertingkat, boleh letak 2-3 jenis makanan, untuk breakfast, lunch, snek..etc. Takkan nak beli 2-3 ketul termos kot. Masa pergi Giant Sek. 13, aku terjumpa termos yang heibat ini..hahaha..mentanglah aku yang beli dan-dan nak cakap termos ni heibat.
TADAAAAAAAA
Hensem dok beliau? Ada macam gaban tak?
Stainless steel, banyak kaler ada warna merah dengan warna apetah, tapi aku ambik kaler hitam, smart sikit..beli termos pun nak smart-smart..apadaa
Lepas panaskan bubur, tapis dulu. Ni masa zaman jahiliyah, lepas blend, terus bekukan, tak tapis dulu. Aku letak kismis dalam bubur Aish, kalau blend, kismis susah nak hancur, mesti ada serdak-serdak. Sekarang, lepas blend, tapis dulu, baru bekukan dalam kiub. So dah jimat masa.
Banyak kan serdak dia, mau tersedak Aish Yusuf.
Lepas tu bancuh, letak olive oil dengan serbuk ikan bilis, kacau secukup rasa (sambil jerit kat Aish, "janganlah nangis dik, mommy tengah buat kerja ni, jap jap" sambung nyanyi lagu Tepuk Amai-Amai)
Termos ni 3 tingkat, tingkat pertama termos itself, tingkat kedua mangkuk yang dalam sikit, tingkat ketiga, mangkuk yang cetek sikit. Faham tak? Bubur aku letak dalam mangkuk yang dalam sikit.
Sambil bancuh bubur, aku panaskan breakfast. Ni jagung, sedap, kalau Aish tak habis, aku yang habiskan..rugi ko dik.
Ni tingkat ketiga, mangkuk cetek sikit
Tutup begini, sebelum tutup dengan penutup stainless steel dia. Sedap je Aish makan suam-suam. Aku nak beli brand Thermos sebenarnya, tapi aku tak jumpa yang memenuhi ciri-ciri yang aku nak. Lepas tu kat Giant or Tesco (tempat shopping wajib setiap minggu) aku tak jumpa brand Thermos, lepas tu aku dah tak sabar nak beli, nak gi cari kang lambat, so aku beli je mana yang aku jumpa. Kat OBW brand Thermos cenonet je.
Dulu letak dalam tupperware kecik ni je, sekarang tidak lagi (duck face sambil lambai-lambai Miss Universe)
Harga termos: RM59.90
Takdak brand..haha
Selamat Hari Jumaat, bye :p
rajinnya..
ReplyDeletemenarik... nak bawak pergi jalan2 senang ni... panas sentiasa...
ReplyDeletecontoh ibu yang rajin+ gigih+ nak bagi anak makan bukannya senang eh?
ReplyDeleteeven bubur pon dah lama nanti pening nak pikir eh...today nak masak ape lagi eh? ape lagi dia boleh consume eh?
gitew! :)
bestla aish makan panas-panas suam gitu..
ReplyDeletesuka2..mang dok cr termos mcm ni!
ReplyDeletebaca dua kali sbb nak tau beli termos kat mana. kat mana beli?huhuhu
ReplyDeletehaaaa..ye ke baca 2 kali..biasa dia tu!! haha..kat jayen syg..jayen (giant) ;D
Deletenk g beli gak ...
ReplyDeleteMommy nyanyi lg..hahaahah
good idea... izwa bagi babysitter cube je pagi2... n nanti babysitter panaskan... dia jaga anak wa seorang n anak buah wa je... so tak pe rasanya susahkan dia sikit.... tapi lepas ni mungkin izwa akan buat macam awk buat sebb tak nak Damia sakit berak2 lagi
ReplyDeleteaiyaaa..terasa betul ai malas disini..sumbat muke bawah meja :D
ReplyDeletedah lame terpikir2 cemane nk bwk makanan mikhail kt babysitter! thanks erin for the brilliant idea...hehe...
ReplyDeleterajin betul prepare! klu i mmg satu jenis je la.. xde nak bertingkat2.. hehehe
ReplyDeleteahh..tension nape la tak baca post ni dulu. termos ni cam lagi bernas je sebab bertingkat2 dalam termos tu itself banding ngan yang nadt ada sekarang. ada jugak yang pi beli senyap2 tanpa pengetahuan encik suami (takut kena marah sebab da beli set yg mahal). :p
ReplyDeleteAda kat mana lg ye termos mcm ni.nak tp xde giant kt tmpt sy
ReplyDeleteMakanan boleh tahan berapa lama ye dlm ni?
ReplyDeleteBerapa lama bole tahan dlm nk
ReplyDelete