Salam,
*Entry ni khas untuk Fifi yang request aku buat review, orang lain nak baca pon bolehhh..:)
Mula-mula nak cakap review ni based on pandangan sendiri je, mangsa review pun anak sendiri, beli diaper je pakai duit suami, tidak ku pakai duit sendiri..eh..haha. Selama Aish lahir tak banyak kot aku try test diaper ni, aku tak berani. Pernah sekali je beli Huggies masa Aish dalam pantang dan pernah sekali je try Whoopee, Aish tak sesuai dengan Whoopee sebab bird dia merah, setiap kali pakai pun merah, so aku bagi officemate je. Review aku ni ikut kesesuaian anak aku tau, anak aku dengan anakmu manakan sama, so setakat nak beli diaper yang sama macam Aish aku tak kisah, tapi kalau tak sesuai dengan anakmu, jangan lah marah daku, gituuuu. Setakat ni faham ye aku punya T&C ni..hahaha puihh.
Diaper pertama yang aku bagi Aish pakai is PetPet, sebab aku main beli je dan takde experience lagi. PetPet ok, lepas 3-4 jam baru penuh, tahap kering dia sama je macam Drypers, bezanya cuma PetPet ni banyak gel, kalau banyak anak ko peepee, diaper tu akan melayut ke bawah. Melayut-layut macam nak londeh, lepas tu anak ko jalan kedek-kedek..aiyoohhh comel la pulak. Harga PetPet pun affordable sama macam Drypers.
PetPet aku suka, Drypers pun aku suka, tapi sekarang Aish dah tak pakai
PetPet, aku belikan dia Drypers untuk pakai waktu siang, after 3-4 jam
baru penuh. Corak Drypers comel, berbeza ikut saiz, ok point ni tak penting pun sebenarnya, anak ko pakai seluar, takde sape nampak corak diaper dia pon. Tapi best sama je macam PetPet, 2-2 pun aku recommend. Tapi bila dah penuh Drypers tak melayut-layut macam PetPet, dia kembung je, kalau melayut pun tak semelayut (ada ke ayat ni?) PetPet.
+overview_v2.jpg)
Aku ni boleh kata rajin jugaklah tukar diaper anak, aku takut Aish tak selesa, kadang-kadang belum penuh pun aku dah tukar, masa Aish belum setahun, dia teramatlah kerap bangun menyusu waktu malam, bila dah banyak susu yang masuk, peepee dia pun banyakkk jugak, stress mak kena tukar diaper dia sampai 4 kali satu malam, masa tu dia pakai Drypers, setiap kali dia bangun menyusu, setiap kali tu jugakla aku tukar diaper dia. Lama-lama sebab tak tahan aku suruh En. Syg belikan MamyPoko. So waktu malam memang aku pakaikan Aish Mamypoko. Selalunya aku akan tukar diaper Aish sekali je waktu malam around pukul 2-3 pagi, sebab biasanya dah penuh, kalau aku biar sampai pagi memang akan bocor. Eh bukan nak cakap MamyPoko tak ok, tapi anak aku tu kuat peepee sebab dia kuat minum susu. MamyPoko serius terbaik, sebab tu harga dia pun terbaik. Tapi aku tak kisah sebab kalau Aish pakai MamyPoko boleh la aku dapat tidur yang lena gitu, tak payah bangun malam asyik menukar diaper dia je.

Alhamdulillah ketiga-tiga diaper tu semuanya sesuai dengan Aish, sebab tu aku taknak tukar brand lain, risau tak sesuai dengan dia macam Whoopee hari tu. Since Aish dah besar ni susah gila kot nak pakaikan dia diaper, seboleh mungkin dia keraskan badan, menangis sekuat mungkin taknak pakai diaper, so aku suruh En. Syg belikan diaper pants, senang, sambil dia main pun boleh ku pakaikan. Setakat ni aku baru cuba 3 jenis diaper pants, ni pun suami aku main belikan je.
Aku suka cutting and design Drypers DryPantz ni, cute and kemas. Aku rasa Drypers DryPantz la yang paling terbaik, daya serapan dia pun sama je macam Drypers yang strap tu, kalau ko nak jalan-jalan pakai Drypers DryPantz ni memang ok sangat, tak payah beli yang mahal-mahal tu, sebab yang ni memang dah ok bagi aku
BabyLove GrowPants aku letak ranking kedua lepas Drypers Drypantz, daya serapan dia so-so je, cepat jugakla penuh and dia jenis yang banyak gel, Aish pakai dalam 2 jam je dia macam dah nak penuh, tapi design dia kemas sama macam Drypers Drypantz.
MamyPoko Easy Fit Pants plastik kuning ni memang murah, tapi daya serapan dia lagi kurang dari BabyLove tu, paham dok, kalau ko lambat tukar diaper anak, insyaallah anak ko bergelumang dengan peepee sendiri, aku dah test dengan tangan sendiri, dia macam span, bila aku tekan je, peepee tu naik semula ke permukaan, kira macam lecak la bonbon anakmu kalau pakai diaper ni lama-lama. Nak pakai boleh tapi kena kerap tukar, kalau tak sian baby. Tapi Aish memang jenis banyak minum, kalau dapat air masak dia boleh minum sampai kembong, sebab tu peepee dia pun banyak. Orang cakap MamyPoko pants ni banyak jenis, ada jenis yang ok dan lebih baik dari yang plastik kuning ni, aku tak tau sebab tak pernah cuba, aku review mana yang aku pernah cuba je.
Akhir sekali, nak jimat kalu, ko pakai daun je
Ini budak suka air, boleh menggelupur kalau ko pisahkan dia dengan air. Sebab dia dan air ibarat aur dan tebing, ibarat isi dan kuku, ibarat lagu dan irama, ibarat peepee dan poopoo, ibarat Mommy dan Daddy..eh? ibarat Buddyz..takkan terpisah yo!
Ok, bye!