Klik Jommm

Thursday, April 4, 2013

Aktiviti Malam Semalam

Ishhh malas betul nak update sekarang, nak transfer gambar tu yang malas sebenarnya. Bilalah nak jadi rajin ni. Oh semalam lepas balik kerja dan fetch Aish dari babysitter, macam biasa dah sampai rumah aku buat dinner untuk dia, bergaduh-gaduh tau, sebab dia sibuk nak panjat dapur, kita ni takut dia terkena minyak panas je, tapi dia sibuk duk memanjat. Aku paling sekali lagi dia dah lenyap dari dapur, rupanya duduk memanjat dekat tv, berulang alik dari dapur ke depan, dapur ke depan, asal dengar lagu best kat BabyTV, tetiba je hilang, tengok-tengok dah terdongak-dongak tengok tv. Comel sangat rasa nak lempang

Lepas tu tetiba pulak ayah dia ajak keluar nak beli handphone, ke SCM la kita. Ni 2nd time aku pergi SCM, lepas beli handphone, terus pergi makan. Masa suami makan aku suapkan Aish bekal, suami siap makan, dia ambik Aish, baru aku boleh makan, begitulah bila dah ada anak ye, makan gilir-gilir. Lepas makan pergi Daiso, beli barang sikit, Aish minum susu dan terus tertidur dalam stroller dia.

Masuk dalam kereta pun dia still tidur lena sampailah ayah dia dukung masuk dalam bilik, terjaga dan terus menangis, aku bagi nenen, dia hisap sekejap, lepas tu kemain luas mata dia, masuk buai mengamuk nak keluar, bagi mainan, dia main sekejap. Lepas tu duk ngikut aku ke hulu ke hilir yang sibuk mengemas beg dia ke rumah babysitter esoknya. Aku masuk dapur, dia pun sibuk bertebeng depan mesin basuh, dia tidur dekat pukul 1pagi tauu, bertongkat mata aku ni duk menunggu dia. Nilah first time dia tidur selewat ni, ayah dia dah siap berkeroh, biasanya pukul 8 or 9pm dia dah tidur dah. Kemain ketat mata aku nak bangun pagi tadi, tapi disebabkan dia tidur lewat, dia bangun menyusu sekali je, seronok mommy rasa.



Suami dengan handphone baru



Aish dengan botol lama



Kemain bersungguh dia duk tekan button mesin, kalau mesin tengah jalan, dia memang suka duduk depan ni sebab tengok kain berputar, macam tengok wayang kaedahnya..haha



Nampak tak saya tengah gembira ni



Lagi 26 minit, jangan ko tekan button lain nak, menangis mak ko nak tunggu lagi sekali nanti



Dah penat, main botol pulak..fufufuu, malam ni tidur awal ye, mommy penat ni

Bye


6 comments:

  1. hahaha..mcm tengok wayang kekdahnya ye!

    ReplyDelete
  2. Sekali napas bc..hewhewhew

    Cian aish xdpt thk wyg tgk mesin bsuh cam wyg pn jdla..

    ReplyDelete
  3. saya pun suka tengok mesin berputar.cam kagum gitu

    ReplyDelete
  4. Hahaha.peel ank ank ni lbih kurang je smua kn

    ReplyDelete
  5. Wayang tue!!!... Sabar itu separuh dr iman...

    ReplyDelete
  6. ahaha..mlm td pun mikhail tdo lewat..kul 1..sbb mama pun tdo lwt ..xde mama xbole tdo..hhuu

    ReplyDelete