Cerita 2 minggu lepas, baru sekarang nak update.
Birthday Aish on Tuesday, so aku memang tak ambik cuti, sebab dah banyak sangat aku cuti sampaikan cuti pun dah takdo. Kebetulan Aish tak berapa sihat masa minggu birthday dia tu, so berulang aliklah kitaorang berdua dari tempat kerja ke Serendah selama seminggu, sebab mertua aku nak jaga Aish yang tak sihat (batuk and selesema)
Balik dari kerja, aku singgah bakery dan belikan dia kek cinonet je, sebab aku takmo membazir, takde orang kat rumah Serendah, tinggal mertua aku berdua je, diaorang manalah nak makan kek sangat. Aku tak berapa gemar sangat kek, suami pun so-so je. Ingat lagi masa bertunang dulu aku bagi cupcake as hantaran, lepas seminggu bertunang, aku datang rumah bakal mertua, cupcake elok lagi duduk dalam kotak dalam fridge tu, seketul pun takde orang makan, alih-alih aku yang makan..hahaha.
Dan percayalah, kek cinonet Aish tu masih lagi tersergam indah dalam fridge kat rumah mertua, elok lagi seketul, takde orang makan, except kalau adik ipar aku yang tengah bercuti sem tu makan..ohhh lupa Sofea (adik ipar) on diet..kan diikkk
Masa aku sampai kat Serendah malam tu, Aish baru nak tidur, so keluarkan dia dari buai dan cepat-cepat pasang lilin. Dengan ketiak masam, semangat mommy kendong Aish suruh posing.
Holoh..holoh
Sibuk duk menggaru telinga, sebab berpeluh, masa ni musim panas
Mommy tolong tiup eh
Tu je, jadilah nak buat kenangan kan, yang lain aku beli macaron and beberapa ketul blueberry cheese tart yang obviously, semuanya pun aku yang habiskan..srooottttt. Birthday party Aish nanti mommy belikan kek besar sikit ye, sebab ramai tolong habiskan nanti, takdelah terbuang gitu je.
Jumaat lepas, adik ipar ajak pergi dinner sebab nak celebrate birthday pak mertua aku on 20 April, alang-alang, kira celebrate birthday Aish, daddy and mak mertua sekalilah ye. Aish 9 April, En. Syg 16 April, Pak Mertua 20 April and Mak Mertua 30 April..berderet.
Tu belum campur family Pahang aku lagi, anak buah 21 April, kakak aku 12 April, anniversary parents aku pun 12 April. Aku dengan En.Syg plan semua anak-anak aku nanti, aku nak lahirkan on April, kalau ada rezekilah kan, insyaallah, boleh celebrate sekali harung dengan daddy, jimat duit mommy.
Aish comot sangat, balik kerja lepas fetch dia dari rumah babysitter, terus singgah klinik ambik ubat selesema and batuk and terus gerak pergi dinner
Pak mertua dan adik-adik ipar
Dinner dekat rumah aku, mula plan nak dinner kat Laman Grill, sekali sampai, Masterchef Selebriti tengah shoot dekat situ, terus pergi Ayers Rock, restoran ni pernah masuk kat JJCM, food dia sangat sedap, ini serius (buat muka serius sambil kerut kening)
Air old skool
Semua sedap, daging dia lembut-lembut menusuk ke jantungku, sedap sangat, sangat-sangat. Bye!
sambutan kecil kecilan yang meriah...
ReplyDeletesedap ke beb? aku g makan yang branch kota damansara, hampeh! ni ko g yang shah alam kan?
ReplyDeleteKecil kecilann yg sgt bermakna.happy birthday aish omey.ehh erin ayers rock ni kt ner? Blehh terjah nnti
ReplyDeletealololo..comelnya kek tu. kecil-kecilan pun tapi yang penting ingatan tulus ikhlas tu ye dak. happy besday aish. nnt mama saif datang celebrate besday kamu sabtu ni ye.
ReplyDeletemakkkk eehhhhh...lapooooo tengokkkk gambau makanan...heee
ReplyDeletewww.malyndanggun.com
Happy birthday aish!!
ReplyDeletehappy birthday aish! comel sgt kek ultramab tu! hehe
ReplyDeletetakpe, lepas ni blh celebrate lagi..hihi
Wah..kek tomen2 tu..comel...happy bday aish n moga cepat sihat..=)
ReplyDeletecomey sgt kek comey lotey tu..sm la asben anis..die xsuka kek..so besday anis pun die bli 1 slice kek je...huhu..
ReplyDeletebesar ultraman dari kek Aish..hihi. kalau kt umah ni, celebrate besday anak dara, mommy beria beli kek besar besar, pastu hari hari duk hadap kek.. fevret sangat!!!
ReplyDeleteanak sorang boleh la heh..
ReplyDeletehappy besday aish..comel sangat kek otomen tu..walau kek kecik tapi tu bermakna sangat dari mama pada asih kan.. ;)
ReplyDeleteOloloh..comey je kek Aish.Besar dah nampak dia :)
ReplyDeleteBtw, foods tuk membuatkan air liur ku berjejeran!
happy birthday aish..nnt mamam kek besar pulak ek =)
ReplyDelete