Klik Jommm

Tuesday, October 1, 2013

Petang Ahad

Salam,

Lately, aku selalu update aktiviti keluarga kecik aku, dah takde benda nak ku gebangkan. Terpaksa mengebang aktiviti kitaorang, asalkan blog ku berupdate. Minggu lepas kan aku ada update pasal hobi baru Aish yang teramatlah suka menolak troli, En. Syg ada hantar video Aish tolak troli dekat Whatsapp family mertua, so bila kitaorang balik baru ni, Atok and Nenek siap parking kereta kat luar, mop lantai garaj bersih-bersih buat "padang" untuk Aish tolak troli, boleh bayangkan tak betapa sayangnya mertua aku kat Aish. Sebelum kitaorang sampai Rawang, pagi-pagi lagi mak mertua aku dah siap basuh and mop lantai garaj untuk Aish.

Petang Ahad hari tu sambil melayan Aish menolak troli, kitaorang siap berkelah kat garaj, bersila makan colek..heaven betul.





Garaj mertua dah jadi padang Aish, dari sabtu sampai ahad, asal bangun je dari tidur, Aish akan sibuk menolak troli kat garaj ni..hahaha, kelakar pulak aku rasa.



Memang comot habis Aish, berpeluh, masam, lepas tu bagi dia makan tembikai, menitik-nitik air tembikai kat baju dia, baju pun habis comot buat lap tangan. Sambil makan sambil menolak troli, aku siap prepare kain lembab, setiap kali dia nak makan buah, kena lap dulu tangan dia.



Aish suka sangat makan duku langsat, takpe ke eh, banyak gila dia makan, aku ada bagi jambu tapi dia tak suka sebab takde rasa. Lepas makan buah kemain lancar poopoo dia, sehari sampai 2-3 kali, nangis mak ko.







Troli di bawak balik khas ke Rawang untuk dia main saje, mak mertua siap call untuk ingatkan kitaorang pasal troli sebab dia dah siap buat padang untuk Aish..hehe comel ohh mak ni.





Tengah panas pun jadi








En. Syg ada buatkan watermark untuk aku, sebab watermark aku semalam hodoh gila dia cakap..hahahaha. Nak cepat punya pasal aku buat watermark pakai paint je, sebab aku risau kalau tak letak watermark kat gambar feature wall tu, kang ramai pulak tolong mengaku tu rumah diaorang, fenat mak hincik cat, tetiba jadi rumah orang lain pulak..wahaha, orang sekarang macam-macam oii. Tapi gambar Aish ni aku tak letaklah watermark, sebab malas, update untuk esoklah aku start buat watermark yeh. Ok, bye!



14 comments:

  1. sedapnyerrr buahhh..aduhai meleleh mak incik kat sini tengok huhu..belah mana pulak umah mak mertua ko ni..kawasan luas..damai..tenang..ewah kemahen ayat

    ReplyDelete
  2. Aish dah jalan laju la...baru nampak dia berdikari...good boy

    ReplyDelete
  3. alolololo syg nya nenek dye,sampai lap n bersihkan garaj.mkn colek sedap tuuu.siap pelammm~

    ReplyDelete
  4. sedapnye colek2..kasih atuk n nenek tiada tandingan..haha

    ReplyDelete
  5. Untung Aish, nenek n atok buat padang simen kan. ahaha tapi tang melepak lyn asam sambil perhati anak main tu, terbaik betul. Haish, kecur liur.

    ReplyDelete
  6. alahai aish..kenapa sweet sangat nih..kemain lincah lagi awak ye

    ReplyDelete
  7. zara dpt men kat halaman pon kene tngu balik umah atok johor
    sbb umah mommy kat KL xde halaman
    tinggi sgt
    huhuhu

    ReplyDelete
  8. Cantik sgt umah mertua erin....cantik ar cactus dia tanam...adore sgt2 umah mcm nih...tenang je erin :) aish semakin membesar makin banyak cerdiknya...pintar boy!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah beruntung aish.. auntie terus beli nanas aish oi tgk mak kamu letak gambo nanas. Hahaha.

    ReplyDelete
  10. Cute gila kot nenek aish. Tak tercapai d3k akal daku dia akan kol remind soh bawa balk troli smata cucu nak main.....hebakkk.

    ReplyDelete
  11. seronoknye tgok mini garden tuuuuu

    ReplyDelete
  12. part lepak petang2 sambil makan buah+cicah kuah rojak tu sedapppppp

    ReplyDelete
  13. Wah suka tgk pokok tersusun tu.. Luas kawasan umah..
    Eh gmbr buah buat ros mengidam...opssss...hahahhahha

    ReplyDelete