Klik Jommm

Showing posts with label life after 'i do'. Show all posts
Showing posts with label life after 'i do'. Show all posts

Monday, November 11, 2013

Hai :)

Salam,

Lama tak jumpa kan, aku bz sikit ni, bz menjadi SuperStaff..hahaha, hati meronta-ronta nak update, tapi boss pulak meronta-ronta bagi kerja, biasa dia tu!! So buat melepas rindu kat blog sendiri, aku update sikit je hari ni, boleh la dari takde



Homemade KFC

Hari cuti, suami meronta-ronta nak buat KFC. Iye, buatlah bang, i makan saje nanti. Dah 2 kali buat, kesedapan masih berkekalan. Kali pertama adik aku jadi assistant chef, kali kedua dia buat sorang-sorang, kelentang kelentung siap. Aku makan sambil meronta-ronta kesedapan..ok over, makan pun nak meronta, pang kang tau la. 

Bye, boss i tengah meronta-ronta bila tengok I lekkk je update blog macam takde apa-apa yg berlaku di opis ni. Ok, otak tengah tepu, ayat meronta-ronta je yang aku nak taipkan sekarang ni. Entry tak berilmiah langsung, baik korang jangan baca..ke dah habis baca??? ahahahaha. Bye!

 

Tuesday, October 8, 2013

Beberapa Jam di IKEA

Salam,

Bila bilik Aish dah siap, maka aku adalah tergedik-gedik nak mula deko, tak sabar. Mulanya aku ajak suami ke Kaison (nak cari jam dinding macam Wawa Mama Naila). Aku nak cari jam dinding yang ada nombor besar-besar, so that boleh ajar Aish tengok jam nanti. Tapi suamiku upgrade ajak aku ke Ikea, ibarat kata pucuk dicita ulam mendatang..huehuehue. Marilah abang, marilah bersama kita ke Ikea. Sekejap je pun kitaorang pergi, and memang aim barang deko untuk bilik Aish je, terpaksa aku pejam mata dari tengok barang lain, itu pun over budget...pfftttt (oh, kitaorang memang akan save bulan-bulan untuk bilik Aish, so duit tu lah yang kitaorang guna untuk buat bilik dia, memang takkan usik duit lain). Banyak lagi yang aku nak beli sebenarnya, takpe kita tunggu budget bulan depan pulak, baru kita top up barang lagi.



Kitaorang sampai around pukul 11 am, parking almost penuh, nasib baik senang dapat parking..fuhhhh. Kalau parking penuh terus, mau kitaorang pun terus balik, ingat suamiku rajin nak cari parking?



Orang ramai macam pergi pasar weii, berpusu-pusu, beli menda la korang ni..kehkeh, padahal aku pun sama



Walaupun orang super ramai, aku tetap bertabah beratur demi meatball



Hai lama tak makan awak, marilah duduk dalam ususku :)


Lepas makan terus turun ke bawah nak cari barang kat gudang, Aish boleh mengamuk menangis menjerit sekuat hati sebab nak tolak troli, yang aku tak paham tu, sambil tolak troli sambil menangis menjerit, orang tengok je aku mengikut belakang dia, kalau aku pegang troli tu nak alih sikit laluan dia (takut dia langgar orang) lagi kuat dia menjerit, terbalik hati aku ni tauu sebab tak sabar nak balik, pening dengar dia menjerit



Pi lah mana hang nak pi, jangan nangis sudah



Segala benda dilanggarnya, aku biar je, mana boleh pegang troli dia, ada kang dia mengamuk terlentang atas lantai, sabor jelah.



Cepat-cepat aku pergi bayar while En. Syg layan dia tolak stroller pulak, dah siap baru call dan caallooooo. Dalam kereta behave pulak dia, first time ni Aish mengamuk macam tu kat luar..grr grrr grrr. Dulu diam je, baik je, kemain senang nak bawak dia berjalan, bertabahlah.



Aku banyak beli frame, ada projek sikit nak buat untuk bilik Aish nanti, yang lain aku update kemudian eh. Ok, bye!


Tuesday, October 1, 2013

Petang Ahad

Salam,

Lately, aku selalu update aktiviti keluarga kecik aku, dah takde benda nak ku gebangkan. Terpaksa mengebang aktiviti kitaorang, asalkan blog ku berupdate. Minggu lepas kan aku ada update pasal hobi baru Aish yang teramatlah suka menolak troli, En. Syg ada hantar video Aish tolak troli dekat Whatsapp family mertua, so bila kitaorang balik baru ni, Atok and Nenek siap parking kereta kat luar, mop lantai garaj bersih-bersih buat "padang" untuk Aish tolak troli, boleh bayangkan tak betapa sayangnya mertua aku kat Aish. Sebelum kitaorang sampai Rawang, pagi-pagi lagi mak mertua aku dah siap basuh and mop lantai garaj untuk Aish.

Petang Ahad hari tu sambil melayan Aish menolak troli, kitaorang siap berkelah kat garaj, bersila makan colek..heaven betul.





Garaj mertua dah jadi padang Aish, dari sabtu sampai ahad, asal bangun je dari tidur, Aish akan sibuk menolak troli kat garaj ni..hahaha, kelakar pulak aku rasa.



Memang comot habis Aish, berpeluh, masam, lepas tu bagi dia makan tembikai, menitik-nitik air tembikai kat baju dia, baju pun habis comot buat lap tangan. Sambil makan sambil menolak troli, aku siap prepare kain lembab, setiap kali dia nak makan buah, kena lap dulu tangan dia.



Aish suka sangat makan duku langsat, takpe ke eh, banyak gila dia makan, aku ada bagi jambu tapi dia tak suka sebab takde rasa. Lepas makan buah kemain lancar poopoo dia, sehari sampai 2-3 kali, nangis mak ko.







Troli di bawak balik khas ke Rawang untuk dia main saje, mak mertua siap call untuk ingatkan kitaorang pasal troli sebab dia dah siap buat padang untuk Aish..hehe comel ohh mak ni.





Tengah panas pun jadi








En. Syg ada buatkan watermark untuk aku, sebab watermark aku semalam hodoh gila dia cakap..hahahaha. Nak cepat punya pasal aku buat watermark pakai paint je, sebab aku risau kalau tak letak watermark kat gambar feature wall tu, kang ramai pulak tolong mengaku tu rumah diaorang, fenat mak hincik cat, tetiba jadi rumah orang lain pulak..wahaha, orang sekarang macam-macam oii. Tapi gambar Aish ni aku tak letaklah watermark, sebab malas, update untuk esoklah aku start buat watermark yeh. Ok, bye!



Wednesday, September 25, 2013

Lepak Malam

Salam,

Amboiihhh tajuk tu macam bujang sangat aku ni kan, sejak dah kahwin ni dah jarang sangat lepak malam-malam, dulu sebelum lahirkan Aish adalah jugak sekali dua, bila dah ada anak kecik kenalah stop lepak malam, tak sesuai bawak baby berembun kat luar ye dak. Aish dah besar sikit ni, aku rasa nilah first time lepak malam bawa Aish. Sajelah malam minggu pergi makan ringan-ringan, aku ajak suami pergi Pak Li kat Seksyen 7, kalau korang duduk Shah Alam or pernah study kat UiTM Shah Alam tu confirm tau kat mana Pak Li kan. 

Kat situlah jugak first time aku jumpa suamiku, first time suami aku jatuh cinta dan terpesona dengan kejelitaan rambut perm gulung-gulung ala mop ditiup angin sepoi-sepoi bahasa macam filem hindustan, dahlah masa tu awak nampak saya dari belakang je kan, kemain call suruh saya paling muka ke awak..auwww, sekali ku paling..nahhh jerawat besar tengah masak ranum atas hidung, macam badak sumbu, tapi tetap awak berdebar-debar masa tu kan bang?? hahaha, matilah balik ni suami aku defend diri sendiri, dia mesti nak cakap aku yang tergila-gilakan dia dulu..ngehehe gasaklah bang oii. 

Pre Wed dulu pun kitaorang buat kat sini jugak, sebab kononnya nak imbas balik waktu first time jumpa tahun 2009, dah 4 tahun rupanya, dah ada Aish pun haaa.  Kalau ingat balik..alahai sweetnyaaaa. First time kitaorang jumpa, malam 15 Mei 2009, see i still remember the date, second time dating kat Jusco Bukit Raja, 3rd time kat Pak Li balik, lepas tu jumpa lagi dan lagi dan lagi sampai datang merisik Feb 2010, tunang July 2010, kahwin June 2011, pregnant July 2011, Aish lahir April 2012. Dengan suamiku la love story yang paling smooth sekali, sekejap je decide nak kahwin terus, maybe sebab faktor umur kot, masing-masing pun dah tua, dah tak daya nak bercinta lama-lama, merajuk putus, sambung balik, tak kose tau, kahwin je la terus senang cerita, dah kahwin ni lepas gaduh-gaduh, kita mengandung lepas tu beranak, lepas tu gaduh balik, mengandung semula beranak.  Dah takdo putus sambung, putus sambung, lagi baik natijahnya lepas bergaduh je mengandung, tambah umat nabi lagi syiokkk..hahaha. Tapi aku ni dah berapa kali gaduh baik, belum jugak ngandungnya..hahaha. Tahun depan kena gaduh besar, tumbuk tarik rambut lebih sikit, baru cepat ngandung balik..wahahaha. Dan-dan malam ni suami aku nak bergaduh la tu, sebab dia dah ready nak tambah baby, aku je yang belum ready lagi, tahun depan insyaallah, tunggu Aish besar sikit.

Eh, dah kenapa tajuk lepak malam dah jadi love story aku ni..hahaha. Merepek tak agak-agak aku ni. Oklah sambung balik cerita lepak malam. Masa kitaorang sampai Pak Li nasib baik tak ramai orang lagi, so bolehlah pilih seat betul-betul bawah kipas, sekarang musim panas kan, kalau boleh nak beraircond 24jam.






Aku makan ini, tak sedap macam kat Melaka punya..dah lama tak pergi Melaka


Sibuk dia nak main sudu, kalau tak bagi mengamuk habis..haihhh



Aku punya lagi, konon nak share dengan Aish, tapi dia tak mau



Anak daddy sangat, kalau nampak daddy kemain mintak dukung, gembira mak ko ni dik, boleh mommy golek-golek.



Aish takut dengan menda alah ni, baru lalu tepi belon ni, kemain dia peluk erat daddy, dari jauh dia lambai bagai nak rak, datang dekat takut pulak dia..haha

Kerja ku bertingkek-tingkek ni, ok bye!



Wednesday, September 4, 2013

Aktiviti Sabtu

Salam,

Ni aktiviti hari Sabtu 2 minggu lepas......









Wordless Wednesday..larikkkkkkkkk. Ok, bye!



Tuesday, August 6, 2013

Potluck Habitatan

Salam,

Korang semua dah start cuti raya ke? Ke still kerja cam aku ni, insyallah esok baru aku start cuti, tu pun maybe tak balik Rawang lagi sebab En. Syg kena kerja esok, malam raya kot baru gerak balik Rawang, hopefully tak jammed lah, kalau jammed, ku tempuh jua, sebab Khamis dah nak raya oiii. 

Habitatan tu nama group aku, alah biasalah masa muda-muda, time single, putus cinta and hati melara, so kitaorang berkawan ramai-ramai. Dulu masa masih single, muda dan bergaya..eh, memang melepak jelah kerja kitaorang, lepak tengok lelaki-lelaki kacak, lepak minum, lepak main UNO, lepak bergelak ketawa, pergi holiday Langkawi, Pangkor, Melaka and etc sesama, memana saja bersama, udah kerja pun company yang sama, memang rapat habislah. Sampai sekarang pun masih rapat even masing-masing dah bekeluarga dan beranak pinak, tapi dah takdelah sesi melepak macam dulu, kalau ada pun setakat setahun sekali kot, last gathering kat kedai makan ni masa aku pregnantkan Aish dulu. Lepas tu kebanyakan gathering kitaorang time puasa, raya or kenduri. In fact first time aku jumpa En. Syg pun dengan diaorang temankan, penuh semeja, nasib baik dapat suamiku tu yang ramah mesra, so dia memang tak malu langsung masa first time meet up tu, selamba dia je, padahal kitaorang kemain ramai..haha. And oh btw, masing-masing dah tak kerja company yang sama dah, tinggal aku dengan Rose je yang masih setia di sini.

Every year memang kitaorang akan plan iftar bersama, but this time aku ajak iftar potluck kat rumah aku, dah lama plan dari selepas birthday Aish lagi. Awal puasa tu baru dapat tarikh and memasing pun on, sebab tu aku tak dapat join potluck Gojes kat rumah Kak Mimy Hamid hari tu, sebab tarikh tu aku dah booked awal dengan Habitat. 

Menu kitaorang Nasi Lemak, so bahagikan je siapa nak bawak lauk apa. Tuan rumah buat 2 jenis air, teh tarik dan air oren, kangkung goreng, daging rempah, timun, telur goreng and kurma. Hari tu ada lauk ayam rempah, sambal paru, sambal ikan bilis, lemang, rendang, tempe goreng, agar-agar oreo and popia horlick (Aish asyik nak ngapppp je sampai tersedak). Banyak gile lauk, sampai tak habis, so memasing wajiblah bawak balik rumah kan, apaa korang ingat tuan rumah larat nak habiskan semua tu? Dahlah kitaorang berdua ni perut kecik, lepas tu suami mengada aku tu tak suka makan lauk ulang-ulang. Ok penat dah bercerita mari tengok gambar gedik pulok


The food..mak oiii tetiba terliur balik..gulpp



Cikgu tadika tengah mengajar Aish


Suami aku potong dengan bahagia, lepas tu bagitahu aku "Cuba tengok tembikai ni macam Sydney Harbour kan" T_T



Macam amah sangat aku kelihatannya..pffttt


 
Ok, ambik gambar sekali lagi, sebab tadi Mohsin ternganga..hahaha



Sesi melepak



Percubaan Aish untuk enterframe





Apa Pejo cuba lakukan sebenarnya..hahaha










 Aunty betty



Kesayangan (Rose yang sebelah kanan sekali, kitaorang still kerja satu company lagi)


 Aish sibuk nak main wayar.

Kacau bilau aku letak gambar, gasaklah nak cepat, excited nak settlekan kerja sebelum cuti panjang. Sayangnya potluck this time takde Ina, dia duduk Johor. Takpelah raya ni kitaorang serbu rumah parents dia kat Shah Alam pulak. Seronok pulak buat potluck kat rumah, tahun depan kita buat potluck jugaklah eh korang, tak payah dah iftar kat luar, selesa sikit buat kat rumah, anak-anak pun terurus, lambak je mainan, kita pun boleh makan dengan senang hati.

Ni kira entry last aku sebelum raya, lepas raya kita sambung lagi ok. So aku nak minta maaf kat semua yang baca blog aku kalau ada terguris luka ke dengan ayat aku, sebab aku ni ganas sikit kalau update blog, kalau ko jumpa depan-depan kemain sopan, lemah-lembut, berhati mulia, penuh ciri-ciri keibuaan, bertolak ansur, bekerjasama, hormat-menghormati..bla..bla..bla..matilah dok up diri sendiri..hahaha. Kalau nak duit raya, meh datang Rawang, suami aku dah tukar banyak duit singgit semalam..hahaha.


Daddy, Aish cop RM100 2 keping ok. Mommy nak 10 keping..wahaha

Ok, bye!