Klik Jommm

Monday, April 28, 2014

Tak Sihat

Salam,

Owhhh penatnya, semalam kitaorang buat kenduri dan birthday party Aish, serius penat sampaikan semalam nak buka mata pun dah tak larat, gagah jugak balik Jelutong malam tadi sebab parents aku datang dari Pahang nak tumpang tidur, hari ni aku keje sebab cuti dah ciput, sayang kalau kena tolak gaji nanti, ikutkan hati nak tidur sampai tengahari..huhu, nak pulak tengah tak sihat ni, selesema dan sakit tekak dari semalam, janganlah Aish pun berjangkit sama.

Bila sakit kena makan ubat, so tadi jumpa doktor, aku mintak ubat extra



Hello there, lama kita tak jumpa kan :)

 Nervous pulak rasa..huhu..ok bye!


Friday, April 25, 2014

Update: Room/Playroom (Almari)

Salam,

Dah lama buat Playroom Aish tapi takde almari kekdahnya..boleh?? Baju Aish sejak dari lahir sampai lah beberapa minggu lepas aku letak dalam plastic box je, naik kesian dengan anak sendiri, so sempena birthday Aish yang kedua ni aku belikan dia almari, tu kira birthday present dari Mommy dan Daddy.

Aku ni sebelum beli apa-apa perabut aku akan ambik ukuran barang yang aku nak beli dan ukur siap-siap dekat tempat yang bakal aku letak, tak nak lah kalau terbesar or tergabak..dah menyesal tak sudah ye dak, nak pakai lama, biarlah sempurna dan sedap mata tengok.



Dalam hati nak beli ini, sebab besar, boleh ku tumpang sumbat barang lain jugak selain barang Aish. Rumah aku takde stor maka pada almarilah aku bergantung harap..hahahaha. Aku pulak memang plan nak beli perabot putih dalam bilik Aish, harga DOMBAS ni pun dalam bajet RM399.00, apa lagi ko nak, murah besar dan warna putih..ok on


BRIMNES ni pulak pilihan kedua, sebab sebelum pergi IKEA hari tu, aku tengok stok DOMBAS tu macam dah tak banyak, macam ada harapan je nak habis, kalau tak dapat DOMBAS, aku ambik ini je lah, harga BRIMNES RM699.00, terlebih bajet sikit, tapi takpe ada orang nak tolong tambah..mehehehe.

Bila dah sampai IKEA, belek itu belek ini, hati jadi berbelah bagi, sebab DOMBAS tu kayu dia macam murahan sangat la pulak, aku kalau beli perabot kalau boleh nak buat pakai sampai 10 tahun baru aku nak tukar lain, barulah alah membeli menang memakai ye dok, dalam was-was tu kitaorang jalan pulak ke tempat kanak-kanak, tengok almari kanak-kanak pulak, En. Syg cucuk baik punya, suruh aku beli je almari kanak-kanak, cantik, kayu tebal, colourful lagi, dan akhirnya aku terpengaruh..




Terpengaruh lepas tengok yang ni, STUVA ni almari dia mix and match tau, pepandai la ko mix and match camana rupa yang ko nak, aku malas nak pening, so aku tiru je almari yang ni, sebab aku rasa perfect sangat, ada tempat gantung baju, drawer jaring tu belah atas aku nak letak baju siang, belah bawah baju malam, storage kecik belah atas tu boleh letak stok toilettries Aish, jangan risau, kalau ko malas nak design sendiri macam aku ni, ko tengok je design mana yang ko berkenan lepas tu ko ambik je note yang IKEA sediakan tepi design almari yang ko berkenan, dekat kertas tu memang dia dah tunjuk satu-satu kat row mana dan rak mana barang untuk setiap badan almari ni, jangan ko salah ambik sudah, sebab barang dia banyak, semuanya kat rak yang berlainan, so sila tengok kod bebetul ye.

Dah decide almari, aku nak beli drawer pulak, aku beli warna hijau sebab konsep bilik Aish aku buat, hijau putih dan biru, sama macam feature wall bilik dia tu



Yang ni murah, RM199 je, besar, macam-macam ko boleh sumbat, tapi aku tak bekenan sebab dia lebar dan makan space sikit, dan dia rendah so possibility untuk Aish memanjat dan terjun adalah sangat tinggi, manalah aku ada masa nak mengadap anak bujang 24jam, aku takut masa aku tak nampak tulah dia memanjat, so aku ambik design drawer lain. So duit pun kenalah keluar lebih sikit sebab drawer yang aku ambik tu harga 200 lebih sikit

Oh lupa, bilik Aish kecik je, so seboleh mungkin aku nak minimizekan perabot yang ada, aku lebih suka almari yang meninggi, instead of yang melebar dan panjang, sebab akan makan space, biar meninggi ke atas dari melebar dan memanjang di bawah, gitu konsepnya..hahaha. Yelah dah namanya playroom, kalau dah sempit..mana ko nak main nak??



Aku nak susun begini :)

Kebetulan kitaorang ada beli barang lain jugak, tu yang alang-alang beli almari bilik Aish sekali, sebab nak share kos penghantaran, untuk Klang Valley RM75.00 sekali hantar, tak kira berapa banyak barang ko, asal penuh dapat satu lori, maka bayolah RM75.00 sekali trip ye. Hari ni beli, esok dah boleh sampai...errr tu kalau rumah aku lah, kalau luar Klang Valley aku tak sure pulak.



Hadiah birthday Aish, errr cermin tu mommy tumpang sekejap, cacat bilik anak aku tetiba aku letak cermin aku dalam ni, sebab Aish kan tidur dalam bilik aku, so pagi-pagi kalau nak bersiap pergi kerja takkan aku nak buka lampu, kang terjaga si kecik tu, so kena tumpang bilik Aish nak mekap2 sementara nak siapkan bilik ketiga, once bilik ketiga siap, aku buat kawasan jajahan aku pulak kat situ nanti..muahahaha. Suamiku membebel sebelum gantungkan cermin ni..abis takkan nak bersiap dalam toilet, kembang kaki I ni nanti abang. :p



 Syok je tengok, sebab dah lama sangat baju Aish duduk dalam almari kain dan plastic box..ngahahaha



Drawer ni RM255.00



Almari yang tinggi ni RM450.00, tapi aku ada ubah sikit, design asal ada satu para dia pendek, aku takmo pendek so aku tukar para yang panjang macam dalam gambar ni so jadi RM 455.00 err aku rasalah, dah tak ingatlah..hahaha, kronik betul ingatan, padahal baru beli 2 minggu lepas. Acaner?? ok tak?? Aku suka, sebab kayu elok dan disebabkan ni almari untuk budak cara pintu tu ditutup pun slow je bukan gedegang macam almari kita, so kemungkinan untuk anak tersepit jari tu kurang sikit.

Syukur jugak sebab Aish tak usik pun almari ni, aku selalu takut kalau dia buka dan hamburkan semua baju dia, menangis la aku jawabnya. Esok-esok kalau ada baby baru aku plan nak beli almari satu lagi letak je atas drawer sebelah tu, nak jadikan sama tinggi dengan almari sedia ada ni..hehehe

Oklah tu je, bye!!



Wednesday, April 23, 2014

Akhirnya

Salam,

Orang lain dah bertahun kot ada Powerbank, aku baru ni la terhegeh-hegeh..hehe tapi memang best, lepas ni dah tak perlu risau kalau keluar lama-lama :) Aku beli RM76.00 je include postage, sebab beli borong ramai-ramai, untung dapat member sehati sejiwa, semua benda pun kitaorang beli borong, jimat.. i luv u lah korang.





Comel benor kalernya, dah ku rasmikan masa kat Cameron hari tu, cerita Cameron later ye, berderet benda nak update..haha, cerita Teluk Batik Januari lepas pun aku tak update lagi..kofkoff..sabo jelah, malas betul nak label gambar :). Oklah bye korang.



Tuesday, April 22, 2014

Gift dari Say Yes to PnD Protection

Salam,

Rezeki yang tak dijangka..amboii sangat kan nak cakap rezeki yang tak dijangka..haha sebab aku dah join Party say YES to Pneumococcal Protection ni dalam bulan 12 tahun lepas dan memang lepas party tu pihak penganjur ada mintak address, tapi takde gift yang kunjung tiba sampaikan aku pun dah lupa. Sebenarnya tak kisah pun kalau takde gift, kita join pun sebab memang support Pneumococcal Protection for babies, itu je. Haaa korang dah cucuk anak belum..hehe selit jap. Tapi tetiba lepas naik cuti seminggu jaga Aish ada parcel besar menunggu







Memang rezeki sebab dapat tent, tuala dan flash card disney. Aish belum ada tent, baru-baru ni pun En. Syg macam nak belikan anak dia tent, nasib baik belum beli, kalau idak penuhla bilik si kecik tu.



Aku ingat Aish excited, rupanya dia tak suka main dalam tent, sikit pun dia tak kisah, bila daddy masuk barulah dia nak masuk jugak. Eh di sebabkan anak tak suka aku sendiri pun dah masuk jugak sebab nak tunjuk kat Aish cara-cara bermain dalam tent, berkuap jugakla dalam tent tu..gahahaha. Manalah tak berkuap, ni mainan si kecik, yang si tua ni pun sibuk nak masuk, rasa macam tak cukup udara duduk dalam tu, maklumlah kecik-kecik dulu mana ada benda ni semua, dah tua-tua ni tumpang anak punya je lah. Thank you Puan Li Jin :). Ok, bye!


Monday, April 21, 2014

090412 - 090414: Aish Yusuf is 2

Salam,

Ye, memang dah lama tak update, banyak sebab..haha. Salah satunya Aish tak sihat, seminggu lebih aku cuti jaga dia, dan sebab lain, bila dah cuti lelama, kerja banyak gile, so blog taruk tepi dulu, kita kerjakan apa yang patut dikerjakan cukup-cukup. Dah cukup dikerjakan baru kita on blog balik..ngahahaha

Alhamdulillah, Aish dah genap 2 tahun, ayat klise emak-emak sedunia, "kejap betul dah 2 tahun, kejapnya dah besar anak emak ni, kejapnye rasa macam semalam baru beranak, kejapnya itu..kejapnya ini" Maafkanlah, kami kaum emak-emak memang begitu, sebab kami sibuk sentiasa dengan anak, dengan  suami, dengan kerja, dengan macam2 tanggungjawab sampaikan tak terasa masa berlalu, bila dah jadi emak jarang sangat dapat merasa perasaan bosan, sebab kerja sentiasa ada, tak berhenti..mihihi.

Birthday Aish on 09 April tu sebenarnya masa Aish tak sihat, dia kena HFMD, kesian betul tengok dia, menangis meratap setiap masa sebab ulser dalam mulut, 5 hari tak minum susu botol, breastfeed pun dia takmo, makan pun taknak, aku buat sup hari-hari, dapatlah 2-3 sudu dia minum sup, selain dari tu, dia menangis je, 2-3 hari aku tidur-tidur ayam, 2-3 hari daddy berjaga malam bawak dia pusing2 naik kereta pergi 7Eleven pukul 2-3 pagi semata nak pujuk dia jangan menangis dan mengamuk. Aku tidur atas sofa depan tv, tak berhenti tangan ni enjut buai sebab taknak dia terjaga, padahal Aish dah berhenti berbuai, tapi bila HFMD, kitaorang buka balik buai semata nak pastikan dia tidur.

Malam sebelum birthday dia, dia mengamuk sakan, maybe sebab lapar dan mulut sakit, air liur meleleh macam air terjun sampai basah baju dia, akhirnya dia tertidur sendiri sambil tersedu sebab menangis banyak sangat, dengan emaknya ni pun menangis..hehe, alaaahhh tak sampai hati tengok dia macam tu, dia demam sampai seminggu tau, susah hati aku ni, lagi-lagi malam birthday patutnya happy, tapi dia asyik menangis je, maknya pun menangis sampai tertidur, 1-2 hari lepas birthday dia baru teringat, takde langsung gambar yang aku ambik utk kenangan birthday dia..dah dia begitu, nak ambik gambo pun xde mood.

Lepas dah baik demam, baru aku ajak daddy belikan kek untuk Aish, nak jugak ada kenangan untuk dia, sian anak mommy, masa birthday setahun tahun lepas dia kena Rotavirus, tahun ni HFMD, tahun depan harapnya sihat walafiat la ye dik, dah kenapa virus pun masa birthday anak aku tetiap taun ko nak hinggap?? wrong timing betul..huhu



 Untuk kenangan :) Happy Birthday Aish





 


Juih-juih mulut nak tiup lilin




Nampak tak mommy daddy kemain happy bila Aish berjaya tiup lilin..hehe



Kitaorang celebrate kat rumah mertua sebelum balik Jelutong minggu lepas, jadilah buat kenangan 

Minggu ni insyaallah akan buat kenduri doa selamat, tahlil dan birthday Aish jugak, tahun ni kitaorang buat di Rawang, kecik-kecik je, tapi daddy nak jugak buat theme, tahun lepas tema Elmo, tahun ni kita ikut apa yang Aish suka pulak

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*






Upin Ipin laaaa, bak kata Aish "pinpin"

Habis la atok nenek kena jadi maskot tahun ni..haha

Oklah, bye!