Klik Jommm

Showing posts with label Aish Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Aish Yusuf. Show all posts

Tuesday, September 1, 2015

Potty Training

Salam,

Aish dah 3 tahun 5 bulan September ni, errr kalau ikutkan dah patut free diaper dah anak aku tu sebab tahun depan dah nak sekolah, tapi omaknya ni yang asyiklah duk bertangguh-tangguh nak PT kan dia, hahahaha macam tak berapa tabah je nak mengelap sisa kumbahan atas lantai tu. Plan asal, aku ingat nak PT kan Aish masa aku dalam pantang, tapi ku tunda-tunda sampailah hari ni masih belum free diaper. Bila tengok dah ramai kawan sebaya dia yang free diaper, wahhh terus berkobar-kobar omaknya ni nak PT kan big boy tu jugak

Sebelum PT kenalah ada semua barang ni..hahahaha nampak tak aku beli dah berbulan-bulan tapi asyik menangguh je. 




Waterproof Sheet Protector, aku letak kat toto depan tv, sebab Aish suka baring-baring, kot kalau dia terkencing idok la menangis sangat mak ko ni duk membasuh toto kan. Errr aku ada jual jugak ni, murah aje, RM40.00 x masuk pos, haaa sempat lagi menega mak ko ni ;p

Toilet Seat, En. Syg belikan dekat One Baby World

Seluar dalam dan seluar pendek, kena ada banyak untuk waktu-waktu kecemasan..hahaha. En. Syg beli kat Giant je, tapi mahal jugak seluar dalam tu, RM17.99 untuk 1 set, 1 set ada 4 helai, Aish pakai saiz S, ku ingat tak muat, rupanya memang sedang molek dengan dia, kot ada kumbahan tu takdelah cicir sangat sebab pakai seluar dalam. First day ku pakaikan seluar dalam je, 2nd day aku pakaikan seluar dalam dengan seluar pendek sekali.

Sebelum PT kena tarik nafas dan pesan dengan diri sendiri, tak boleh marah-marah ye mommy. Banyak jugak kutip tips-tips dari mak-mak yang dah berjaya PT kan anak:

1) Tak boleh marah kalau anak terlepas sisa kumbahan, kena la senyum je dan pesan, kalau nak poo or pee bagitau mommy ye Aish.

2) Bawa anak ke toilet setiap setengah jam, lepas dah boleh baca pattern dia pee, baru ko jarakkan sikit. Macam Aish hari tu ku buat setiap setengah jam, lepas tu setiap sejam.

3) Jangan asyik-asyik tanya, Aish nak poo?? Aish nak pee?? stress anak ko, eh Aish memang stress kot..hahahaha sampaikan dia jawab balik, "xde kencing..xde!"

4) Setiap setengah jam bawak je anak ko ke toilet, tak payah tanya dia, bawak aje.

5) Kalau budak yang belum pernah poo kat toilet dia akan fobia sikit bila ko letak dia kat toilet seat, so pegang dia tau masa dia tengah poo.

6) Puji anak setiap kali dia berjaya poo or pee

7) Ajar anak poo kat toilet terus instead of menatang plastik yg bentuk macam mangkuk tandas tu yang boleh poo di mana-mana, haa menatang tu lah, aku pun tak ingat apa nama dia.

8) Nak lagi best, janji belikan hadiah yang dia suka kalau dia berjaya free diaper

Ok setakat tu tips yang aku ingat. nanti kalau ada tips lain aku update lagi ye.

UPDATE AISH:

Aku PT Aish 2 hari, dan 2 hari tu asyiklah terbabas, sebab setiap kali aku bawak dia ke toilet dia tak poo or pee pun, asyik cakap takdeeee manjang, bila ko tinggalkan dia kejap nak basuh poo Alana, or ke dapur goreng ayam ke, dan-dan tu dia pee tau, sabor jelah aku ngan anak bujang ni..hahahaha, takpe tu kira intro, this weekend mommy train lagi ye, so lepas ni every weekend aku nak PT Aish sampai berjaya, moga aku jugak berjaya tidak bertukar menjadi gorgon..hahaha.

Ok, bye!!


Tuesday, August 11, 2015

Salam Aidilfitri

Salam,

Selamat Hari Raya, hahahaha nampak tak raya dah nak habis baru hegeh-hegeh nak update ;p. Raya tahun ni giliran family En. Syg, maka di Rawanglah kitaorang beraya tahun ni.

Sama macam tahun lepas jugak, minggu last raya tulah baru aku ambik cuti dan shopping baju raya anak beranak, tahun lepas pergi dengan adik, tahun ni pergi berdua dengan mertua, zass ke Jakel Shah Alam beli baju siap je untuk En. Syg and Aish, baju kurung Alana aku beli online je, baju aku tengah-tengah bulan puasa baru ku tempah, aku kan baru bersalin bulan March hari tu, so paham-pahamlah sekarang size agak gajah sikit, tak berani beli baju lain maka sepasang je lah baju raya aku tahun ni, tapi lepas bulan puasa hari tu dah turun 2kg lagi la..huahhh suka!! Aku aim 48kg je, sebelum pregnant berat aku 45kg tapi terlalu kurus la, so nak maintain 48kg je lepas ni, sekarang dah 50kg..mihihihihi. 

mmmm apa lagi eh nak cerita..haaa tetiap tahun pun kitaorang akan balik 2 2 kampung, Rawang dan Temerloh, sebab tu aku tak kisah sangat raya kat mana, sama aje, sebab tetap akan jumpa 2 2 family jugak time raya.

Raya Pertama hari tu, bangun je pagi lepas breakfast terus aku berus kain sebesen..bahahaha sempat lagi, dalam pukul 12 macam tu baru bersiap pakai baju raya dan terus ke rumah Tok En. Syg kat Sg. Buaya yang jaraknya dari rumah mertua aku dalam 15 minit je pun. Habis je kaum lelaki sembahyang Jumaat dan makan-makan kejap kat rumah Tok terus balik Serendah semula, tunggu adik beradik pak mertua aku datang pulak, malam tu kitaorang bergambar family dan salam raya, settle raya pertama. Nampak tak sempoinya raya kat belah Rawang ni, sebab family mertua memang jarang ke mana-mana time raya tunggu orang datang rumah je. 

Raya Kedua, kitaorang ke rumah makcik En. Syg lepas tu terus zass ke Setia City Mall celebrate birthday anak buah En. Syg, habis cerita raya kedua

Raya Ketiga, petang tu balik Temerloh, settle raya ketiga..kakakakaka, nampak tak aku tak kemana-mana pun time raya..mihihihi

Raya Keempat kat Pahang, tak ke mana pun aku, memang duduk rumah je mengadap adik beradik

Raya Kelima dah gerak balik Rawang semula, otw balik kitaorang singgah rumah pakcik aku kat Bandar Jengka, macam tulah cerita raya aku tahun ni

Ok jom tengok gambar pulak


Aish kan duklah mengamuk taknak pakai baju melayu, so nak tak nak terpaksa umpan dia dengan tab, dia jarang dapat tab tau, aku memang sorok and just bagi dia on certain ocassion je, budak bila dapat benda yang jarang dapat, makanya mata dia tak habis-habis merenung tab, bergambar pun tab ada sekali, kalau ko ambik mau perang besar tu, sabo jelah mak ko ni Aish oiii, tu pun songkok dengan sampin dia tak pakai. En. Sayang balik je dari masjid terus aku ajak bergambar, sebab aku takut kejap lagi anak bujang ngamuk nak buka baju.



Boria..hehe, baju ni adik ipar aku belikan kat Indon, so tahun ni ajak adik beradik perempuan ramai-ramai pakai baju sama. Tu jelah satu-satunya baju raya aku, nasib baik tahun ni tak berjalan raya sangat, kalau tak mana aku nak korek baju pulak sebab semua baju kurung aku dah tak muat, ye semua dah tak muat akibat berat degil nak turun, dulu kan 45kg aje, sekarang 50, nak zip kain pun tak boleh dah..kahkah kronik sangat ni, ku ingat minggu depan nak cuti beli baju baru..kikikiki sebab dah kurang baju yang boleh dipakai sekarang. Eh ni entry pasal raya ke entry pasal berat badan kau?? confuse readers..auww ada ke readers blog bersawang ni?? miahahaha.




Raya kedua; celebrate birthday anak buah En. Syg kat Delicious Setia City Mall



Raya ketiga; balik Temerloh



Alana dan cousin (anak kakak aku) Adelia. Rezeki akak aku pregnant sekali dengan aku tahun lepas padahal dia dah pasrah kalau ditakdirkan anak dia tunggal, sebab dia dah cuba 3 tahun baru dapat Adelia ni, so sekarang anak dia 2 sama macam aku. Adelia lahir 1 March, Alana 11 March, ohhh hari ni Alana dah 5 bulan.



Pa aku aka Atok Jamal ;p


Aish tidur lepas sepahkan umah atok, hahahaha teknik penyamaran ke apa ni.

Gitulah raya saya tahun ni, sambung raya tahun depan pulak ye. Selamat Hari Raya semua, maafkan saya zahir dan batin ye, kotlah ada entry yang mengguris hati korang..kihkih. Bye!!





Tuesday, June 9, 2015

Aish Yusuf is 3

Salam,

Alhamdulillah dah 3 tahun umur Aish, tahun depan dah boleh sekolah dah :). Nanti lepas raya ni aku ingat nak carikan playgroup untuk dia, pergi every weekend, nak prepare sebelum ke sekolah la kan, bagi dia biasa berkawan dan beraktiviti. 

Birthday Aish 9 April, masa tu aku dalam pantang dan masih kat Temerloh lagi, first time tak buatkan birthday party untuk dia, takpe ye dik, taun depan mommy buat sekali dengan adik ye. Lepas pantang baru kitaorang celebrate kecik-kecik dengan family En. Syg, seronok sebab Aish dah faham apa birthday celebration. Orang nyanyi kemain dia excited and malu-malu.

Birthday Aish hari tu hari Khamis, kemain daddy nak ambik cuti, siap touching-touching lagi sebab takde dengan anak dia masa birthday. Lek ahhh daddy..hahahaha, aku tak kasi En. Syg cuti sebab dah alang-alang Jumaat malam tu dia nak balik jugak nanti kan, alaa terlepas sehari je, lagipun anak dah 2 kena save cuti untuk emergency nanti ;p.

Aku just mintak adik aku tolong belikan kek je untuk Aish, bagi dia feel birthday dia sikit. Malam tu siap tukarkan baju dia lagi, kasi cantik sikit nak bergambar, kek pun aku beli yang kecik je, atee mak takleh tumpang makan, lagipun bukan ramai pun kat rumah parents aku.




Atas bakul kain pun jadi..bahah






Nampak tak muka excited tu masa nyanyikan dia lagu birthday..haha, kemain atok nenek, maksu, kak ya, mak long and mommy nyanyi.



Memoncong mulut meniup hah, takde gambar mommy ye, sebab mommy masa ni dalam pantang dan gemuk dan comot dan dot dot dot. Dah besar anak mommy, sebelum habis tahun ni, kita potty train pulak ye..hahahaha malas bebenor nak start pt..haihhh, padahal anak dah besor ni dah boleh pt dah, nanti la lepas raya..hahahaha semua pun lepas raya. Ye lah lepas raya dah duduk rumah sendiri, rumah aku kecik, senang nak tengok kalau dia nyorok-nyorok nak poo or pee, kalau buat kat rumah atok, jenuh aihh, kang tetau ada bau je..hahaha.

Moga Aish membesar jadi anak yang menyenangkan hati mommy and daddy, murah rezeki, dipanjangkan umur dalam keberkatan, sentiasa dibawah lindunganNya, jauh dari fitnah dunia, anak yang terang hati dan soleh, anak yang lembut hati dan mendengar kata, anak yang dikasihi orang2 disekeliling dan anak yang berjaya dunia akhirat. 

Terima kasih sebab doakan Aish :p

Oklah, bye!



Thursday, February 12, 2015

Aish dan Denggi

Salam,

Kesian anak aku, umur belum sampai 3 tahun lagi macam-macam sakit dah dia rasa. Beberapa hari lepas kitaorang buat majlis hari lahir dia yang pertama, dia kena rotavirus, muntah non stop, terus warded. Masa second birthday dia, dia kena HFMD, menangis non stop malam-malam sebab mulut banyak ulser, tak makan, tak minum, hampir seminggu jugaklah, malam birthday ke dua tahun dia tu, dia menangis sampai tertidur sendiri, maknya pun nangis sama, sedih sangat. Ni belum masuk 3 tahun pun lagi, dah kena denggi pulak.

Aish start demam hari Isnin, aku rasa badan dia panas lepas ambik dia dari babysitter, so Selasa aku EL dan jaga dia kat rumah, Rabu masih demam tapi En. Syg pulak yang EL dan bawak dia pergi ambik darah, result ok. Khamis masih demam, aku EL lagi, yang peliknya demam dia tak kebah walaupun dah bagi PCM, suhu memang tinggi je memanjang, asyik 38, 39, 40, bagi PCM turunlah takat 38 dalam 2 jam, lepas tu naik balik 39, stress tau dok, sebab takkan ko nak kasi dia PCM setiap dua jam, mau keracunan anak aku, nak tunggu 6 jam tu ya allah risau hati aku ni, aku lap-lap badan dia, dia mengamuk taknak, terpaksalah ku pujuk2 bagi dia berendam main air, turunlah takat 37 kejap je, lepas tu naik balik, dah masuk 4 hari demam dia begitu jugak, so malam tu jugak kitaorang decide wardedkan dia sebab dia pun taknak makan dan minum susu pun tak sampai sebotol sehari.



Ni masa suhu dia 40, melepek je dia



Hari ketiga, nampak sangat muka tak sihat tu

Tapi biasalah bila call semua hospital kat Shah Alam penuh manjang, memang musim budak tak sihat sekarang ni mungkin sebab cuaca panas sangat kan. so kitaorang warded kat KPJ Rawang, lagipun dekat je dengan rumah mertua. Masuk emergency, paed ambik darah dulu dan result positive denggi, sedih sangat dengar dia menangis masa nak ambik darah dan masukkan tiub, habis dia panggil "daddy, daddy, daddyy" aku lari jauh je tak sanggup nak dengar, dengan aku sekali menangis, biasalah mak-mak memang begitu kan.






4 hari jugaklah stay kat hospital, sampai sakit pinggang makyong ni, tapi aku tak sampai hati nak bagi En. Syg yang jaga dia memalam, biarlah aku jaga, sebab dia memang manja lebih dengan aku, takpelah mak ko ni sakit pinggang pun Aish asal Aish depan mata. Kalau tidur tu memang tak sah kalau tak memodot kat aku, nak jugak mak dia ni..hehe.

Aish demam sampai hari Sabtu, masuk air sebotol setengah je sebab platlet dia pun masih ok, nasib baik kitaorang wardedkan dia awal, hari Ahad dah discharge, lega sangat bila tengok dia dah sihat, aku kan kalau anak sakit lelama ni sanggup aku duk hospital sebab aku rasa selamat sikit dari duduk rumah, duduk hospital dekat dengan doktor n nurse takdelah aku gelabah sangat. Hopefully lepas ni tak masuk hospital dah ye Aish, kalau boleh sampai bila-bila, kena sihat-sihat selalu tau. Susah hati Mommy kalau tengok awak tak sihat.






Dah mula nak sihat, kalau tak asyik menangis dan mengamuk je


 Beberapa jam sebelum discharge, dah boleh senyum T_T, I love you sayang.

Oklah, bye!!



Monday, February 9, 2015

2nd Baby: Persiapan Barang Baby

Salam,

Dah hampir settle, tinggal headband je lagi, haha over ni!! Baju bajan baby pun dah habis aku cuci semalam, balik ni tinggal nak lipat dan pilih-pilih mana yang nak bawak balik untuk pantang dan mana yang besar dan agak-agak baby belum boleh pakai kita tinggal dulu kat Jelutong, masak nak angkut semua, mau tak muat kereta nanti, sebab anak dah 2, barang aku, barang Aish, barang baby lagi, kang ada yang kena duduk atas bumbung..haha. Lagipun setiap minggu kot En. Syg balik Temerloh tengok aku, kot kalau ada barang penting ku suruh je dia tolong bawakkan.

Memang dari zaman Aish dulu, bila tau je gender dan bila genap je perut 6 bulan, aku akan mula beli barang baby, beli, beli, beli sampai complete semua macam dalam list aku, sebab dah tak larat kot nak shopping sambil membawak perut lagipun kalau start awal, takdelah rush sangat nak membeli tu.

Setakat ni cukup dulu la apa yang aku beli, pakai mana yang ada dulu, baby dah lahir kang baru kita tambah-tambah apa yang patut, walaupunnnnnnnn, mata mak ko ni rambang je semedang..pffttt sabor-sabor (urut dada sendiri)

















Anak dah nak masuk 2 kata ko, so expert dah sikit waktu membeli tu, agak-agak kecik sangat size 3-6 months aku beli size 6-12 months, lantakkan beso sikit..lagipun baju Aish 3-6 months hari tu pun banyak, ada berbelas-belas pasang, kang tak sempat nak pakai baby dah besor dulu. Doakan aku ye, dah nak masuk 35 weeks dah hujung minggu ni, takuiiitttnyaaaaaa..hahahaha, dulu masa Aish excited nak bersalin, sikit pun tak takut, sebab tak pernah tau macamana sakitnya bersalin, kali ni excited jugak, tapi excited dalam kecuakan..kuakakakaka...heee hooo heee hooo heee hooo, berlatih pernafasan...fuhhhhh. Oklah bye!! :)


Wednesday, January 21, 2015

2nd Baby: Sebelum buat list barang baby

Salam,

Sebelum buat list, kita kena tau apa yang nak dibeli dulu, aku ada 2 rules sebelum beli barang baby, ngade sangat nak rules bagai tau. 

Rule No. 1: kena tau gender, ku tak mau beli baju unisex ni, kalau boy ku nak beli baju yang sesungguhnya boy, kalau girl ku nak beli baju dan barang yang sesungguhnya girl..hahaha. 

Rule No. 2: kita korek balik barang anak sebelum tu, yang mana boleh pakai dan molek lagi, kita kasi je anak pakai, pastu tambah sikit-sikit, jangan membazir, sesungguhnya membazir itu amalan syaitonnn.

Ok rule no. 1 check sebab dah tau gender (errr tu pun kalau betul la, kalau sebaliknya, pasrah je la)

Rule no. 2, baju Aish masa baby dulu kan once tak muat je, terus aku simpan elok-elok, aku letak dalam plastik besar and aku labelkan 0-6 dan 6-12, sampai sekarang pun baju yang dia dah tak muat aku masih simpan, yang buruk pun aku simpan tau T_T, sindrom anak pertama agaknya semua barang Aish aku sayang nak buang walaupun dah buruk, eh tapi aku takkan kasi adik dia pakai la weh yang buruk tu. 

Tau je gender siang tu, malam tu jugak ku suruh En. Syg panjat almari ambik stok baju Aish masa 0-6 bulan..bahahaha. Masa Aish baby dulu semua baju dia aku basuh tangan, so kebanyakan baju dia masa baby masih elok lagi. Aku asingkan mana yang nampak unisex tu aku kasi adik dia, mana yang nampak boyish sangat tu aku kasi akak aku (akak aku insyaallah baby boy, dia bersalin March jugak sama dengan aku)

Siap asing aku kira pulak..hahaha, pastu baru aku plan berapa pasang lagi ku nak tambah sebelum bersalin, lepas bersalin nanti kita beli lain pulak ye dik.



Ok, yang ni lulus buat sementara, boleh la nak pakai time pantang nanti, kot kalau aku pakaikan kat adik Aish aku rasa boyish sangat, aku tanggal terus hulur kat akak aku, dah katanya pantang sesama, "nah Along kasi anak awak" kahkahkah, boleh gitu?? Alahhh adik beradik takdok hal la kan.




Ada orang main lori atas "jambatan" mommy

Aku rasa untuk anak kedua ni memang jimat banyak sangat dah, mana yang elok tu aku pakai je, tapi yang paling jimat barang mommy la kot, banyak ku recycle je macam tshirt besar-besar, nursing bra, kain batik, bengkung, barut baby, tu semua aku pakai time pantang Aish je dulu pastu peram, ngandung kali ni ku korek habis balik semua barang tu..wahahaha. Tapi breastpump ku beli baru and ada a few jugak barang untuk breastfeed aku beli baru, kasi semangat breastfeed berganda-ganda kuasa 18..fuhh fuhhh. Ada orang nak beli tak kalau aku jual Spectra 3 aku..hahaha berat macam tungku wehh, aku ingat nak jual murah-murah je ;p

Oklah sekian bebelan emak kali ini, kita bertemu lagi esok, nak usha jumpsuit baby jap..kihkih. Bye!!




Tuesday, December 30, 2014

Kamus Aish Yusuf @ 2 tahun 8 bulan

Salam,

Kalau ikutkan nak update blog pun takde mood bila ingat rumah parents aku yang masih banjir lagi tu, tapi yelah life must goes on kan kata orang, malas nak fikir, kang lagi sedih. Harap sangat banjir cepat surut lepas tu memang satu family nak balik cuci rumah.

Hari ni nak cerita pasal Aish, dah lama tak cerita pasal dia.  

Aish sekarang teramatlah manja, kang tetiba "akung, akung" mintak aku dukung, lepas tu kerja nak mencium mommy je, pantang mommy duduk, bertenggeklah dia atas riba, cium mommy, cium baeyi, lepas cium aku wajib selak baju, tepuk perut dan gomol perut aku sambil panggil "baeyiii"




Aish dah 2 tahun 8 bulan, kalau ikutkan umur dia sepatutnya dah petah bercakap, tapi Aish belum, dia baru mula nak bercakap dan dia sangatlah pelat..hehehe. Kebanyakan wording dia dalam English, tapi aku cakap campur-campur dengan dia, kekadang English and kekadang BM, tapi kebanyakan masa seboleh mungkin aku cakap BM, setiap kali dia cakap perkataan baru, aku sorang je yang boleh teka apa yang dia cakap, sebab masa aku dengan dia lebih banyak dari masa Daddy dengan dia, ye lah hari-hari aku yang ambik dan hantar dia ke rumah babysitter, otw ke rumah babysitter pun almost setengah jam, so memang banyak la aku cakap dengan dia setiap pagi and petang. Daddy pergi kerja awal dan balik lambat. So berlawan cakap Jepun dengan mak dia ni jelah..hahaha.

Ada a few words yang jelas, tapi banyak yang belum jelas lagi, takpelah slow-slow, nanti petah la tu, sedangkan yang pelat-pelat ni pun kemain kepoh lagi dia, sok dah petah, mau terpeleot aku nak menjawab segala pertanyaan dia kang.




Kalau dapat air, amboiii takmo berhenti mandi tau, stress gile tiap kali nak ajak dia pakai baju

Aish macam anak korang jugak lah, dah tau ABC, 123, shapes, color, body parts, tu semua dah pandai, mengeja pun dah boleh sikit-sikit, cakap je yang belum nak panjang lagi ayat dia, baru 2 patah perkataan, belum pandai nak respon dengan ayat yang panjang, mula-mula dulu risau jugak, aku dah siap ajak En. Syg bawak dia jumpa speech therapist, tapi lately makin banyak perkataan dia, takpelah biar dia belajar sendiri dulu, lagi pun aku dengan En. Syg masa kecik dulu memang jenis lambat berjalan dan lambat bercakap, so bila bergabung meletop jadilah Aish..hahahaha jalan lambat, cakap pun lambat

Daeyi: Daddy
Maeyi: Mommy
Baeyi: Baby
Ki maiii: Come On
Agooo: Lets go
Akak: Buka
Temin: Vitamin
Agen: Vitagen
Bash: Bas
Bliuuu: Blue
Yoww: Yellow
Shitt: Sit
Waded: What's that
Apa tiuuu: Apa tu
Werayu: Where are you
afly: Butterfly

Satu perkataan yang kitaorang masih tak boleh teka sekarang KUNA, tak tau mana dia dapat, mulanya ingat KUNA tu GOODNIGHT, tapi bila dia cakap GOODNIGHT memang jelas goodnight, takde pelat pun, so sampai sekarang tak tau KUNA tu apa..haha.



 Moga bila adik dah lahir nanti, makin petah Aish bercakap ye, mommy doakan :)

Ok, bye!!


Tuesday, December 16, 2014

Bakal Emak Beranak Dua

Salam,

Tetiba rasa comel..hahahah panggg!!!, jadah betul tetiba nak rasa diri sendiri comel sebab tak lama lagi ada anak 2, comel lagi ke kalau dah tidur pun tak menentu nanti, kelam kelibut uruskan 2 orang anak..comel cam Kak Limah kot..mihihi (gelak tutup mulut)

Alhamdulillah aku dah 26 minggu, lagi 2 minggu dah 7 bulan la, sihat walafiat, mual sikit-sikit tu biasa la, kadang terlebih makan perut sebu pun biasa, penyakit orang mengandung ni tak pernah habis, ada-ada je kan, tapi takpelah asal anak sihat, emaknya pun kira sihat la jugak ni. Barang baby dah hampir complete..hihu, errr aku kan jenis tak sabar, tau je gender satu mall aku nak hangkut, ni pun duk menahan nafsu ni, tunggulah baby lahir dulu baru nak ku tambah apa-apa yang patut lagi, Sekarang anak baru 6 bulan setengah dalam perut, amboii memacam aku dah beli, ni pun dah plan nak pakai baju n topi yang mana satu kat baby masa cucuk sebulan nanti..wahaha over wehh. Iye aku dah fikir ok, dah cari matching tight dah..bahahaha kantoi kuat berangan aku ni, auwww tak saborr.

Bila dah nak masuk 7 bulan ni kan, tetiba rasa macam kejap betul pregnant kali ni, masa Aish dulu, aku rasa macam dah bertahun aku pregnant idok jugak aku beranak. Maybe sebab kali ni dah ada Aish, kalut dengan dia hari-hari, so macam tak perasan masa berlalu. Kadang-kadang bila tengok Aish rasa macam takut nak ada anak 2, mampu ke aku nak uruskan Aish sesempurna aku uruskan dia sekarang, mampu ke aku nak handle 2 orang anak, Aish nanti sayang kat adik ke tak?, Aish nanti jeles tak? Eh, banyaklah aku fikir, tapi dalam masa yang sama tak sabar nak bersalin, nak tengok muka baby, sama macam Aish ke lain..haha 

Bukan nak cakap aku tak ready ye, cuma aku takut dengan kemampuan sendiri walaupun sebenarnya baby ni memang baby yang kitaorang plan, bukan baby terlajak perahu..wuhuhu. Memang dah plan nak conceive bulan 7 dan bersalin on April masa Aish genap 3 tahun, tapi Allah bagi rezeki awal sikit sebab baby ni conceive bulan 6 dan due on 22 March, alaa due beberapa hari sebelum Aish (9 April) 3 tahun, kira ok la, memang ikut plan asal, lari sikit beberapa hari je..hihu



Abang Aish kesayangan Mommy and Daddy, dah big boy dia.


Sementara belum beradik ni, aku nak spend quality time dengan Aish, layan dia baik-baik and manjakan dia, nanti dah ada adik, kenalah dia berdikari pulak kan. Aku harap sangat Aish boleh terima adik dia nanti, jenuh jugak kalau asyik melalak je, tapi sekarang Aish memang jeles kalau kitaorang pegang baby, tu yang aku risau tu, and sekarang dia manja tahap dewa wehhh, kalau tegur sikit kemain buat-buat nangis, senget-senget mulut melalak mintak pujuk, makin nak ada adik makin manja, lepas tu nak tidur kalau boleh memodot tepi ketiak aku, nak satu selimut dengan aku, minum susu, aku kena baring sekali temankan dia, kalau dia main, dia akan marah kalau aku tinggalkan dia, nanti dia jerit "sit..sitt..sittt" sambil tepuk lantai. 3 bulan lagi sebelum beranak dua, 3 bulan lagi untuk tidur yang lena setiap malam..wuhuhu. Goodluck for me, moga aku jadi supermom nanti :) Bye!


Monday, December 15, 2014

Cerita Wean Off Aish Yusuf

Salam,

Masa pregnantkan Aish dulu, memang aku niat nak fully bf insyaallah kalau boleh sampai 2 tahun, tapi Aish cuma sempat fully bf sampai 3 bulan je, sebab lepas tu slowly susu aku merundum, setiap kali pam, dari 5 oz jadi 2 oz dan akhirnya setitik dua je yang keluar T_T, sedih tu memanglah sedih, aku tetap pam sampai akhirnya aku give up dan berhenti pam masa Aish 5 bulan, sebab yang keluar memang takat setitik 2 je, yang pelik elok je aku bengkak, bila pam taknak keluar pulak dia..pfftttt, habis kuat aku buat pam tu sambil tuam dengan air suam, ok maybe masa tu tak banyak ilmu kot, takpelah barang yang lepas usah dikenang.

Lepas 3 bulan kitaorang campur susu Aish dengan Anmum, Aish still direct feed, tapi time aku pergi kerja dia minum fm, eh aku ok je, takdelah tahap obses dengan bf sampai sanggup biar anak lapar..lekk laaa..hahahahaha. Aish df sampailah aku pregnant balik ni, but still lepas df dia akan minum botol pulak, sebab susu aku takdelah banyak sangat sampai boleh buat dia kenyang. Bila dah breastfeed dilemanya bila ko nak wean offkan anak ko, nak pulak Aish tu pantang nampak aku, nak df aje dia, amboiii ko kan. Dulu kononnya aku decide lepas 2 tahun aku nekad nak wean off kan Aish, tapi ko ingat senang?? Aku try 2 kali je kot lepas tu give up, aku sapu gincu, so merah-merah dia takut nak df, tapi lepas tu dia mintak balik, menangis-nangis, so omak tak sampai hati bagilah jugak. Sampailah aku pregnant dan mabuk dan tak larat nak df dia sebab kan kita punya tu jadi sensitif, bagai nak putus tiap kali dia df..aiyayayaiii, nak marah pun ada jadinya so aku decide "bang marilah kita bekerjasama menjayakan misi wean off ini".



Aish, 8 months

Ye kena mintak kerjasama suami ye, kalau suami ko buat tak tau, maka memang susah nak wean off. Sebab bagi aku semangat nak wean off tu kena datang dari 2 pihak, ko dan suami. Mula-mula memanglah tak sampai hati, tapi En. Syg tegas, dia cakap kalau nak wean off tak boleh kesian, kena tahan jugak, so melalak la Aish sampai 2 malam, En. Syg yang akan pujuk, habis pujuk bila dah baring kat sebelah aku, nanti dia sambung melalak balik, tapi magicnya bila ko dah tekad dan betul-betul tak bagi 2 malam je lepas tu dah ok, serius aku pun terkejut sebab senang benor rupanya..hahahaha. Tapi 2 malam tu yang melalak tahap kronik la, malam lain pun still melalak tapi light-light, boleh pujuk dengan susu botol terus, dan akhirnya masa umur Aish 2 tahun 5 bulan barulah berjaya aku wean off kan dia, senang je ghopenye, dan sekarang dia jenis tidur lena, dah jarang bangun malam, tak macam masa df malam-malam dulu, kerap dia bangun, wahhhh lena tidurku, boleh la aku rehat kejap, lepas ni sambung bf adik pulak, hopefully berjaya fully sampai 2 tahun, maka dengan itu aku decide nak beli pam baru, kasi semangat baru pun datang jugak..mihihihi.. Hai dadyy!!! :) Pam baru satu eh..kuakakaka.

Walaupun Aish fully bf sampai 3 bulan je, aku tetap bangga dengan diri sendiri sbb Aish masih df sampailah 2 tahun 5 bulan, alhamdulillah, pek pek kat bahu sendiri, syabas Erin..miuhuhu. Sekarang serius tak sabar nak breastfeed semula, semoga susu melimpah ruah, amin insyaallah, doakan aku ye korang :). Ok, bye!! 


Wednesday, December 10, 2014

Aish dan Fish

Salam,

Biasalah budak baya Aish ni memang suka sangat dengan binatang, binatang apa yang dia tak suka?? Semua pun dia suka, nak-nak lagi kucing dengan ikan, haa tu aku tau memang kesukaan budak-budakkan. Untung Aish dapat Atok yang rajin sangat melayan, hari tu Atok belikan ikan untuk dia, siap akuarium, Atok suruh bawak balik ke rumah kitaorang, tapi En. Syg pulak tak kasi sebab dia takut Aish tarik akuarium tu masa aku sibuk buat kerja rumah, so sekarang ikan Aish semua kat Rawang, rumah Atok, tak pepasal Atok pulak yang kena jaga, bagi makan bagai, ko ni pun banggg sian Ayah nak kena jagakan ikan Aish pulak..hahaha, siap dah mati satu batch pun, ni dah beli ikan batch kedua..kikikiki. Mesti ayah nyesal sebab alih-alih ayah yang kena jagakan ikan..mihihihi. 

Ikutkan aku ok je kalau nak bawak balik rumah kitaorang, tapi dah En. Syg tak percaya ngan aku kot, dia takut aku leka sangat buat kerja...amboiii leka ko macamkan hobi aku ni buat kerja rumah sampai boleh terleka..kuakakaka, tak patut betul, padahal lipat kain menimbun pun dah sebek2 mulut.





Ni masa nak beli akuarium dan ikan-ikannya, Aish menelek ikan dari satu akuarium ke satu akuarium







Atok dengan aunty (adik En.Syg) tengah pilih ikan, kemain cantik aunty pilih, tapi dah ajal, mati semua, pastu 2nd batch En. Syg gi beli, hodoh gile ikan dia beli..hahahaha, dia main tibai je, sampai kat kaunter cakap je, saya nak ikan gapi 10 ekor, gasakla rupa apa pun..hahaha asalkan gapi. Kelabu asap je gapi yang dia beli, masa aunty pilih hari tu kaler cantik-cantik je.





Setup akuarium






Mula-mula elok dia ngadap akuarium ni, lepas tu dia celup tangan pulak, tu kalau tinggal dia dengan akuarium tu je, mau dia ceduk ikan satu-satu agaknya buat main...hahahaha..panjang akal ko kan dik.

Oklah, bye!!


Monday, December 1, 2014

Moh buat pizza

Salam,

Ni kira kali kedua aku buat pizza, serius senang je sebenarnya nak buat pizza ni, tapi barang nak buat pizza agak mahal la kan, sepeket cheese dia je dah dekat RM30, tapi kalau korang buat masa ramai-ramai adik beradik balik kampung, memang berbaloi sebab boleh makan puas-puas, topping dia pun suka ko la nak letak apa dan banyak mana, pendek kata lagi berbaloi dari makan kat luar.

Ok mari mulakan, ni aku kasi resepi untuk 1 adunan tau, 1 adunan tu aku boleh buat 5 biji pizza size sederhana, cukuplah makan untuk 11 orang dewasa, cukup makan je la idoklah dapat sampai kenyang..hihuhi, rasa 3-4 slice sorang. Cost untuk satu adunan semalam dalam RM100.00 jugaklah.

BAHAN-BAHAN

Base pizza
4 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air suam
Satu peket mauripan
Satu sudu gula
Satu sudu garam
Suku cawan olive oil

Topping
Mozarella cheese (nak campur pun boleh)
Sos pasta tradisional
Capsicum
Cendawan butang
Nenas tin
Daging cincang or apa bahan pun yang ko suka as topping




Ok, mula-mula ayak 4 cawan tepung tu ye, jangan tak ayak, wajib diayak ye, kalau nak sedap beli tepung untuk buat roti tu, macam aku punya ni, suamiku beli tepung khas untuk buat pizza, RM9.00 1 kg (lap peluh)..miahahaha.

Lepas tu jangan lupa ambik 1 1/2 cawan air suam letak gula satu sudu, kacau-kacau kasi sebati pastu masukkan sepeket mauripan, peram kejap bagi dia naik berbuih-buih, kalau buih tak naik, sila buat yang lain, mihihi, semalam air aku panas sikit, meninggal semua yis dalam mauripan tu, so buih tarak naik, dia keruh je, so terpaksa bancuh lain.

Dah berbuih mauripan mu itu, buat lubang sikit kat tengah tepung, masukkan suku cawan olive oil pas tu tuang semua air mauripan tu, pastu gaul kasi sebati, kalau lembik sangat ko uli lagi dengan tepung kasi dia ngam-ngam, tak lembik dan tak keras sangat, agak-agaklah ye. Jangan lupa buh garam jugak, agak kalau tawar tambah lagi garam, aku letak 1 1/2 sudu garam, so terpulanglah kat tahap kemasinan korang. Dah siap uli semua, sapu tepung tu dengan olive oil sikit, lepas tu tutup dengan kain lembab setengah jam, kasi dia naik gebu-gebas gitu.



Dah naik gebu macam ni, haa dah boleh la uli dia jadi pizza, hamboiii setapak tangan aku tampo tepung yang gebu ni..miahahaha.



Aku bulat-bulat kan dia, lepas tu gelek dengan roller tu kasi bulat, aku buat nipis je, sebab dah masuk oven kang dia naik gemuk sket.



Ni topping ikut selera sendiri, daging cincang tu mak mertua aku dah tumis sesiap



Sebelum letak atas pan pembakar ni, pastikan ko sapu butter dulu ye, kang melekat acik tak tau. 



Mula-mula sapu dengan sos prego tradisional dulu, aku letak banyak-banyak kasi sedap, sapu rata. 




Lepas tu boleh start susun topping, letak la apa pun ko nak letak. Aku suka letak capsicum banyak-banyak, bila makan krap krup krap tu yang buat sedap tu. Mak mertua aku nak hawaiian, so aku buh nenas bebanyak untuk dia..hihi.



Pizza yang first aku buat ikut citarasa aku, capsicum, bawang, dengan daging, lepas tu cheese bebanyak kasi leleh.



Yang second, En. Syg buat ikut citarasa dia, ni dia yang buat sendiri, aku gelek tepung je, pastu buh la sukatimu abang. Amboiiiii cheese ko bangg, lawan tokeyyyy nampak!! Tapi yang En. Syg punya ni lagi sedap dari aku punya yg first tadi tu, sebab yang ni kitaorang campur cheese, mozarella dengan apantah satu lagi tu, cheesy sangat jadinya.



Sebelum bakar, jangan lupa panaskan oven dulu tau, aku buat 200c 10 minit, pastu bakar pun 200c 15 minit, tapi kejap-kejap kena intai takut kang hangit pulok, agak-agak la ye korang, kalau tengok macam dah masak tu takpe keluarkan je walaupun belum cukup 15 minit, macam semalam En. Syg jaga oven, so agak-agak dah masak dia keluarkan je, gambar pizza dah masak takde ye, sebab siap je masak macam piranha, sekejapan licin, aku pun lupa nak ambik gambo T_T sebab aku pun masa tu dah bertuko jadi piranha, piranha mana reti nak ambik gambo...:p..oklah bye, selamat mencuba kawan-kawan. Dah cuba nanti update blog yeh...hahahaha