Salam,
Hari Sabtu hari tu sempat jugak aku join Party YES to PnD Protection yang di buat khas untuk Mommy Blogger. Terima kasih pada Erina (mama Aqil Hamzah) yang jemput aku dan mommy blogger yang lain untuk sama-sama join party ni dan menambah pengetahuan tentang penyakit Pneumococcal. Untuk yang tak tahu, apa itu YES campaign, it is actually satu kempen untuk "memujuk" kerajaan supaya menjadikan suntikan Pneumococcal satu suntikan wajib di Malaysia, buat masa ni jadual imunisasi di klinik kerajaan tidak mewajibkan ibubapa atau memberi informasi kepada ibubapa mengenai suntikan Pneumococcal.
Ok, aku cerita sikitlah pasal Pneumococcal ni yeh. Actually penyakit ni ada 4, jangkitan paru-paru, jangkitan telinga, jangkitan darah dan jangkitan selaput otak (meningtis). Kalau kita ambik suntikan ni untuk anak, tidak bermakna anak kita takkan terkena penyakit ni, tapi sekurang-kurangnya bila terkena insyaallah kesannya tidak begitu teruk sebab anak kita telah disuntik dan badan dia dah kenal virus tu. Tapi apa pun kita hanya berusaha, dan ini adalah salah satu usaha kita. Dan aku juga faham, suntikan ni agak mahal bagi sesetengah ibubapa, kalau anak korang start disuntik dibawah umur setahun, dia kena ambik 4 suntikan, satu suntikan berharga lebih kurang RM200++. Sebab tu kempen Yes ni diadakan untuk menggesa kerajaan memberi suntikan ni secara percuma di semua klinik kerajaan, sekurang-kurangnya tidaklah membebankan ibubapa yang tak mampu.
Berbalik pada cerita Party YES hari tu, aku sampai lebih kurang pukul 3.00 lebih, lepas daftar, beramah mesra dengan Gojes, party pun bermula, alhamdulillah banyak jugak info yang aku dapat sebab party ni bukan saje menekankan mengenai suntikan dan penyakit Pneumococcal ni tapi jugak memberi ilmu kepada ibubapa pasal urutan bayi dan apa yang kita perlu buat jika baby tercekik.
Kemain Aish cebik sebab baru lepas kena cucuk
Iklan jap, Aish masa disuntik Pneumococcal on May 2013 dengan Dr. Zul di KPJ, kitaorang ambik suntikan ni sehari selepas pemergian Aqil, kebetulan kitaorang jumpa doktor untuk follow up Rotavirus Aish, pemergian Aqil membuka mata kami suami isteri pasal Pneumococcal disease. TQ Aqil, you are such a hero.
Dato' Dr Zul, paed di KPJ dan salah seorang orang kuat kempen YES
Urutan bayi, model baby Rania Marissa, anak Ciknaa (founder Gojes Blogger Supermom and Baby)
Aish tumpang berborak, tapi Aish cakap bahasa Jepun, tak taulah doktor faham ke dok
Siap bagi belon kat Dr. Zul
Geng Gojes Mojes..bahaha
Aish, kotak YES dan Dr. Zul, boleh menang tak gambar ni?? hahaha
Bergambar sebelum balik dan lepas tu ramai-ramai melepak tepi longkang memilih buku BBW..ngahahaha
Oklah, itu je entry ilmiah untuk hari ni. Peluh tiak den pikir ayat ilmiah..bahaha, macam tulis karangan untuk kertas Bahasa Melayu SPM pulak..nervous habis. Akhir kata jangan lupa bawak anak ambik suntikan Pneumococcal ye. Bye!
Waaahhh..bravo sis..
ReplyDeleteTq for sharing this
Haha..not bad.boleh dpt b+ ni unt spm.haha..btw, hensemla aishhhh..
ReplyDeleteok aku malu datag lambat pic pun tak banyak
ReplyDeleteaish comel sgt bila senyum.. eh rin, bg tips siket camne ramping gitu? jeles oiiiii! hehe..
ReplyDeletehuwaa ai iz berkenan tang suar jeans awok :D
ReplyDeletehabesss la..gamba aish boleh menang ni..siap senyumm lg..
ReplyDeleteaishh super encem lah..
ReplyDeleteaish sangat comel!!
ReplyDeletekenapa gambar aku tak terselit dalam geng gojes mojes?haha!
kesimpulannya.... i is jelessssss....selalu je aku melepas event2 best mcm ni..
ReplyDeletealaaa xup lg ni..huhu
ReplyDelete