Salam,
Minggu lepas aku balik Temerloh, masa nak gerak balik, aku suruh En. Syg berhenti depan rumah ambik gambar rumah parents aku, tapi mana la nak tau, tu lah last aku balik dalam keadaan rumah yang sempurna.
Air start naik pagi Jumaat lepas pukul 4 pagi, kebetulan adik lelaki aku dari Penang ada balik, so diaorang angkat barang atas kerusi and meja makan, ingatkan tak naik tinggi sangat, dalam masa 2 jam, dah paras betis, petang tu dah paras lutut, so malam tu family aku tidur kat homestay kitaorang kat Semantan (15 minit dari kampung aku ni), bangun pagi homestay tu pun dah mula naik air, balik kampung diaorang tengok rumah, air dah paras dada, sempatlah angkat barang sikit, perabut memang tinggal la semua, manalah nak larat nak angkut satu rumah. Sempat angkut barang elektrik, peti, deep freezer, washing machine, tv, set sofa dengan tilam je. Baju pun tak ambik sangat, ambik yang nak pakai jelah.
Sedih yang tak tau nak cakap macamana, lepas pencen parents aku buat rumah kat kampung, ni memang kampung Pa aku, tak pernah banjir kecuali masa tahun 1971 dulu, baru 3 tahun buat rumah ni dan baru 2 tahun parents aku duduk, semua perabut baru, tapi ye lah, kitaorang sendiri pun tak sangka akan banjir sampai macam ni, ingatkan naik sikit je, ni pun gambar hari Sabtu dan air makin naik sekarang, memang dah tinggal bumbung je rumah ni, sehelai sepinggang, takde apa yang tinggal dah, sedih sangat, lagi sedih bila Ma nangis je bila teringatkan rumah, susah hati aku ni.
Petang Sabtu, lepas kutip barang kat kampung (barang dalam rumah dah mula hanyut) Ma aku nak balik ke homestay nak ambik baju and lepas tu nak patah balik kampung nak duduk dekat pusat pemindahan la kiranya, Ma aku keluar dari kampung dengan adik lelaki aku, sampai kat tengah jalan naik kereta, tengok-tengok jalan ke homestay pun dah tak boleh lalu, nak patah balik kampung pun dah tak boleh, nak ke rumah sedara mara pun memang semua jalan dah naik air, masa tu pulak dah nak maghrib, kebetulan exit Temerloh ke KL je yang boleh lalu, terus adik aku bawak Ma aku ke rumah aku, tinggal la Pa sorang kat pusat pemindahan kampung tu. Tunggu air surut baru nak balik Temerloh semula. Mengagau malam tu aku carikan baju untuk Ma and adik lelaki aku, basah-basah diaorang dari Pahang lepas redah banjir datang rumah aku, sedih sangat.
Stor belakang rumah dah nampak bumbung je dah Sabtu hari tu, ni tempat Ma simpan semua periuk belanga and pinggan mangkuk dia.
Ni pulak homestay, rasanya dah habis kot tingkat satu ni tenggelam dek banjir. Syukur, yang penting dokumen penting and parents aku tak apa-apa, but still sedih tengok rumah jadi macam tu, lepas ni kena start semula kumpul barang rumah, manalah Ma aku tak sedih, bertahun-tahun kumpul harta, dah takde apa dah yang tinggal, takpelah dugaan untuk family kitaorang kot, redha jelah, tak taulah bila nak surut, air makin hari makin naik. Moga cepatlah semua ni berakhir. Doakan ye T_T
sedihnya. moga dmurahkan rezeki lg slps ini. amin..
ReplyDeleteBerat mata memandang..berat lg bahu yg memikul..
ReplyDeleteAkk mampu doa je dari jauh..
Sedihnya akk tgk..
Pasti ada hikmahnya..
Semoga family sid bertabah menghadapi dugaan ini..
ye amin sama sama kiter doakan erk......mungkin ada hikmah d sebalik semua yang berlaku...insyallah
ReplyDeleteBe strong sis...Hanya Allah yg tahu rahsia disebalik musibah ini.
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segalanye yer erin....
ReplyDeletesemoga ada rezrki lain lps ni. tabah ye rin n fmly.
ReplyDeleteallah.. semoga kuat keluarga erin...
ReplyDeletesedihnya rumah baru duduk plak lagi tu.. alhamdulillah sempat selamatkan barang letrik. semoga cepat la surut banjir ni..hati dah tak tertahan rindukan family..
ReplyDeletedugaan besar utk family ko,moga ade ganjaran yg lagi besor lepas ni.aku pn tumpang sedih..kesian ma ko..
ReplyDelete