Klik Jommm

Friday, January 16, 2015

Cerita Lepas Banjir

Salam,

Dah lama nak update tapi lately memang bz sangat aku ni, alhamdulillah hari Jumaat 2nd Jan banjir kat rumah parents aku dah surut, maka berdesup la kitaorang balik, semua kena balik sebab banyak gile kot kerja nak dibuat.

Pagi tu aku dah siap-siap nak pergi kerja dah, bila adik aku hantar gambar confirm air dah surut kat rumah, terus packing baju dan balik Temerloh



Ni masa 1st January



Ni pagi Jumaat, 2nd Jan


Kalau nak cakap pasal barang, semua almari baju, almari solek, kabinet dapur habis rosak dan runtuh, lucky parents aku angkat set sofa, tilam, bantal, toto, katil 1 je yang rosak, yang lain masih boleh pakai tapi dah kembang-kembang kakinya, pintu rumah and bilik semua kembang tak boleh tutup. Dinding pun memang kena cat semula sebab kesan lumpur memang dah tak boleh tanggal.







Longgokan perabot rosak 1st day


















Cuci kain baju dengan pinggan mangkuk lebih dari kenduri dah, nasib baik jugak dari Jumaat sampai Ahad ada sedara mara yang datang tolong cuci jugak, at least banyaklah jugak kerja yang siap, aku dengan akak aku pulak tengah mengandung dengan anak kecik lagi, so tak boleh la nak menolong pun, aku datang hari Ahad je tengok rumah lepas rumah dah siap cuci, tu pun terperanjat, ya allah teruk gile

Rumah tak pernah banjir so memang tak expect air akan naik setinggi tu, ralat la jugak tengok perabot habis rosak sebab semua pun baru-baru lagi, takpelah takde rezeki la tu.








Aish tidur macamkan dia pulak yang menolong sangat, padahal main je lebih, tu pun aku asyik kena ikut dia je, takut dia jatuh pijak lumpur or main barang berlumpur.

Homestay pun teruk, almost paras kepala jugak, homestay ni pun seingat aku banjir paling tinggi paras buku lali je dulu, tu pun masa aku kecik2 dulu, tu lah sekali.











Alhamdulillah banyak sangat bantuan masuk, stok maggi, sardin dengan biskut aku rasa dah tahap boleh buka kedai kot, banyak sangat, tuala pun dapat, botol susu pun dapat, sebab kat kampung tu rumah parents aku dengan sorang lagi tu la yang paling teruk sebab kitaorang tanah rendah sikit. 

Company aku pun bagi cash jugak, terharu, atleast dapat tolong family aku beli perabot baru, sedih sangat tengok rumah tu, but still bersyukur ada lagi rumah dari orang yang rumah hanyut terus, lagi teruk n sedih dari family aku ni. Moga hujung tahun ni dah tak banjir macam hari tu, dan moga tahun ni makin murah rezeki family aku. Takpelah dugaan namanya kan :)




6 comments:

  1. Erin,

    Rumah mertua pun banjir.
    Nasib baik rumah mertua barang tak banyak sangat.
    tu pun penat nak mencuci

    ReplyDelete
  2. sedih bila tengok keadaan mangsa banjir, semoga erin sekeluarga tabah hadapi Ujian Nya.

    ReplyDelete
  3. Semoga dugaan utk fmiy sis ada hikmah besar yg menanti..inshaAllah..

    ReplyDelete
  4. semoga rezeki len yg dtg nnti erin
    amin

    ReplyDelete
  5. sedih tengok semua barang dalam keadaan camtu.. family ciknaa pun. harap ada la rezeki lain kan rin..

    ReplyDelete
  6. ari sabtu ritu ku g tmerloh... tgk kesan banjir tu.. allah.. rase sebak.. bile tgk ade dierg masih tgk mencuci brg2...lg btambah rse dlm diri aku... aku xtau nk cmne klu aku pun tlibat sama..

    smoga allah permudahkan rezeki2 nya tuk kita semua.. aminnnn

    ReplyDelete