Klik Jommm

Thursday, January 22, 2015

Belated Birthday

Salam,

Ni cerita masa aku balik Temerloh disember hari tu, birthday Ma aku 27 September dan birthday Pa 16 Disember. Masa aku balik ada la jugak adik lelaki aku yang no. 5 tu balik, dia ajak adik bongsu aku beli kek untuk celebrate birthday parents aku.

Aku rasakan orang pregnant ni memang murah sangat rezeki dia kan, 2-3 hari sebelum balik Temerloh tu aku memang teringin sangat nak makan kek Secret Recipe, tapi tak tercakap kat En. Syg pun, padahal kedai Secret Recipe dengan rumah aku sangatlah dekat. Rezeki sangat adik aku balik dari beli kek tu dia bawak kek Secret Recipe..wuwuwu, aku ni nama je orang Temerloh, bukan aku tau sangat kedai apa yang ada kat Temerloh tu, Secret Recipe pun aku tak tau ada rupanya..wahahaha, aku kalau balik kampung memang aku memerap dalam rumah je, gi bandar Temerloh tu pun tidak sekali, ada la jugak aku pergi tapi jarang bebeno, memang balik kg duk dalam rumah je..hihu. Lepas tu kan dia beli pulak kek chocolate + cheese, memang rejeki sangat sebab aku memang suka T_T.




Happy Belated Birthday Pa and Ma







Pa sorang je interframe sebab ma segan..alalalalahaiiii, Takpelah Ma tiup dari kejauhan je yeh. Yang penting aku makan portion paling besor, lepas tu esoknya sambil masak lunch sambil korek fridge makan lagi..bahahaha. Oklah tu je, bye!!


3 comments: