Klik Jommm

Showing posts with label Donut. Show all posts
Showing posts with label Donut. Show all posts

Monday, October 21, 2013

Donut Ball

Salam,

Hai kawan-kawan (puihh) baru minggu lepas aku upload cerita donut tersedap kan, tiba-tiba semalam aku buat donut ball, ni semua salah Mommycha yang telah mempengaruhi geng whatsapp gojes dengan mengupload gambor bola-bola donut beliau dalam whatsapp group..hahahaha. Hai sifu donut, iolsss buat entry dulu yeh..kehkehkeh..lawan tokey ni kata Mommycha.

Dan-dan petang semalam aku suruh En. Sayang beli barang, seumur hidup aku tak pernah buat donut, mau tak tertanjat cik abangku

"Awak nak buat donut ke?"

"Iye"

"Saya tanya sekali lagi ni, awak nak buat donut kewwwww??"

"Yelahhhh"

"Sekali lagi saya tanya ni, awak nak buat donut??????!!"

"Issshh ye lahhhhhhhhhhhhhhhh, beli jelah barang"

Hahahaha stress mak dengan laki mak ni..grrrrrrrrrr

Ok, resepi asal dari blog ni Dapur Mamasya, TQ to Mommycha jugak, kalau dia tak share, idokla wujud donutku ini.

Resepi donut ball

3 cawan tepung gandum
1 peket yis (mauripan)
1 cawan air suam
3 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar marjerin
Sebiji telur

1. Mula-mula ko campurkan susu pekat manis dan gula dalam secawan air suam, godak-godak kasi sebati, jangan la ko lurus sangat pergi godak dalam cawan, kang tumpah habis kabinet mu, pi lah ko cari bekas besor sikit, so ko boleh godak dengan senang hati dan selaju mungkin.

2. Dah sebati, baru masukkan sepeket mauripan, dan godaklah lagi bagi sebati. Lepas tu ko biarkan mauripan tu mengembang selama 10 minit

3. In a meantime, ko cairkan mentega, pecahkan telur, kacau sikit dan campur kan dengan mentega yang dah cair tu.

4. Dah cukup 10 minit, campurkan semua bahan dalam tepung gandum dan kacau bagi sekata, sebati, sherashi bershama..gituuu. Biarkan doh selama 45 minit, pergilah ko mandi, jemur baju ke, kasi anak makan ke..suka hatilah.

5. Dah cukup 45 minit boleh lah ko bulat-bulatkan doh tu menjadi bentuk ball, kalau nak buat bentuk lain pun boleh. Doh ni memang lembik sikit, so kena sapu sikit tangan dengan tepung sebelum ballkan dia.

6. Lepas tu boleh goreng dan golekkan ball dalam gula, nak pakai coklat pun boleh. Dah siap, boleh makan. Senang je kan..tak sangka aku sesenang itu rupanya, lepas ni boleh buat selalu.

Mari tengok donut ball ku malam tadi



Membesarlah dengan sihat tepungku..



Menguli donut sambil berlawan dengan Aish, dua tangan duk uli tepung, siku ku menangkis serangan senduk kayu Aish yang sibuk nak pukul donut..grrr. Sambil air liur suspek meleleh kerna terlalu asyik dengan misi memukul donut..aptb la Aish oiii..hahaha



Special request dari tuan besar, "buatlah tocang mommy", baheklahhh.. aku sempat tocang separuh jalan je, lepas tu adik aku yang sambung menocang (adik aku ada datang dari Temerloh, sebab nak gi interview)



Api sederhana je ye, janganlah ko buka kuat-kuat tahap nak membakor rumah, lepas tu janganlah ko gi kemana-mana sebab dia cepat hitam..waaaaaaaaa


Erkkk..kemain hitam manis donutku hah..hahahaha, sambil goreng aku sibuk pergi kemas dapur, gitulah padahnya. Buat tau korang..lembut je donut ni

Testi dari suami dan adikku: Suami tersayang busuk cakap kena letak garam sikit, adik ku cakap kena kurangkan mauripan, sebab boleh rasa masam mauripan tu, ok next time aku test lagi yeh, lepas tu ku gebangkan..alahaii buat donut je pun..kecohhh arrr aku ni. Ok, bye!


Friday, October 18, 2013

Donut Tersedap

Salam,

Nak cerita pasal donut paling sedap kat Temerloh, gerai donut ni biasa-biasa je, tapi serius donut dia sedap. Senang je nak pergi, lepas tol exit Temerloh, korang terus masuk kiri, sepanjang jalan tu korang tengok je jalan sebelah kiri, gerai donut tu tepi jalan je. Dia buat macam-macam jenis donut, lebih kurang macam JCo la, tapi paling sedap donut tradisional dia, yang gula tu je. 

Korang kalau pergi Temerloh kan, jangan lupa tau singgah kat gerai donut ni, serius terbaik, donut dia fluffy gitu, lembut je, gemok-gemok. Jarang aku dapat makan kalau balik Temerloh, sebab rumah parents aku lepas tol kena masuk kanan, so tak sama jalan, kadang-kadang donut dia cepat habis, maka cepatla jugak dia tutup. Balik baru ni aku singgah beli donut, memang beli banyak-banyak, sekelipan mata habis, nasib baik masa adik aku potong kat dapur aku dah ngap dulu, kalau tak kempunan la ko, ingat senang ke nak dapat, manjang habis, lepas tu aku ni pulak rajin balik Temerloh time cuti panjang, macam raya or public holiday, manjang jugak makcik tu tutup gerai..pffttt



Gerai dia betul-betul tepi jalan, jangan drive laju sangat, kang terlepas, jenuh nak U-Turn semula



Hai donut!! T_T



Donut yang gula tu kalau ko beli, memang panas lagi, sedap sangat T_T Ko order baru dia gulingkan donut dalam gula..sobsss dahlah gemok berguling dalam gula pulak dia..memang mendebarkan..wahaha



Yang ada coklat-coklat ni tak sedap sangat bagi aku, sebab dah sejuk, alahh kalau ko nak makan donut pesen gini, ko pergi je Jco, kalau nak beli kat gerai makcik ni, sila beli donut gula je. Oklah tu je, bye!