Klik Jommm

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

Dinner

..semalam yang terangkat..hahaha

Masa balik raya haritu aku dah 6weeks pregnant, tetiba je masa kat Temerloh teringin nak makan siput sedut so aku bagitau la parents aku (family aku tak makan sangat siput sedut), tapi Pa aku cakap bukan musim, susah nak cari orang jual, lepas pada tu sampai sekarang aku dah lupa pasal siput sedut.

Kelmarin Ma call tanya "nak siput sedut tak? Pa ada beli kat pasar tadi, nanti Ma masak esok kirim suruh kakcik bawak balik." Kakcik tu adik aku, dia duduk kat Putra Heights and kelmarin dia cuti dan balik Temerloh, so ni kira rezeki sangat lah ni, terharu sebab Pa ingat lagi aku pernah mintak padahal dah lama kot..sobss sobss

Semalam balik je dari office, terus masak nasi, masak sayur and buat sambal gesek. First time aku tau pasal sambal gesek, sebelum ni tak pernah dengar dan makan pun, kebetulan semalam aku baca dari blog Kak Amy, makyong ni pantang nampak, semua pun nak, nak-nak pulak resepi dia senang gile, memang aku terus buatlah semalam, serius sedap gila kot lauk semalam T_T. Sambal gesek tu sedappp, lepas ni nak buat lagi pedas mesti lagi sedap.

RESEPI SAMBAL GESEK



Ikan bilis, bawang besar, bawang putih dengan cili padi je



Cara nak buat: Ko goreng je ikan bilis jangan sampai garing, lepas angkat ikan bilis ko terjunkan je bawang putih, bawang besar n cili, goreng sampai layu, lepas tu tumbuk je dia tapi jangan sampai hancur pulak, sebelum makan perah limau sikit, nak details boleh refer blog Kak Amy ye, sedap tahap nangis T_T



From Temerloh with Love

First time aku makan siput sedut kaler hitam ni, so aku sedut dengan ketakutan, lepas ni nak request yang kaler biasa tu la, aku tak pernah makan yang ni, tapi masak lemak cili api Ma tetap sedap macam biasa, minggu ni nak balik Temerloh, hmmm nak request apa eh ;p



Makan ni je semalam, tapi puas hati makyong, sedap weh, siput sedut aku makan sorang je, sebab adik aku and En. Syg tak makan. Ok, bye!!


Monday, September 15, 2014

Resepi Mudah: Ayam Panggang dengan HappyCall

Salam,

Biasalah orang mengandung, nafsu makan tu jadi luar biasa sikit..eh bukan sikit, jadi luar biasa yang banyak. Aku ni kan, pantang tengok orang upload gambar makanan atau bagi resepi dengan gambar makanan yang sedap..haaa jap lagi teringin aku pun datang, asal nampak je teringin, asal nampak je teringin, parah gini.

Baru ni aku baca blog Fillanie, hehe memang dah lama baca blog dia, resepi yang dia bagi pun simple je, senang ko nak buat, hari tu dia buat ayam panggang, perghhh menggiurkan aku tengok, terus dan-dan tu teringin so weekend baru ni aku suruh En. Syg belikan bahan sebab aku nak buat and ngapp.



Sebab nak makan 3 beranak je, aku buat 4 ketul, tu pun end up Aish taknak makan, Aish sekarang memang tak nak makan, penat aku masak, makannya sesuap, nasib baik dia telan, nasib tak baik dia luahkan balik..aihhh ko ni

First kena make sure ayam tu kering, lepas basuh, aku lap dengan kitchen towel sampai kering.


Lepas dah lap sampai kering, ko sapu butter, ikut suka nak letak banyak mana, agak-agak la ye, jangan terlebih banyak sudah, ni resepi main agak-agak je, aku kalau cuba resepi for the first time, aku akan skema je, ikut je resepi tu, lepas ni baru boleh derhaka.



Lepas dah sapu butter, boleh perap dengan bawang besar sebiji, kicap pekat, kicap manis, madu, sedikit garam, serbuk lada hitam dan serbuk lada putih, dan rupanya akan jadi begini ye. 



Sementara perapkan ayam, aku potong sayur dan lepas tu rebus, aku cuma rebus sayur yang keras-keras je, button mushroom aku ada letak jugak, tapi takyah rebus, sebab jap lagi bila ayam dah hampir masak kita akan letak semua sayur dalam magic pan kita, so rebus pun takyah la lama sangat, kang overcooked pulak.



Takde oven takpe, magic pan kan ada, alaaa lebih kurang oven la jugak ni. Dah settle dengan sayur, baru la start panggang ayam, dalam 25-30 minit, agak-agak la ye, sebab aku pun memang check banyak kali nak pastikan ayam tu betul-betul masak. Senang je nak check, korang cucuk dengan garfu tau, kalau merah tu tak masak la lagi tu.



Ni magic pan aku, aku jual ni tau, sekarang aku kasi harga RM72.00 tak termasuk pos, yang aku jual ni saiz 32cm. Pos ke Semenanjung lebih kurang RM8.00, aku tak pakai poslaju ye, aku pakai ABX :), kalau nak order meh whatsapp 0162305024 atau korang boleh like page aku kat FB Gobok Mommy and Baby.

Gituuuu sempat ko menega ye..hahahaha



Tadaaa...dah siap, sedap tapi tawar sket..hahaha aku takut nak tambah garam banyak-banyak kang masin sangat tak boleh makan la pulak, biar tawar jangan masin ye dok.

Eh satu lagi korang jangan lupa tau, masa ayam tu dah hampir nak masak korang campak sayur-sayuran dalam tu, nanti rasa sayur tu bila dah bercampur dengan kuah ayam, memang sedap.

Serius lepas ni aku nak buat lagi, lepas tu nak derhaka sikit, nak letak sos tiram dengan bawang putih, mesti lagi umpphhh!!.

Oklah tu je, bye!!

Monday, January 6, 2014

Resepi Tortilla

Salam,

Hari ni nak share resepi simple and resepi tibai sendiri, dulu masa mula-mula buat rajin jugaklah aku ikut resepi, lepas tu..haaa aku tibai je, asalkan sedap sudohhhh, malas acik nak ikut buku sangat tau. So kalau tak sedap gasak ko lah..kahkahkah.

Tortilla ni senang je nak buat, boleh buat bila-bila masa, kalau aku, makan satu pun dah kenyang. Senang nak buat, bangun pagi, basuh muka kat sinki, chop chop chop sayur, masuk dalam kuali, siap masak inti, ko buh dalam tortilla, ko nak buat tortilla versi kurus ke, gemuk ke, obes ke, suka hatimu lepas tu ko ngap..sedappp



Kalau orang rajin sikit dia gentel tepung sendiri, tapi acik ni manja, beli siap je kat Giant brand First Choice, 5 keping baru RM5 lebih kot..err lupa la rasa macam RM6.90..errrr agaknya la. Aku pilih Tortilla tradisional, dia ada macam-macam jenis, ada tortilla gandum, ada tortilla bawang putih.



Lepas tu aku chop je bawang putih, bawang besar, batang saderi, carrot, tomato. Nak tambah sayur lain pun boleh, ikut selera ko, tapi biasanya sayur yang keras-keras la, idok la letak sawi kangkung segala, itu tak sesuai ye.


Tengok dalam kabinet ada stok cendawan kering, nak cepat aku rendam terus dengan air panas, cepat sikit dia lembik and kembang, kalau tak mau ber jam-jam tunggu dia kembang.



Daging cincang, aku suka beli yang fresh, kalau yang Ramly tu banyak tulang kan. Nak letak ayam pun boleh.



Sos spagethi

Ok cara-caranya. 

Tumis bawang putih and bawang besar, dah layu, masukkan daging, kalau kering sangat tambah air sikit, daging dah hampir masak, masukkan sayur, gaul-gaul bagi semua pun dah hampir masak, masukkan sos spagethi, perasakan dengan garam, dah masak elok bolehlah angkat.



Lepas tu ko panaskan tortilla, siap boleh letak inti, sos and mayonis, nak letak blackpepper sikit pun boleh, suka hatilah, panas-panas ko makan..memang terbaik ahh.


Aku punya, makan time breakfast memang sedap. Jangan lupa cuba tau.

Ok, bye

Kalau nak beli Genie Bra murah, tengok kat sini tau


Tuesday, November 12, 2013

Resepi KFC Homemade

Salam,

Update lelaju, kalau ikutkan segan woh nak kasi resepi ayam goreng..hahaha. Tapi ni special request punya resepi, marilah kita berkongsi ilmu. Sila maklum resepi ini datang dari suamiku, bukan dariku, aku tak tolong pun dia buat hari tu, aku tolong makankan je. Pagi-pagi lagi dia dah whatsapp bagi resepi, jenuh bergaduh sebab aku tak faham resepi dia, kalau mak hincik tak faham camne nak update ye dok, kang jadi ayam lain pulak doh. Ok-ok resepinya ye anak-anak

Ayam Goreng

Ayam
Putih telur
Tepung Kentucky (kitaorang pakai brand Nona, sebab kurang masin)

Rendam ayam dalam air garam 30-45 minit
Angkat dan keringkan ayam (lap dengan towel)
Celup ayam dalam putih telur dan golek atas tepung rata-rata
Goreng dalam minyak yang banyak sampai tenggelam
Angkat bila ayam dah golden brown

Coleslow

Bawang Besar
Kobis
Carrot
Mayonis
Thickened Cream (kitaorang pakai brand Paul's)
Garam

Potong semua sayur halus-halus, letak dalam peti kasi sejuk
Dah nak hidang nanti baru campurkan dengan mayonis, thickened cream dan garam (kalau buat awal-awal nanti takut tak sedap). Make sure korang letak mayo and thickened cream tu dalam peti ais jugak, barulah semuanya pun sejuk-sejuk je di tekak nanti.

Mashed Potato

Russet potato (kentang jenis russet tau)
Bawang besar (sebelah je)
Garam
Butter
Cayenne Pepper
Paprika
Black Pepper
Thickened Cream

Rebus kentang (potong nipis so cepat masak), bawang besar dan garam sampai kentang lembut
Toskan
Tunggu sampai sejuk sikit baru korang blend dengan butter, cayenne pepper, paprika, black pepper and thickened cream, kalau blender susah nak jalan, tambah air sikit.

Brown Sauce

Chicken Stock (kitaorang pakai brand Maggi)
Mixed herbs
Butter
Worcestershire sos
Sedikit air
Tepung Jagung

Masukkan semua bahan dalam kuali dengan sikit air kecuali tepung jagung, balancekan rasa, dah ok baru tuang tepung jagung yang dah dibancuh untuk pekatkan sos.

Ok, selesai masak, boleh ngap, jangan lupa bismillah. Sukatan tu korang agak-agak la ye, ikut naluri masing-masing, suami aku tu kalau masak dia main agak je, takde sukatan yang betul-betul punya. Worcestershire sos tu ada brand yang tak halal, kalau nak yang halal klik link tu je yeh.

Biasanya herbs untuk western food ni aku beli brand Tesco je, ada dia jual bekas kecik-kecik je, suami aku suka buat western so banyak la herbs-herbs tu kat rumah, aku je yang tak kenal.



Ni rupa thickened cream yang aku punya, banyak brand, ko pilih je lah, tengok kat tempat jual cheese tu mesti ada.



Masterchef saya..kena letak gambar sekali, kasi bodek barulah senang nak order selalu, KFC set A satuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!

Ok, bye...berdesup buat kerja balik..serius bertingkek-tingkek dah ni..fengsaaannnn


Monday, November 11, 2013

Hai :)

Salam,

Lama tak jumpa kan, aku bz sikit ni, bz menjadi SuperStaff..hahaha, hati meronta-ronta nak update, tapi boss pulak meronta-ronta bagi kerja, biasa dia tu!! So buat melepas rindu kat blog sendiri, aku update sikit je hari ni, boleh la dari takde



Homemade KFC

Hari cuti, suami meronta-ronta nak buat KFC. Iye, buatlah bang, i makan saje nanti. Dah 2 kali buat, kesedapan masih berkekalan. Kali pertama adik aku jadi assistant chef, kali kedua dia buat sorang-sorang, kelentang kelentung siap. Aku makan sambil meronta-ronta kesedapan..ok over, makan pun nak meronta, pang kang tau la. 

Bye, boss i tengah meronta-ronta bila tengok I lekkk je update blog macam takde apa-apa yg berlaku di opis ni. Ok, otak tengah tepu, ayat meronta-ronta je yang aku nak taipkan sekarang ni. Entry tak berilmiah langsung, baik korang jangan baca..ke dah habis baca??? ahahahaha. Bye!

 

Monday, October 21, 2013

Donut Ball

Salam,

Hai kawan-kawan (puihh) baru minggu lepas aku upload cerita donut tersedap kan, tiba-tiba semalam aku buat donut ball, ni semua salah Mommycha yang telah mempengaruhi geng whatsapp gojes dengan mengupload gambor bola-bola donut beliau dalam whatsapp group..hahahaha. Hai sifu donut, iolsss buat entry dulu yeh..kehkehkeh..lawan tokey ni kata Mommycha.

Dan-dan petang semalam aku suruh En. Sayang beli barang, seumur hidup aku tak pernah buat donut, mau tak tertanjat cik abangku

"Awak nak buat donut ke?"

"Iye"

"Saya tanya sekali lagi ni, awak nak buat donut kewwwww??"

"Yelahhhh"

"Sekali lagi saya tanya ni, awak nak buat donut??????!!"

"Issshh ye lahhhhhhhhhhhhhhhh, beli jelah barang"

Hahahaha stress mak dengan laki mak ni..grrrrrrrrrr

Ok, resepi asal dari blog ni Dapur Mamasya, TQ to Mommycha jugak, kalau dia tak share, idokla wujud donutku ini.

Resepi donut ball

3 cawan tepung gandum
1 peket yis (mauripan)
1 cawan air suam
3 sudu besar susu pekat manis
6 sudu besar gula pasir
2 sudu besar marjerin
Sebiji telur

1. Mula-mula ko campurkan susu pekat manis dan gula dalam secawan air suam, godak-godak kasi sebati, jangan la ko lurus sangat pergi godak dalam cawan, kang tumpah habis kabinet mu, pi lah ko cari bekas besor sikit, so ko boleh godak dengan senang hati dan selaju mungkin.

2. Dah sebati, baru masukkan sepeket mauripan, dan godaklah lagi bagi sebati. Lepas tu ko biarkan mauripan tu mengembang selama 10 minit

3. In a meantime, ko cairkan mentega, pecahkan telur, kacau sikit dan campur kan dengan mentega yang dah cair tu.

4. Dah cukup 10 minit, campurkan semua bahan dalam tepung gandum dan kacau bagi sekata, sebati, sherashi bershama..gituuu. Biarkan doh selama 45 minit, pergilah ko mandi, jemur baju ke, kasi anak makan ke..suka hatilah.

5. Dah cukup 45 minit boleh lah ko bulat-bulatkan doh tu menjadi bentuk ball, kalau nak buat bentuk lain pun boleh. Doh ni memang lembik sikit, so kena sapu sikit tangan dengan tepung sebelum ballkan dia.

6. Lepas tu boleh goreng dan golekkan ball dalam gula, nak pakai coklat pun boleh. Dah siap, boleh makan. Senang je kan..tak sangka aku sesenang itu rupanya, lepas ni boleh buat selalu.

Mari tengok donut ball ku malam tadi



Membesarlah dengan sihat tepungku..



Menguli donut sambil berlawan dengan Aish, dua tangan duk uli tepung, siku ku menangkis serangan senduk kayu Aish yang sibuk nak pukul donut..grrr. Sambil air liur suspek meleleh kerna terlalu asyik dengan misi memukul donut..aptb la Aish oiii..hahaha



Special request dari tuan besar, "buatlah tocang mommy", baheklahhh.. aku sempat tocang separuh jalan je, lepas tu adik aku yang sambung menocang (adik aku ada datang dari Temerloh, sebab nak gi interview)



Api sederhana je ye, janganlah ko buka kuat-kuat tahap nak membakor rumah, lepas tu janganlah ko gi kemana-mana sebab dia cepat hitam..waaaaaaaaa


Erkkk..kemain hitam manis donutku hah..hahahaha, sambil goreng aku sibuk pergi kemas dapur, gitulah padahnya. Buat tau korang..lembut je donut ni

Testi dari suami dan adikku: Suami tersayang busuk cakap kena letak garam sikit, adik ku cakap kena kurangkan mauripan, sebab boleh rasa masam mauripan tu, ok next time aku test lagi yeh, lepas tu ku gebangkan..alahaii buat donut je pun..kecohhh arrr aku ni. Ok, bye!