Klik Jommm

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Babymoon: Johor Day 3 and 4

Salam,

Ok ni finale, hari ketiga (Sabtu, 25/10/14), pagi-pagi lagi member En.Syg and wife dia balik Shah Alam, memang tak sempat pun nak bawak diaorang explore Johor...gahhhh ngada sangat macamkan ko biasa gi Johor je kan, padahal ni baru kali kedua..mihihi.

Lebih kurang pukul 5 petang kot baru kitaorang keluar rumah, gila lewat sebab masing-masing kepenatan, aku memang dah ajak En. Syg pergi Little Big Club kat Puteri Harbour and aku memang tau tempat tu tutup pukul 6pm, tapi orang dah penat malas la ku nak paksa siap and gerak awal, so by the time kitaorang sampai kat Puteri Harbour, Little Big Club tu memang dah tutup pun T_T, kenapakah ko tutup awal sangat haaa. Kesian kat pelancong macam ai ni, kempunan nak gi tengok menan budak kecik.

So kitaorang just jalan-jalan jelah kat Puteri Harbour tu, ambik gambar, tengok air pancut, pastu makan Sushi King, pastu nampak farmasi, so singgah beli Iberet Folic..kuikui kemain sampai ke Johor beli supplement orang ngandung eh.




Die hard fan air pancut T_T


Die hard fan saya..ehh




Aish kalau dia tau aku nak ambik gambar, mesti dia buat muka, kerenyut la kerenying la



Sekarang mak mertua aku duk Johor sebab jagakan anak adik ipar aku.



Makan kat Sushi King, Puteri Harbour

Habis makan Sushi King terus gerak ke JB, sebab aku ajak diaorang gi Bazar Karat, tak kira nak gi jugak (hentak-hentak perut), bukan selalu pun kitaorang ni dapat gi Johor kan, alang-alang sampai, jauh pun jauhlah asal puas hati dapat berjalan

Bazar Karat ni macam uptown je rupanya..hahaha, kemain aku bayangkan dia jual barang lama yang dah berkarat, kira barang antik la, tapi bukan rupanya ye, sama je macam uptown


Tertanjat-tanjat aku bila En. syg nak beli belt kaler pink, terus aku suruh tukar beli kaler purple, sebab striking pink dia macam errr errr sangat.




Nak belikan Aish baju Johor tulisan jawi ni tapi takde saiz, yang ada terlalu kecik or terlalu besar





Kitaorang pergi Bazar Karat ni malam minggu tau, adik ipar cakap biasa kalau malam minggu berhimpit-himpit nak jalan pun tahap laga bontot, tapi kebetulan malam tu JDT lawan bola, so memang heaven la, xde orang sangat pun. Kitaorang dah nak balik baru crowded, lega di situ.


Aku kan kalau dapat pergi tempat gini seronok sangat, serius aku suka, sebab barang semua murah-murah, tak beli pun dapat tengok pun jadilah, sebab aku kan jarang dapat pergi tempat crowded-crowded ni..ehemmss macam la ko tak paham kan.






Pastu makan aiskrim goyang, pastu makan Ani Sup Utara sambil En. Syg jumpa member dia, lepas tu balik. Puas hati dapat pergi bazar karat :D


Hari keempat (Ahad, 25/10/14) pepagi lagi kitaorang dah bersiap and around pukul 11pagi gerak balik ke Shah Alam. 



Bye-bye Johor, Aish nak balik dah ni

Sekian, habis dah cerita babymoon, lepas ni nak gi mana pulak ye, aku ingat nak berjalan sekali lagi sebelum bersalin, ada baby kecik sok renyah sket nak berjalan jauh-jauh ni kan, kena tunggu baby besar dan dah kuat sket baru berani nak bawak berjalan jauh-jauh. Oklah, bye!!



Wednesday, November 12, 2014

Babymoon: Melaka dan Johor Day 2

Salam,

Ok dah hari kedua, Jumaat (24/10/14), pagi-pagi bangun mestilah makyong lapor kan, ku tak boleh tahan lapor, kena makan jugak ontime, kang gigil gigil apa pun tak boleh buat. A'Famosa ni kan besor gile, so nak keluar pergi breakfast pun amboiiii bercinta tau jauhnya, kitaorang pulak memang tak ambik pakej breakfast, so kenalah cari makan sendiri. Kitaorang breakfast kat kampung dekat-dekat situ je, seingat aku nama tempat tu Taman Sri Naning kot, ada gerai sebelah surau, boleh tahan sedap jugaklah.



Nasi lemak sedap



Roti Canai pun sedap, tapi Aish sekarang memang tak mboh makan, kot sedap cane pun dia tetap taknak, dia duk sibuk mengejar kucing tau kat kedai ni..haha, pastu aku makan nasi lemak sambil mengejar dia, ku takut dia lari ke tengah jalan je.

Settle makan, kitaorang balik ke villa semula dan terus bersiap untuk check out. 



Otw ke Dataran Pahlawan cari Asam Pedas sedap, Aish sampai tertidur sebab kitaorang ikut jalan dalam nak ke sana. Dekat 2 jam wehhh, sebab jumaat kan confirm la jammed, semua orang keluar lunch awal.



Akhirnya sampai kat sini, Asam Pedas Selera Kampung, dekat dengan dataran pahlawan. Ni kalau tak sedap memang tak berbaloi la spend 2 jam ke bandar melaka. Tapi lucky memang sedap, teramatlah sedap tahap hirup kuah, mak oiii tetiba air liur meleleh ni T_T. Susah gila nak cari parking kat sini, dah dapat parking korang mintak je tiket parking kat kedai ni, dia akan bagi free untuk customer









Lauk dia semuanya sedap dan menggiurkan, tapi bila dah sedap tu faham-fahamlah, orang memang ramai sangat.




Daddy's best friend

Ok dah petang kitaorang nak cari Coconut Shake Klebang pulak, otw ke Klebang, singgah klinik dulu sebab tangan En. Syg dah berdenyut dan bengkak tahap max, kalau pegang tangan dia panas je ku rasa. Dia pun dah tak tahan sakit.



Tulah tulahnya kalau takmo dengor cakap isteri, berbuih mulut aku suruh pergi klinik dari malam sebelum tu, ni dah tak tahan baru ko nak gi kan bang.

Lama jugaklah kat klinik, almost sejam, cucuk pain killer and balut2 lagi. Settle kat klinik, kita gerak ke Klebang pulak, Klebang ni pun ada dalam list wajib singgah aku.






Tak pernah minum coconut shake kat sini, so kemain beli 3 cawan kongsi berdua dengan En. Syg, pastu tak habis sebab..errr tak kick, sedap lagi coconut shake kat Mydin USJ ni, bukan aku je cakap gitu, member En. Syg pun sama, semuaorang kuciwa..haha, takpelah bukan rezeki nak dapat coconut shake sedap kot, kot hari tu salah resepi, jadi tak sedap, tapi orang punyalah ramai, kalau dah ramai gitu mestilah sedap kan..ke errrrr



Mulanya aku ingat nak ajak En. Syg cari Keria Haji Jalil, member aku cakap memang famous dan sedap, otw ke Klebang ni memang selisih dengan kedai Keria Haji Jalil tu, tapi macam tutup je, kedai dia bebetul sebelah masjid, malas nak ajak patah balik, so aku try je keria kat Klebang ni, sebab aku tengok keria ni pun disira dengan air gula melaka jugak, so lebih kurang je la kot rasanya. Rasa apa?? rasa manislah..hahahaha


Masa pergi Melaka ni, aku tengah pregnant 18 minggu, masa ni dah naik 6kg tau dari berat asal, gomok tak mak?? Muka memang tak nampak naik, tapi perut amboiii sangat..hehe, tapi aku suka je, baru rasa pregnant ye dok perut besor godang-godang. Pastu Aish suka betul timpa perut aku, nak muntah dibuatnya.

Habis minum coconut shake terus kitaorang gerak ke Johor, plan memang nak tidur kat rumah adik ipar aku kat Kulai, tak pernah lagi pergi rumah dia, so alang-alang ke Melaka kita panjangkan sikit langkah terus ke Kulai.



Nasib baik bawak bermacam-macam mainan dan buku dia, diam sikit duduknya, Aish kalau berdua dengan aku je dia akan duduk dalam carseat, kalau daddy dia yang drive, memang dia taknak duduk carseat sebab dia tau Mommy ada kat belakang tengah bersenang lenang so dia pun nak bersenang lenang jugak kat belakang..ppffftttt



Setelah singgah RnR 2-3 kali, akhirnya sampai jugak kita kat sini. First time ni nak pergi JPO, dulu dah pernah pergi Kulai, masa adik ipar aku ni kahwin, suami dia orang dekat-dekat sini jugak, tapi kitaorang tak singgah pun JPO ni. Kitaorang sampai time maghrib kot kat sini, so energy level tu memang dah low sangat, muka pun tak berapa nak siap dah, penatnya tak sabar nak baring sangat dah.




Sila tengok muka tak berapa nak siap kitaorang bertiga ni, Aish sorang je yang dah mandi, tu pun sebab dia poopoo, so aku mandikan je terus.

Tapi dah kata tak pernah pergi kan, rugi la pulak kalau tak beli or singgah mana-mana kedai, biasalah emak2, pergi mana-mana pun mesti ingat nak beli baju anak dulu, baju sendiri tak payah, malas nak di test test, beli baju anak je senang



2 helai baju Aish, ni je yang aku beli kat JPO, jadilah buat kenangan pergi JPO kan, kebetulan pulak masa kitaorang pergi memang tengah sale, baju Cotton On tu dapat RM19 je, baju Disney RM21.00++ dari 40 something dua-dua tu. Lepas beli baju Aish terus dah malas nak jalan, penat sangat, tak larat dah nak bawak perut.





Sementara tunggu member En. Syg beli baju baby dia, kitaorang makan aiskrim, rehat sampai dia settle beli barang.





Aish memang suka tengok air pancut colorful gini, sebab kalau kitaorang ke Setia City Mall memang wajib bawak dia pergi tengok air pancut. Sanggup je dia menunggu tepi air pancut tu sambil sebut satu-satu color air pancut.

Lepas tengok air pancut, Aish mengamuk nak naik escalator, terus kitaorang masuk kereta dan tunggu member En. Syg dalam kereta je, settle dia beli barang terus gerak ke rumah adik ipar pulak, fuhhh settle hari kedua, esok ku update hari ketiga pulak ye..muahahaha muntah la korang, malas baca kalu, tengok gambar jelah. Oklah, bye!!