Klik Jommm

Showing posts with label baju muslimah. Show all posts
Showing posts with label baju muslimah. Show all posts

Thursday, August 27, 2015

Trend Pakaian Wanita Terkini

Salam,

Tetiba hari ni nak cerita pasal trend terkini pulak..hahaha, yelah kan orang sekarang bukan main bergaya, kalau dulu orang bertudung ni pakai baju kurung aje, sekarang macam-macam trend dan fesyen yang unik dan bergaya untuk orang bertudung ada, dan yang penting walaupun bergaya masih lagi menutup aurat. Kalau korang bertudung dan dah habis idea macamana nak bergaya ke pejabat tapi masih lagi mengekalkan imej sopan, meh aku nak share 3 gaya fesyen muslimah moden zaman sekarang, lepas tu aku share kat mana tempat yang best untuk korang shopping online semua fesyen up to date ni nanti tau, manalah tau lepas baca entry aku ni terus korang pun sama naik nak meranggi kannnnn, barulah umphhh.


Trend yang paling popular sekarang adalah pemakaian kimono cardigan dan wrap cardigan yang cukup simple dan selesa dipakai. Aku pun suka sebab simple sangat, kalau ko pakai sleeveless kat dalam sarung je cardigan, terus siap, nak pulak kalau nak cepat tu kan, bukan orang nampak pun baju apa yang kita pakai kat dalam. Cardigan ni pulak kalau pakai dengan jeans or skirt pun sesuai je, senang dan ringkas.





Selain cardigan orang sekarang pun suka pakai blouse Muslimah, dulu susah nak dapat, sekarang banyak online store yang dah jual dan yang membezakan blouse ni adalah design dia, macam-macam design ada sekarang, kira yang sesuai la untuk ko pakai ke pejabat atau pun nak jalan-jalan dengan family, kalau dulu seingat aku design blouse Muslimah ni sangatlah terhad dan bosan, sekarang cakap aje nak design apa semua ada, nak pulak kalau kat Zalora tu, haa rambang mata menengoknya, sediakan ongkosnya aje ye.



Kalau agak-agak dah banyak sangat koleksi jubah atau nak cari kelainan sikit, cuba korang bergaya dengan shirt dress or maxi dress. Sopan dan selesa, bukan je boleh pakai bawak ke pejabat, tapi sesuai jugak  korang nak gayakan ke majlis-majlis istimewa macam kenduri kahwin ataupun jamuan makan malam.

Pening nak cari kat mana semua baju dengan trend terkini ni, haaa korang click je link bawah ni, semua ada kak, jangan lupa mintak cik abang sponsor, balik kang boleh tunjuk kat husband masing-masing ye sebelum beli.




Zalora ni semua pun ada, tercekik iollss nak pilih baju tau, k lah nak sambung shopping, bye!!


Thursday, March 20, 2014

Baju Muslimah di ZALORA

Salam,

Aku rasa kebanyakan dari kita memang biasa dan mungkin pernah beli dengan ZALORA kan? Best dok?? best kan, sebab ZALORA ni salah satu kedai online yang terbesar, banyak pilihan dan memang senang nak berurusan, yelah nak pulak kalau korang macam aku ni, bekerja dan beranak kecik. Dulu masa bujang sempatlah ko nak pergi Jalan TAR berjam-jam membelek baju, kot nak catwalk cuba berpuluh baju pun siapa lah nak kisah, berpanas berhujan pun takpe, pendek kata nak beli sehelai je, tapi kemain bergolok gadai menghabiskan masa berjam-jam nak pilih baju punya pasal. Bila aku dah ada Aish manalah sempat nak buat semua tu, kalau sempat pun, kena main sambar-sambar je, nak cuci mata pun tak sempat..wuwuwu, kang Daddy dah jeling lain macam dengan pesanan penaja "Rin, cepat sikit, awak ni ada anak kecik" habis camne?? APTB.

Cuba korang usha website ZALORA, hari tu aku tengok, mak oiiii banyaknya pilihan baju dia, nak beli pun senang, klik klik je, transfer duit, settle, servis dia pun cepat, antara baju kat ZALORA yang buat aku meleleh airliur ialah baju muslimah, auuwwww cantik dan style gila okeh. Nah aku kasi link BAJU MUSLIMAH terus untuk korang tekan lelaju.



Tengok ni tak ketat dan tak seksi, corak rimau lagi, ni kalau Aish nampak aku pakai ni mau dia takut takmo dekat..gahahaha, boleh mak ko ni jalan sorang-sorang feeling-feeling single, tak pun tiap kali dia nampak aku pakai mesti mulut dia asyik "roar, roar" je..hahaha. Dia dah pandai buat bunyi binatang tau..hehehe



Style habis ni, cantik..cantik ish..ishh ishh (sambil geleng-geleng kepala)




Lepas tu kalau korang nak tau, koleksi baju muslimah kat ZALORA ni semua dari jenama terkemuka di Malaysia tau dan pastinya ZALORA memang mementingkan kualiti, tak caya?? cer try beli satu, confirm korang puas hati. Nah aku bagi lagi, dah nak gaji kan, boleh cuci-cuci mata dulu, gaji je kang berdesuppp ko beli ye..hehehe. Oklah aku nak gi cuci mata jugak ni sebab suamiku dah nak gaji sabtu ni..ehehehe hai bang!!, bye!